Total Pageviews

Pakej Perkahwinan Murah Tapi Macam Di Hotel

09:06

Minggu lepas hari sabtu (30.6.2018) attend wedding sepupu mr hubby di One City, Subang..Lokasi di salah satu dewan bawah Bizmilla yang Mila Jirin punya tu..Dia kan wedding planner sekarang.Sepupu mr hubby sewa pakej kat sini..All in termasuk dewan,baju, makan 2x (nikah & resepsi), photographer, kompang...Semua la..Kira tak yah pening2 la nak fikir pasal tu tak cukup..ni tak cukup..Pengantin cuma concentrate nikah & bersanding..Tetamu datang pun seronok sebab tempat berhawa dingin, luas..tempat parking pun ada kat kawasan sekitar..

Lokasi ni sebelah dengan One City mall yg ada Jalan Jalan Japan tu..ada hotel kat situ..tak silap k.fiezz, ambil pakej kat Bizmilla ni sekali dengan penginapan kat hotel tu..Sebelah je dengan tempat ni..So pengantin ada tempat la nak rehat dan tukar baju untuk majlis nikah & resepsi...Turun dari hotel, jalan sikit sampai kat lokasi wedding ni..Kalau pengantin yang asal dari dua negeri berbeza..sorang kat utagha, sorang kat p.timur..sesuai la buat tengah-tengah kat sini..fair untuk dua-dua belah keluarga..kena turun ke KL..macam sepupu mr hubby & suami dia ni..kitaorang harus la orang perak..suami sepupu mr hubby ni pulak dari Terengganu..hah,kan ke senang buat kat tengah-tengah macam KL ni...

Pakej di Bizmilla

Kat sini ada pakej-pakej dia..Jadi pilih la ikut bajet pengantin. Tapi tempat dia memang cantik sangat..k.fiezz berkonan..haritu attend wedding ala-ala orang ada-ada je tau..selesa sangat..dekorasi dia lawooo..ai is like sangat..baju pengantin perempuan, cun weii..napa masa k.fiezz kawen dulu tak ada design tu..ai is jeles..untung sangat pengantin zaman sekarang..nak cari info, di hujung jari je..Ni kak fiezz tolong la jugak bakal pengantin yang tengah usyar pakej-pakej perkahwinan berpatutan..Untuk k.fiezz berpatutan sangat kat sini..harga paling murah kalau tak silap bermula dari RM24k tapi untung la..semua dah all in...

Jom tengok gambar-gambar kat majlis nikah & resepsi sepupu mr hubby di One City Subang ni...

Korang nilai la sendiri, cantik ke idak..gambar menu makanan, k.fiezz tak ambik tau..tapi okey menu-menu yang ada haritu..sedap...

www.fiezasani.xyz

Masa majlis akad nikah..Kitaorang sampai ngam-ngam tok kadi tengah bagi penerangan sikit pasal nikah ni..belum start lagi majlis akad nikah nya..

www.fiezasani.xyz
Hantaran dari pihak perempuan

www.fiezasani.xyz
Hantaran dari pihak lelaki

www.fiezasani.xyz
Selesai majlis akad nikah..Pengantin dengan mak-mak saudara pengantin perempuan.
Adik-beradik perempuan arwah mak kepada pengantin perempuan...

www.fiezasani.xyz
Pengantin lama in action..haha...Dulu pelamin weolls tak curlass camni..besa-besa je..maklumla buat kat kampung..

www.fiezasani.xyz
Selfie dengan mak sedara mr hubby...

www.fiezasani.xyz
Dekorasi dalam dewan..k.fiezz suka sangat...

www.fiezasani.xyz
Pengantin nun di singgahsana sambil diiringi paluan kompang...curlass...

www.fiezasani.xyz
yang diraikan..Selamat Pengantin Baru Mira & Nik

www.fiezasani.xyz
Upacara renjis-renjis di pilis...

www.fiezasani.xyz
Meja makan pengantin...

www.fiezasani.xyz
Upacara potong kek...

www.fiezasani.xyz
Sibuk je fompuan ni..Nak jugak posing kat sini..haha..Btw, cantik tak ootd k.fiezz tu..Post gambar ni kat Ig, ramai cakap dress k.fiezz tu lawa...tq uolls..mmg lawo pun dress tu..jarang pakai sebab kitaorang tak rajin attend event..hehe

www.fiezasani.xyz
eh..pengantin lama ni..nak jugak duk ataih pelamin..hoverrr tau.. #fliphair...

www.fiezasani.xyz
Cenderahati dari pengantin..tQ...

Kepada pengantin baru - selamat menjalani alam rumahtangga. Alam rumahtangga ni nampak macam seronok..seronok pun sebenarnya cuma biasa la ada ujian..ada cabaran..moga berjaya menangani setiap ujian dan cabaran tu dan kekal bahagia..sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pulak suami isteri.. ;) dan cepat-cepat timang cahayamata..hehe.. 


You Might Also Like

3 Comment

  1. nicelah tempat ni, sha pun boleh la buat gini rasanya sbb sorang kedah sorang nogori hahaha

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru buat sepupu kak fieza. Serius memamg selesa sangat attend weding di bizzmillah centre ne.

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru bua pasangan mempelai ..
    dan ehem ehem, pengantin lama tu boleh jer sanding balik , muehehe ...

    ReplyDelete