1st time rasa wanpaku sandwich yang glamour ni. Pernah nampak ramai share wanpaku sandwich ni di Facebook beberapa bulan lepas ke atau tahun lepas. Tapi lepas tu tak nampak dah orang share. Ingatkan dah tak glamour. hehe. Rupanya masih yea. Cuma dah kurang orang kongsi di sosial media. 

Masa orang duk share sebelum ni, berkenan juga nak cuba tapi tak tahu nak order dengan siapa. Nak buat sendiri. Allah. Tak berapa nak rajin.. Macam leceh je nengok kan rupa dia. Nak kena sumbat ayam/daging/sayur-sayuran. Eh. Malas nak renyahkan diri. Kalau ada orang jual, kita beli je. hehe

Apa Wanpaku Sandwich?

Maksud Wanpaku Sandwich ni dari hasil google, menu diet / sihat dari Jepun. Roti yang dilapik dua & kemudian di balut dengan plastik/kertas di bahagian bawahnya sikit. Selepas di balut dengan plastik/kertas, bagi ruang di bahagian tengah roti. Kemudian baru masukkan ayam/daging/tuna dan di apit dengan telur atau sayur-sayuran, Warna sayur yang diletak pula main kan peranan untuk menaikkan selera orang nak makan. Sekali impression buat kita tertarik nak makan dia. hehe.Untuk yang makan sayur macam k.fiezz lah. Orang yang tak minat makan sayur, mau stress sebab banyak sayur. haha. 

Wanpaku Sandwich ni juga dikatakan boleh mengekalkan tahap kekenyangan kita dalam tempoh yang lama sikit.. Mungkin sebab kandungan dia yang terdiri dari makanan sihat, cukup segala khasiat & zat,  jadi dia bagi perut kita penuh. Idak lah asyik ulang ke dapur cari makanan. haha.


K.fiezz tertarik nak cuba Wanpaku Sandwich ni sebab sayur-sayuran dia yang berwarna-warni tu lah. 

Tengok rupa dia yang dihias dengan sayur-sayur colourful tu, macam sedap je. Sebelum ni nak beli, tak tahu nak beli dari siapa. Tak ada kenal dengan orang yang jual wanpaku sandwich ni. Nak buat sendiri, out lah cerita dia. haha. Tak rajin!!

Dan baru-baru ni ada salah seorang officemate k.fiezz open order dalam group pejabat. Eh.. apa lagi..scroll tengok gambar-gambar menu untuk wanpaku sandwich yang officemate bagi, rambang mata. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Pilih punya pilih k.fiezz ambil Hot Tuna Mayo + Double Fried Egg. 

SEDAP TAK?

Yang k.fiezz punya ni, sedap. pandai pilih. eh. Letak sos & cheese dia atas wanpaku sandwich ni, walaaa layan. Cukup segala rasa. Tapi k.fiezz tak larat nak perabiskan dua-dua dalam gambar ni. Makan satu je. Satu lagi bawa balik rumah untuk mr hubby.

Nampak je kecil size dia tapi bila dah makan. Jenuh juga nak perabiskan. 

Total kesedapan, k.fiezz bagi 8/10. Ni ikut tekak k.fiezz lah. tekak orang lain. tak pasti. Citarasa masing-masing.

Harga Wanpaku Sandwich - RM10. Tempat lain tak tau la jual harga berapa. K.fiezz tak pernah beli. First time beli dengan kawan pejabat k.fiezz, so harga yang dia jual seperti di atas.. Berbaloi lah dengan segala bahan yang diletak dalam wanpaku sandwich ni. Penuh..

CARI RESIPI WANPAKU SANDWICH

Mana yang rajin nak buat sendiri, korang boleh check it out dalam Pinterest. Selain gambar, disertakan sekali resipi  Wanpaku Sandwich kat situ. Melambak weii resipi. Pilih lah ikut tekak masing-masing.

Next time nak order flavour lain pula.

6 Comments

  1. memang kenyang sangat makan wanpaku ni ^_^

    ReplyDelete
  2. saya pun suka jugak sandwich yg mcm ni :) sedap & kenyang

    ReplyDelete
  3. Wah! Nampak sedap!
    First time dengar nama Wanpaku. Tqa memang suka sandwich macam ni.
    Best kalau orang dekat2 ni yang amikkan order, senang nak beli and support business kawan2.

    ReplyDelete
  4. Nampak dari gambar pun dah naikkan selera, padatnya sandwich dia :D

    ReplyDelete
  5. memang kenyang. nampak portion dia pun mcm besar kan dari sandwich biasa. cukup protein, cukup serat, cukup sayur dan karbo. memang elok

    ReplyDelete