K.fiezz nak kongsi petua atau tips untuk hamil yang k.fiezz dapat dari group TTC yang k.fiezz joint..Ada member group share..K.fiezz dah minta izin pada member yang kongsikan tu,  untuk k.fiezz kongsikan di blog pula...Mana tau yang sekapal dengan k.fiezz ada yang mencari tips untuk hamil di google..

Wanita-wanita istimewa macam kami ni, memang akan cari info cara atau tips untuk hamil...macamana nak cepat hamil..produk kesuburan...semua keyword berkaitan hamil, akan cuba google sebab nak cari info yang berkaitan hamil..

Di google, macam-macam tips/petua boleh jumpa..k.fiezz pun ada kongsikan beberapa tips sebelum ni yang k.fiezz dapat dari Mr Google juga..Aantaranya >> Petua Hamil Dengan Air Rebusan Tauge...Apapun ni semua usaha kita..yang menentukan berhasil, berjaya atau tidak..semua kuasa Allah..tapi kita sebagai umatnya kena berusaha..tak salah nak usaha..cuma apapun berbalik pada rezeki..yakin rezeki kita akan sampai juga nanti...

Cara di bawah ni, yang pertama k.fiezz pernah baca..cara kedua, tak pernah..

Kalau ada yang mencari tips untuk hamil, moh la cuba cara di bawah...Mana tahu ni salah satu cara untuk mudahkan kita mengandung..Insyaallah...

Yakin..Positif..Yakin..Positif

Ikhtiar Hamil Cara Pertama


📚Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.

Suami
√ Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir. Baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.

Isteri
√ Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.

📚 Cara Kedua Untuk Mengandung


√ Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
√ Baca Surah Al Fatihah – 7x
√ Al ikhlas – 7x
√ Dan Sambung doa Nabi Zakaria ini :
“Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin”
Maksudnya,
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
(Qs .Al-Anbiya (21):89)
√ Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur.
InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat zuriat Allah akan permudahkan. Semua atas izin Allah. Kita ikhtiar, yang memberi semua dari Allah. Moga bermafaat pada anda semua.

www.fiezasani.xyz

4 Comments