Total Pageviews

souvenir for my reader

Air Apa Ni?

18:09

Main teka-teka, nak tak?bulan posa ni tak banyak idea nak mengarang entry..hehe..so kita main teka-teka la..kat IG k.fiezz, yang mana follow k.fiezz nampak kot  post gambar ni semalam..caption k.fiezz tak mention la air apa..cuma tulis - satu untuk wifey..satu untuk hubby...ada sorang dua duk meneka air apa ni..so kita buat la ala-ala teka teki gitu...air apa ni?

ada yang dah jawab betul untuk satu air tu..nak tau jawapan satu yang betul tu, boleh usya komen kat IG k.fiezz..so nak cari pemenang yang berjaya teka dengan betul untuk dua-dua jenis air ni...satu dah dapat jawapan.. satu lagi..

teka teka..

www.fiezasani.xyz

nak bagi hadiah pada yang bagi jawapan betul...

hint

Dalam gelas tu air dari jenis sayur..Sebelum jadi sayur, dia jenis kekacang yg boleh jadi bubur.. Kalau dah disemai, boleh jadi sayur.. hehe...kalau rajin, boleh google cari jwpn dia.. 

Dalam mug - salah satu bahan untuk masakan. Digunakan utk buang angin.. 

Main teka2 ni dari 15.5.2019 - 19.5.2019...




Giveaway

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

09:22

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



www.fiezasani.xyz

Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.




Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Gift

Play Gym Baby For Baby Tufael

09:07

Beli hadiah untuk baby Tufael (baby Marsya) kat shopee je..aunty fiezz beli hat mur mur je, tufael..hope you like it...

Baby Toys Colourful Musical Play Gym Playgym Play Mats Playmat - Animal

K.fiezz beli apa tu kat baby Tufael..ni hah, k.fiezz beli ni kat si comel tu..

www.fiezasani.xyz

tak expert nak beli barang baby..so scroll kat shopee..rasa hat ni okey la kot..sesuai untuk baby..ada mainan hat gantung2 tu, muzik/lagu..memang sesuai sangat la untuk baby...jadi kita pilih yang ni...

Haritu masa k.fiezz balik kampung,kebetulan marsya memang tengah pantang..Rumah Marsya & mak mertua k.fiezz tak la jauh sangat tapi k.fiezz busy benor tak dan nak singgah rumah Marsya..so tu yang k.fiezz belikan hadiah secara online je kat baby Marsya ni..

Murah ke?

Ramai seller jual play gym play mats ni kat Shopee..Pilih la ikut mana yang bersesuaian dengan bajet memasing..yg penting sebelum beli, baca gak review dari pembeli lain..dari situ korang boleh cari trusted seller & kualiti barang tu okey ke idak...k.fiezz buat macam ni je tiap kali shopping kat shopee...

yang k.fiezz beli ni alhamdulillah, trusted seller..barangnya dah selamat sampai kat Marsya pun...

Enjoy your playmat Tufael..

oo..ni blog mama tufael >> www.marshaliza.com

LifeStyle

Beli Tiket Balik Kampung Secara Online

10:37

Musim nak raya ni, korang yang naik pengangkutan awam untuk balik beraya nanti udah beli ke tiket nya komeee weiii..cepat beli..kang tiket abis..ada yang nangis tepi bucu katil..hehe...

kalau busy bebenor nak pi kaunter tiket pun susah sangat..meh nak share ngan korang beli tiket secara online je kat BusOnlineTicket..kat sini selain tiket bas, ada jugak tempahan tiket untuk KTM & feri..haaaa..senang tak..all in 1...tak yah nak bukak banyak2 website..bukak satu website je, dah boleh tempah tiket bas atau keretapi..kalau kata tiket bas, semua soldout..pi klik kat KTM punya plak..

Cara Tempahan di BusOnlineTicket

Yang bawah ni k.fiezz bagi contoh tempahan tiket untuk bas..

www.fiezasani.xyz

anak panah tu, korang boleh pilih nak naik pengangkutan awam yang mana...
masukkan tarikh & destinasi..lepas tu cari..
yang ni k.fiezz pilih KL - K.Kangsar (bas)..ai kan orang K.Kangsar..hehe...

www.fiezasani.xyz
dan tadaaaa..pilih la korang nak time yang mana..boleh pilih seat jugak...


www.fiezasani.xyz

Kalau pilih untuk beli tiket pergi-balik, sila pilih dua-dua dulu baru boleh proceed untuk langkah yang seterusnya...

www.fiezasani.xyz

Lepas dah setel pilih, next step buat pembayaran..sebelum tu korang kena isi maklumat diri (seperti gambar di atas) dan baru setelkan part bayaran..bayaran boleh guna seperti yang tertera....

Sebelum proceed bayaran, kalau korang nak semak detail tarikh, masa perjalanan korang boleh tengok kat ruangan sebelah kanan tu...

Senang booking ticket bas dengan BusOnlineTicket

so senang kan booking ticket bas, ktm ataupun feri dengan BusOnlineTicket ni..senang banyak sangat korang...busy sangat nak pi kaunter tiket, buka je pc/handphone atau lappy korang..pilih, buat bayaran & siap...

Nak booking kat sini >> BusOnlineTicket

famili

Side Effect Ubat Darah Tinggi Antenolol 100mg

10:14

Baru ni masa balik kampung, abah k.fiezz tetiba 'libang libu' orang perak cakap..masa tu k.fiezz & mr hubby kat rumah mama di Ipoh..Lepas mak k.fiezz call bitau keadaan abah yang libang libu tu..terus kitaorang gerak balik ke rumah mak k.fiezz di Sg.Siput..

SERBA TAK KENA

Libang libu ni tak silap k.fiezz buat kita jadi resah..serba tak kena..

Sampai kat rumah mak & abah k.fiezz di Sg Siput..tengok abah k.fiezz macam biasa je..dalaman dia yang buat dia cam serba tak kena tu..selain dari tu, kaki & tangan abah selalu sejuk/kebas, mulut kering, insomnia (susah nak tidur), murung (selalu termenung) & semua efek yang dalam gambar kat bawah ni ada kat abah k.fiezz)... 

tanya dengan abah k.fiezz ada makan ubat darah tinggi tak?sbb abah k.fiezz baru je dapat tahu ada darah tinggi..tapi hari yang k.fiezz & mr hubby balik sg siput tu, abah tak makan lagi ubat darah tinggi dia..

CHECK UBAT DARAH TINGGI ABAH

lepas tu mr hubby saja mintak ubat darah tinggi abah k.fiezz...mak amik ubat darah tinggi abah & bagi kat k.fiezz & mr hubby..tengok nama ubat dia Antenolol dos 100mg..k.fiezz ni tak faham sangat ubat-ubat ni..nampak la dos dia 100mg..cuma tak pasti dos tu tinggi ke tak?tak pasan plak ubat darah tinggi mr hubby cuma 10mg je...jadi mmg tinggi la dos ubat darah tinggi abah ni...

KESAN SAMPINGAN UBAT DARAH TINGGI ABAH

mr hubby suh google kesan sampingan ubat ni..

bila google, tengok effect dia untuk dos 25mg je macam kat bawah ni...dan semua kesan ni ada kat abah k.fiez...abah k.fiezz makan yang dos 100mg..korang rasa..effect dia lagi la power...patutnya ubat bila kita makan, dia tak ada kesan sampingan yg -ve..kalau ada kesan sampingan camni, mmg kena consult dengan Dr semula & beritahu kita tak sesuai makan ubat tu sbb ada kesan sampingan yang tak best...

Kes abah k.fiezz, bila baca kesan sampingan ubat ni pada mak & adik k.fiezz, dorang cakap semua effect ni ada kat abah k.fiezz..ubat ni plak dah sebulan lebih abah k.fiezz makan hari-hari tanpa skip untuk dos 100mg..oemgeeee...korang boleh bayang tak effect dia..no wonder la abah k.fiezz jadi serba tak kena...maksudnya ubat ni tak serasi dengan abah k.fiezz & dos dia tinggi sangat...

mak, mak mertua, mr hubby & adik ipar k.fiezz pun ada darah tinggi..tapi dos ubat dorang antara 5-10mg je..abah k.fiezz sampai 100mg, dr bagi...haihhhh...

www.fiezasani.xyz
PI CHECK TEKANAN DARAH DI HSPTL SG.SIPUT

Lepas kitaorang syak abah tak sesuai dengan ubat ni...mr hubby & adik k.fiezz bawak abah ke hospital sg.siput nak check tekanan darah abah..Hsptl ni yang terdekat dengan rumah...check kat situ, tekanan darah abah mmg tinggi..2++...Dr suh berehat jap kat hsptl, pas tu check balik tekanan darah sampai bacaan turun...lama gak la abah kat hsptl..tapii idak la warded..cuma kena masuk air & rilex kejap sampai bacaan tekanan darah normal...Masa jumpa Dr..tunjuk ubat darah tinggi yang abah k.fiezz dapat tu & tanya dengan Dr effect ubat tu untuk dos 100mg..Dr pun tak sure, dia tanya pada pharmacist ..& lepas dapat confirmation dari pharmacistDr keluarkan surat untuk tukar ubat & dos (mg) & ubat kena amik kat hsptl kuala kangsar...Esok paginya abah ke hsptl kuala kangsar..dapat ubat baru dengan dos yang rendah (10mg)..ubat baru ni sama macam mr hubby punya...

DAH OKEY

Haritu saja call mak k.fiezz tanya keadaan abah camna lepas makan ubat yang baru ni..mak cakap dah okey..confirm la sebab ubat yang sebelum tu..tak sesuai..

KALAU TAK SESUAI ATAU SERASI DENGAN UBAT, CONSULT SEMULA KAT DR

Dr repeat bagi ubat Antenolol 100mg, agaknya sebab abah k.fiezz tak citer ngan Dr masa pemeriksaan rutin kat klinik yg dia ada kesan sampingan macam kat atas ni lepas makan ubat Antenolol 100mg ni..Kita tak cakap, mana Dr nak tau..yelah abah & mak k.fiezz pun mana nak tau kesan sampingan ubat yang abah k.fiezz rasa selama hampir tiap2 hari sepanjang amik ubat tu...

Cuma musykil, Dr pun tak kan la tak tau dos 100mg tu tinggi sangat sebab abah k.fiezz baru je di kesan ada penyakit darah tinggi...so first time terus dapat ubat dos 100mg...ubat yang abah tak sesuai ni, amik dari klinik padang rengas, kuala kangsar...sebabnya abah & mak k.fiezz kerja area situ, senang la dorang nak buat check up & amik ubat kat situ je..tapi dah jadi cam ni..kitaorang suruh abah tukar check up & amik ubat kat hsptl kuala kangsar je...risau plak kat klinik pdg rengas tu Dr ber eksprimen bagi dos ubat...idak la nak burukkan klinik tu tapi patutnya Dr lebih pakar & tahu dosage ubat yang bersesuaian nak bagi pada patient...kalau kata Dr tak pakar pasal ubat, boleh rujuk dengan pharmacist dia..part ubat-ubat ni, pharmacist lagi pakar...Even Dr kat Sg Siput tu pun mintak advice dengan pharmacist dia pasal ubat yang abah k.fiezz dapat mula-mula tu...Lepas pharmacist dia dah explain side effect ubat tu, then baru Dr keluarkan surat untuk tukar ubat baru dengan dos yang lagi rendah...

MORAL of The Story - kalau ada ambil apa-apa ubat dengan Dr, sila jumpa Dr semula kalau ada kesan sampingan yang rasa tak best bila makan ubat tu....

souvenir for my reader

Cenderahati Bulan April 2019 Di Blog FiezaSani

11:34

Lama tak cari top pengomen kat blog k.fiezz ni..Sampai bulan Oktober tahun lepas, k.fiezz ada bagi souvenir untuk yang rajin singgah ke blog k.fiezz ni..lepas tu, senyap..haha..sorry...lepas ni k.fiezz cuba konsisten bagi souvenir kat sesapa yang rajin singgah & drop komen kat blog beshe-beshe k.fiezz ni...

oo..untuk bulan April 2019 ni, k.fiezz dah screenshot sesiap dah masa awal bulan Mei ritu..tapi lambat share kat sini..

sapakah yang dapat?

jeng jeng jeng...



www.fiezasani.xyz

thank you mummy Azlinda Alin..Rajin datang singgah ke blog k.fiezz ni..thank you again...

korang kalau nak baca entry-entry pasal parenting, food review, percutian & aktiviti-aktiviti anak2 mummy kat sekolah, resipi..eh memacam story yang best boleh terjah blog mummy ni..link kat atas ni..klik je kat nama mummy tu...

hadiah - nnti k.fiezz update...

beauty

Murah Murah Kosmetik Kat MakSu Beauty Ipoh Ni

10:10

Mughah2 uolls..rambang mata ni, hah kat Maksu Beauty, Ipoh..Baru ni masa balik kampung, lalu depan Mak Su Beauty ni, dengar biras k.fiezz cakap kat suami dia nak singgah sini...Cara dia cakap tu cam murah barang-barang kat sini..k.fiezz masa tu just dengar je la..macam tak minat pun..cewah...konon la..

Esoknya lepas mendobi kat kedai dobi self service, lalu depan MakSu Beauty ni..actually lokasi kedai ni dekat dengan rumah mak mertua k.fiezz pun..so sesambil lalu tu memang boleh je singgah...saja tanya mak mertua k.fiezz kot dia penah masuk kat MakSu Beauty ni..Mama cakap tak pernah pun...Sebelum kitaorang balik kampung ritu, mama cakap ada sales kat MakSu Beauty ni sebab ada gantung banner...tapi mama tak ada singgah la masa tu...

MAKSU BEAUTY, IPOH

Kebetulan haritu k.fiezz tanya, terus mak mertua masuk ke sini...ajak singgah..mama cakap nak tengok gak ada apa kat dalam ni...

Masuk-masuk je, staff dorang dah bagi bakul kecik untuk shopping..eh bahaya ni..haha..tak pe, kita round dulu tengok dalam dia ada apa..


www.fiezasani.xyz

Dah ada yang murah buat nak beli yang mahal?haha

Lepas dapat bakul dari staff kedai..k.fiezz & mak mertua mulakan round dalam kedai..eh...tengok barang tu, murah..barang ni murah...haih, tak leh jadik ni..apasal murah sangat ni..ai tak boleh la..alergik..silap plak masa tu tak amik cash banyak dlm wallet mr hubby..kalau tahu nak singgah sini, memang hat not seratus k.fiezz amik..haha...

Antara barang dalam Mak Su Beauty

www.fiezasani.xyz

Nak foundation yang mana?pilih pilih...Nasib stok foundation ada lagi kat rumah...kalau tak, confirm salah satu ni masuk dalam bakul...

www.fiezasani.xyz

Pencil untuk kening..tengok la sendiri harga dia..malas nak cakap...hehe..k.fiezz beli dua..balik umah mak k.fiezz, tunjuk kat mak..sekali mak pun berkenan..sejak bila plak mak reti lukis kening ni..haha..tak pe, nanti time raya nak borong pencil ni..satu pek murah je...

www.fiezasani.xyz

losyen..aloe vera gel...

www.fiezasani.xyz

Foot detox..yang bawah tu scrub st ives...yg scrub ni k.fiezz ada..k.fiezz penah share pasal scrub tu kat sini << St-Ives-Di-IG  >>

www.fiezasani.xyz

Lipstick uoll...

www.fiezasani.xyz

kat sini berderet lagi bakul...k.fiezz amik yang dpt masuk dalam kamera je ni...
majoriti kat sini selain dalam gambar, koleksi aneka jenis mask...

www.fiezasani.xyz

eyeshadow...

www.fiezasani.xyz

Beg pun ada...apa ni..tau je k.fiezz ni kaki kumpul beg..haha

www.fiezasani.xyz

lagi koleksi beg...oemgeeee..tabahkan hati..

Borong Barang Kosmetik Kat Maksu Beauty

www.fiezasani.xyz

ate k.fiezz tak beli ke?muka k.fiezz tak beli..haha..cam tak caya je...2x k.fiezz repeat beli kat sini tau dak?Ni antara barang yang k.fiezz beli kat Mak Su Beauty, Ipoh...Mur mur je semuanya...

Barang-barang kat sini, ada yang brand, kita penah dengar & ada yang brand tak pernah dengar...kalau yang brand cam Deeja Cosmetic (Set Skincare) RM55..tak pasti harga dia berapa..tapi kat MakSu Beauty, tu la rega dia...Selain tu k.fiezz amik eyeliner brand NYX..Mascara (Maybelline), mini lipstick (HUDA)..


Tahan ke K.fiezz Pakai Barang Kosmetik Murah?

To be honest, masa beli ni k.fiezz pun tak terpikir pasal barang murah ni elok ke idak..Bila k.fiezz post  kat Facebook memborong kat MakSu Beauty ni, ada sorang kawan komen - hati2 guna barang murah..macam kenalan tu penah guna barang kosmetik murah, tak serasi..jadi alergik kat bahagian mata..

citer ngan member ofis pasal ni dia pun sama gak..penah beli barang-barang kosmetik murah kat kedai cam ni kat Kelantan..dia pun tak serasi gak barang-barang kosmetik murah ni..

Eh..k.fiezz bukan la nak kutuk plak kedai jual barang kosmetik murah camni tak elok..nope..jangan salah faham disitu..cuma nak bagitau pada korang yang alergik atau jenis tak tahan pakai barang-barang kosmetik murah, tak perlu la beli..

Boleh cari yang hat jenis mahal kat farmasi/guardian/watson yang banyak gak jual barang-barang kosmetik...

Macam k.fiezz ni yang dah besa & setakat ni guna barang-barang kosmetik murah yang beli kat sini alhamdulillah..tak ada sebarang kesan tak elok...nampak serasi gitu..ai like...

Nanti boleh singgah selalu kat MakSu Beauty tiap kali balik kampung..haha

Boleh Beli Borong kat MakSu Beauty

Untuk yang business minded cam k.fiezz ni..cewah..haha..idak la korang yang suka berbisnes, boleh dapatkan stok kosmetik kat MakSu Beauty ni dengan harga borong...harga dia memang dah murah..kalau beli borong lagiiii murah...

Haritu ada gak terpikir nak jual la barang-barang kosmetik ni..k.fiezz kan suka pada kecantikan..so sesuai la nak jual barang cam ni..tapi modal kurenggg la plak..haha..jadi kita KIV dulu...


Air Asia

Macamana Nak Claim Big Point Air Asia?

14:01

Ni k.fiezz nak kongsi dengan korang yang jadi member Air Asia (Big Loyalty) untuk masukkan secara manual bagi missing claim big point Air Asia....Missing big point ni mungkin disebabkan masalah teknikal atau apa-apa masalah yang sebabkan kita tak dapat nak claim big point hasil dari pembelian tiket kat AA..

So ni k.fiezz kongsi cara nak claim missing big point AA ni...

AIR ASIA BIG LOYALTY

Citernya semalam bos k.fiezz suruh call M.A.S & Air Asia untuk claim missing point bagi kedua-dua keahlian dia kat M.A.S & AA..Bulan lepas & sebelum tu, bos k.fiezz ada menggunakan kedua-dua syarikat penerbangan ni..Patutnya tiap kali pembeilan tiket, boleh dapatkan point...Kalau M.A.S, Enrich kad..Yang Air Asia (Big Loyalty)...M.A.S tak ada masalah..k.fiezz call je semalam bagi detail penerbangan melalui telefon pada customer service M.A.S, setel dapat dah claim point untuk Enrich bos k.fiezz...

Air Asia?Jeng Jeng Jeng..

Cari kat google, contact number dorang tak ada weiii..eh, gewamm plak kita...so pagi ni, cari punya cari..still tak dapat no.telefon Air Asia untuk tanya pasal point ni..Yang jumpa e-mail dorang je..Kita e-mail je lah...

tak tau la AA reply ke idak..tapi sangkaan meleset bila AA reply..

Melalui e-mail dari AA, untuk masukkan point boleh buat sendiri je melalui website 


Jadi moh la kita buat sendiri

MACAMANA CARA MASUKKAN POINT

first of all sila masuk kat website Air Asia Big (link seperti di atas)...Login dulu ke akaun memasing...


www.fiezasani.xyz

yang ni k.fiezz dah login akaun bos...


www.fiezasani.xyz

Lepas tu, klik sebelah kanan submenu..pilih yg k.fiezz lukis anak panah tu...Next

www.fiezasani.xyz

Masukkan maklumat penerbangan seperti yang diminta macam kat atas ni..

**Note - kalau buat bagi pihak orang lain, pastikan ada salinan tiket masa nak masukkan point ni dlm website AA...kegunaan tiket ni, senang nak dapatkan no.booking,nama penumpang, confirm tempat & tarikh berlepas..

www.fiezasani.xyz

Pilih nama penumpang..Click kat nama penumpang...

www.fiezasani.xyz


Keluar macam kat atas ni, semak dulu betul ke tidak maklumat penerbangan sebelum klik butang 'submit'

www.fiezasani.xyz


SIAP..dalam masa 24 jam , point akan dimasukkan dalam akaun..
but worry not..tak sampai 24 jam pun..lepas siap submit, lebih kurang setengah jam point dah masuk dlm akaun..

oo btw, ni bukan akaun k.fiezz yea..ni bos punya..

saja share kat sini..nanti bos suruh buat lagi..k.fiezz boleh rujuk..haha..maklum la PA dia ni kadang pelupa boleh tahan gak...


Ramadhan

Salam Ramadhan 1440H

10:17

Salam Ramadhan 1440H


www.fiezasani.xyz

Harini kita umat islam di Malaysia dah start berpuasa.. Jadi k.fiezz nak ucapkan Selamat Berpuasa semua..Semoga segala amal ibadah kita di bulan yang mulia ini diberkati & diterima oleh Allah S.W.T..Aamiin..

Jangan puasa yang yok yeak..hehe

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, nak bagi pantun khas bulan Ramadhan..

Marhaban Ya Ramadhan,
Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,
Dahannya Patah Tolong Betulkan, Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,
Salah & Khilaf Mohon Dimaafkan.

Kerjaya

Sesi Perkongsian Ilmu : Setiausaha Awesome!

16:07

Haritu kat kementerian, tmpt k.fiezz kerja, ada sesi perkongsian ilmu Setiausaha Awesome KKR 2019 bersempena dengan Minggu Setiausaha. Sesi ni pertama kali diadakan kat Kem Kerja Raya sempena hari setiausaha ni..

Sebelum ni kalau nak pi sambutan hari setiausaha kena pi attend event hari setiausaha kat mana2 hotel yg ada buat smbutan hari setiausaha.. Tapi berbayor le citer dia.. Kot dpt bos sporting, boleh la mintak sponsor..

K.fiezz, mmg idak la nk suh bos sponsor2 ni.. Dorang pun ada komitmen sendiri.. Sibuk plak ko nk mintak sponsor nk pi smbutan hari setiausaha.. Hehe

Menda Free Buat Apa Nak Bayar? 

Kebetulan ada seminar setiausaha awesome kat KKR ni, kita joint la sebab dah terpilih..Lagipun free kan.. Hehe..dpt kira kursus sehari..

www.fiezasani.xyz

Siapa Bagi Talk? 

Jemputan para panel yang bagi talk untuk sambutan hari setiausaha awesome kkr ni dari luar..

👉 Pn Low Ngai Yuen (ex pengacara 3R)

www.fiezasani.xyz

👉 Dr Jezzamine Lim (wife Harith Iskandar)

www.fiezasani.xyz

👉 Dr Reza Ng Ching Soon

www.fiezasani.xyz

👉 Dr. Raihana Shahrir

www.fiezasani.xyz

Topik Talk Masa Sesi Perkongsian Ilmu Setiausaha Awesome 

👉 Bring Out The Best Of You (Pn. Yuen)
👉 Be Confident Be Pretty (Dr. Jezzamine)
👉 Strong Women Strong Assets (Dr Reza)
👉 Women's & Fitness : Be Healthy Be Happy (Dr. Raihana Shahrir)

Gambar2 masa sesi perkongsian ilmu Setiausaha Awesome KKR


www.fiezasani.xyz

Masa sesi dengan Pn. Low Ngai Yuen

www.fiezasani.xyz

Sesi perkongsian dari Dr Jezzamine Lim, moderator : Puan Yan Lim..

www.fiezasani.xyz

Dengan 2 org Mak Yong a.k.a geng PA kat bhg k.fiezz... 

www.fiezasani.xyz

Lucky draw.. Bertuah plak hritu.. Hehe.. 

Selain ada cabutan lucky draw, yang mana bertuah dpt hadiah termasuk k.fiezz.. Hehe..Bagi k.fiezz sesi ni menarik sbb perkongsian yg best dari semua jemputan yang bagi talk dan berkongsi ilmu mengikut kepakaran masing2.. Cuma ada satu topik tu cam x related je ngan tugas PA.. Hehe.. Tak pe la mgkn saja sharing untuk info kitaorg sbg PA untuk jaga kesihatan.. 

contest

Terima Anugerah Khidmat Cemerlang 2018

13:08

Alhamdullilah.. Alhamdullilah.. Terpilih untuk terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk kali ke dua (2018). Kali pertama k.fiezz terima masa tahun 2009. Yg kali pertama tu k.fiezz x share kat blog sbb k.fiezz start berblog tahun 2012..

www.fiezasani.xyz
Actually bos yg calonkan k.fiezz pun dpt APC tapi masa ni dia meeting di Brunei. So x dpt naik atas pentas utk terima sijil.. Klu x, boleh sesama bergambar.. PA & bos sesama cemerlang.. Hehe.. 

Nanti k.fiezz cari sijil APC tahun 2009 yg k.fiezz penah dpt dulu.. Gambar pun ada tapi kat umah Semenyih.. Sijil rasanya ada dalam fail peribadi k. Fiezz..

APC 2018

www.fiezasani.xyz

Amboi k.fiezz sampai 2x dapat APC.. Hebat sangat ke hasil keja.. Hehe.. X tau la nak cakap hebat ke idak.. Kena tanya bos. Bos yang calonkan & nilaikan hasil kerja.. 

K.fiezz pun terkejut masa PA bos besor kat bhg k.fiezz, inform nak e-mail borang pencalonan APC. K.fiezz tanya nak bagi kat sapa? Sekali dia cakap, untuk k.fiezz.. Bos calonkan k.fiezz.. Eh.. Seprais ni.. K.fiezz isi je la.. Kdg bila submit kat HR, kena tapis lagi..

Sekali masa awal bulan 4,dpt surat dri HR.. 'tahniah.. Puan telah dipilih untuk terima APC 2018'..camtu la lebih kurang ayat dia..

Alhamdullilah..kali ke-2 terima APC.. 

Tak Ada Yg Jeles ke? 

Sapa la k.fiezz ni nak dijeleskan.. Rezeki memasing u.. Tahun ni turn k.fiezz dpt APC.. Tahun dpn turn org lain plak. Kang tetiap tahun k.fiezz je, ada yg jeling-jeling ai.. Haha.. Ni pun ada yg x nak tegur dah sbb marah sgt k.fiezz dpt APC.. Hehe.. 

To be honest ada jugak dgr antara kenalan k.fiezz marah, x puas hati k.fiezz terima APC ni.. Katanya k.fiezz x layak.. PA yg tak tahu apa2.. 

Kalau org luar telefon, tanya k.fiezz pasal kerja, mesti k.fiezz jawab tak tahu.. Allah.. Kalau org tanya something, kalau k.fiezz tahu k.fiezz ckp tahu.. Kalau x tahu, k.fiezz cakap x tahu.. Tpi selalunya menda2 yg k.fiezz x sure k.fiezz prefer tanya bos dulu.. Sbb kita ni org bawah je.. X semestinya yg kita tahu tu betul.. Better confirm dengan officer atasan dulu.. 

Ni cara k.fiezz la.. Mgkn ada org lain suka tunjuk dia tahu semua.. K.fiezz tak.. K.fiezz prefer apa2 tanya bos dulu..

Lagi satu k.fiezz ni jenis yg mmg suka duk kat tmpt.. Tak suka sgt menepek kat tmpt org lain lama2..dri sibuk membawang, better la duk kat tmpt.. Buat keja.. Klu x de keja, duk kat tmpt buat la hal sendiri.. Kurang2 bila bos cari, kita ada je kat tmpt..

Keja Dgn Bos

Utk yg x puas hati k.fiezz dpt APC ni, k.fiezz nak cakap.. Rezeki memasing.. Bos nilaikan k.fiezz layak untuk terima, jadi k.fiezz terima je.. K.fiezz kerja/berkhidmat/bertugas dengan bos yg calonkan k.fiezz..

Bodek bos? Utk dpt APC.. Nope.. Not my style.. Sama mcm k.fiezz apply keja gomen tak guna kabel (kenal org kerajaan utk rekemen), sama la APC ni.. X bodek bos utk dpt APC.. Bgi k.fiezz, dpt APC ni atas pilihan bos.. Kalau bos rasa keja kita bagus, dia calonkan la kita.. 

www.fiezasani.xyz

Staff KKR yg dpt APC untuk tahun 2018.. 

Jumlah keseluruhan staff KKR / JKR / CIDB & LLM yg dpt APC 2018, 800++

luahan perasaan

Sedar Diri Plsss..

21:08

Ada masa kita pompuan ni boleh je sabar dengan karenah pasangan.. Tapi kdg dh sampai limit yg rasa kita boleh bersabar.

Bila pasangan taksub dengan hobi dia, x pe. Paham je cuma kadang terlebih sangat, x tau la pompuan mana yg boleh bersabar. Tambah kawam plak dengan kawan2 yg masih bujang. Ke sana sini, x de sapa nak marah. Seronok tgk life dorang agaknya.

Mcm k.fiezz sendiri, x kisah sgt mr hubby dengan hobi dia yg suka game, menda2 IT. Tahu tu minat dia. Kdg dia pi lepak ngan kawan2 game sampai lewat malam, k.fiezz follow je sekali. K.fiezz okey je. Tmbh klu x de apa hal. Duk umah pun bosan. So ikut je la mr hubby keluar lepak ngan kawan2 game dia. 

Mr hubby pun bkn k.fiezz tak pasan, kejap2 nk pi umah kawan game dia.. Ada je la hal dia nak buat. Nk tlg tue la.. Ni la.. Okey ikut je..

Cuma semalam k.fiezz marah sbb katanya nk singgah umah kwn game tu sbb nak setup apa ntah.. Pc ke server ke.. Kejap je kata dia.. So lps setel, gerak blik kg.. kebetulan adik ipar nk ikut. So tggu adik ipar. Sementra tu pi la teman mr hubby jumpa ex officemate dulu, lps tu umah kawan game dia sbb nk setup apa pc ke server ke kat umah kawan dia. Katanya kejap.. Fioneee.. 

Dri kul 5ptg sampai 3pg duk kat umah kawan dia.. Penyudahnya tido kat umah kawan dia.. Hmmm..

Bukan la k.fiezz marah sbb pttnya smlm gerak balik kg tapi plan bertukar ke harini. Tapi geram ngan mr hubby, tiap kali ke umah kawan tu mesti lamaaa.. Dan dan tiap kali, apa yg mr hubby nk buat kat umah kwn dia, ada masalah.. Tiap kali.. Mesti nk duk lamaa.. Ntah sonok kot duk umah kawan bujang.. 

Buat silence treatment pgi ni, dia duk tnya kenapa kenapa.. Of course la kita marah, kan.. Dh terus terang kenapa, kita yg kena marah blik.. Huhu.. Katanya k. Fiezz tak paham dia.. Tekan2 dia.. 

Bila gaduh, selalu ada gak nmpk effort nk pujuk.. Ni, buat tak tau je..

Tak tau la.. K.fiezz kot yg mmg tak faham mr hubby, minat dia.. 

X pe la.. Sedar diri, k.fiezz serba kekurangan. Maybe ni nak cari point kot, as you know k.fiezz dalam kategori susah nak lekat. So u know, my weakness.. 

Sbnrnya kdg terfikir gak klu mr hubby nak kawen lain utk dia dpt zuriat, maybe susah nk tima,yelah pompuan mana nak madu kan.. tapi k.fiezz akan sign borang..sebab sedar diri kekurangan diri sendiri..


  • Sorry, agak personal sikit entry ni.. X tau nk luah kat sapa.. Kat fb, ig.. Ramai org kenal baca.. So kat blog la sesi luahan perasaan, tak ramai sgt org yg kenal baca.. Hehe.. Ala, blog k.fiezz suam2 air suam je.. Hehe..