Order ni dari Lazada beberapa minggu lepas..Baru terima semalam..Masa order tu memang dah sedia maklum, lambat dapat..Jangkaan awal November..Sebabnya barang ni dari luar negara..Ambil masa untuk sampai ke Malaysia..

Is okey..iolls okey je..no rushing..Ni pun mr hubby yang rajin tolong belikan..Aku tak request pun..hehe..motip sangattt..padahal masa mr hubby beritahu nak beli, dalam hati melompat2..haha..Harga asal RM33.40..Selepas diskaun jadi RM17.08..Murah kan..Tu yang suka shopping kat Lazada ni..banyak benor diskaun..

Sebelum terima barang ni semalam, ada isu juga..Miscommunication..Yang aku boleh beritahu, aku tak tahu yang barang ni akan dihantar guna Pos Laju..Aku ingat kurier servis (Nationwide, Abx @ lain-lain) sebab sebelum ni mr hubby ada order barang di Lazada juga..
 Hantar guna Nationwide..

Minggu lepas (20/10/2015), aku terima sms & e-mail yang barang dah sampai..aihhh..macamana Lazada boleh update barang dah sampai..aku tak terima pun barangnya..Check punya check, barang memang dah sampai pada 19/10/2015. Masa pihak Lazada beri no. tracking (Pos Laju), baru tahu barang aku ni dihantar melalui Pos Laju..Aisehhh..Ada isu sebenarnya, office aku ni tak boleh terima barang peribadi melalui PosLaju..Kalau aku tahu awal-awal, memang aku bagi alamat Pos Laju KL Sentral untuk SELF COLLECTION..yang macam selalu aku buat..Masa call Lazada, baru tahu barang dari luar negara, penghantaran melalui POS LAJU..so take note yea korang..Kalau korang ada masalah nak guna alamat pejabat tapi tak boleh sebab ada arahan macam office aku ni..tak boleh terima barang peribadi melalui Pos Laju di pejabat..Jadi boleh cari alternatif lain..buat self collection atau letak alamat rumah..

Untuk pengetahuan, barang aku order ni memang dah sampai di Bahagian Pentadbiran tapi staff situ tak call aku padahal ada je no.telefon aku kat consignment note tu..

Malas la nak mengadu lagipun barang dah diterima pun..tapiiiiii..bukak2 je packaging, frust!!Lepas aku amik ni dari Bahagian Pentadbiran pun, aku dah syak macam something wrong..ada bunyi2..

 Serpihan cermin ni yang keluar mula-mula lepas buka packaging..belah depan tu, dah pecah..
 
Bila buka bahagian dalam..cermin seperti yang di syak, pecah..blusher, satu kosong kat tempat (rujuk gambar)..




Tindakan ~ terus call Lazada buat aduan..Nanti dorang akan e-mail minta gambar item yang rosak..Dah e-mail pun gambar kat atas ni pada pihak Lazada..tengah tunggu tindakan seterusnya..

Prosedur Lazada barang rosak, perlu di pulangkan semula 7 hari dari tarikh terima..Macam kes aku ni, walaupun barang aku terima semalam tapi rekod dorang 19/10/2015..Harini 23/10/2015 (hari kelima)..hari ketujuh (ahad)..Mungkin nak pos balik pun lambat..Jadi dari menanggung kos pos untuk pulangkan semula barang, customer service Lazada inform, mungkin pihak dorang akan bagi voucher sebagai ganti..Tak pasti lagi..Nanti apa-apa akan di update..

4 Comments

  1. alamakkkk.. tu yg takut beli benda2 mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, Lazada boleh dipercayai cuma advice jangan beli barang yang mudah pecah..Macam sya beli ni, pallete make up..ada cermin..pallete tu pun kategori mudah pecah kalau jatuh @ kena campak2 dengan Pos Laju..pffttt..

      Delete
  2. Ades...xdapek nk melawa weekend ni ye..hehehe. xpe,Insyaallah lazada jaga customer. Akan dpt gantinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dapat claim dari Lazada..dorang bagi voucher..okey la kan..a'ah tau lazada mmg jga customer..

      Delete