Apa benda ler pulak ni..untuk wanita2 yg TTC macam aku,sure tau apa ni..sekarang aku tengah buat cara ni pulak..dalam tahun lepas,aku penah buat tapi sekerat jalan sebab malas.Beria2 beli termometer pas tu guna sekejap je..sampai hubby pun tegur..pas tu masa awal januari tahun ni,aku decide nak cuba balik cara BBT ni sebab dengan cara ini kita boleh tau reproduktif badan kita sendiri.so ni,aku share sikit info yg aku amik kat Ratuhati..Secara ringkasnya Bbt (body basal temperature/ suhu badan asas) ini adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti hari subur/ovulasi dengan lebih tepat.. Selain itu bbt ni juga banyak kelebihannya disamping membantu kita untuk memahami sistem reproduktif  tubuh badan sendiri.

Langkah2 awal untuk berBBT..

1)  mula2 sekali mesti nak kena ada thermometer. Sebaiknya gunakan yang digital dan adalah lebih bagus yang specific untuk BBT  sebab ianya lebih tepat kerana mempunyai 2 digit selepas titik perpuluhan. Walau bagaimanapun digital thermometer yang biasa masih boleh diguna pakai cuma ketepatannya agak berkurangan sedikit. Jika  thermometer classic ( kaca) pula yang digunakan, thermometer hendaklah digoncang setiap malam sebelum tidur. Ini untuk memastikan raksa dalam thermometer tersebut akan kembali ke tempat asal.

2)mulakan ambil suhu pada hari pertama datang period. Hari pertama (cd1) biasanya diambil kira bila darah period dah flow bukan spotting.

3)ambil suhu sejurus bangun tidur sebelum lakukan sebarang aktiviti termasuk bercakap. Bermakna buka je mata terus ambil suhu. Dan sebaiknya thermometer diletakkan berdekatan dengan tempat tidur, supaya mudah nak ambil.

4)pastikan tidur cukup sekurang2nya 3 jam dan cuba disiplinkan diri untuk ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari. Kalau dapat set alarm lagi bagus. Tapi kalau setakat terawal atau terkurang setengah jam, suhu masih boleh diguna pakai.
Selain dari ambil suhu, vaginal discharge/lendir faraj atau lebih dikenali sebagai cervical mucus harus dipantau juga untuk membantu mengenal pasti hari ovulasi yang lebih tepat. Terdapat 5 jenis cervical mucus yang harus dikenal pasti dan dicatat:

Dry= kering
Creamy= berwarna agak keputihan dan likat seakan mayonis
Sticky= berwarna jernih tapi melekat2 seakan gam
watery= struktur yang agak cair dalam kuantiti yang banyak
Eggwhite= berwarna jernih, seakan putih telur dan boleh diregangkan beberapa cm tanpa putus dengan jari.

Cara untuk mengenal pasti cervical mucus:
selepas buang air dalam toilet, gunakan tisu untuk lap vagina. Perhatikan struktur, kuantiti juga warna cervical mucus tersebut.
Ataupun boleh guna jari yang bersih dan masukkan dalam vagina. Ceduk sikit cervical mucus untuk diperhatikan. Elakkan check cervical mucus sejurus selepas BD/ bersama suami untuk mengelakkan kekeliruan diantara cervical mucus atau lebihan semen.Website yang biasa digunakan untuk online charting ialah fertility friend.. Anda boleh sign up kat link ni :Fertility Friend


















0 Comments