Start malam tadi,aku rasa cam sengal2 kat area bawah perut ni..mcm nak 'P' je rasa tapi aku baru je pas dikunjungi cik 'P'..Ikutkan sekarang,time aku tengah subur..Lagi pulak,cycle ni aku on Clomid for 2nd cycle..cycle lepas pun sama,aku on clomid tapi x berjaya..tapi rasa cycle lepas tak de pulak dpt tnda2 nak 'O' ni.Tue la,start smlm aku rasa x selesa kat perut,hari ni lebih sikit..dari carta BBT aku,dh 2-3 hari ni suhu aku menurun & hari ni dah naik balik.dari pembacaan aku kat Ratuhati pasal tanda-tanda ovulasi ni antaranya :-

1-cervical mucus bertambah agak licin dan seakan putih telur.
2-dari graf BBT akan berlaku peningkatan suhu sehari selepas ovulasi.
3-keinginan 'bersama' akan bertambah.
4-rasa sakit di ari2 juga dikenali sebagai Mittleshmerz atau mid pain.
5-kedudukan servik yang tinggi dan lembut.
6-breast tenderness.
7-kembung perut/ bloating.
8-sedikit pendarahan yang berwarna kecoklatan atau merah jambu.
9-moody dan rasa lebih bertenaga.
10-pening dan loya.

so tanda2 yg aku alami skrg,no.2,4,7 & 10..yg no.10 tu bukan setakat loya je,sabtu lepas aku siap uwekk,uwekk lagi..husband aku duk cakap uwekk,uwekk ingatkan cam dah ada pas tu nanti hampa (mksud cik 'P' datang menjengah ler)..pas tu aku cakap ngan hubby,dari carta BBT aku tu,aku baru nak 'O'..so,aku pun tak tau napa aku uwekk,uwekk sabtu lepas.mebi effect dari pati delima yg aku minum kot..hari sabtu tu je lah,skrg dah okey tapi tue la udah perut pulak rasa cam senak2 je ni..nak berjalan pun rasa cam sakit..

Baru je aku duk tulis tadi pasal macam sakit senak2 kat bawah perut,kan..ni dah okey..lega..tadi tnya opinion member2 kat group FB Ratuhatiku..senak2 perut tu samaada nak 'O' ataupun angin..Hmm x pe la,aku pun malas nk penin2kan pala duk pikir pasai ni.aku kan tengah buat BBT ni,so esok tengok suhu camne..kalau naik,confirm aku dah 'O' le tu..anything,aku update kat sini..well,kata dah ada blog,kan?hehe

Note : hari ni masuk je suhu terus carta BBTku dah keluar garis merah yg maksudnya aku dah 'O' pada CD18 tapi garis putus2 (kalau yg buat BBT sure tau apa maksud garis merah putus2 tu)..okey ler aku explain,garis putus-putus mksudnya FF tak sure detect aku 'O' atau tak pada CD18 tu..FF detect melalui kenaikan suhu selama 3 hari berturut2..kalau ada tanda2 fertile mucus,lebih tepat..but unfortunately mmg aku x de tanda2 fertile mucus tu..cuma yg aku duk inform kat sini ler,simptom2 aku senak perut je..