Total Pageviews

Sampai Dah Smartphone Cover With Keyboard

16:18

Yeay,  sampai dah Smartphone cover with keyboard yang k.fiezz order kat Shopee..haritu k.fiezz share lepas order kat shopee, kan.. Ni dah selamat sampai kat tangan..semalam sampai.. Walaupun ada masalah penghantaran mula-mula.. Adeh.. Tapi tak pe la barang dah dapat, kira di maafkan la company courier tu...kesilapan teknikal sikit... 

Smartphone Cover With Keyboard

Ni la rupa gadget baru k.fiezz..Smartphone Cover With Keyboard.. Ada 2 jenis kalau korang cari.. Satu jenis Bluetooth.. Satu lagi jenis guna USB cable macam ni.. Terpulang la korang nak yang macamana..Korang boleh baca detail kat link k.fiezz bagi kat atas ni kelebihan & kekurangan smartphone cover with keyboard jenis bluetooh & cable usb macam ni...K. Fiezz mula2 nak pilih yang Bluetooth punya memandangkan handphone k.fiezz lain sikit dia punya pengecas.. Selalu handphone lain guna micro usb,kan..K.fiezz punya guna type C...

So dah decide nak pilih yang jenis bluetooth..Sekali masa duk scroll shopee, ternampak yang jenis ada corak-corak camni.. Terus berkenan & grab yang ni je... dasar perempuan sangat,kan..tak boleh tengok menda lawa...

www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz


Yang ni sekali dengan mouse yea korang.. Senang.. Hehe.. Memang k. Fiezz cari yang ada mouse.. Dah terbiasa guna pc/lappy ada mouse...Macam kekok pulak tak guna mouse... 
So beli yang ni dapat cover + keyboard + mouse... Kira berbaloi la dengan harga dia RM3+.++... 

dah k.fiezz pilih jenis ada cable USB ni, kena la k.fiezz keluarkan RM untuk beli Converter USB Type C to Micro USB adapter connecter (rujuk gambar kat bawah ni)..Beli kat Lazada..harga RM14.++... Sekali postage = RM19.++

Yang tak tahu mana satu converter nya..tu yang brand huawei...

www.fiezasani.xyz

So kalau handphone korang jenis caj type C, Pastikan beli converter ni jugak.. Kalau tak camne nak connect dengan mini keyboard tu sebab guna usb.. jadi ni la guna converter ni...


www.fiezasani.xyz


Camni la cara guna dia..lepas tu boleh sambungkan pada handphone untuk sambungan ke fizikal keyboard.. 

Converter Type C To Micro USB brand HUAWEI



www.fiezasani.xyz

Bila dah cucuk converter & usb tu bersama, automatik keluar macam kat atas ni..handphone kak fiezz la..cuma kak fiezz advice masa nak beli converter ni cari yang ada fungsi OTG (On The Go) juga..sebab ada converter yg untuk caj sahaja..So baca elok-elok kat descriptions...

www.fiezasani.xyz

Lepas dah pilih yang atas tadi tu, dia akan keluar macam ni..so terpulang korang nak on atau off skrin tu masa fizikal keyboard disambung pada handphone memasing...maksudnya masa korang buka apps blogger (untuk blogger la), skrin akan terpapar macam biasa bila kita menaip...Kalau rasa rimas..boleh off kan je...

dan boleh setup bahasa untuk appear kat keyboard & apa yg berkaitan..Part bahasa sila hati-hati tau sebab semalam k.fiezz ter tekan bahasa arab..sekali nak taip, keluar tulisan jawi daaa..haha..mengagau cari setting & tukar bahasa ke English..

Selain dari tu, tak ada apa..Siap..selamat berblogging di mana je berada..hehe

p/s - sapa yang tak ada akaun shopee atau tak reti cara nak order boleh roger k.fiezz..iolls boleh jadi Personal Shoper uolls..hehe..tapi ada upah la yea..harap maklum ;)..saja offer sebab kebetulan ada orang minta k.fiezz jadi PS utk belikan smartphone cover keyboard ni...

You Might Also Like

19 Comment

  1. kan xpasal blog fieza dalam bahasa arab plk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue la cik nor.. Gelabah smlm cari setting nak tukar bahasa..haha

      Delete
  2. Replies
    1. Kan.. Sila la cari kat shopee.. Hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Haha.. Sowy.. Kita hasut menda yang elok je..

      Delete
  4. wahhhh tak tahu pulak ada set macamni sekarang. Sesuai dengan orang yang taknak guna banyak gadget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue la senang ada set macamni.. Klu malas nak bukak lappy, guna ni je...

      Delete
  5. Wahhh menarik, lepasni lagi senang nak blogwalking and comment hihi

    ReplyDelete
  6. lebih mudah la lepas ni kalau nak tulis artikel blog ke apa. tak perlu buka laptop kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.. Tu main point beli ni..

      Delete
  7. Saya baru order tadi yg hello kitty tp dekat blogger la... Kak fieza usb type c yg pakai iphone tuh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure mimi yg ni sama dengan iPhone punya ke tak. Hp akak Huawei matte 10 pro.. `

      Delete
  8. cantiknya smarphone cover with keyboard tu.rasa cam nak beli jugakkk ni.

    ReplyDelete
  9. Serius lepas ni senang je nak blogging dekat mana mana. :) Thanks for sharing kak fieza.

    ReplyDelete
  10. Wah.. bestnya.. Kena masuk dalam wishlist ini..

    ReplyDelete