Total Pageviews

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 11 - Pasar Filipina Dan Cenderahati

12:16

Entry penutup cuti2 k.fiezz & family ke Kota Kinabalu..Masa hari pertama sampai ke sini, kitaorang dah masuk kat dalam Pasar Filipina yang terkenal kat Kota Kinabalu ni..tapi masa hari pertama tu, usya-usya je dulu..kang jenjalan tempat lain, ada yang mur mur dari kat sini, udah rasa rugi pulak kan..haha..jadi kita cuci-cuti mata je dulu...

PASAR FILIPINA

Kalau datang ke Kota Kinabalu ni, orang cakap nak beli cenderahati cari kat sini je..nak beli pin mutiara..menda wajib beli kalau ke KK ni, cari je dalam ni..confirm rambang mata..harga berpatutan..tengok pada gred mutiara yang korang nak camne..kalau nak hat kualiti helok sikit & gred A, lebih la sikit ongkosnya...

Pin mutiara/gelang mutiara nak cari kat sini pun agak pening jugak..baru k.fiezz tahu dia ada gred-gred nya..lagi helok gred dia, lagi mahal rega dia...macam k.fiezz ritu, cari yang pure mutiara & gred sederhana..janji mutiara..haha...pin mutiara & gelang mutiara nak cari kat sini, pastikan yang betul mutiara bukan manik..

NAK KENALPASTI MUTIARA ASLI

Camne nak kenal hat mana manik & hat mana mutiara...Ni penjual kat situ la yang ajar kat k.fiezz tau..kalau salah info dia bagi, salah la info k.fiezz share ngan korang ni...kalau korang yang tahu info hat betul, sila la kongsi bersama kat ruangan komen ni...wokey...

MUTIARA - pure mutiara bentuk dia tak sama..so kalau perati betul-betul kat pin atau gelang, boleh nampak perbezaan mutiara antara satu sama lain...

MANIK - dah nama pun manik..sah-sah bentuk dia bulat & sama je semua...

Gitu la yang di ajar oleh penjual kat Pasar Filipina ni masa k.fiezz cari pin & gelang mutiara...lagi satu tak silap dia bitau jugak mutiara air masin paling elok kualiti...

Sekitar Pasar Filipina 

Masa hari last sebelum flight kitaorang belah petang ke Kuala Lumpur..Jom la perabiskan duit kat Pasar Filipina..hehe



Bahagian depan



Bahagian dalam..rambang tau mata masuk dalam ni..
Nampak tak beg bali rotan yang terkenal tu..Kat sini kemain mahai tau dak...
K.fiezz tengok tag rega, atas RM150..waaaaa...tak jadi nak amik..
kalau mur nak jugak beli....


Ni dekat belah luar area Pasar Filipina jugak..nak cari jajan sabah cam amplang, boleh cari kat sini..bos k.fiezz kirim snack corn roll..kata dia kat pasar filipina ni ada..bila cari, idak la nampak pun kat mana-mana kedai yang jual..Ada mulut, kita tanya la ngan penjual kat sini, upenya  snack tu tak dijual kat sini..kena cari kat pasar lagi satu..tak ingt apa nama pasar tu...tapi tak pi cari la citer dia...nasib la bos k.fiezz memang orang sabah..sorry bos, nanti bebila bos balik sabah, cari la sendiri...hihi

Antara cenderahati k.fiezz beli masa cuti-cuti ke Kota Kinabalu, Sabah

www.fiezasani.xyz

Teh Sabah..yang ni beli masa pi ke ladang teh sabah area Ranau..

www.fiezasani.xyz

T-shirt untuk adik, abah, anak buah k.fiezz & untuk k.fiezz..fridge magnet untuk rumah mak k.fiezz 
kat kampung...

T-shirt - RM20 / sehelai (dewasa)
RM16 / sehelai (kanak-kanak)

www.fiezasani.xyz

Pin mutiara..gelang mutiara..pin baju melayu mutiara...
Pin mutiara tu, 1 box ada 12 set..harga dia k.fiezz ingat2 lupa..antara RM55-RM75..lebih kurang tu la range harga dia..


www.fiezasani.xyz

snack sabah..Amplang tu wajib...yang sedap hat oren tu..
yang pucat kaler tu, kureng sikit sebab perasa asli..

yang amplang ni ada jual RM10 - 3 peket..ada yang sepeket RM5.so tanya la rega sebelum beli...

www.fiezasani.xyz

Kain batik Sabah...untuk mak & k.fiezz..cari kain kosong utk baju..yg ni untuk kain..dapat baju raya sepasang..haha...suai padan kan je...kain batik ni, k.fiezz beli kat pasar malam berdepan dengan pasar filipina..harga RM10  / sehelai...

Selesai entry cuti-cuti k.fiezz & family ke Kota Kinabalu, Sabah..next vacation pulak..hehe...korang nak baca entry yang lepas untuk percutian k.fiezz & family, boleh tengok bawah label VACATION (kat sidebar belah kanan, bahagian bawah)..klik je kat situ..

You Might Also Like

5 Comment

  1. Banyaknya cenderahati kak fiezz beli. Macam macam ada

    ReplyDelete
  2. Lama tak mkn amplang ... Tiada geng mau makan, husband kureng sikit bab bab mkn keropok amplang ni...

    ReplyDelete
  3. Oowahhh bestnya. Bilalah kita nak menapak kat sana juga ni hikhik

    ReplyDelete
  4. memang wajib amplang ni.,.ishhh terasa nak makan amplang la pulakk heheh

    ReplyDelete