Sabtu lepas aku berpeluang attend event Rohto Eye Drops..Terima kasih ButterflyProjectMalaysia kerana sudi menjemput blogger picisan ni..

Jom perkenalkan korang dengan Rohto Eye Drop..Pernah dengar tak nama Rohto ni?aku..secara jujurnya pertama kali dengar..tapi masa dapat jemputan ni, aku rasa berkaitan dengan produk mata macam Eye Mo tu..dan tekaan ku tepat..

ROHTO merupakan jenama yang tidak asing lagi di Jepun sejak tahun 1899. Terkenal dalam bidang farmaseutikal bagi ubatan berkaitan mata, tropikal & masalah perut..

Rohto eye drop yang pertama, mula diperkenalkan pada tahun 1909. Semenjak itu, jenama Rohto telah mula berkembang sehingga diiktiraf oleh Guiness World Records kerana jenama Rohto merupakan jenama penjagaan mata yang terbesar dengan pendapatan lebih daripada USD 312 mio.

KESELAMATAN & KEBERKESANAN

Keseluruhan proses penghasilan eye drop Rohto dari A ke Z adalah sepenuhnya menggunakan mesin kerana menjaga tahap kebersihan yang maksimum. Serta dikawal kebersihan air yang digunakan & memastikan ia di proses dalam kawasan kilang yang paling tinggi tahap kebersihannya.Setiap kandungan telah ditapis dan disterilkan. Bekasnya juga telah melalui proses steril terlebih dahulu.

Selain itu bagi memastikan kualiti dan keberkesanannya, Rohto eye drop telah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh FDA di bawah Ophthalmic Drug Products dan dikilangkan dibawah GMP dan ISO 13485.

Okey itu sedikit sebanyak info mengenai ROHTO untuk pengetahuan am..

PERLU KE GUNA EYE DROP?

Perlu ke guna eye drop?persoalan korang bakal terjawab (sila jawab soalan di bawah)..kalau jawapan korang semua @ kebanyakan YA..so jawapannya YA korang perlu gunakan eye drop..
1) Penggunaan mekap terutama di kawasan mata untuk kaum wanita (YA / TIDAK)
2) Kebanyakan dari kita merupakan pengguna laptop/pc tak kira di tempat kerja atau rumah (YA / TIDAK)
3) Penggunaan Smart Phone (YA / TIDAK)
4) Menonton TV (YA / TIDAK)
5) Bekerja di dalam pejabat yang mempunyai penghawa dingin atau di rumah juga mempunyai penghawa dingin (YA / TIDAK)
6) Memandu (YA / TIDAK)

KENAPA
Melihat kepada semua aktiviti di atas, ia akan menyebabkan mata kita mudah menjadi letih, gatal, pandangan tidak jelas kerana mata kita hanya tertumpu pada aktiviti tersebut..Oleh itu penggunaan eye drop membantu untuk mata kita lebih segar dan bernafas. 

ROHTO eye drop merupakan jenama yang pertama memberi rasa cooling pada si pemakai. Tidak kira samaada si pemakai adalah pengguna contact lens ataupun tidak..
KEUNIKAN ROHTO
Mempunyai rasa cooling (sejuk)..Dengan rasa sensasi cooling ini, ia membantu mata kita untuk lebih segar dan pandangan mata lebih jelas. Di datangkan dalam botol yang lain dari kebiasaan botol eye drop yang ada di pasaran sedia ada..Supaya memudahkan kita untuk melihat isi kandungan botol sekiranya bertukar warna atau menjadi keruh..
KELEBIHAN SENSASI COOLING 
 i)  Menyejukkan mata kita & memberi pandangan mata lebih jelas
ii) Merangsang air mata untuk mata kering



 
Eye Drop Cooling pertama di Malaysia..

Datang dalam 3 jenis iaitu COOLING + MOSITURIZING (BIRU PEKAT) | GENTLE + MOISTURIZING (MERAH)RESTORE MOISTURIZING (BIRU CAIR)

 Sesi memperkenalkan produk ROHTO Eye Drops kepada para media yang hadir.

 Setiap blogger/media yang hadir, diberi peluang mencuba sendiri eye drop ini..

Aku tak lepaskan peluang juga..nak test jugak pakai, best ke tak pakai ROHTO Eye Drop ni?betul ke ada rasa sejuk2..dan jawapannya....
 
Ha'ah..Ada rasa sejuk sekejap..Selepas itu, kita boleh rasa mata lebih fresh, pandangan lebih jelas (eh..tak la jelas sampai tak payah pakai cermin mata..aku kan specky..kang ada langgar dinding..cuma nak beritahu lepas guna eye drop, mata tu lebih segar bugar..hilang letih..gatal..

So untuk korang yang ada masalah seperti aku tulis kat atas & jawapan korang pada soalan2 aku tu, adalah majoriti YA..korang patut mencuba ROHTO Eye Drop ni..


 Maklumat Lanjut, boleh layari www.rohtoeyedrops.com

2 Comments

  1. Kalau pakai time drive ok gak ni kan.. mata jd segar...

    ReplyDelete
  2. Best la rohto ni..sya post lasik 3 bln lps,tpi msih dlm healing proses...tpi mta tpksa bkerja ngadap komputer so jdi sgt kering dan letih...dan mata kerap letih tak rehat...nth mcm mna 1 hri tu eye drop yg sya biasa pkai tericir...mta dh kering sgt jnma sya besa pkai xda..kwn pnh recomnd rohto sblm ni..so sya try..mula2 pedih...bli btl ttp biru..risau gk...skrg sya rasa beza bila guna ni...mta lbih terang...silau sya kurang..sblum ni akibt mta ltih pas tu cedra sbb lasik..silau naik..sb x cukup rehat msa healing period..pasrah je rasa duit dh terbg wat lasik...tpi skrg rasa happy ada beza bila guna ni...😃😃😃😃😃

    ReplyDelete