Percutian Bajet Ke Melaka Bandaraya Bersejarah
CUTI BAJET KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Entry ni percutian bajet ke Melaka Bandaraya Bersejarahdengan family kak fiezz bulan Februari lepas..hehe..Baru nak up kat blog??Nampak tak kebizian yang jangan ditanya sebab kak fiezz pun tak tahu bizi apa?hehe..Dah stop membebel fieza, jom sambung story pasal cuti2 ke melaka..Kenapa pilih Melaka Bandaraya Bersejarah?Kak Fiezz suka sebab melaka banyak tempat-tempat bersejarah..tempat-tempat menarik boleh terjah..Kak Fiezz dah beberapa kali bercuti ke sini..Memang suka sangat..Paling wajib kalau ke Melaka, jangan lupa cuba Asam Pedas kat sini..Asli & sedap..Terangkat makannya..hehe..Kalau dah nama cuti-cuti ni, wajib la booking hotel kan?kalau tak, nak tidur kat mana pulak..Lain la kalau tempat kita nak bercuti tu ada rumah saudara-mara, boleh tumpang sehari dua..tapi tak best rasanya kalau bercuti tumpang rumah orang ni..Lagi selesa biar la kita keluar duit sendiri untuk menginap di hotel..Harga hotel sekarang pun tak ada lah mahal sangat..Kadang dapat diskaun bila booking melalui apps atau mana-mana website yang menawarkan tempahan hotel..contohnya macam TRAVELOKA..Pernah dengar kan?Yang tak pernah meh nak share sikit info pasal TRAVELOKA ni...
INFO TRAVELOKA
Website yang menyediakan maklumat perkhidmatan untuk pembelian tiket & tempahan hotel ke mana-mana destinasi percutian pilihan korang...Selain itu Traveloka juga ada memberi sikit info, panduan & tips mengenai tempat percutian yang korang bakal bercuti tu...Jadi di Traveloka, korang boleh membuat tempahan bagi hotel & tiket penerbangan di tempat yang sama...Tak payah nak buka website penerbangan, website hotel..pening je..Di Traveloka, semuanya ada & menawarkan harga yang berpatutan & mampu dibayar...
Okey, tahu dah kan pasal Traveloka, lepas ni nak cuti-cuti boleh buat tempahan hotel & tiket penerbangan di TRAVELOKA je..Penginapan hotel kitaorang kat Melaka ni, mr hubby dah booking awal melalui website lain, kalau tak boleh kongsi sikit info..Tak pe, KIV next vacation utk booking dengan TRAVELOKA..
Jom sambung kisah percutian kak fiezz & keluarga di Melaka...
The Explorer Hotel, Melaka
Hotel penginapan kitaorang..Strategik sangat hotel ni sebab dekat dengan jalan utama berdepan dengan area Menara Taming Sari..Nak cari makan, nak shopping, nak jalan-jalan kat area situ, naik atas bukit Paul yang berangin tu..Semua walking-distance je..
Antara aktiviti korang di Melaka?
Mendaki bukit untuk naik kat atas Bukit St. Paul ni di area A Famosa..Boleh tahan juga weii, nak naik ke bukit ni..Tapi rasa berbaloi bila dah sampai ke atas sebab best..berangin..Kat atas ni, selain boleh tengok pemandangan bandar Melaka, korang boleh tengok tinggalan sejarah yang ada kat sini.Di bawah kaki Bukit St.Paul ni pulak, ada lagi tarikan lain antaranya Bangunan Merah (Stadhuys), Porta De Santiago tinggalan A Famosa & Muzium-muzium...
Aktiviti waktu malam, kat area Melaka dekat dengan Menara Taming Sari ni happening, macam-macam ada..Uptown ada..aktiviti berbasikal, naik motor & naik beca ni antara aktiviti yang kitaorang buat..Kak Fiezz & mr hubby exercise di malam hari, berbasikal...adik kak fiezz & wife dia, naik motor eletrik ni..Tak penat sangat naik motor ni..Naik basikal, agak mencabar weiii..
Mak kak fiezz, Iman & seorang lagi adik kak fiezz naik beca..Si Iman nak naik beca...Berkenan dia tengok lip lap lip lap beca2 kat sini...
Okey, dah habis sesi menyelusuri Sg.Melaka lebih kurang 45 minit...So, sampai ke jeti, posing la weiii berlatar belakangkan Sungai Melaka..
Ni masa berjalan di sekitar Menara Taming Sari..Banyak tempat2 menarik kat sini..Antaranya yang terkenal kalau di Melaka ni A Famosa, Bangunan merah kat belakang tu & banyak lagi..Keretapi belakang tu ada jual cenderamata untuk pelancong-pelancong yang nak membeli cenderamata dari Melaka...
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan..
Banyak info pasal sejarah kemerdekaan boleh kita belajar kat sini...
Ni antara tempat & aktiviti yang Kak Fiezz buat masa cuti-cuti ke Melaka..Banyak lagi tempat lain tapi biasa la percutian singkat & bajet..Jadi kita terjah yang mana dekat dengan hotel je memandangkan kedudukan hotel yang kitaorang menginap ni sangat strategik & semua tempat2 yang kak fiezz dan family terjah ni cuma walking distance...Jadi next time, cuti-cuti dalam Malaysia, kak fiezz nak cuba tempah penginapan di hotel melalui TRAVELOKA pulak..Nanti kak fiezz kongsi..Buat masa ni, tak ada lagi perancangan bercuti ke mana-mana dalam Malaysia..Akan Datang..Mana tau, babymoon ke?eh!!hehe
5 Comments
Ana pun baru ke melaka baru2 ni. Seronok sgt. Pergi byk kali pun tak bosan. Cuma bukit st paul tu je ana tak naik sebab dh byk kali panjat.
ReplyDeleteSeronok betul dpt jenjalan... KIte dok melepak kat rumah ajoo..
ReplyDeleteRabia pergi dah melaka, memang best lah
ReplyDeleteGood luck kak..
ReplyDeleteBestnya..dpt jenjln selalu. Ai is jeles kak hehehe.
ReplyDelete