Total Pageviews

LifeStyle

Orang Mana Yea?Sabah Sarawak Yeak?

10:48

Dulu masa memula k.fiezz kerja kat Kementerian ni, ada sorang guard tegur..tanya k.fiezz orang mana?masa tu k.fiezz nak antar dokumen ke pejabat atasan..sebelum masuk ke situ, ada kaunter pengawal..so mungkin masa tu k.fiezz baru..guard tu saja la nak ramah mesra...

Guard tu tnya ' orang Sarawak yeak?' kat k.fiezz..haha..marah jugak masa tu..apa ni cakap kita orang sarawak..ada rupa orang sana ke..terus k.fiezz cakap 'eh..tak la..orang perak'..guard tu cakap rupa k.fiezz macam orang Sarawak..adeh..#redha je la..janji dia teka, sis orang Malaysia..haha

ate pas ni kena sembang loghat perak la yea..nak bitau kat orang, sis orang perak..haha..tapi masalahnya k.fiezz tak reti cakap slang perak..k.fiezz membesar di KL..lahir je kat Perak..acane nak sembang loghat perak nya...

dan sampai sekarang pun, yang mana tak berapa kenal k.fiezz..kenkadang bila dapat sembang ngan k.fiezz, mesti dorang tanya orang mana..dan semua teka k.fiezz orang Sabah/Sarawak..haha..

Dah selalu sgt orang teka k.fiezz orang Sabah/Sarawak, kadang belek gak muka kat cermin..celah mana macam orang Sabah/Sarawak nya...adeh..orang sana putih-putih kot...k.fiezz ko ni warna kulit cekelat2 cair..haha

Bila bitau k.fiezz orang Perak, sume cam terkejut..ni nak kena letak sign  'perak' ke apa kat dahi..haha...

so lepas ni boleh la masuk kelas bahasa Sabah ke Sarawak ke..dah semua cakap upe k.fiezz macam orang Sabah/Sarawak..

eh..orang sana pun lawa-lawa kan..so kita take as compliment la..hehe


LifeStyle

Tips Nak Elak Soalan Dari Acik Bawang

12:17

Makcik bawang di mana-mana..huh..kita ni seboleh-boleh tak nak masuk dalam kategori makcik bawang ni sbb tak mau soalan atau perkataan yang kita nak keluarkan dari mulut ni menyakitkan/menyinggung perasaan orang lain..tapi tapi..tue cuma kita la yang nak elak jadi makcik bawang..luar sana, ramaiiiii lagi makciks bawang..

dorang ni sedar tak soalan-soalan sensitif yang patut dielakkan tanya pada orang lain..mungkin pada diaorang, eleh tanya soalan pun marah..weiiii..untuk ko soalan tu simple..tapi yang kena tanya tu, very da sensitive kot..bila ko tak berada dalam situasi orang tu, ko tak kan paham..

apa soalan-soalan sensitif kita patut elak tanya pada orang


>>Jangan tanya soalan pasal anak bila ko tahu orang tu belum ada rezeki anak lagi..
..maybe nak beramah mesra atau cuma nak amik tahu dah baper orang anak dia skrg..tapi rasanya tak perlu la sebab orang yang belum ada anak, soalan tu sangat sensitive...kalau lama tak jumpa, and terserempak tanya khabar je la..better gitu...jangan la tanya, tak buat rawatan kesuburan ke..berurut ke..citer anak pada jiran pada adik ko pi berurut/berubat ngan si polan, dah dapat anak..dalam tak sedar ko citer tu, macam nak kata dia ni tak buat apa-apa pun..pdhal ko tahu ke idak usaha dia somi isteri sana sini pi berubat tradisional, hospital, makan macam-macam ubat/supplemen..cuma dia malas nak cerita sebab orang yang tak berada dalam situasi ni, mmg tak akan FAHAM..doakan je moga insyaallah ada rezeki dia somi isteri nanti...tak perlu la nak tanya soalan sensitif ni...tanya khabar atau citer pasal general / isu semasa je la...

>>Bila nak kahwin?
..ni satu lagi..dah tau orang tu still single..bila jumpa, duk tanya..bila nak kawin..eh..kalau orang tu nak kawen, tahu la dia jemput ko si Makcik bawang..supaya mulut ko tutup tak bertanya soalan bila dia nak kawen

>>Anak sorang je?
..ehhhh..ni lagi satu..habit betul..ada anak sorang busybody..tak ada anak, lagi la busybody..huhu..sebenarnya apa yang ko tak puas hati ni, s*t*n...

>> Anak semua lelaki?
...soalan pasal anak gak...contoh anak semua lelaki..soalan..tak nak ke anak perempuan?allah..allah..menyampah betul orang yang tanya gini...lelaki ke perempuan ke, rezeki dari Allah..stick that on your mind...Kalau 10x beranak, dah Allah tentukan anak-anak dia semua lelaki..tu rezeki dia...ko plak yang susah hati,kenapa?

>> Gemuknya skrg..
..hmmm..ni memang menyampah gak..sukahati la dia nak gemuk ke kurus...kalau kurus, cakap sakit plak..gemuk pun ko sibuk gak..skrg ni badan ni sapa yang bawak..dia ke ko?huh...

>> Kurusnya..
..hah, ni satu lagi duk komen orang kurus..allah allah...mungkin dia diet, jaga pemakanan so kurus la badan dia.. Tak macam ko semua pun bedal..pas tu orang kurus, nak cakap dia sakit..Jangan negatif sangat boleh..musykil gak yang tanya soalan ni, kalau dia kurus sebab sakit, ko ke yang temankan dia pi hsptl atau bila kena tahan kat wad, byr bil-bil hsptl dia..

ke sibuk nak tahu sebab boleh jaja kat orang lain 'ehh..si polan tu sakit sebab sakit dot dot dot'..tue je kan point sebenarnya nak tahu orang tu kurus sebab sakit..kalau sebab sakit la..be positive okey..skrg ramai orang dah sedar pentingnya jaga kesihatan..so mungkin dia jaga kesihatan..bersenam..jaga makan..hasilnya kurus la badan..ko plak tak nak jaga kesihatan ke?

Rasanya part bentuk badan ni tak payah tanya la sebab masuk dlam kategori soalan sensitif jugak...badan dia, dia jaga..badan ko, ko jaga..abis citer...so tak yah nak nilai badan orang tu gemuk ke kurus ke...

*Banyak lagi soalan sensitif..Ni antara yang biasa k.fiezz penah dengar...kalau korang ada dengar soalan sensitif lain selain dari atas ni, jom la share kat ruangan komen*

Okey, atas ni soalan sensitif kan?macamana nak elak plak?


>> cut the conversation with larikan diri..kalau  kata masa terserempak tu, dekat luar..terus jadi aktres terbaik, cakap nak cepat..end conversation...kalau situasi berlaku bukan di luar..mungkin kat pejabat, apa lagi buat-buat la sibuk...kalau kat rumah..pi la amik air ke biskut ke..bagi penuh mulut si Makcik bawang tu supaya busy makan & tak menanya soalan sensitif..ni kalau si makcik bawang yang datang umah kita..kalau kita plak yang ke rumah dia sbb ada hal atau sesaja nak melawat..apa lagi...handphone kan ada..main handphone..bitau ada kerja opis plak masa tu..dan dan ada keja ofis..haha..biarkan lantak..janji tak melayan si makcik bawang...pas tu cepat-cepat la ajak cik abang balik rumah...

>> tukar topik lain...kezah la topik apa pun...as long lari dari topik yang ditanyakan..

>>buat-buat busy main handphone..ni cara paling berkesan di zaman teknologi ni...ataupun masa kena tanya tu, terus buat-buat jawab call...and sesambil tu bla dari situ...kang kantoi plak sebab handphone tak nampak macam ada call masuk pun...

>> dengar lagu kat earphone/headphone...so tak payah nak mesra ngan orang lain..
..kadang kita ni bukan nak jadi sombong tapi dari hati sakit melayan orang yang tak ada perasaan tanya soalan, bek la kita buat hal sendiri..

>> tengok citer/movie kat handphone..YouTube ada, Netflix ada..Iflix ada..buat-buat busy tengok citer...

>> yang suka baca novel,bawak la novel ke mana-mana..boleh jadi penyelamat novel ni time kena tanya soalan cepumas ngan makcik bawang... makcik bawang baru nak tanya, terus laju2 keluarkan novel dari beg..haha..

**Kalau ada tips lain, jom la share...

Kenapa K.fiezz Membebel Pasal Makcik Bawang?

Dah kenapa k.fiezz membebel pasal makcik bawang pepagi ni..kezahnya pagi ni, masa naik lif..terserempak dengan sorang akak bawang ni..dia tegur k.fiezz tanya pasal makcik k.fiezz yang penah kerja sama kementerian ngan k.fiezz ni..tapi makcik k.fiezz tu dah berhenti & sekarang kerja kat kampung...

ni conversation k.fiezz & akak bawang tu

akak bawang : anak buah ko yang kerja sini dulu dah ada anak?
k.fiezz : hah...anak buah (dalam hati bila pulak anak buah k.fiezz dah besar ni..tahu dah akak bawang tu salah sebut)
akak bawang : eh..anak buah plak..makcik ko
k.fiezz : senyum je tapi senyum menyampah...

**ting..lif benti tingkat akak bawang tu**

akak bawang tu keluar..tapi sempat lagi tanya soalan yang sama..k.fiezz cecepat tekan butang pintu tutup lif
k.fiezz : sorry kak..saya rushing ni...

menyampah... dah lama tak jumpa makcik k.fiezz..tanya la khabar dia ke apa..sibuk tanya soalan tu..
mesti korang macam 'ala..jawab je la k.fiezz'..bukan tak nak jawab tapi tak nak akak bawang tu menjaja plak citer makcik k.fiezz & k.fiezz kat orang lain, macam nak beritahu kitaorang ni bermasalah plak dari segi tu..Dari dia menjaja citer kitaorang better la k.fiezz ignore je soalan dia..kurangnya dia tak buat dosa menjaja cerita kitaorang..

alaaa..confident je k.fiezz ni akak bawang tu nak menjaja citer k.fiezz & makcik...confident uolls...mungkin dia tak cerita sekarang..tapi akan datang, mana kita nak tahu...dia terjaja cerita kitaorang...

so take note..kita ni bila nak bercakap atau nak tanya soalan pada orang lain..hati-hati menutur kata..kalau tak ada menda nak di tanya..better keep quiet & smile..

**that's why k.fiezz pagi-pagi on the way nak ke ofis, k.fiezz suka dengar lagu kat headphone sebab malas nak bertegur sapa ngan orang lain**..pangai sangat kan..biar la..siapa nak jaga hati sendiri kalau bukan diri sendiri..orang lain, memang tak la...so to avoid makcik bawang,  cuba la tips-tips kat atas ni..coz makcik bawang is everywhere...

Shopping

Save The Date Shopee 9.9

11:50

Save the date Shopee 9.9, korang..terjah Shopee laju-laju kat website atau apps Shopee kat smartphone memasing..semua ada kan apps Shopee..k.fiezz?harus la..wajib okey..rasa nak shopping je, bukak shopee..hehe..nampak tak ai pengguna / pembeli tegar kat shopee...tak kisah la ada sales ke idak..wajib..bukak website atau apps shopee bila nak shopping..apa yang best kat shopee 9.9. ni?

ADA APA KAT SHOPEE 9.9.2019?

it's Super Shopping Day di Shopee..kalau beli sekarang, tak boleh ke camne k.fiezz?eh..boleh je..kempen 9.9.2019 di Shopee ni dah start pun sekarang sehingga 9.9.2019...korang boleh dapat pelbagai special voucher & limited deals di Shopee..dan RM9 FREE SHIPPING setiap hari...dan FREE SHIPPING Voucher pada pukul 9pg & 9mlm setiap hari..

www.fiezasani.xyz

K.fiezz dah shopping ke sempena shopee 9.9 campaign ni..haha..dah uolls...semalam satu barang dah sampai..hehe..nanti k.fiezz share naaa...tunggu satu lagi barang sampai harini.. 

nak terjah shopee >> nah klik link ni shopee atau klik je banner bawah ni


Baca juga >> Kes Selesai Dapat Refund Dari Shopee

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - Nasi Goreng Kampung

11:36

Tak tau la sedap ke idak nasi goreng kampung ni ikut deria lidah mr hubby k.fiezz tu..resipi baru cuba hasil google semalam..sebab nak bawak bekal pagi ni & untuk mak mertua, mr hubby kat rumah tu...bosan plak asik masak menu sama..so kita cuba la menu baru ni...kot kena ngan tekak mr hubby..ikut tekak k.fiezz, sedap je..haha..hasil air tangan sendiri kan..harus la rasa sedap je...

suka gak resipi ni..very da simple...kalau kena ngan tekak mr hubby,selalu la repeat menu ni..hehe 


www.fiezasani.xyz

RESIPI NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan :

  • Nasi sejuk atau nasi semalam (kuantiti, terpulang)
  • 1/2 biji bawang merah besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • Ikan bilis (dikisar)
  • Cili padi (kuantiti ikut nak pedas ke idak - dikisar)
  • Sedikit belacan (dikisar)
  • Sayur kangkung (tak masukkan sbb k.fiezz tak suka kangkung)
  • 2 biji telur ayam kampung (kalau guna telur ayam biasa pun boleh..k.fiezz kat rumah mmg guna telur ayam kampung...
  • Garam
  • Serbuk ikan bilis (tak masukkan sebab tak ada kat rumah)
  • Ikan bilis yang dah digoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisar semua bahan yang highlight kuning tu..seeloknya tumbuk tapi k.fiezz malas..haha..so k.fiezz kisar kasar je bahan-bahan ni...
  2. Panaskan minyak & tumis bahan yang dikisar.
  3. Masukkan telur, gaul rata sampai masak
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. Masukkan serbuk ikan bilis secukup rasa. Jangan banyak sangat, nanti masin **k.fiezz tak masukkan sbb tak ada stok kat rumah**
  6. Masukkan kangkung, gaul hingga rata **i hate kangkung so not in the list**
  7. Masukkan nasi dan gaul sekata
  8. Nasi Goreng Kampung is done..taburkan ikan bilis goreng sebagai hiasan.. 

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - Mee Goreng

10:09

k.fiezz jarang masak mee sebab tak pandai nak cuci elok mee utk bagi hilang rasa kapur dia..tapi haritu k.fiezz ada beli jugak mee sebab nak buat mee bandung..ada balance mee tu, k.fiezz goreng je mee..nak dibuang..membazir...bek la kita goreng je mee tu...tak tau la rasa kapur dia kuat ke idak..haha..k.fiezz tak reti nak rasa..lidah k.fiezz kata sedap..sedap je la...mr hubby pandai sikit part ni..tapi ritu masa buat mee guna mee biasa, mr hubby tak komen apa pasal rasa kapur kat mee tu..

NuMee Gardenia

Sabtu lepas masa pi kedai, k.fiezz nampak kat kedai ada jual numee gardenia ni..ofismate k.fiezz ada bitau, mee ni sedap rasa dia sebab tak rasa kapur sangat..untuk dia la..macam husband dia komen, rasa macam mee biasa je...so kita cuba beli & masak..tanya komen mr hubby plak..k.fiezz?..kan dah bitau, k.fiezz tak tau nak rasa, camne rasa kapur kat mee ni..hehe..

oo..lupa plak..kang ada yang tanya berapa harga mee ni..RM1.50 je satu peket..tak sure ada jual kat mana..k.fiezz beli ni kat kedai biasa area rumah..

RESIPI MEE GORENG

Bahan Utama - 

>> Mee (Celur dalam air panas kejap..lepas tu tos. Ketepikan)


www.fiezasani.xyz

Bahan Untuk Tumisan 

  • Bawang Merah (Kisar)
  • Bawang Putih (kisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit kicap (k.fiezz kicap manis)
  • 1 @ 2 sudu besar cili kisar(ikut la tahap kepedasan memasing)
  • Garam
  • Minyak 
  • Sayur (k.fiezz guna sayur sawi)
  • Udang @ Ayam @ FishCake @ FishBall @ apa2 bahan yang korang nak letak dalam mee (k.fiezz guna Fish Cake & goreng dulu)
Cara Masak - 

  • Masak air dalam periuk & tunggu hingga mendidih, baru masukkan mee..biarkan sekejap.
  • Dah siap, toskan & biar seketika..
  • Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga naik bau. Masukkan 1 sudu besar sos tiram..kacau-kacau sekata..
  • Diikuti dengan fishcake/udang/ayam @ etc..Kacau & biarkan seketika. Sebab fishcake k.fiezz dah sesiap goreng, so lepas je masukkan fishcake,terus masukkan  
  • mee yg dah ditos tadi. Campur kicap sikit..Diikuti dengan sayur, garam & gaul sekata...
  • Mee goreng is done..
Komen mr hubby - rasa kapur mee ni kuat sikit berbanding yang k.fiezz beli mee jenama biasa untuk mee bandung << Mee Bandung >>. Untuk k.fiezz plak rasa mee, tak tau..yang hasil masakan mee goreng, sedap je u..hehe


beauty

The Butterfly Project | Minc. Care, NaturallyHM, Plant Origin Signature Market

10:55

Jom sambung citer do it yourself mask & essential oil kat event The Butterfly Project yang k.fiezz attend minggu lepas...mesti korang tazabarrr nak tahu pasal DIY Mask & Essential Oil ni..check it out...


Untuk dua-dua sesi ni, kitaorang kena buat mask & essential oil sendiri..mix all ingredient yang disediakan..Ingredient ni idak la sesuka hati  nak campur..Macam mask, kena tengok pada masalah kulit masing-masing & guide dari cikgu (yang baju biru dalam gambar bawah ni)...Bahan-bahan yang digunakan untuk mask  & essential oil ni menggunakan sumber alam...natural..k.fiezz suka...

Macam yang k.fiezz beritahu dalam entry kat atas (klik link), kitaorang dah dibahagi mengikut kumpulan..kumpulan k.fiezz, untuk sesi pertama 

 Sesi Luahan Perasaan dengan minc.care

Kalau ada apa-apa masalah atau rasa struggle dengan kerja, family, kawan-kawan atau diri sendiri..apa-apa je la, boleh berkongsi dengan Minnie Chang..Terutama untuk korang yang rasa nak luah tapi tak tahu nak bercerita dengan sapa..Dalam media sosial, facebook/intagram/twitter bukan semua kita boleh cerita..Pengalaman k.fiezz sendiri, pernah up status sebab ketidakpuasahan hati, marah masa tu..Penyudahnya lepas tu k.fiezz sendiri yang dipersalahkan..huhu..so sosial media ni ada baik dan buruk dia...kita tak boleh open sangat bila up status...

so kat minc.care ni untuk korang yang ada masalah & tak ada sapa nak luah atau perlukan bantuan nasihat, Minnie Chang akan mendengar dan bagi solution pada masalah kita...yang penting, apa yang kita luah dalam sesi tu habis masa tu..takkan ada isu berbangkit ke apa...maksudnya idak la Minnie Chang akan bercerita dengan orang lain..sesi tu hanya kita & beliau sahaja...

Group k.fiezz haritu, Minnie minta kitaorang kongsi apa struggle yang kitaorang hadapi sekarang ni & beliau cuba beri pandangan how to solve the struggle...


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz
Discussion session with Ms Minnie Chang

www.fiezasani.xyz
Tulis apa struggle kitaorg skrg ni kat sticky note. X kisah la dlm kerjaya, family, blogging, kawan2, diri sendiri... 

www.fiezasani.xyz
With Ms Minnie Chang

K.fiezz setakat ni tak ada struggle apa pun cuma kebuntuan idea nak update blog..tue je..hehe

sesi kedua untuk kumpulan k.fiezz...

Do It Yourself Mask by Naturallyhm

Untuk sesi ni, kitaorang di guide oleh Ms Bavani Gopala Krishnan dari naturallyhm yang akan ajar kitaorang untuk buat mask menggunakan sumber alam..Kitaorang kena pilih satu clay mask & 2 superfood powder...K.fiezz pilih FRENCH GREEN CLAY + MANGO POWDER + ALOE VERA POWDER...

Fungsi bahan-bahan yang k.fiezz pilih 

>> French Green Clay : Mempunyai kadar penyerapan yang tinggi untuk keluarkan toksin dan caj ionik negatif membantu menarik, mengikat dan menghapuskan kekotoran. Dan juga tindakan toning merangsang kulit dengan membawa darah segar ke permukaan serta mengetatkan liang pori dan pengelupasan sel kulit mati..

>> Mango Powder : Membantu menghilangkan jerawat dan boleh dijadikan skrub untuk muka. Bagi memastikan kulit kita bersih dan lembut. Ia juga beri kesan pengelupasan kulit untuk memudarkan parut jerawat, breakout dan blackhead..

>> Aloe Vera Powder : Mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan penyejukan, sangat sesuai untuk yang kena sunburned.. Selain ia mempunyai lapisan pelindung bagi memastikan kulit sentiasa kekal lembap. 

www.fiezasani.xyz

bahan asas dah disediakan..bahan lain kena add on ikut masalah kulit masing-masing...


www.fiezasani.xyz

Serbuk SuperFood yang disediakan


www.fiezasani.xyz

Mine DIY Mask..Lupa plak nak tunjuk bahagian dalam..Nanti k.fiezz kongsi next entry..dah rasmi guna pun..hehe..best sangat uolls...


www.fiezasani.xyz

Selain mask, banyak lagi produk-produk kat Naturally Hand Made ni..korang boleh check it out kat link yang k.fiezz bagi atas ni...


3rd Session - blend your own essential oil dengan Plant's Origin Signature Market..

Sesi ni oleh Ms Dashindra Siva dari signaturemarket..sesi ni k.fiezz suka sebab k.fiezz pun antara penggemar essential oil..kat rumah memang k.fiezz ada diffuser..so selalunya hari cuti, kalau tak keluar ke mana, k.fiezz memang suka wangikan, segarkan rumah dengan haruman dari essential oil Yang jadi pilihan k.fiezz selalunya lavender..

Untuk sesi ni Ms Dashindra akan ajar untuk blend essential oil yang boleh digunakan atau sapu pada badan (pergelangan tangan, belakang telinga, kaki)

Sonok sesi ni sebab baru k.fiezz baru tahu essential oil boleh sapu pada badan..Ingatkan untuk diffuser je...

antara tips k.fiezz ingat yang Ms Dashindra kongsikan, perempuan bila time period ada senggugut kan, boleh sapukan EO Grapeseed pada perut..Insyaallah boleh melegakan... 

www.fiezasani.xyz

Plant's Origin Signature Market..Selain dari EO, produk-produk keluaran Plant's Origin ada banyak lagi antaranya body wash, hand wash yang menggunakan semua bahan semulajadi...dan info untuk korang yang tak familiar dengan brand Signature Market ni, dia terkenal dengan kekacang dan makanan organik yang berkhasiat..Untuk produk-produk Plant's Origin dan Signature Market , korang boleh check it out kat link yang k.fiezz bagi kat atas...


www.fiezasani.xyz

Ready for 3rd session..yeay..

www.fiezasani.xyz

Botol yang kitaorang dapat jenis roll on untuk senang sapu pada badan..
3 pilihan haruman yang k.fiezz blend ialah Fresh Start Up (Lemon + Peppermint + Lavender)


www.fiezasani.xyz

with Ms Dashindra...


www.fiezasani.xyz

Siap EO k.fiezz..

thank you butterfly project for this awesome workshop..sonok dapat belajar buat mask sendiri & essential oil...

Untuk info semua produk-produk ni, korang boleh klik link yang k.fiezz dah bagi kat atas tu...

LifeStyle

Yummy...Kuih Apam comel

21:04

Yeay.. kuih apam comel mcm k.fiezz.. Eh.. #perahsan..haha..semalam k.fiezz ada share kat FB story & up kat FB status pasal kuih apam comel ni..actually ni ex officemate k.fiezz yang jual..dia baru je pencen..so free-free time tak ada buat apa, dia jual la kuih apam comel ni..mengisi masa lapang..besa la dah biasa kerja, sibuk je kat ofis..tetiba dah pencen wajib..blur tak tau nak buat apa kat rumah.. jadi ex officemate k.fiezz saja la cuba2 jual kuih apam comel ni..alhamdulillah, walaupun baru...dah nampak sambutan...

k.fiezz tahu ramai yang reti buat kuih apam comel ni..tapi tapi tak semua tahu buat, tau dak...Contoh cam k.fiezz..part kuih-kuih ni memang k.fiezz failed la...ntah mana ghupe kalau k.fiezz yang buat..paling seriau, tak jadi..udah buang dalam tong sampah..membazir weiii..nak beli bahan-bahan kuih apam comel ni bukannya guna daun...membazir nengok buang dalam tong sampah kalau tak jadi..

hah..ni dah member jual..kita support la...tak membazir..confirm-confirm jadi..beli..terus ngap..selamat masuk dalam perut..hehe



www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Layannnn...kuih apam comel untuk menu minum petang...

Kalau ada yang nak buat makan-makan kat pejabat, rumah atau sesaja nak makan untuk minum pagi atau petang, boleh la contact ex officemate k.fiezz ni untuk tempahan..

Whatsapp -  6016-244 1802 (k.maz)

Delivery sekitar Kuala Lumpur...terutama berdekatan area Gombak...

LifeStyle

Kerja Tetap vs Blogging

11:14

Which 1 is your choice? antara kerja tetap yang jadi sumber pendapatan utama dengan hobi..uiiii...tak tau nak pilih yang mana...ikut hati of course hobi..hobi bukan sebarang hobi, hobi yang kenkadang dapat juga fulus tepian..hehe..

dilema betul nak pilih yang mana...

semalam k.fiezz up status kat facebook..ramai kawan-kawan blogger yang komen..

antara komen-komennya

> sekali sekala k.fiezz kena keluar juga dari kepompong sekarang which is kerja hakiki
& explore menda baru..

> kalau bayaran berbaloi, amik cuti & attend event ni..sebab event ni berbayar + ada possibility untuk dapat job berbayar lagi di masa akan datang..

> attend event untuk kembangkan networking..kenalkan brand kita pada orang luar..bila pi event ni dapat jumpa ramai orang..so dari situ kita boleh kembangkan networking & brand kita sebagai blogger...

> utamakan kerja hakiki sebab yang ni periuk nasi...

uwaaaa..so nak pilih yang mana ni?

eh..kalau korang yang tak follow k.fiezz kat social media (Facebook, Instagram), mesti macam blur apa menda la k.fiezz membebel ni..

okey, kezahnya semalam k.fiezz dapat offer untuk attend event berbayar...berbayar okey..bayaran tu idak la banyak sangat cuma insyaallah in future boleh dapat paid posting lagi..

seorang blogger bila nampak perkataan paid tu, memang excited weiiii..bukan senang nak dapat offer attend event berbayar ni benornya...jadi bila dapat tu, rasa macam bestnya..haha..to be honest la kan..sapa tak suka duit..zaman skrg n serba serbi mahal okay..jadi penting duit tu..hehe..

tapi main point dia dari offer ni, k.fiezz nampak perkataan future paid posting..maksudnya next time boleh dapat job berbayar lagi..bukan setakat attend satu event ni je...nampak kelebihan disitu...

amik la cuti k.fiezz kalau camtu?

Kezahnnyaaaa cuti k.fiezz dah tinggal sikit..nak kena berjimat sampai hujung tahun..tu dilema utama dia skrg ni...

so kalau korang sebagai blogger nak pilih yang mana?

Nota Kaki - Jeles dengan fulltime blogger yang boleh pi event berbayar sana sini time hari bekerja...dan kebanyakan event memang buat hari bekerja pun...so yang buat part time macam k.fiezz ni mampu tengok je la...

Jalan-Jalan Cari Makan

Order Nasi Ayam Berempah Tapi Mana Ayam Berempahnya

10:04

Bila malas nak masak..bukan malas ikutkan..tapi bahan-bahan dalam peties dah kosong..kosong..kosong..haha..besa la nak hujung bulan ni, clear la peties kat rumah tu..ate semalam dah tak ada apa nak masak..moh la order kat food panda..as usual..

K.fiezz & mr hubby memang pengguna food panda. grab food tiap kali k.fiezz malas nak masak atau bahan-bahan mentah dah abis..kadang ada bahan-bahan pun & k.fiezz masak..mr hubby, dia order makanan kat food panda ni sebab laparrrr..walaupun sebelum tu dah makan..sabar je la...

so ni kes semalam nak makan malam, tak ada apa nak dimasak..order la kat food panda...

ni menu yang k.fiezz order...Nasi Ayam Berempah...

K.fiezz assume yang sampai nasi putih + sup + ayam berempah...eh sekali sampai-sampai

Nasi ayam ke apa ni..haha...sebabnya

www.fiezasani.xyz

Nasi dia macam nasi ayam..ada sup, sos & main dish dia ayam goreng je, tak ada rasa rempah..rasanya k.fiezz order ayam berempah..awat ayam ni tak ada rasa rempah pun..haha..macam ayam goreng besa je...part mana yang berempahnya..dunno la..

dah sampai pun makanannya..makan je la...

overall boleh la rasa nasi ayam dia ni..Sebelum tu mr hubby cakap nak makan nasi ayam..tapi tak jumpa dalam list kat food panda, kedai yang jual nasi ayam..Cakap kat mr hubby, yang k.fiezz punya nasi ayam berempah ni macam nasi ayam, mr hubby rasa k.fiezz punya nasi ayam ni..dia pun cakap macam nasi ayam...Kalau dia tahu, bek dia amik menu ni..semalam mr hubby order nasi goreng daging masak merah...

dari 5 bintang, k.fiezz bagi 2 la nasi ayam berempah ni..rasa nasi okey je..sup (sikit masin), tapi kalau dah campur dengan nasi, just nice..tak rasa pun masin..sos dia tu..okey la..sedap gak...cuma hidangan utama dia, ayam tu..bukan ayam berempah..ayam goreng besa daaa...so patut nasi ni, nasi ayam..bukan nasi ayam berempah..huhu...


the butterfly project

The Butterfly Project | Health and Wellness Workshop at The Spa and Gym Hotel Hilton Kuala Lumpur

22:13

Minggu lepas k.fiezz attend Health & Wellness Workshop anjuran The Butterfly Project kat The Spa & Gym Hotel Hilton Kuala Lumpur..workshop ni berkaitan terapi minda, body & spirit  untuk melegakan stress, motivate diri sebagai blogger..Dan jugak dalam workshop ni, k.fiezz dan butterfly yang lain dapat belajar pasal essential oil & blend essential oil mengikut pilihan aroma kegemaran masing-masing dan jugak Do It Your Own Clay Mask dengan tambahan superfood dalam mask..yeay..

tazabarr nak sharing dengan korang pasal DIY essential oil & mask tu..tapi sabarrr..kita citer one by one...

why dont start with tempat yang jadi lokasi workshop kitaorang haritu...iaitu The Spa & Gym Hotel Hilton Kuala Lumpur...

Health & Wellness Workshop 

www.fiezasani.xyz

all about therapy yourself from inside to outside..
Orang ada cakap, bila dalaman kita tenang..automatik terserlah kat luaran kita...

www.fiezasani.xyz

thank you butterfly project for the invitation..

The Spa & Gym Hotel Hilton Kuala Lumpur

Yesss...ni la lokasi workshop kitaorang haritu...selesa sangat uolls...korang yang suka exercise tu, wajib la joint jadi member kat sini..complete dengan segala kemudahan...dari gym, swimming, massage, yoga..Nanti kat bawah ni, detail lagi k.fiezz story mory...


www.fiezasani.xyz

The Spa & Gym Hotel Hilton Kuala Lumpur..

Health & Workshop Workshop

www.fiezasani.xyz

Briefing pasal bengkel ni oleh pihak The Butterfly Project..dan juga sesi pengenalan dengan The Spa & Gym Hotel Hilton...


www.fiezasani.xyz

Workshop start dengan game head, shoulder, knees & toes..dan kon biru tu..sapa berjaya amiik, dia la pemenangnya..k.fiezz kalah..haha..


www.fiezasani.xyz
 yang menang lawan dengan menang


www.fiezasani.xyz

Tadaaaa..ni la sekitar The Spa & Gym Hotel Hilton..cantik sangat uoll..terus rasa datin-datin, puan sri bila ada kat sini..haha..Ni kat sebelah dengan The Spa & Gym..Lepas dah letih exercise kat The Gym ataupun selesai sesi Spa, boleh la lepak-lepak kat bahagian luar ni..ada mini kafe & bahagian depan, ni ada kolam renang...

www.fiezasani.xyz

Besar tau kolam renang dia..dalam gambar je nampak kecik tapi benornya besor...


www.fiezasani.xyz

Dalam gym..uihhh..sakan exercise kalau cenggini...ai like sangat tau gym dia..
bahagian belakang gym ni, ada tempat yoga...dan kat sini ada kelas-kelas exercise yang kita boleh joint mengikut jadual yang disediakan (rujuk gambar bawah)...


www.fiezasani.xyz

Jadual untuk kelas senaman..boleh pilih mengikut kesesuaian masa masing-masing...


www.fiezasani.xyz

Make up room


www.fiezasani.xyz

Locker nak simpan barang-barang peribadi


www,fiezasani.xyz

Tadaaa..pintu masuk ke SPA pulak..kat sini ada 3 je bilik..so kalau nak sesi SPA, kena buat appointment dulu, tau...tapi seriusly kalau tengok bilik dia..cantikkk weiiii..k.fiezz kan berkenan benor SPA2 ni..memang sanggup je tunggu kalau bilik cantik..tak caya..jom check it out...


www.fiezasani.xyz

massage room for couple


www.fiezasani.xyz

massage room for single..

okey, caya ke idak..cantik kan tempat dia...memang layan sangat ni kalau dapat sesi SPA dan gym kat sini..

Nak jadi membership dia la kalau camtu..dapat guna semua fasiliti yang ada kat sini...

Eh..Apa kelebihan jadi Membership kat sini?

>> 2 hours free parking
>> Complimentary inbody composition analysis & daily fitness classes (Yoga, Plyometric, HIIT, Spinning & etc)
>> Full swimming Pool & Thermal Facility access.
>> 25% off food bill in all outlets & all spa treatments
>> Separate male & female changing room with showers
>> Free towel service
>> 1 day free trial
>> Introductory rate for spa treatment (50% off first session)

Harga biasa untuk jadi membership kat The Spa & Gym Hotel Hilton Kuala Lumpur

6 bulan : RM233.20
3 bulan : RM249.10
Sebulan : RM265.00
9pagi - 5 ptg : RM150.00
Harian : RM91.00

Okey, good news untuk korang..khas untuk pembaca blog ni, boleh guna PROMO KOD >> BUTTERFLY untuk dapatkan diskaun jadi membership kat The Spa & Gym Hotel Hilton dengan bayaran yuran sebanyak RM180.00 sahaja sebulan (sekurang-kurangnya 5 pax dlm satu kumpulan)...banyak gak jimat tu...kelebihan jadi membership seperti yang k.fiezz dah mention kat atas ni..and untuk korang yang macam was was..eh best ke joint membership kat sini, korang boleh cuba 1st day trial di  The Spa & Gym, Hilton KL..hanya mention 'BUTTERFLY' semasa proses pendaftaran di kaunter...dua2 offer ni valid sehingga hujung bulan September 2019 sahaja..so hurry girl to redeem...

apa lagi jom jadi member kat The Spa & Gym Hotel Hilton Kuala Lumpur (KL Sentral)

Next entry k.fiezz, story aktiviti yang kitaorang buat kat bengkel ni pulak..mesti korang excited part DIY mask & blend our own essential oil..hehe..tungguuu


Maklumat lanjut mengenai The Spa & Gym Hotel Hilton Kuala Lumpur

Ctc Number : 03-22642830