Holaaaa..resipi apa harini k.fiezz nak share?hehe..sempena musim PKP ni, banyak entry berkaitan resipi..Kebuntuan dah weiii nak masak apa hari-hari..Jenuh google kalau dah bosan asyik ulang menu yang selalu masak. Semalam ternampak kawan facebook kongsi gambar Ayam Masak Kicap 3 budak gemuk ni yang dia masak. Wewitttt...Macam menarik untuk cuba ni. Komen kat status kawan k.fiezz, apa resipi..dan tadaaa. dia share resipi sekali dengan video..

Check it out resipi Ayam Masak Kicap 3 Budak Gemuk yang kawan k.fiezz bagi dalam komen tu, macam senang je. Bahan-bahan pun semua ready stock kat rumah. Okey, jomsss kita ke dapur..

resipi Ayam Masak Kicap 3 Budak Gemuk

RESIPI AYAM MASAK 3 KICAP BUDAK GEMUK

Bahan-Bahan :

Ayam (kuantiti terpulang)
* Bunga Lawang | Kulit Kayu Manis | Bunga Cengkih | Buah Pelaga
* 1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
* 1 biji Bawang Besar [ Di kisar]
* 3 Ulas Bawang Putih [ Di kisar]
* 1 Inci Halia [ Di kisar]
* 1 Sudu Rempah Kari
* 1 Genggam Daun Kari
* 1 Cawan Air
* 3 Sudu Kicap 
* 2 Sudu Sos Tiram
* Garam

Cara Masak -

1 - Bersihkan Ayam, Gaul dengan kunyit dan garam. Goreng dahulu & ketepikan sekejap.
2 - Kisar Bawang Besar, Bawang Putih & Halia.
3 - Panaskan minyak, kemudian masukkan (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga). Kacau sekejap & masukkan pula bahan-bahan kisar.
3 - Hasil tumisan dalam kuali dah keluarkan aroma, masukkan 1 sudu rempah kari. Gaul bagi sekata. Masukkan air, kicap, sos tiram, garam & daun kari. Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan ayam yang dah digoreng tadi..
4 - SIAP..

Kalau tanya k.fiezz 3 budak gemuk ni siapa?kedai makan ke?Orang perseorangan ke?entah tak tahu lah..Kawan bagi resipi, nama nya memang dah gini. Sis ikut je lah nama tu. Mungkin kedai kot. Sorry tak berapa familiar sebab k.fiezz jarang makan kat luar yang bukan dalam range kawasan rumah. Kalau makan kat luar, semua yang sekitar kawasan rumah. haha..Nampak tak, kalau bukan sebab PKP ni pun, kitaorang memang jarang makan kat luar.. Kalau tahap malas sangat nak keluar atau masak, buka je lah apps Food Panda/ Grab Food. Order sajoo..

So kalau 3 budak gemuk ni kedai makan, k.fiezz pun tak pernah rasa hasil masakan kat sini. Jadi untuk k.fiezz yang first time masak resipi ayam masak kicap 3 budak gemuk ni, memang sedap untuk k.fiezz. Tapi mr hubby kureng sikit..Dia lagi suka Ayam Kam Heong. Tapi takkan lah hari-hari menu yang sama. Kena lah tukar-tukar. Tambah tengah PKP ni, hah. Hari-hari masak. Kang hari-hari duk ulang menu sama, ada gak yang kembang tekak..haha..

BEZA RESIPI AYAM MASAK KICAP 3 BUDAK GEMUK NI?

Jadi apa yang bezanya resipi ayam masak kicap biasa dengan resipi ayam masak kicap 3 budak gemuk ni ialah bahan dia..Dalam resipi ayam masak kicap 3 budak gemuk ni, ada kari & daun kari. Jadi rasa dia berempah dan aroma daun kari tu menaikkan bau dia yang buat kita tazabarrr nak makan..hehe

So dah buntu..buntu..lah..nak masak apa, cuba lah resipi ayam masak kicap 3 budak gemuk ni..Tak cuba, tak tahu sedap ke idak..

SELAMAT MENCUBA!!!

5 Comments

  1. tu la, baru nak tanya knp 3 budak gemuk. ooo, ada campur kari lg

    ReplyDelete
  2. wahhhh suspen bah tu nama tajuk resipi.
    ok tau dah why ada 3 budak gemuk. hehe.

    ReplyDelete
  3. ramai yg hype pasal restoran 3 budak gemuk ni but x pernah jejak kaki lagi kt ctu. nampak resepi ni pun mcm best je

    ReplyDelete
  4. Kalau makan ayam ni boleh jdi gemuk tak.hehhe ..btw resepi ni nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  5. ehhhh dah 2-3 orang share resepi ni.. tapi tak sempat nak try lagi

    ReplyDelete