Total Pageviews

Side Effect Ubat Darah Tinggi Antenolol 100mg

10:14

Baru ni masa balik kampung, abah k.fiezz tetiba 'libang libu' orang perak cakap..masa tu k.fiezz & mr hubby kat rumah mama di Ipoh..Lepas mak k.fiezz call bitau keadaan abah yang libang libu tu..terus kitaorang gerak balik ke rumah mak k.fiezz di Sg.Siput..

SERBA TAK KENA

Libang libu ni tak silap k.fiezz buat kita jadi resah..serba tak kena..

Sampai kat rumah mak & abah k.fiezz di Sg Siput..tengok abah k.fiezz macam biasa je..dalaman dia yang buat dia cam serba tak kena tu..selain dari tu, kaki & tangan abah selalu sejuk/kebas, mulut kering, insomnia (susah nak tidur), murung (selalu termenung) & semua efek yang dalam gambar kat bawah ni ada kat abah k.fiezz)... 

tanya dengan abah k.fiezz ada makan ubat darah tinggi tak?sbb abah k.fiezz baru je dapat tahu ada darah tinggi..tapi hari yang k.fiezz & mr hubby balik sg siput tu, abah tak makan lagi ubat darah tinggi dia..

CHECK UBAT DARAH TINGGI ABAH

lepas tu mr hubby saja mintak ubat darah tinggi abah k.fiezz...mak amik ubat darah tinggi abah & bagi kat k.fiezz & mr hubby..tengok nama ubat dia Antenolol dos 100mg..k.fiezz ni tak faham sangat ubat-ubat ni..nampak la dos dia 100mg..cuma tak pasti dos tu tinggi ke tak?tak pasan plak ubat darah tinggi mr hubby cuma 10mg je...jadi mmg tinggi la dos ubat darah tinggi abah ni...

KESAN SAMPINGAN UBAT DARAH TINGGI ABAH

mr hubby suh google kesan sampingan ubat ni..

bila google, tengok effect dia untuk dos 25mg je macam kat bawah ni...dan semua kesan ni ada kat abah k.fiez...abah k.fiezz makan yang dos 100mg..korang rasa..effect dia lagi la power...patutnya ubat bila kita makan, dia tak ada kesan sampingan yg -ve..kalau ada kesan sampingan camni, mmg kena consult dengan Dr semula & beritahu kita tak sesuai makan ubat tu sbb ada kesan sampingan yang tak best...

Kes abah k.fiezz, bila baca kesan sampingan ubat ni pada mak & adik k.fiezz, dorang cakap semua effect ni ada kat abah k.fiezz..ubat ni plak dah sebulan lebih abah k.fiezz makan hari-hari tanpa skip untuk dos 100mg..oemgeeee...korang boleh bayang tak effect dia..no wonder la abah k.fiezz jadi serba tak kena...maksudnya ubat ni tak serasi dengan abah k.fiezz & dos dia tinggi sangat...

mak, mak mertua, mr hubby & adik ipar k.fiezz pun ada darah tinggi..tapi dos ubat dorang antara 5-10mg je..abah k.fiezz sampai 100mg, dr bagi...haihhhh...

www.fiezasani.xyz
PI CHECK TEKANAN DARAH DI HSPTL SG.SIPUT

Lepas kitaorang syak abah tak sesuai dengan ubat ni...mr hubby & adik k.fiezz bawak abah ke hospital sg.siput nak check tekanan darah abah..Hsptl ni yang terdekat dengan rumah...check kat situ, tekanan darah abah mmg tinggi..2++...Dr suh berehat jap kat hsptl, pas tu check balik tekanan darah sampai bacaan turun...lama gak la abah kat hsptl..tapii idak la warded..cuma kena masuk air & rilex kejap sampai bacaan tekanan darah normal...Masa jumpa Dr..tunjuk ubat darah tinggi yang abah k.fiezz dapat tu & tanya dengan Dr effect ubat tu untuk dos 100mg..Dr pun tak sure, dia tanya pada pharmacist ..& lepas dapat confirmation dari pharmacistDr keluarkan surat untuk tukar ubat & dos (mg) & ubat kena amik kat hsptl kuala kangsar...Esok paginya abah ke hsptl kuala kangsar..dapat ubat baru dengan dos yang rendah (10mg)..ubat baru ni sama macam mr hubby punya...

DAH OKEY

Haritu saja call mak k.fiezz tanya keadaan abah camna lepas makan ubat yang baru ni..mak cakap dah okey..confirm la sebab ubat yang sebelum tu..tak sesuai..

KALAU TAK SESUAI ATAU SERASI DENGAN UBAT, CONSULT SEMULA KAT DR

Dr repeat bagi ubat Antenolol 100mg, agaknya sebab abah k.fiezz tak citer ngan Dr masa pemeriksaan rutin kat klinik yg dia ada kesan sampingan macam kat atas ni lepas makan ubat Antenolol 100mg ni..Kita tak cakap, mana Dr nak tau..yelah abah & mak k.fiezz pun mana nak tau kesan sampingan ubat yang abah k.fiezz rasa selama hampir tiap2 hari sepanjang amik ubat tu...

Cuma musykil, Dr pun tak kan la tak tau dos 100mg tu tinggi sangat sebab abah k.fiezz baru je di kesan ada penyakit darah tinggi...so first time terus dapat ubat dos 100mg...ubat yang abah tak sesuai ni, amik dari klinik padang rengas, kuala kangsar...sebabnya abah & mak k.fiezz kerja area situ, senang la dorang nak buat check up & amik ubat kat situ je..tapi dah jadi cam ni..kitaorang suruh abah tukar check up & amik ubat kat hsptl kuala kangsar je...risau plak kat klinik pdg rengas tu Dr ber eksprimen bagi dos ubat...idak la nak burukkan klinik tu tapi patutnya Dr lebih pakar & tahu dosage ubat yang bersesuaian nak bagi pada patient...kalau kata Dr tak pakar pasal ubat, boleh rujuk dengan pharmacist dia..part ubat-ubat ni, pharmacist lagi pakar...Even Dr kat Sg Siput tu pun mintak advice dengan pharmacist dia pasal ubat yang abah k.fiezz dapat mula-mula tu...Lepas pharmacist dia dah explain side effect ubat tu, then baru Dr keluarkan surat untuk tukar ubat baru dengan dos yang lagi rendah...

MORAL of The Story - kalau ada ambil apa-apa ubat dengan Dr, sila jumpa Dr semula kalau ada kesan sampingan yang rasa tak best bila makan ubat tu....

You Might Also Like

4 Comment

  1. semoga dipermudahkan urusan untuk mak ayah sekeluarga, aamiin

    ReplyDelete
  2. Kinah pernah makan ubat tu masa mengandung dulu. Tapi dos rendah la. Tinggi juga dos ubat ayah kak fiez tu. Mujur refer doktor balik. Bahaya ubat terlebih dos ni.

    ReplyDelete
  3. Setuju sgt bab ubat2 ni, kalau tak serasi mmg kena info kat doktor..

    ReplyDelete