Total Pageviews

beauty

Roszen Beauty MyTown | Fasting Skin dan Merawat Dari Dalam Kulit

12:48

Khamis baru ni, lepas kerja gigih k.fiezz turun naik lrt, mrt nk ke MyTown utk buat treatment kat Roszen Beauty MyTown ni.. Kat Roszen Beauty Mytown ni berkonsepkan Korea sebagai 1 stop centre yang menawarkan servis penjagaan kulit dan pelangsingan badan..

k.fiezz buat rawatan untuk kulit sebab asik busy je nak buat me time kat rumah..so kita jenguk la ke Roszen Beauty MyTown...rasa kulit ni makin kasar & nampak tak bermaya je upe...jadi kita pilih la ke sini..biar pakar buat apa yang patut kat muka k.fiezz ni..hehe...

Kenapa k.fiezz pilih Roszen Beauty MyTown untuk rawatan muka?

Roszen Beauty MyTown

Kedudukan Roszen Beauty MyTown ni strategik sebab dalam mall yang jadi tumpuan ramai.. Masuk dalam Roszen Beauty MyTown ni, lagi la rasa best.. Selesa, cantik, rilex.. Tu 1st impression k.fiezz bila melangkah masuk dalam roszen beauty ni.. 

Terus laju2 register & tazabarr nak buat traetment facial kat roszen beauty ni... tunggu kat ruangan yg cantik sesambil staff roszen buat pendaftaran.. Dan sesambil tu snap gambor kat sudut tu.. Hehe.. Boleh tgk gambar kat bawah ni sudut yg lawo k.fiezz bitau ni.. 

www.fiezasani.xyz

Bhg dalam Roszen Beauty MyTown

www.fiezasani.xyz

Ni la sudut lawo yg k.fiezz ckp tadi.. Cantikkan... 

www.fiezasani.xyz

Lepas pendaftaran, k.fiezz di bawa ke bilik konsultasi ni untuk scan & tgk keadaan kulit k.fiezz.. Masa sesi ni, beauty consultant ada mention kulit kita perlukan fasting skin..first time dengar..yang kita tau fasting di bulan posa je..ni fasting skin..maksudnya rehatkan muka kita dari sebarang mekap atau routine skincare dan rawatan yang dibuat kat sini adalah merawat dari bahagian dalam kulit..

dan hasil scanning - kulit k.fiezz kering.. Uwaaaa.. Walaupun nampak cam berminyak kat certain part tapi bahagian dalam obvious kering..dh kurang anjal sbb kekurangan kolagen jugak.. 

www.fiezasani.xyz

Jadi utk treatment facial kat roszen beauty ni, beautician suggest utk masukkan activator ni.. Apa plak activator ni? Nnti k.fiezz explain detail lagi... 

www.fiezasani.xyz

Rangkaian produk Roszen Beauty yg akan digunakan dlm treatment k.fiezz... 

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz
Laluan utk ke bilik rawatan

www.fiezasani.xyz
Bilik rawatan

Selesa..sejukkk weiii..lengkap dengan segala kelengkapan dan diffuser utk bagi kita rilex masa sesi rawatan.. Oo.. Ada lagu background gak uoll.. Rasa nk zzz je.. Tpi k.fiezz bukan kategori senang zzz bila time facial.. Hehe.. Mesti sibuk nk tau apa menda dorang buat kat muka k.fiezz.. Haha

masa sesi ni kena tukar outfit utk senangkan kerja beautician merawat muka kita.. So gmbr lps ni, hanya bhg muka je k.fiezz share.. Hehe

Rawatan Kulit Kering kat Roszen Beauty Salon MyTown

Seperti yang di suggest oleh my beautiful beautician, k.fiezz buat rawatan di bawah untuk masalah kulit kering k.fiezz..Rawatan mengikut masalah kulit masing2 & rawatan yg ni utk masalah kulit k.fiezz..

🌹Relaxing Step
🌹Angel Light Skin Scrubber
🌹Cleansing Emulsion
🌹2 in 1 Scrubbing Foam

www.fiezasani.xyz
Proses singkirkan sel kulit mati

www.fiezasani.xyz
🌹Aroma Steam

**sejuk steam ni.. Proses ni galakkan liang pori terbuka utk senang proses extraction.. Tapi part extraction k.fiezz skip..haha..sebab kat sini extraction secara manual... 

www.fiezasani.xyz
🌹Off line Skin Mask

🌹Skin Nourishing Massage

www.fiezasani.xyz
🌹Activator with 🌹Technology Machine
k.fiezz ada share proses ni kat IG Story..boleh terjah kat IG k.fiezz

Okey tadi k.fiezz mention pasal activator kan.. Ni la proses activator.. Nampak mcm kena cucuk je kan.. Haha.. Idak.. No worry.. Proses ni x sakit pun.. Beautician cuma dot activator ni pada muka & ratakan secara keseluruhan dengan gunakan teknologi mesin tu..

Ala..kalau camtu boleh la beli activator ni pas tu buat sendiri je kat umah guna tgn? 

Nope, x boleh yea uoll.. Kena guna mesin tu utk pastikan activator masuk secara rata dlm kulit kita. Fungsi activator ni utk galakkan pelembapan dari dalam kulit secara semulajadi.. Macam k.fiezz bitau tdi, kulit k.fiezz kering so activator ni fungsinya utk bagi kulit k.fiezz lembap dari dalam.. Kalau letak moisturizer, cuma lembap di bhg luar je.. 

Dalam activator ni ada bahan macam Hyaluronic Acid & algae yg berfungsi utk  menggalakkan pelembapan dari dlm kulit secara semulajadi...

www.fiezasani.xyz
🌹Signature Snow Mask

lepas habis pakai mask ni untuk penutup, beautician akan buat 
🌹Shoulder Relaxation Massage
(gambar tak ada.sorry)..hehe

www.fiezasani.xyz
My beautiful beautician di Roszen Beauty Salon
thanx Renee for the comfortable session

Review k.fiezz hasil treatment kat sini.. 

Best. Tmpt selesa..Sejuk..senang nak pi bebila masa sbb dlm mall.. Ada akses mrt.. 

Beautician k.fiezz friendly sangat.. Sesambil buat treatment, kitaorg sembang2 dan dia update setiap proses yg dia buat pada k.fiezz... Rasa selesa sangat masa sesi rawatan...macam kawan kita yang buat treatment kat kita...

Kulit k.fiezz plak lepas rawatan, auchhh terasa lembap.. Bila pegang pun, boleh rasa perbezaan.. dan lepas beberapa hari rawatan kat sini, alhamdulillah kulit k.fiezz tak ada sebarang kesan yang negatif..rasa makin moist ada la..hehe..Activator yang digunakan tengah berfungsi untuk merangsang proses pelembapan secara semulajadi..

Activator yang digunakan untuk treatment k.fiezz ni bertahan sebulan..tapi jangan risau setiap pakej treatment yang di buat kat Roszen Beauty ni beberapa kali bagi setiap rawatan untuk pastikan kulit kita kekal cantik dan sihat..

Rawatan apa lagi ada kat Roszen Beauty Salon ni?

FastingSkin Series | Skin Re-Balancing Therapy | Skin Re-Brightening | Skin Lock Age | Skin Re-Water Vital | Water Cell-Regeneration Care | Aqua Peel Detox Therapy | Needle-Free Age-Embedded Wire Pulling

Yang berminat nak cuba rawatan kat Roszen Beauty MyTown, bawah ni detail -

Alamat :

Roszen Outlet:
Roszen, MyTOWN Shopping Centre

L2-012, Level 2, MyTOWN Shopping Centre 

Opening Hours:
10.00am-10.00pm


Contact:
03-92028002 / 019-6008679

WhatsApp : 60197198679

Facebook roszen.beauty
Website : www.roszen.co/

wedding

Idea For Goodies Bag

21:32

korang yang mana bakal mendirikan rumahtangga tu, mesti macam-macam pikir kan..camne kawen tu..best ke idak?macamana lepas kawen nanti..dah tak duduk dengan mak ayah..duk dengan pasangan..mesti cuak kan..haha..k.fiezz dulu cam tu gak..pikir sonoknya nak kawen..gataiiii...haha..paling sonok part nak bagi goodies bag kat tetamu..tapi masa k.fiezz dulu, tak baper nak kreatif sangat..k.fiezz rasa macam bagi jajan-jajan gak rasanya..ingat-ingat lupa..tapi paling special k.fiezz bagi labu sayong kat member-member & sedara yang rapat...

DOORGIFT WEDDING

Sekarang ni banyak dah pilihan untuk korang yang nak bagi doorgift kat tetamu..eh sekarang ni kicap la sos la, pengantin bagi tau..praktikal sangat..kalau tetiba kehabisan kicap/sos kat rumah, ada 911..haha...

tapi majoriti ramai yang bagi jajan2..kadang dibahagi dua..untuk orang dewasa, kuih2 macam bahulu, cookies, coklat..untuk budak-budak, gula-gula, snek, air kotak..overall okey la..untuk k.fiezz..sebab menda makan kan..sesambil otw balik rumah, boleh ngap2 dalam keta..hehe

www.fiezasani.xyz

Atas ni goodies bag wedding yg member k.fiezz bagi sempena wedding adik dia... K.fiezz x attend sbb nun kat pantai timur.. So dia bagi goodies bag ni.. Meriah gak dlm dia.. Coklat, gula2, cookies, kuaci.. Paling unik yg kuaci tu.. Cuba teka yg mana kuaci.. Hehe.. 

Korang yg x de idea nk bgi doorgift utk wedding ke akikah ke atau apa2 occasion, boleh la amik idea doorgift member k.fiezz mcm kat atas ni.. 

LifeStyle

Senang Nak Ke MyTown Naik LRT dan MRT

10:47

Macamana cara nak ke MyTown..argggghh..blur jap k.fiezz semalam masa nak ke MyTown..Patutnya mr hubby yang hantar tapi tak dapat sebab mr hubby tak sihat semalam...huhu..so acane ni nak ke MyTown..K.fiezz duk ingat turun kat LRT Chan Sow Lin pas tu naik grab..tapi dekat ke dari situ nak ke MyTown..eh baper plak tambang grab..risauuu plak kalau mahal..

Pikir punya pikir solution, k.fiezz google..Teringat plak member ofis bitau, husband dia penah ke MyTown naik MRT..tapi dia tak tau detail sebab dia pun tak baper familiar dengan LRT/MRT..husband dia citer gitu je..

so google la cari info macamana cara nak ke MyTown..dan tadaaaa...ada MRT upenya kat MyTown tu..jalan kaki je..dari stesen MRT ke MyTown..Nak confirm kan lagi info yang k.fiezz dapat dari Google tu, k.fiezz tanya ngan sorang ofismate k.fiezz..dia duduk area-area situ so dia lagi tahu dengan tepat...and info dia bagi & yang k.fiezz baca dari Google tu, memang betul..

Setel masalah..lepas kerja, terus laju-laju ke LRT sebab k.fiezz ada appointment pukul 5.30ptg kat MyTown...appointment apa?next entry...hehe

NAIK MRT ke MyTOWN

Kalau yang 1st time macam k.fiezz & tak tahu nak ke MyTown macamana dengan MRT..meh sini, k.fiezz explain..

Route yang k.fiezz bitau ni k.fiezz dari tempat kerja..K.fiezz naik LRT (Ampang) dari Stesen Bandaraya (SOGO), turun kat LRT Maluri..Kat LRT Maluri ada laluan untuk jalan kaki dari situ ke MRT Maluri...Turun je kat LRT Maluri ni, tak payah nak touch keluar..cuba perhatikan ada laluan pejalan kaki yang menghubungkan LRT Maluri dan MRT Maluri..Ikut je laluan tu sampai ke MRT Maluri..dah sampai MRT..Naik MRT (Sungai Buloh)& turun kat Stesen Cochrane..Dah sampai stesen Cochrane, ikut je laluan sampai masuk mall MyTown & Ikea...laluan tu memang terus ke MyTown dulu..Ikea dengan MyTown ni sebelah-sebelah je..Kalau yang nak ke Ikea, cari la laluan ke Ikea plak..

Penerangan secara ringkas untuk laluan LRT & MRT ke MyTown yang k.fiezz explain kat atas ni, malas nak baca panjang-panjang..Tengok yang kat bawah ni

Dari LRT BANDARAYA (SOGO)  - turun di STESEN MALURI - jalan kaki ke MRT MALURI - Dari MRT MALURI - naik MRT (SUNGAI BULOH) - turun di STESEN COCHRANE

Satu stesen je dari Maluri nak ke Cochrane ni...

www.fiezasani.xyz
Laluan pejalan kaki dari LRT Maluri ke MRT Maluri


Note - laluan pejalan kaki kat MRT ni boleh tahan panjang jugak uoll..exercise la sikit..hehe..Dah sampai kat stesen MRT, kalau macam korang pening nak naik platform belah mana..tanya la kat kaunter atau orang yang turun naik MRT..k.fiezz semalam pun duk menanya orang nak ke stesen cochrane tunggu belah mana...nak turun eskalator yang mana satu..agak pening jugak dalam stesen MRT tu..tak familiar MRT ni..biasa naik LRT je..

www.fiezasani.xyz

Escalator untuk turun ke MRT Maluri..boleh tahan panjang gak weiii...


www.fiezasani.xyz

Dah sampai MRT Maluri ni, terus pening..belah mana plak nak turun tunggu trennya...tengok signboard, tak paham..apa lagi..tanya orang yang lalu kat tepi k.fiezz la..hehe..nasib dia tau..kalau idak, kena cari orang lain..tq adik yang tlg guide semalam...


www.fiezasani.xyz

Naik je escalator bila dah sampai Stesen Cochrane, korang cari entrance ni...

Sampai kat Stesen Cochrane ni, jalan kaki sikit & terus masuk dalam MyTown..landmark takut tak ingat nak balik kang lalu mana..Dari Stesen Cochrane & terus masuk MyTown,korang akan nampak FamilyMart..so ingat je la Family Mart tu untuk laluan ke MRT masa nak keluar nanti...

LALUAN MRT UNTUK BALIK RUMAH

Setel urusan kat MyTown..nak balik rumah la..takkan nak tido kat MyTown plak..hehe

Dari MRT (STESEN COCHRANE) - naik MRT (KAJANG ; Platform 1) - turun di (MRT MALURI) - jalan kaki sampai ke LRT MALURI - naik LRT (SENTUL TIMUR) - turun kat CHAN SOW LIN - naik LRT (PUTRA HEIGHT) - Stesen kat rumah k.fiezz...hehe...

Ni ikut laluan balik rumah memasing la yea..k.fiezz cuma explain untuk senang nak faham..

SHOPPING KAT MYTOWN / IKEA

Okey, ni k.fiezz dah tahu ada public transport ke MyTown/Ikea, boleh la pi terjah shopping kat Ikea selalu..hehe..Mr hubby tu kalau ajak, susah sikit kalau nak ke IKEA ni..hehe

Seriusly k.fiezz pun tak tahu ada public transport(MRT) kat MyTown/Ikea ni..ingatkan kena naik keta / bas ke apa..upenya lama dah ada MRT..K.fiezz yang ketinggalan..

TAMBANG NAIK LRT/MRT

K.fiezz pengguna MY100 <<APA TU MY100>>.. K.fiezz cuma touch je mykad turun naik lrt/mrt ni..Untung sangat guna pas perjalanan tanpa had untuk sebulan ni...jimattt...hehe...Pas perjalanan ni untuk semua pengangkutan bawah Rapid..termasuk la  LRT dan MRT...

movie

Pink Cerita Mengenai Diskriminasi Pada Kaum Wanita

16:12

Sapa layan citer pink malam tadi kat TV 2..kita geng...best sangat jalan citer dia..k.fiezz bagi 10/10...jalan citer yang best, tak perlu babak nyanyi..tak perlu hero yang hensem..cukup  jalan citer yang best..suspense & bagi kita berteka teki..dah boleh buat k.fiezz melekat tengok citer hindustan sampai habis...dulu2 k.fiezz memang kaki hindustan..tapi sejak kawen, k.fiezz dah kureng sikit citer hindustan...kalau tengok pun, k.fiezz nak tahu sinopsis dia dulu...macam citer pink ni semalam, pasan ada yang share kat facebook..tapi lupa plak ditayangkan kat TV2 malam tadi..nasib baik abis citer melayu kat tv3, k.fiezz duk cari channel lain..terbuka tv2 ni..baru teringat citer pink..harus la tengok...

citer pink bollywood ni, absolutely lain sangat jalan citer dia...

www.fiezasani.xyz

SINOPSIS CITER PINK

Cerita ni berkisarkan diskriminasi terhadap kaum wanita..

3 orang gadis (Minal, Falak & Andrea) teman serumah dan juga berkerjaya yang cuba mempertahankan maruah mereka sebagai wanita yang telah dihina di mahkamah disebabkan satu kejadian yang menimpa mereka semasa sedang berhibur dengan Rajvir Singh dan rakan-rakannya...Disebabkan Rajvir singh merupakan anak orang ternama dan mempunyai kuasa & duit, Rajvir singh dan rakan-rakannya membuat laporan polis atas dakwaan pelacuran dan cubaan membunuh oleh Minal, Falak & Andrea. Sebelum Minal di tangkap, Minal, Falak & Andrea berterusan di ganggu oleh Rajvir dan rakan-rakannya disebabkan kejadian pada malam tersebut..Rajvir cedera di bahagian muka disebabkan oleh Minal dan Rajvir Singh dan rakan-rakannya berdendam dengan Minal..

Minal, Falak & Andrea cuba membuat laporan polis tetapi tak dilayan bila polis dapat tahu aduan dibuat untuk Rajvir Singh,anak orang kenamaan..

dan sebaliknya Minal yang ditangkap selepas Rajvir membuat laporan palsu kepada polis bahawa Minal, Falak & Andrea yang cuba menggangu dan menggoda mereka pada malam kejadian yang menyebabkan Rajvir Singh cedera di bahagian muka..dalam erti kata lain Rajvir membuat tuduhan Minal, Falak & Andrea adalah pekerja s**s..

Deepak Sehgal (Amitabh Bachan) seorang peguam yang telah bersara dan juga jiran kepada 3 orang gadis ni cuba membantu atas dasar simpati..walaupun beliau sendiri ada masalah kesihatan & menjaga isterinya yang sakit..Pada mulanya Deepak menasihatkan Falak & Andrea mengupah seorang peguam lain tetapi tak ada peguam yang nak terima kes mereka bertiga...

Semasa di mahkamah, paksaan dari peguam Rajvir Singh yang mengeluarkan hujah2 bertentangan membuatkan 3 orang gadis ni tertekan dan menyebabkan Falak membuat kenyataan seperti dikehendaki oleh peguam Rajvir..

Dan nasib baik dengan kepakaran Deepak menyoal balas Rajvir (mangsa kejadian..kononnya), memberi soalan2 tekanan pada Rajvir yang mendedahkan personaliti sebenar Rajvir..

My Review -

K.fiezz suka sangat jalan citer dia..babak banyak dalam mahkamah..kenyataan & soal balas dari dedua peguam sangat best..yang si botak (peguam Rajvir) masa beri tekanan pada Minal, Falak & Andrea memang rasa nak masuk tangan dalam tv, lempang si botak tu..geram sangat tau..sesuka hati dia merendahkan,hina, herdik Minal, Falak & Andrea mengambil duit untuk melakukan hubungan s***s dengan Rajvir dan rakan-rakan.. 

Deepak, peguam Minal sambil memberi hujah,soal balas turut memberikan kenyataan hak-hak wanita..

Hakim untuk kes ni, nampak dia menyebelahi Minal, Falak & Andrea tetapi bukti-bukti yang diberikan lebih memihak kepada Rajvir & rakan-rakan...

Scene paling best masa Deepak mengenakan polis wanita yang menangkap Minal..padan muka...konon macam tegas sangat..padahal dah kena bayarrr...

overall citer ni berkisarkan diskriminasi terhadap kaum wanita serta layanan, peraturan tidak adil bagi wanita..

Rate k.fiezz bagi 10/10 untuk pink...kalau nak tengok, cuba la intai-intai kat google/you tube..seriusly sangat best...

Shopping

Skechers Untuk Keselesaan Kaki Semasa Travel

13:09

Skechers pilihan terbaru mr hubby..kelas tau..kemain kasut jenama Skechers dia beli sebab nak gi jenjalan kat obersee 2 minggu lepas..sebelum ni masa kitaorang ke Jepun tahun 2017, mr hubby beli kasut jenama BATA untuk pakai masa jenjalan kat Jepun..sekali dari hari pertama pakai kasut BATA tu, tak tau la tak sesuai ke..salah saiz ke..tapi rasa betul dah saiz..kaki mr hubby membengkak sampai habis trip kitaorang tu..huhu...sejak tu tak bersentuh dah kasut tu...serik mr hubby

TRIP COMPANY ke ZhangJiaJie, China

so dua minggu lepas, mr hubby kena follow company trip dia ke China..dan mr hubby masuk dalam 2nd group untuk trip ni..trip yang pertama dah pergi masa bulan puasa ritu..kebanyakan chinese staff yang pergi company trip ni untuk 1st trip..2nd group ni ramai melayu..dan refer pada 1st group yang dah pergi bulan puasa ritu, dorang bitau cuti2 ke ZhangJiaJieChina ni, banyak aktiviti berjalan...haha..mmg tak baper nak berkenan la mr hubby k.fiezz part berjalan ni..tapi no choice..tak ada alasan tak nak joint...

KASUT JENAMA SKECHERS

Dah dapat info yang katanya trip ni banyak berjalan, mr hubby dah standby sesiap nak beli kasut jenama Skechers pulak kali ni..Ramai yang suggest kasut Skechers ni selesa walaupun mahal tapi material dia tu bagi keselesaan pada kaki bila kita pakai..tak sakit kaki..and bla bla..kalau tanya k.fiezz plak..sama je kasut mana-mana..haha..dasar kedekut..tapi masa temankan mr hubby ritu, ada gak cubaan sis nak paw mr hubby sepasang skechers..haha..tapi no response..haha...tak pe..next time..

SKECHERS IOI MALL, PUCHONG

Kitaorang ke kedai Skechers dalam IOI Mall, Puchong..masa ke situ, mmg line clear..tak ada orang..yelah rega kasut mahai..mmg takut la orang nak jejak..k.fiezz rasa cam orang have-have je yang mampu masuk situ sebab range price kasut dia RM349/RM359..tak ada yang rega mur mur..kalau ada pun sandal dan stoking Skechers..stoking dalam RM39 (3 pasang - 1 pek)...sandal pun RM1**.00 lebih kurang...so mmg kena poket penuh la citer dia kalau nak masuk ke sini..ataupun tunggu time sales..Masa kitaorang ke sini, tak ada sales/promo pun..tapi ada la few design kasut dia yang ada 50% diskaun...pilihan mr hubby, harus la yang ada 50& diskaun tu..hehe...


www.fiezasani.xyz

Pilih kasut yang ni...selain cantik..ni antara yang ada 50% diskaun...dan jugak  kasut ni masuk dalam kategori sesuai untuk aktiviti yang banyak berjalan..kira cun sangat la untuk travel...


www.fiezasani.xyz

Kasut skechers yang sesuai untuk aktiviti banyak berjalan...


www.fiezasani.xyz

Tadaaa..hat bawah tu pilihan k.fiezz...


www.fiezasani.xyz

Mencuba gak la kan..hehe..yang ni harga asal..RM349 kalau tak silap..
mmg sedap pakai dia weiii..lembut je bahagian dalam dia..patut la maheiii...


www.fiezasani.xyz

cubaan untuk paw tak berjaya..wefie je la...


www.fiezasani.xyz

Setel..time to pay...
Mr hubby amik sepasang kasut & 1 pek stoking (ada 3 pasang)

Komen mr hubby - overall kasut skechers ni membantu sangat masa aktiviti dia yang banyak berjalan kat China ritu...kaki mr hubby tetap sakit gak tapi kasut skechers ni banyak support bila pakai jadi tak terasa sangat kaki sakit...cewah..harus la kan..mahaiiii..mesti la membantu..haha

tak kira..nak jugak kasut skechers nanti...hehe

beauty

Perfect Serum Emdoll Beauty Untuk Kulit Cantik dan Awet Muda

22:19

Sapa yang follow k.fiezz kat IG/FB, mesti nampak k.fiezz share pasal Perfect Serum dari Emdoll Beauty ni...Bercakap pasal serum ni?Bermacam serum ada kat pasaran..tapi tapi yang k.fiezz nak suggest kat korang ni Perfect Serum dari Emdoll Beauty...kenapa k.fiezz suggest Perfect Serum Emdoll Beauty ni?check it out more details kat bawah ni...

tapi sebelum tu nak tanya?

PERLU KE GUNA SERUM?

Ada yang tahu tak apa fungsi serum ni?Perlu ke tambahkan pemakaian serum dalam rutin skincare kita...okey, nak tanya sapa nak awet muda walaupun usia dh meningkat..hehe..Bebudak pun confuse nak panggil acik ke akak?hehe...k.fiezz la tu..suka weiii bebudak panggil akak..sis terasa muda , umur 18 tahun..haha...

Menjawab kepada soalan k.fiezz tadi?Perlu ke pakai serum?yes, perlu bila usia dah makin meningkat, sebab kedutan-kedutan & garis-garis halus dah start memunculkan diri kat muka kita..tambah dengan liang pori pun membesar sebab kekurangan nutrisi..tambah lagi dengan parut jerawat, jeragat, pembentukan jerawat yang baru..huhu..ada orang amik kisah tak part ni..tapi mungkin ada yang tak amik kisah..ala,biar la..dah tua..buat apa nak jaga muka..tambah-tambah dah kahwin..lagi la tak heran..eh, tau tak, bila kawen ni, lagiii kena jaga muka lebih sebab untuk diri sendiri dan juga nak nampak cantik depan pasangan...tak nak ke kulit halus mulus, gebu, cantik licin, berseri...mesti nak kan?so meh k.fiezz kongsi rahsia untuk kekal awet muda dengan pakai serum je...Dulu k.fiezz pun tak tahu kepentingan serum ni?endah tak endah je..lepas baca info dari mr google, weiiii penting upenya pakai serum ni...

RAHSIA AWET MUDA DENGAN SERUM

Wanita-wanita ataupun lelaki yang dah menginjak usia 25 tahun korang dah kena mula berjinak-jinak dengan serum untuk melambatkan proses penuaan (kemunculan garis2 halus, kedutan) dan juga memudarkan,parut-parut jerawat, jeragat, parut hitam...

Tak susah benornya nak dapat kulit yang cantik..cuma kena konsisten pemakaian serum dalam rutin penjagaan muka kita...

5 SEBAB KENAPA PENTINGNYA PEMAKAIAN SERUM

>> Membantu struktur kulit lembut & berseri 
>> Melambatkan proses penuaan & kedutan 
>> Melicin & cerahkan tona warna kulit
>> Membantu menutup liang pori yang terbuka
>> Membantu memudarkan parut jerawat, parut jeragat serta mencegah jerawat untuk naik semula

PILIHAN K.FIEZZ PERFECT SERUM dari EMDOLLY BEAUTY 

Sebabkan k.fiezz pun dah menginjak usia 30-an & bakal 40-an, k.fiezz kena pastikan penjagaan kulit lebih lagi untuk mengelakkan kedutan dan garisan halus mula muncullkan diri kat muka k.fiezz ni..patutnya dari usia 25 tahun, dah start tapi macam k.fiezz beritahu kat atas ni..sebelum ni k.fiezz tak concern sangat sbb tak tahu kepentingan serum ni..

Tapi dah tahu ni, kita kena amik tahu & praktikan juga pemakaian serum dalam rutin harian penjagaan muka k.fiezz..

Jadi k.fiezz tambah Perfect Serum dari Emdoll Beauty ni yang ada Not KKM & menggunakan bahan-bahan organik dalam rutin skincare k.fiezz..


www.fiezasani.xyz


Bersaiz 15ml, warna jernih & dalam bentuk gel (korang boleh rujuk gambar di bawah)..

www.fiezasani.xyz

Sempena PROMO MERDEKA, 20 pelanggan terawal dapat pouch magical unicorn yang comel ni...so k.fiezz antara yang terawal dapat grab..hehe

www.fiezasani.xyz
 Buat ujikaji ke apa, k.fiezz?hehe..
idak uoll..tambahan kerja untuk awet muda..meh la kita ber 'serum dengan Perfect Serum...

www.fiezasani.xyz

PROMO MERDEKA sehingga harini
(sorry..lambat war-war kat korang)..busy benor..

www.fiezasani.xyz

ada dua jenis serum 
Perfect Serum Advance 


www.fiezasani.xyz

dan Perfect Serum sahaja...

www.fiezasani.xyz

Produk emdoll beauty 
Perfect Serum + Perfect Serum Advance + DD Cushion

eh..ada 3 jenis ke produk emdoll ni, k.fiezz..apa beza setiap satu produk ni?nak pakai yang mana ni?kalau tanya k.fiezz, ikut bajet korang masing-masing..kalau bajet lebih, beli la tiga2 untuk kesan yang lebih wow gitchuuu...tapi kalau kurang bajet, cam k.fiezz ni..k.fiezz amik basic Perfect Serum dulu..

Kalau tengok ig/fb story k.fiezz..k.fiezz tunjuk Perfect Serum asas sebab k.fiezz baru guna hat satu ni dulu..hehe..tapi meh la explain tiga2 produk emdoll ni...

Perfect Serum 

>> Basic serum
>> Kandungan Vitamin C & E
>> Bahan utama - hyaluronic acid
>> Guna waktu siang atau pakai bersama Perfect Serum Advance
>>Waterbased

Perfect Serum Advance

>> Lebih 3x ganda dari Perfect Serum 
>> Kandungan Multivitamin
>> Instant effect selepas serap
>> Bahan utama Witch Hazel & glutatione
>>Pakai waktu malam & siang
>> Texture Gel

DD Cushion

Gabungan penjagaan kulit serta mekap. Membantu memberi litupan sempurna pada kulit dan juga merawat kulit untuk lebih segar dan sihat. DD Cushion ni disertakan span di bahagian dalam yang boleh membantu meresap formula bedak asas DD Cushion ni pada kulit dan menjaga kulit (perlindungan UV, penghidratan, kawalan pori-pori, pencerahan dan anti penuaan...

Note - DD Cushion ni k.fiezz dah beli sebab tengah promo untuk Pre-Order...nanti dah sampai, k.fiezz share pasal DD Cushion ni pulak..

www.fiezasani.xyz

Fungsi utama Perfect Serum pilihan k.fiezz ni?

>> Memperbaiki masalah kulit (jerawat, blackhead)
>> Memudarkan parut-parut (jerawat, jeragat)
>> Kecilkan liang pori
>> Menyamaratakan tona warna kulit
>> Boleh dijadikan pelembap & bagi effect glowing secara natural
>> Boleh jadi base make up..

Korang yang nak awet muda..especially yang dah menginjak usia 25 tahun ke atas, sila la mulakan serum dari sekarang untuk melambatkan proses kedutan-kedutan kat muka dan awet muda..selain dari awet muda, banyak lagi benefit kita boleh dapat dari konsisten pemakaian serum ni macam yg k.fiezz dah mention kat atas ni...Dengan syarat sila konsisten uolll baru la nampak effect dia...

Berminat nak dapatkan mana-mana produk dari Emdoll Beauty ni, boleh contact

Instagram - @emdoll_sepang (pembelian secara online dan COD di kawasan sekitar - 

🚗 Sepang
🚗 Kuarters Klia
🚗 Nilai
🚗 Bbst
🚗 Bandar Enstek
🚗 Kota Warisan
🚗 Klia2
Whatsapp - 0135839247

Bayam Brazil

16:10

Peghak jap kakak fiezz baru ni masa balik umah mak mertua, mama perkenalkan k.fiezz dengan bayam brazil..k.fiezz dgr bayam brazil.. Hah, bayam Brazil?

1st time dengar, mama..haha..

www.fiezasani.xyz
Ni hah bayam brazil.. Daun dia jenis kecik2.. Bila pegang daun dia, jenis crunchy2 gitu.. Rangup la bahasa melayunya.. 

Haritu baru pasan mama ada tanam bayam brazil ni.. Selalu, x pasan.. Pdhal letak kat kawasan dpn umah je.. Obvious sgt tau, jenis x alert ngan menda sekeliling.. 

Mama bitau sedap buat kerabu.. Masa tu mama nak antar k.fiezz ke umah mak.. Mama ingtkan nk bgi kat mak k.fiezz.. Tapi k.fiezz ckp, mak selalunya menda pelik2, dia x makan..

Sampai umah mak, citer ngan mak.. Oo upenya mak tahu kewujudan bayam brazil ni sbb kat sekolah tmpt mak k.fiezz keja, ada cikgu & murid2 sekolah situ yg buat aktiviti sampingan, menanam / pertanian ni.. Ada la dorang tanam bayam brazil ni.. Dorang ada bagi kat mak.. Mak k.fiezz buat masak sayur goreng... Rangup daun dia.. Tapi mak k.fiezz tak makan.. Dia bagi opah k.fiezz.. Hehe.. Agak dah mak k.fiezz.. Selalu mak menda pelik2 atau dia x penah mkn, mmg x la mak nak cuba mkn..

Korang penah makan bayam brazil ni? Tdi ternmpk kat group masakan dlm facebook, ada org share masak bayam brazil goreng belacan..Rasanya kalau google, banyak lagi resipi lain.. 

Btw, ni antara khasiat bayam brazil, hasil carian k.fiezz kat mr google..

  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

LifeStyle

Labu Sayong Mercu Tanda Kuala Kangsar

16:37

Bandar DiRaja Negeri Perak, hometown k.fiezz Kuala Kangsar.. Walaupun k.fiezz lahir je kat sini tapi membesar di Kuala Lumpur, kalau orang tanya k. Fiezz dari mana? Proudly said, k.fiezz orang Perak.. Perak belah mana? Proudly said, Kuala Kangsar weiii.. Loghat perak, mmg x baper pandai la.. Yg simple2 boleh la..contoh - atenya & beberapa perkataan lain.. 

MERCU TANDA BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR

Saja nak share ngan korang, agak2 tahu tak mercu tanda atau omputih cakap trademark Bandar DiRaja Kuala Kangsar ni.. Sapa tahu? 

LABU SAYONG

ni hah mercu tandanya.. Labu Sayong.. Kat area Kuala ni, rasanya merata ada orang jual labu ni terutama area Lembah.. Kalau dtg sini, tanya la org tempatan kat mana Lembah ni.. Area Lembah ni byk deretan kedai2 yg jual barangan kraf,so rasanya boleh cuba cari labu sayong area sini.. 

Labu sayong ni ada mcm2 size.. Kecik, besor.. Yg kecik boleh buat doorgift utk majlis kawen, akikah ataupun hiasan...dulu masa k.fiezz kawen, doorgift k.fiezz bagi labu sayong.. 

Size besar labu sayong plak ada yg jadi hiasan.. Ada yg jadi bekas air mcm botol mineral. Buh je air dalam tu, nnti nk minum tuang dalam gelas/cawan.. 

Air yang simpan dalam labu sayong ni, sejuk.. 

www.fiezasani.xyz

So kalau korang ke Kuala Kangsar, wajib beli labu sayong sebagai cenderahati atau ole2 dari sini.. Sebab labu sayong ni trademark kuala kangsar.. Ingt labu sayong, ingat kuala kangsar..