AFB Feeds



Cuci Mata di Matta Fair 2017

12:31

MATTA FAIR 2017


Ke mana kita ney?next trip dengan family mr hubby...tempat dah tahu kat mana..Cuma nak cari pakej2 untuk trip semasa kat situ nanti..Mana tau kat Matta Fair 2017 ni ada pakej2 yang menarik..
Eh Ke mana kak fiezz ni, kan?Nanti iolls update later yea..
So hari jumaat lepas, kak fiezz cuti untuk gi ke Matta Fair 2017 dengan mr hubby..Lokasi biasa untuk Matta Fair di PWTC..Masa ke sini hari jumaat lepas, kitaorang naik motor je..Tak kuasa naik kereta..Confirm jammed uolls..Dan sangkaan kitaorang sangat tepat..Jammed..Bawa motor, senang..parking boleh selit2 je..advantage bawa motor...

Bayaran masuk ke Matta Fair 2017 ni RM4 / dewasa...Lepas membuat bayaran, kita akan dapat beg kaler pink yang macam kak fiezz pegang tu..Fungsi..Nanti dah masuk kat dalam hall pameran, banyak flyers, risalah pelancongan kita akan dapat..Jadi tu la fungsi beg pink ni...Berguna sangat..Sampai berat la beg ni, hah...Fokus kitaorang masa ke sini, bahagian international gitu..Nak cari pakej yang kak fiezz beritahu tadi..Dan ada jumpa satu travel agent tawarkan pakej trip ke tempat yang jadi lokasi percutian kitaorang nanti..Kebanyakan travel agent lain, tak ada tawarkan pakej trip ni..Kena ambil whole package..Kitaorang dah book sendiri tiket & penginapan..Cuma nak cari aktiviti yang boleh kitaorang buat masa kat sana nanti..Kebanyakan aktiviti kitaorang free & easy je tapi nak la juga buat satu - dua aktiviti masa bercuti ke sana...

Jom kak fiezz kongsi gambar2 masa kat Matta Fair 2017 ni...Kak fiezz & mr hubby pergi ke Matta Fair 2017 ni, dua kali yea uolls..ngeee..Hari pertama & hari ketiga..Masa hari pertama tu cari pakej trip..Dah tau berapa jumlah yang kena bayar seorang..Kitaorang bincang dulu dengan member group yang akan joint trip ni..Jadi bila semua dah setuju, baru bayar deposit..Tu yang kena pergi ke sini kali ke-2 sebab staff travel agent minta datang buat bayaran kat sini..

Hari pertama - Jumaat (17/3/2017)

Sebelum masuk ke dewan, WAJIB la posing dulu..


Tiket masuk untuk hari jumaat (warna tiket tu ikut hari)..Masa 1st day haritu, warna seperti dalam gambar ni..Hari ke-3 warna oren..hehe

Booth-booth domestik & antarabangsa..Pilihan di tangan korang...Yang mana menarik & rasa berbaloi untuk diterjah..

Dah feeling2 kat Indonesia ni, hah..Siap ada sesi urutan lagi...

Booth ni cantik..Siap ada makanan ringan lagi disediakan..Booth ni tak ramai sangat orang sebab tempat percutian dia, seriusly kak fiezz tak pernah dengar..


Antara yang menarik perhatian kitaorang haritu..Pakej ni murah tapi tiket kapal terbang, mahai benor nak ke Bandung..Mr hubby cakap, macam tak berbaloi je...oo..tiket kapal terbang kita beli sendiri yea..Travel agen ni cuma tawarkan pakej je..Memang menarik tapi harga tiket mahal...

matta fair 2017
Saja usha kalau ke Korea berapa?hah, tue dalam gambar..telan air liur...Ni lokasi percutian cadangan adik kak fiezz..So, KIV dulu...

Masa berjalan-jalan kat Matta Fair 2017 ni, suami isteri lupa diri..Tak makan..Kebetulan ada satu travel agent tu ada offer Japan Snack ni..Kita cuma perlu isi e-mail je..Apa lagi, isi le..Sedap weiii..Ambil feel dulu konsepnya..hehe

Ni masa hari ke-3

Serius muka mr hubby..

Tengah kira jumlah bayaran untuk pakej trip yang kitaorang pilih..Telan air liur tengok jumlah dia, weiii..Tapi nak cuti2 konsepnya..Jadi bayar dengan senyum...
Kebanyakan travel agent yang ada kat Matta Fair, tak ada tawarkan pakej trip macam dorang ni..

Dari hari pertama nampak staff travel agent ni..lawanyaaa..Kan main mancung hidung dia..
Dari Rusia dia ni tapi stay kat Jepun...

Ni la travel agent yang kitaorang ambil pakej trip tu..

Dapat snack dari jepun lagi..ngeee..

Yeay dapat redeem hadiah sebab kitaorang beli pakej kat booth Sedunia Travel dan cabutan bertuah...hadiahnya sat gi, kat bawah..

Kak Fiezz ambil mood holiday...hehe

Tangkap seorang staff  yang pakai kimono ni...nak tangkap gambar...kan nak ambil mood..hehe

Hi Tokyo ;)

Hadiah yang kak fiezz cakap tadi...

Hadiah redeem - topi

Hadiah cabutan bertuah-Japan Mayonnaise
Pen & Gelang tu cenderamata masa lalu kat booth Japan...

Agak-agak mana la lokasi percutian kak fiezz & family mr hubby ni?
Hehe...

You Might Also Like

5 comments

  1. wah best nya, byk aktiviti =D

    ReplyDelete
  2. meriahnya sis! tak berkesempatan pun nak pergi sebab family busy kerja so cuti sekolah pun duduk rumah je huhu

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
  3. Wah besnye nak g bercuti...😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Waaa seronok dpt jenjalan matta fair... macam2 bende ada kan kat sana.. bestnyee..

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.