Ni k.fiezz nak kongsi dengan korang yang jadi member Air Asia (Big Loyalty) untuk masukkan secara manual bagi missing claim big point Air Asia....Missing big point ni mungkin disebabkan masalah teknikal atau apa-apa masalah yang sebabkan kita tak dapat nak claim big point hasil dari pembelian tiket kat AA..

So ni k.fiezz kongsi cara nak claim missing big point AA ni...

AIR ASIA BIG LOYALTY

Citernya semalam bos k.fiezz suruh call M.A.S & Air Asia untuk claim missing point bagi kedua-dua keahlian dia kat M.A.S & AA..Bulan lepas & sebelum tu, bos k.fiezz ada menggunakan kedua-dua syarikat penerbangan ni..Patutnya tiap kali pembeilan tiket, boleh dapatkan point...Kalau M.A.S, Enrich kad..Yang Air Asia (Big Loyalty)...M.A.S tak ada masalah..k.fiezz call je semalam bagi detail penerbangan melalui telefon pada customer service M.A.S, setel dapat dah claim point untuk Enrich bos k.fiezz...

Air Asia?Jeng Jeng Jeng..

Cari kat google, contact number dorang tak ada weiii..eh, gewamm plak kita...so pagi ni, cari punya cari..still tak dapat no.telefon Air Asia untuk tanya pasal point ni..Yang jumpa e-mail dorang je..Kita e-mail je lah...

tak tau la AA reply ke idak..tapi sangkaan meleset bila AA reply..

Melalui e-mail dari AA, untuk masukkan point boleh buat sendiri je melalui website 


Jadi moh la kita buat sendiri

MACAMANA CARA MASUKKAN POINT

first of all sila masuk kat website Air Asia Big (link seperti di atas)...Login dulu ke akaun memasing...


www.fiezasani.xyz

yang ni k.fiezz dah login akaun bos...


www.fiezasani.xyz

Lepas tu, klik sebelah kanan submenu..pilih yg k.fiezz lukis anak panah tu...Next

www.fiezasani.xyz

Masukkan maklumat penerbangan seperti yang diminta macam kat atas ni..

**Note - kalau buat bagi pihak orang lain, pastikan ada salinan tiket masa nak masukkan point ni dlm website AA...kegunaan tiket ni, senang nak dapatkan no.booking,nama penumpang, confirm tempat & tarikh berlepas..

www.fiezasani.xyz

Pilih nama penumpang..Click kat nama penumpang...

www.fiezasani.xyz


Keluar macam kat atas ni, semak dulu betul ke tidak maklumat penerbangan sebelum klik butang 'submit'

www.fiezasani.xyz


SIAP..dalam masa 24 jam , point akan dimasukkan dalam akaun..
but worry not..tak sampai 24 jam pun..lepas siap submit, lebih kurang setengah jam point dah masuk dlm akaun..

oo btw, ni bukan akaun k.fiezz yea..ni bos punya..

saja share kat sini..nanti bos suruh buat lagi..k.fiezz boleh rujuk..haha..maklum la PA dia ni kadang pelupa boleh tahan gak...


4 Comments

  1. banyaknya point, saya xde air asia... 1x je naik malindo ..tu pun xreti redeem hehe

    ReplyDelete
  2. Tq share, bagus jg ada info mcm ni, senang nak rujuk.

    ReplyDelete
  3. SA ada akaun AA..tp lama dh x naik AA..hahahah..ngek x?

    ReplyDelete