Total Pageviews

Sebab Lipas Dapat Free Lunch

22:02

Dapat dessert free kat satu restoran tutttt..hehe..Dalam minggu lepas, k.fiezz & kawan ofis gi lunch luar dari kawasan pejabat..Kitaorang ke satu restoran tut dalam Sunway Putra Mall..Kawan k.fiezz yang ajak makan kat situ..kak fiezz okey je..kak fiezz pun suka dengan salah satu menu dia..

Kitaorang keluar awal sikit, jadi tak ramai la orang masa sampai kat restoran tut ni..Cari meja, tengok menu..terus order makanan...Tak lama lepas order, sampai la makanan kitaorang..Makan dengan penuh selera ni..yelah time lunch kot, harus la laparrr..

Makan sambil sembang-sembang..sedapnya lahaiii..sambil membawang..haha..lepas dah tinggal separuh makanan dalam mangkuk dia yang boleh tahan besar tu, k.fiezz tengok kawan k.fiezz dah slow makan..Sambil tu duk tengok mata dia, pandang dalam mangkuk dia dengan pandangan ada macam tanda tanya disitu?Apakah?

K.fiezz tanya la 'kenapa, win'?then kawan k.fiezz tunjuk dalam mangkuk dia, k.fiezz tengok la menda dia tunjuk tu, lepas tu dia cakap 'lipas'..k.fiezz punya reaksi macam tu...tak tau nak bagi pandangan apa..kawan k.fiezz terus panggil staff , tunjuk dalam mangkuk tu ada apa..Bila staff tue tengok je dalam mangkuk tu, mula2 dia macam tak leh nak tangkap kot kenapa kawan k.fiezz tunjuk dalam mangkuk tu? kawan k.fiezz cakap 'lipas', baru dia tengok betul2 & dia suggest tukar dengan set yang baru...masa panggil staff tu, kawan k.fiezz idak la marah-marah pun..panggil pun slow2 & tak buat kecoh...Tue yang agaknya staff tu berhemah & offer set yang baru...so kawan k.fiezz pun okey..

Sampai 1 set lagi yang baru untuk kawan k.fiezz..bayangkan la yang 1st tadi dah separuh habis, ni tambah lagi satu set baru..jenuh kawan k.fiezz nak perabiskan..haha..nasib la badan dia besar dari k.fiezz..kalau k.fiezz nak perabihkan lagi satu set, mau pengsan..makan yang tu pun dah rasa senak perut...

tengah-tengah makan..sampai yang bawah ni..kawan k.fiezz cakap 'eh..tak ada order'..staff tu inform manager dia yang belanja...oo..dapat FREE sebab mohon maaf kot kes ada lipas dalam mangkuk makanan kawan k.fiezz..sedap gak dessert yang ni..k.fiezz try rasa sikit...


www.fiezasani.xyz

time bayar, dapat surprise lagi kawan k.fiezz..FREE..tak payah bayar yang dia punya..
k.fiezz punya bayor la..haha...

Rezeki kawan k.fiezz dapat lunch free sebab ada lipas dalam makanan dia..haha..adeh..apa nak buat..tak expect pun sebab restoran dia cantik, bersih..

tapi k.fiezz na mo la share restoran apa ni..sebab kawan k.fiezz pun dapat set free lunch so okey la restoran ni..bertanggungjawab & mengakui kesilapan...

You Might Also Like

8 Comment

  1. nasib la kan dia ganti baru..klu dia buat macm xbersalah..viral la kedai dia..haha

    ReplyDelete
  2. dah rezeki nak dapat makanan free tu..

    yg bagusnya restoran tu bertanggungjawab dan mungkin tak sengaja pasal lipas tu kalau Fieza ckp restoran tu cantik dan bersih..

    ReplyDelete
  3. mesti restoran ini risau..takut terviral kan, cpt2 kena bg rewards

    ReplyDelete
  4. lisa pernah kena gak. tp kutu beras.. dia tukar yang baru

    ReplyDelete
  5. bagus jugak kalau restoran mcm ni, ada jugak yang tak ambik kisah pun sebab tu sampai boleh viral tu. bagus jugak kawan kak fiez sebab ok ok je, kalau orang lain mesti viralkan dulu baru bgtau restoran tu hahaha

    ReplyDelete
  6. aduhhhh geli kot... klau Liez makan free pun still meloya kot..

    ReplyDelete
  7. Eee gelinya.. tapii nasib baik ownernya bertanggungjawab

    ReplyDelete
  8. berkat tak kepochi.. mesti owner tu appreciate korang xde bising2 kalau x lari cutomer

    ReplyDelete