Hadiah wedding anniversary untuk mr hubby dah sampai petang semalam..Ritu, mr hubby bagi k.fiezz set of bag CARLO RINO..ni hadiah balas dari k.fiezz plak..hehe..orang2 tua cakap, orang berbudi kita berbahasa...walaupun suami sendiri yang bagi hadiah tu, mmg wajib & patut pun bagi pada isteri..haha..tapi tak salah pun kita balas semula bagi hadiah yang best kat suami plak..suami gembirakan isteri..isteri gembirakan suami juga..baru adil & saksama...

CARI KAT ZALORA

Wallet ni k.fiezz cari kat Zalora je..brand Swiss Polo..harga, rahsiaaa...hehe..kang mr hubby terbaca entry ni, bocor rahsia ai..tapi harga dia murah la dari hadiah yang mr hubby beli kat k.fiezz tu...maklum la mr hubby, lebat sikit dalam wallet dia..wallet k.fiezz besye-besye je..hehe...ni pun suh mr hubby top up sikit sebab dalam akaun k.fiezz dah menipis..musim raya ni, duit kuar pun lajuu..haha


www.fiezasani.xyz

Cari paper bag lawoo ni kat Sogo je...nak balut cam oldskool..kita cari paper bag, buh je dalam ni..setel...

KENAPA PILIH WALLET SWISS POLO

Ciri wallet Swiss Polo ni yang jadi pilihan k.fiezz -

Banyak compartment..ada 12 compartment untuk kad2..1 slot frame untuk letak gambar..1 ruangan untuk letak duit kertas...coin slot tak ada...but okey je sbb mr hubby memang tak suka pun slot untuk duit syiling tu...selalu dia ada duit syiling, buh merata dalam sling bag...dapat k.fiezz 5s, jumpa syiling2 mr hubby, kena pau..haha

www.fiezasani.xyz

Dari bahagian depan...

www.fiezasani.xyz

bahagian dalam..3 slot untuk letak kad& 1 slot untuk letak gambar

www.fiezasani.xyz

belah tengah..6 slot compartment kad...

www.fiezasani.xyz
bahagian belakang, 3 slot compartment kad...

www.fiezasani.xyz

1 ruangan untuk letak duit kertas...

overall, k.fiezz puas hati dengan kualiti wallet Swiss Polo yang beli dari Zalora ni..berbaloi dengan harga..

ketahanan, tak pasti baper lama boleh tahan..tunggu dan lihat..hehe..harap setanding dengan harga & jenama dia...

2 Comments

  1. Happy anniversary, alolo cute la korang main balas2 hantaran ,eh balas2 hadiah, hehe.

    ReplyDelete
  2. Wah encik suami dapat wallet. Bagus banyak compartment ni. Lelkai memang la kak fiezz dapat syiling merata letak. Tak macam kita..

    ReplyDelete