Cerita dari Netflix yang berikutnya untuk di review..haha..kan dah kata, Perintah Kawalan Pergerakan ni, k.fiezz melayan Netflix - Netflix - Netflix..Dari pagi sampai ke pagi..

Cerita apa pula yang ni?

TALL GIRL

Mengenai seorang budak perempuan yang tinggi lampai. Tinggi lampai bukan biasa-biasa, weii..Ketinggian untuk budak perempuan berumur 16 tahun & setinggi 6 kaki 1 inci. 

K.fiezz rasa pelakon yang bawa watak ni memang tinggi dia 6 kaki...

SINOPSIS TALL GIRL

Berkisarkan mengenai Jodi, seorang budak remaja perempuan yang mempunyai ketinggian 198 cm (6kaki) & berumur 16 tahun, Jodi selalu jadi bahan ejekan kawan-kawan di sekolahnya disebabkan ketinggian dia yang luar biasa. Dan disebabkan tu, dia selalu rasa rendah diri. 

Jodi mempunyai seorang kakak yang berketinggian biasa & selalu memenangi pertandingan Ratu Cantik. Kakak Jodi ni baik & selalu jadi penasihat dia dalam segala hal. 

Di sekolah juga, Jodi mempunyai musuh ketat iaitu Kimmy. Musuh sejak dari zaman tadika lagi. Dan dia juga ada 2 orang kawan baik iaitu Fareeda & Dunkleman.

Dunkleman minat pada Jodi tapi tak dilayan sebab dia rendah dari Jodi. Jodi nak lelaki yang lagi tinggi dari dia supaya dia rasa dia normal macam orang lain juga. 

Satu hari Stig, seorang exchange student masuk ke sekolah Jodi. Jodi jatuh cinta dengan dia sebab ketinggian diaorang sama. dan dari segi rupa, Stig handsome. dan bermula perang antara Kimmy & Jodi untuk mendapatkan Stig. Tapi yang berjaya Kimmy. 

Dalam masa yang sama Stig ada keluar juga dengan si Jodi. Dan tu jadikan Jodi terperasan yang Stig suka pada dia..

dan Dunkleman walaupun dia tahu Jodi suka pada Stig, dia tetap tunggu Jodi..sweet sangat tau si Dunkleman ni..Dunkleman ni kategori hensem cuma dia rendah je. Tu yang Jodi tak layan dia. Cuma layan sebagai kawan biasa je. 

Masa dia tahu Stig & Jodi bercium, dia nangis sebab Stig cerita kat Dunkleman..oo, semasa tempoh Stig jadi exchange student , dia tinggal dengan family Dunkleman..

Sebenarnya Dunkleman ni selalu bawa barang-barang sekolah dia dalam satu bekas kayu. Jodi pun tak tahu apa tujuan dia bawa bekas kayu tu..Dia tak pernah tanya pun. Sebab dia kan tak minat dengan Dunkleman..

Tapi dia tahu juga fungsi bekas tu nanti..jeng jeng..

So siapa yang Jodi pilih? Layan di Netflix.. hehe

Rating Tall Girl

Overall jalan cerita dia best. Santai. Kelakar dengan si Dunkleman tu. Annoying dengan si Kimmy yang bajet-bajet lawa. Bagus ada kawan macam Fareeda yang selalu back up Jodi. 

No worry cerita ni tak ada adegan 18sx keterlaluan. Cuma adalah scene kissing-kissing sikit. Sesuai tontonan seisi keluarga. 

Rating -  k.fiezz bagi 5...

4 Comments

  1. Best.. tapi mm x sempat nk layan.aa

    ReplyDelete
  2. haha, saya pula layan Kdrama jer lah ... byk betul nak tengok.

    ReplyDelete
  3. Ok! list kan sama. haha. nanti kita tawaf ;)

    ReplyDelete
  4. samalah fiez rumah ni pun duk layan netflix jer :)

    ReplyDelete