Review Produk : Seri Inai Daun

11:11


Review produk yang aku guna..sharing is caring, dearies..

Hari Sabtu lepas, proses inaikan rambut..heee..mula2 nak guna daun punya..original kannn..tapi celah mana pulak la nak cari kat KL ni..Ada haritu adik sepupu & mak sedara aku balik ke Perak..Aku mintak tolong dorang bawakkan..tapiiiiii..yang sorang, daun inai tertinggal dalam train masa balik KL..lagi sorang terlupa..dah sampai KL baru ingat..hmmmm..sokay, sokay..no body perfect..

Solution lain..google..inisiatif mr hubby sebab aku citer dengan dia..hasil google, jumpa seller jual daun inai original yang dah di proses menjadik serbuk..Rujuk kat gambar bawah nama seller ni..boleh search kat fb & ig..

 Seller ni jual inai untuk jari & rambut..Mula2 aku nak beli inai untuk jari tapi bila aku tanya dengan seller ni boleh ke guna inai jari untuk rambut..Dia suggest inai rambut (pun ada dijual)..Nasib aku ringan mulut bertanya dengan dia..Terdapat dalam 2 jenis (serbuk & cecair)..Inai serbuk ada 2 size (50g & 100g), untuk permulaan aku amik yang 50g dulu..


Aku beli 50g (serbuk)..dalam ni, ada instruction untuk guna..so no worry, just follow je instruction ;)
 
Aku guna 1/2 peket & bancuh dengan air..biar selama 30minit sebelum guna untuk dapatkan warna yang sekata & cantik
Lepas dah sapu keseluruhan rambut, balut dengan shower cap..tapi yang ni aku biar dalam 30 minit je..sepatutnya 1-2 jam..Tak pe, ada 1/2 peket lagi..nanti aku sapu lagi..Hasil 30 minit yang aku sapu tu, warna perang tapi tak berapa pekat sangat sebab aku guna sekejap je..aisehhh...

Dah kenapa gedik aku nak inai rambut bagai..okey, malas nak explain..peningkatan usia..paham2 sudah,okey..heee..tapi sebenarnya aku rasa ni hasil dari aku suka rajin mengulang ke salun buat rambut yang memacam style..

You Might Also Like

12 Comment

  1. I nk try la inai rambut jgk hehe...nk orderr

    ReplyDelete
  2. sejukkan kepala bila sapu inai di kepala ni..dlu sy sllu tlg arwah mah inaikan rambut hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..best..bila lepas sapu tu rasa sejuk tapi bila dah pakai shower cap tu..berkuap rasa..haha

      Delete
  3. Mrs. A belum pernah cuba inai rambut sendiri.
    Tapi selalu tolong sapukan inai untuk mak Mrs.A ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun 1st time try inai rambut sendiri.. ;)

      Delete
  4. Replies
    1. Apa lagi ma ly, cari inai daun..kalau nak ekpress, beli dengan seller saya story kat atas ni ;)

      Delete
  5. Replies
    1. tak pasti dear..kena google seller yg jual inai ni..saya tak jual..review je sbb sendiri guna ;)

      Delete