AFB Feeds

Percutian Backpackers Ke Hatyai Part - Makan

08:30


TEMPAT MAKANAN HALAL DI HATYAI

Entry ni mesti ramai suka..Makannn..Jom kak fiezz kongsi sikit pasal tempat makan yang kitaorang terjah masa ke Hatyai baru-baru ni..Biasa la sebagai orang islam, kita kalau melancong ke negara luar terutama ke negara yang bukan majoriti beragama islam mesti hadapi masalah nak cari tempat makan yang HALAL..Tapi nasib baik di Hatyai ni, ramai juga orang islam jadi mencari tempat makan yang halal tak susah sangat..2 kedai yang kitaorang cuba RESTORAN SALMA & RESTORAN HAMID..yang gambar bawah sekali tu, kitaorang beli kat pasar malam area bgn.central...kat sini malam2 happening sebab gerai2 makanan banyak & kedai2 untuk beli cenderahati masih buka..Di pasar malam ni, kak fiezz ada story pengalaman yang tak baper nak best..masa di pasar malam tu, okey..lepas keluar nak balik ke hotel tu..uwaaa...

Restoran SALMA Hatyai

Sorry, kat sini tak tangkap gambar depan kedai..Masa ni hari ke-2 songkran yang kak fiezz ada cerita dalam entry sebelum ni jadi nak tangkap gambor takut..handphone bukan jenis kalis air..Cover dia pun tak beli sebab kak fiezz tak bajet, sambutan songkran ni besar di Thailand..Kak Fiezz cuma tangkap gambar makanan & suasana dalam kedai je..Tapi kalau korang ke sini, tak susah nak cari..Naik tut-tut, cakap nak kedai makan orang islam..Mesti diaorang bawa ke salah satu kedai ni..Lokasi dua-dua kedai ni pun tak jauh sangat...Dalam kawasan yang sama jugak..

Menu kitaorang di Restoran SALMA, Hatyai


Tom Yam Putih / Telur Dadar / Kailan Ikan Masin


Kat dalam restoran SALMA..Kemas, teratur & harga makanan berpatutan..
Total makan kat sini : 420 Bhat

RESTORAN HAMID

Depan kedai

Sementara menunggu order kitaorang sampai..

Menu kitaorang di sini - Tom Yam Merah, Ikan Siakap Sweet Sour & satu lagi menu tu tak ingat nama dia, rasa2 Kerabu Seafood..ngee..mahap la, peningkatan umor..haha

Ni kak fiezz fokus sikit gambar makanannya

Kerabu Seafood (kalau tak silap)

Tom Yam Seafood Merah

Ikan Siakap Sweet Sour 

Yeay..Sampai dah makanan..Jom, makan...
Total makan kat sini : 840 Bhat

PASAR MALAM di depan Bangunan Central

Pasar malam yang banyak jual makanan halal,souvenir kat sini..

Kerabu Seafood Maggi & Tom Yam Seafood Maggi = 80bhat / 1 bekas x 2
 
Udang Goreng = 300 bhat
 Total beli makanan kat sini : 460 Bhat 

Yang 2 makanan kat atas ni, bagi pengalaman mencabar sebelum di makan..haha..Kisahnya gini, Kak Fiezz & mama berjalan kaki dari hotel ke pasar malam ni..Asalnya nak beli t-shirt untuk family kak fiezz kat kedai area hotel kitaorang stay tapi kedai kat sini tutup awal..Jadi kitaorang patah balik ke hotel..Ternampak ada sorang driver tut-tut..Mama cuba tanya dengan dia ni kat mana nak cari tempat makan halal, yelah dah kedai2 jual baju tutup jom la kita cari makan malam..Dia tunjuk bangunan belah belakang dekat je dengan hotel kitaorang kalau tengok dari situ..Bangunan dia tunjuk tu ada simbol 'M' (Mc Donald) kat atas dia..Kat situ kata dia banyak orang islam jual makanan tepi jalan..Dia bagitau la macamana nak ke situ..Kitaorang pun berjalan kaki je sebab nampak macam dekat..On the way nak ke situ, ada la nampak kedai baju yang masih dibuka..Berjaya la membeli t-shirt kat kedai tu je..Jalan depan sikit nampak orang jual makanan tepi2 jalan..Kat depan bangunan Mc Donald tue..Kedai2 baju pun banyak..Kitaorang membeli lagi t-shirt  kat situ..Siap shopping t-shirt & makanan, kitaorang nak balik ke hotel..Sekali, ingat2 lupa weiii lalu kot mana masa datang tadi...Mama tanya kak fiezz, kak fiezz tanya mama..ah!!sudah..Sesat weiii..Dekat 1 jam kitaorang berpusing..Berapa ramai kitaorang duk tanya arah balik ke hotel?Tapi tetap berpusing2..Ada jalan yang diaorang suruh lalu tu, kedai2 kat situ dah tutup..Sunyi..Takut plak kitaorang nak lalu..Jadi main ikut logik je la..Tue yang sesat..Siap kena usya la dengan sorang mamat thailand ni..Risau weiii..Memang dah nak ajak mama naik tut-tut je tapi mama semangat nak jalan kaki balik ke hotel..Kak fiezz ikut je la..Jalan punya jalan, pusing sana pusing sini..Akhirnya berjaya juga jumpa hotel..fuhhh, lega weiii...Sampai kat hotel, nampak mr hubby & adik-adik dia tengah tunggu kat  depan hotel..Ada seorang adik mr hubby nak tukar duit Bhat..Nasib ada lagi balance...Kak fiezz kontrol nafsu serakah shopping kat Hatyai..Kalau tak kontrol, penat weiii nak ngangkut letak barang dalam bag..Kata backpackers, jadi barang-barang yang bawak pun ngam-ngam..Ni kalau shopping tak hingat, menambah bebanan di bahu..x koser...tu pun dah cukup berat rasanya beg...

Okey, berbalik pada topik kedai makan tadi,kesimpulan dari 2 kedai makan yang kak fiezz dah cuba kat Hatyai ni yang mana kak fiezz suka..Personally, kak fiezz lagi suka Restoran Salma..Menu yang kitaorang pilih tu lagi best & sedap..Tom Yam putih dia tu memang win...Kalau ke Thailand, sila cuba tom yam putih..Tom Yam merah, kat Malaysia kita dah biasa makan..So ke sana, cuba yang baru..Kerabu Seafood Maggi & Tom Yam Seafood Maggi pun sedap..banyak seafood dia..Udang goreng tu pun sedap gak..eh!!semua sedap la...Ni ikut selera & tekak kak fiezz la yea..ngeee..
 


You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.