Jumaat minggu lepas, abis kerja,k.fiezz singgah di Watson dalam SOGO tu..Nak cari foundation & loose powder sebab dua-dua dah habis stok kat rumah & pejabat..huhu...Cari punya cari mengikut harga yang berpatutan..hehe...k.fiezz berkenan nak cuba jenama Wardah Foundation..Lepas tu saja usya Loose Powder Wardah...harga dalam kategori mampu milik..yup, untuk k.fiezz barang jenama Wardah ni dalam kategori mampu milik...Wardah Foundation - RM23.++ & Wardah Loose Powder - RM19.++

Okey sangat la harga dia tu..murah...

cuma cuma..masa k.fiezz tengah ralit pilih Wardah foundation & loose powder , ada adik promoter datang dekat k.fiezz..dia tanya k.fiezz cari apa...kebetulan masa tu k.fiezz nak cari code Wardah foundation yang k.fiezz nak, tak ada kat situ...loose powder pun macam dah tak ada stok..so tanya dengan adik promoter tu kalau ada yang simpanan dalam stok..adik tu cari punya cari..ada dedua...alhamdulillah..kalau tak kena beli hat lagi mahal..hehe..bukan berkira..berjimat gituuu..haha

lepas k.fiezz dah amik dua2 item tu, adik promoter ni tanya k.fiezz tak nak cuba ke creme foundation..dia bawa k.fiezz kat area dia..dia cakap dia boleh apply foundation tu pada k.fiezz...kira dia remove mekap k.fiezz & letak creme foundation yang dia jual tu..k.fiezz okey je la..sebab adik ni tak memaksa pun..dia kata cuba je la dulu...tengah promotion creme foundation dia jual ni...



tadaaaa.. ni la hasil dia cuba creme foundation kat k.fiezz..code natural ni...cantik kan..nampak sekata & halus hasil dia...

Lupa k.fiezz nak ambil gambar creme foundation yang adik promoter ni jual...masa dia pakaikan creme foundation tu pada k.fiezz, nampak muka adik promoter ni dari jarak dekat...cantik kulit dia..dia cakap creme foundation yang dia promote ni bukan setakat berfungsi sebagai foundation untuk melindungi parut-parut pada muka dan bagi muka kita nampak flawless tapi juga MERAWAT JERAGAT, MENGECILKAN LIANG PORI...lagipun dia jimat sebab tahan lama..walaupun harga promosi dia RM198..dapat 3 free gift...

Sampai rumah baru k.fiezz belek betul depan cermin sebab dalam Watson, lighting situ terang sangat...tak berapa nak nampak hasil dia macamana...sampai rumah, k.fiezz belek muka..memang cantik la weiiii foundation dia...gigih ni tunggu sampai mr hubby balik kerja, nak tunjuk kat dia...haha..motif, nak paw suruh beli..haha..konon la...idak pun...saja je..tapi kalau mr hubby nak beli pun, kecil tapak tangan satu bag k.fiezz tadahkan..haha...

Silap k.fiezz lupa nak ambil gambar creme foundation tu...yang ingat adik promoter tu cakap, creme foundation ni dari oversea jenama Cosmetic...k.fiezz cuba google , tak jumpa creme foundation yang adik promoter ni jual...seingat k.fiezz dia ada dua lapisan untuk 2 warna..salah satu kod natural...

haih, masalahnya dah berkenan ni..aiyakkkkk...tapi harga dia tu..RM198 weiiii..harga promo tu..kalau bukan promo berapa plak?adeh...

masa adik promoter ni tengah pakaikan creme foundation pada k.fiezz, ada customer lain datang cari wardah foundation...customer tu tanya dengan adik promoter ni, okey tak wardah foundation?sebab customer tu baru nak cuba macam k.fiezz...adik promoter ni cakap, cuba je la..tapi dia penah dengar orang yang guna komen wardah foundation ni berminyak..adeh..k.fiezz dah pegang nak bayar dah ni..haha..k.fiezz cakap dalam hati 'alamakkk..aku pun nak beli wardah foundation ni..hmmm..cuba je la yeak'...nanti k.fiezz kongsi hasil guna wardah foundation ni...

tapi sejujurnya kalau tanya k.fiezz antara Wardah Foundation dengan Creme Foundation ni, mana yang okey..harus la Creme Foundation ni..weiii..ketara beza..haha

3 Comments

  1. bab cari lain beli lain tu memang ammi terror. lepas beli baru nyesal

    ReplyDelete
  2. comei dah tuu Fiez, hehe kak ana awak ni baru sempat mai following Fiez #475 :)

    ReplyDelete
  3. wow..tak pernah tak cantik..:)

    ReplyDelete