Total Pageviews

Hadiah Giveaway Dah Sampai

09:54

Yeay hadiah hasil kemenangan Giveaway anjuran Mrs Pip bulan Februari lepas berjaya sampai kat tangan k.fiezz..Lepas 4x turun naik flight hadiah ni (Sabah - KL - Sabah - KL)..dan minggu lepas, barang selamat di terima ke tangan..kenapa sampai 4x turun naik flight, baca kat << Pos Hold Hadiah K.Fiezz >>..<<Jawapan Dari Pihak Pos Malaysia>>  learn from mistake jugak kat situ..first time dapat barang melalui Flexi Pack (gambar kat bawah ni)...Jadi tak tahu penggunaan alamat yang k.fiezz bagi pada Mrs Pip mula-mula tu, tak boleh..

Nasib la mrs pip sent out lagi sekali hadiah ni..kalau orang lain malas nak buat kerja 2x..haha..dah 2x kos jugak disitu..Allah..sorry again Mrs Pip...Moga murah rezeki selalu...


www.fiezasani.xyz

Yang kali ni k.fiezz guna alamat pejabat walaupun ada arahan barang melalui pos laju untuk personal item tak dibenarkan..tapi dah tak ada alamat lain, k.fiezz guna je la alamat pejabat..tunggu je pihak pos telefon suruh ambil kat pejabat dorang, k.fiezz #redha je la..nak buat camne..pejabat k.fiezz dah bagi arahan TAK TERIMA BARANG MELALUI POS UNTUK PERSONAL ITEM STAFF..

eh..sekali jumaat lepas, barang selamat diterima..wahhhh..ni sudah bagus...next time boleh guna alamat pejabat..hehe..k.fiezz rasa yang ni diterima sebab FlexiPack bawah Pos Malaysia...beza Pos Laju & Pos Malaysia...

www.fiezasani.xyz

Hadiah-hadiah untuk pemenang pilihan Mrs Pip iaitu K.fiezz
Wet Tissue, hair conditioner, Key Chain, Luggage Tag, Kopi Tenom (Sabah), Mask...

suka la u..terutama wet tissue tu..dh abis stok pun benornya..hehe..rezeki...kopi tue,kebetulan minggu lepas k.fiezz & Mr hubby balik kampung..so bagi kat Mak Mertua k.fiezz..

Btw, thank you Mrs Pip for the present..ai like...

You Might Also Like

2 Comment

  1. Tahniah kak Fieza. Alahai lama dah Rabia tak dapat hadiah from blogger ni. Rindu pula nk jd top pengomen blog blogger2 ni.

    ReplyDelete
  2. Yeay, sampai juga kan .. Lepas ni, sesiapa nak bagi FS barang, suruh jer guna flexipack, haha.. Dah lah jimat kos, selamat sampai kat ofis ...

    ReplyDelete