Info di bawah ni untuk korang atau adik beradik atau sedara-mara atau kawan-kawan yang berminat untuk menjadi anggota polis..yang suka kerja berpakaian uniform..Boleh la mencuba nasib hadir ke sesi ujian fizikal ni..Pastikan korang dah pernah mendaftar secara online di SPA tahun 2014/2015 untuk jawatan konstabel..
Boleh rujuk link untuk lokasi ujian fizikal..Sekiranya berjaya korang akan dipanggil untuk sesi temuduga..GOOD LUCK korang :D

EKSESAIS PENGAMBILAN BAGI JAWATAN KONSTABEL WANITA DAN KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI/WANITA) TAHUN 2016


Eksesais Pengambilan bagi jawatan Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) akan diadakan mulai 1/2/2016 hingga 1/3/2016.

Calon-calon yang telah mendaftar melalui sistem Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2014/2015 boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang ditetapkan (Lampiran ’A’ - http://www.rmp.gov.my/).

Sila baca dahulu Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-


  • Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015;

  • Kad pengenalan asal dan 1 salinan;

  • Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;

  • Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;

  • Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;
  • 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;
  • 1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;
  • 1  keping gambar terkini berukuran pasport;
  • Pen-ball point, liquid paper serta gam;

Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);

Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menjalani ujian pemeriksaan tersebut.


ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR)SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).

Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.

Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.

Calon-calon yang gagal membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan diarahkan balik.


Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan).

0 Comments