Nak share dengan korang, resipi ayam masak lemak simple & sedap..aku tak pernah try masak lemak ni kecuali untuk labu je sebab tu feveret mr hubby..Haritu mama (mak mertuaku) bagi resipi ni..eh!!senang sangat rasanya..bahan2 pun senang nak cari..apa lagi, meh try..hasil..humaiii, sodap raso eiii..eh!!apsal tetiba speaking nismilan pulak ni..wokey, dah2..sat gi melalut..jom tengok bahan2 & cara masak dia yang simple lagi senang..

Bahan-Bahan : ~

  • Ayam / Daging **Yang ni aku guna ayam sebab aku kureng sikit daging..
  • Cili Padi (Di kisar) - aku guna 12 biji **Kuantiti cili padi, ikut pada selera masing-masing..
  • Daun Kunyit (hiris nipis)
  • Serai (diketuk)
  • Santan 
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Asam Keping (1) **Sekiranya suka


CARA MASAK

Masukkan cili padi yang telah di kisar dalam satu bekas. Diikuti dengan ayam, serai yang telah diketuk & gaul mesra..

Goreng tanpa minyak ayam yang telah digaul dengan cili padi tadi.. 
 
Goreng setengah masak. Lebih kurang lima minit.Ketepikan dahulu..
 
Masukkan santan, 1 cawan air bersama daun kunyit & serbuk kunyit dalam periuk..Masak dengan api perlahan jangan sampai pecah minyak, selepas mengelegak sikit masukkan ayam tadi beserta serai..
 
Kacau2 & biar mendidih sekejap.Tutup api..

Tadaaa!!!Siap...

Hasilnya..memang sedap ikut tekak aku ni..Mr hubby pun cakap sedap cuma kurang pedas..Jadi lain kali, kena letak lebih sikit cili api tu.. 

Selamat Mencuba ;)

2 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Fieza, nanti try buat masak lemak cili padi guna bawang putih...Yani try aritu, suami puji sedap kuah masak lemak cili padi tu...

    ReplyDelete