Amik mood nak menaip entry ni selepas seminggu lebey bercuti..cuti kat spital..menjaga mr hubby ku yang kena operate last week..mr hubby dapat detect ada batu dalam hempedu and as advised by Dr. pakar memang kena buat operate jugak memandangkan masa buat ultrasound, 1 batu size agak besar..but sebelum memudaratkan, baik dibuang..

Sapa2 yang fren dengan aku kat fb, sure leh nampak aku share gambar2 mr hubby masuk wad @Pusrawi Hospital..tujuan aku share gambar2 tu sume bukan sebab nak meraih simpati. cuma aku nak maklum pada ofis mr hubby & ofis aku. ofismate mr hubby & ofismate aku yang mana fren dengan kitaorg termasuk bos2, sure leh nampak so idok le dorang nak pertikai ke hapa..tambah2 macam mr hubby, dia keje private..paham2 je ar private sector ni camne..kan boley silap sikit, kang tak memasal je jadik point..

sehari b4 operate, mama (M.I.L) datang KL..so masa kat hospital ritu, mama la temankan kitaorang..nasib mr hubby dapat wad bilik sorang.jadik boley ar kitaorang tunggu..kalau bilik sharing (2 @ 4 katil), x leh orang tunggu..tapi mama mr hubby bermalam kat wad sampai hari jumaat je..jumaat sampai ahad, mama balik umah kitaorang..tido kat umah.

ni aku share gambar2 yg aku dah share kat FB ritu..sorry, pada kengkawan FB ku korang kena repeat tengok..hehe

mr hubby masuk Dewan Bedah ni dari 11.00 am sampai 3.30pm..aku & mama siap boley kuar jap gi amik adik mr hubby yang belajar kat UTM Jalan Semarak..

Selepas operate..

2 biji batu yang berjaya dikeluarkan..saiz sebesar biji guli..masa ultrasound 1 je besar.
setelah 6 hari 5 malam berkampung di hospital, baru Dr bagi keluar wad..tu mr hubby tengah minum air oren..kata orang elok untuk sesapa yang operate sebab oren mengandungi vitamin C.

ikutkan Dr jangka haritu, mr hubby dah boley kuar wad hari Ahad..sekali masa check hari Ahad tu, Dr nak tunggu lagi sehari..hari Isnin baru leh kuar..waaaaa, bosan kowt duk hospital lama2 walaupun hospital private..peh tu giler sejuk kat wad tu..walaupun sepanjang 6hari 5malam tu kitaorang memang tak on ekon pun..ada le sekali on sebab Dr yg merawat mr hubby tegur, napa tak pasang ekon..kitaorang pasang sekejap..tapi kejap je, x larat weiiii sejuk bangat..

keadaan mr hubby sekarang, dah semakin sihat..alhamdulillah..mr hubby dapat mc 2 minggu so kitaorang duk kat umah parents aku..mr hubby mc, aku keje..aku kan tak gheti nak drive, kalau duk Semenyih sapa lak nak antor aku gi koje..cuti aku kalau banyak lagi x pe,mmg ku amik cuti..ni cuti mmg dah licin.. hehe

8 Comments

  1. alhamdulillah
    semoga sihat selalu'salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida'ye
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tQ dear :D

      salam perkenalan juga dari saya..okey,nnti saya singgah ke blog ida ;)

      Delete
  2. Smg hubby nya cepat sembuh...amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ dear..alhamdulillah, hubby dah semakin sihat..

      Delete
  3. Fieza sori.. lama tak masuk blog.. tak tahu pun pasal suami fieza..
    Alhamdulillah.. suami fieza dah lepas operate dan semakin sihat ye.. semoga suami fieza terus sihat seperti sedia kala.. aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, lmbt reply..haritu dah baca komen ina ni, penyakit M lak dtg..terus lupa nak reply..hehe

      alhamdulillah, husband dah okey..cuma Dr still bagi mc lagi seminggu kat dia..

      Delete
  4. Salam Fieza, so sorry, lame tak jenguk blog fieza, so, hubby dah beransur sihat ? alhamdulillah.. jaga diri fieza n hubby okey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam eMMe..alhamdulillah, husband dah beransur sihat..

      Delete