Ramai lagi ke yang masih bercuti harini..aku mmg x cuti le..cuti dah abis..kat opis aku ni pun cam lengang je..x ramai orang keje..bos aku pun cuti lagi..sonotttt..hehe

harini nak story pasal penjagaan rambut..akceli aku ni dalam kategori ada masalah kelemumur & rambut gugur yang agak teruk..aku honestly, dah naik menyampah pakai syampu dah memacam brand, sume x berhasil..ko cakap le syampu apa, mesti aku try..syampu anti-hair fall, syampu anti-dandruff..still masalah x setel..rambut aku masih jugak berkelemumur & gugur..gugur bukan sikit2,tau..nasib rambut aku ni jenis tebal & lebat je..kalau cakap ngan orang pun, dorang x caya sbb tengok rambut aku ni jenis tebal & lebat..lagi satu kalau garu kulit kepala yang berkelemumur ni, ada 1 bau kurang menyenangkan..kadang2 bila mr hubby nak peluk2 dari belakang cam x konpiden je sebab rambut berbau..akceli bukan rambut yang berbau tapi kat kulit kepala tu..

dulu sebelum kawen, aku ada gak cuba petua basuh rambut ngan limau ni..tapi jarang2 buat sebab malas nak potong2 limau tu..plus tetap nak berlagak bila orang puji 'eh cantik rambut ko..ko pakai apa?'..hehe..tu yang mengada2 tetap pakai jugak syampu yg brand2 n mahal tapi hasil nan ado..

baru2 ni aku mengalami kegatalan kulit kepala yang amat sebab kelemumur..aku cari balik limau..lepas je perah & tenyeh2 limau kat kulit kepala & rambut, tunggu jap baru basuh..legaaa..cam best pulak..lepas dah perah limau tu, aku biar kejap baru basuh ngan air..lepas tu aku x basuh ngan syampu pun..aku biar je..bila dah kering rambut tak berbau & kurang sikit mengerbang walaupun aku tak guna syampu..kalau x rambut aku ni, jenuh bersyampu bagai, dah kering cer tak pakai minyak confirm mengerbang..

limau

tadi google2, jupe satu petua lak untuk keguguran rambut, kelemumur & kegatalan kulit kepala..tetiba rasa cam minat lak nak try..senang & simple je..tapi tue ar kena tengok pada kerajinan aku jugak..sebab petua ni masker untuk rambut..hah, amik ko..aku ingat muka je kena pakai masker, rambut pun ada jugak..walaupun aku tak pernah pakai masker untuk muka..hihi..

aku jupe petua tu kat SINI..

serbuk inai

+

telur ayam

=
hasilnya..tadaaaa

Dah siap campurkan serbuk inai dengan telur ayam boleh lah disapu pada rambut.. Tunggu sehingga sejam baru basuh rambut..nanti lepas basuh, rambut keras sikit so owner blog ni bagi tips suh sapu cream kat hujung rambut sebelum apply campuran kat atas ni..cream apa, x di beritahu pulak tapi aku rasa apa2 cream pun x kisah kowt..janji jgn krim muka sudah..hehe..harap2 aku rajin amalkan petua ni..

fungsi inai untuk rambut :~

1.mempunyai kuasa perlindungan dan pemulihan
2.membantu mengembalikan kesihatan bagi rambut yang rosak dan menyeimbangkan  asid-alkali semulajadi pada kulit kepala
3.menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
4.menambahkan kekuatan dan ketebalan rambut kerana ianya mempunyai keupayaan untuk menyaluti (coating) helaian rambut
5.merupakan pembersih semulajadi pada rambut
6.menjadikan rambut sihat, bersih dan berkilat

fungsi telur ayam untuk rambut :~
 
1. membantu mendapatkan rambut yang lebat, lembut dan kuat
Misi :~ cari serbuk inai..hehe..telur ayam, tadak hal..banyak kat umah..mr hubby pun tengah pantang makan telur sekarang..boley ar amik untuk petua ni..

5 Comments

  1. heee..sue pun ade prob dandruff jgak.. tapi sejak sue pakai syampu Pristine (beli kat farmasi) Alhamdulillah berkurangan.. nk kata xde langsung tu xde la, tapi okla, rambut x berminyak sgt..dandruff pun x de sgt... (mcm iklan plk) :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syampu Pristine..x penah dengar le sue..saya ni malaih sikit nak ke farmasi..x pe, saya cuba merajinkan diri cuba petua ni..nengok hasilnya macamne dulu..saya ni kenkadang mula2 je bersemangat waja pas tu, dah malaih..klu penyakit malaih dah berkunjung, boley ar usha2 syampu sue try tu kat farmasi lak..hehe

      Delete
  2. perkongdian yang sangat berharga untuk saya cuba. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc, dear ;) sharing is caring..selamat mencuba

      Delete
  3. ni bole buat inai rambut x? klau pkai ni rambut bole jadi perang sikit x?
    klau x, ade cara2 nk buat inai rambut sndiri?

    ReplyDelete