Penggemar dan pengumpul beg..Aku le tu..Ish..tak boleh tahan tengok beg tau..terutama kalau murah dan cantik..Aku bukannya jenis pakai beg mahal2..bak kata mak aku..biar murah tak pe..janji boleh tukar2..kalau pakai yang mahal-mahal..sayang nak pakai hat lain..tambah2 branded gitu..aku ni dapat beg murah pun dah syukur..yang penting cantik pada mata aku...

Haritu aku beli beg dalam gambar ni dari ig @onlineshopbs..dah lama usha beg ni..penah la nampak seller beg lain jual beg yang sama ni tapi harga mahal..jadi pendam je la niat kat hati tu, kan...tup, tup..eh2..ada ternampak kat ig, sorang seller ni jual beg lawo ni, harga murah je..mata aku terus nampak beg ni je la..eh!!pengumpul beg tegar aku ni..cuma dah kahwin ni, berkurang sikit aktiviti membeli-belah beg ni..kalau tak..rasa boring dengan beg yang sama..aku cari hat lain..

Beg dalam gambar ni sebab memang dah lama usha, tanpa was-was terus order..dah plan beg ni nak guna untuk jenjalan..sekali bila beg dah sampai..terus jadik beg kerja, uolls..nampak tak, motif sangat nak beli beg lain untuk jenjalan..eh!!dah beli pun..nanti aku share yea..hihi..
Masa beg ni sampai, terus buat photoshoot kat ofis..pas tu upload kat fb..ramai puji cantik..aku macam beg ni yang cantik atau teknik aku tangkap gambor tu cantik..hihi..member ofis aku, sampai nak tengok la beg ni live..dorang kata lawo...aku syak cara aku tangkap gambar & background gambar ni yang bagi nampak beg ni menarik..kawan aku ajar satu lagi apps baru untuk bagi gambar nampak cantk..dah buat pun..memang cantik ko..terus rasa diri berbakat..kononnn...

0 Comments