Buat masa ni k.fiezz not in the mood kat sosial media..nak up gambar apa pun, tak ada mood...so buat masa ni IG/FB k.fiezz memang sunyi sepi...kalau baca entry k.fiezz yang sebelum ni tahu la punca mood k.fiezz  down..

tengah bersedih...nak dapatkan balik mood positif k.fiezz, bukan senang...cuba juga untuk #redha tapi kena faham konsep redha tu apa?selalu dengar orang cakap redha..pasrah..sama maksud ke dua perkataan ni?

Redha atau Pasrah?

Redha - terima dengan rasa tenang tanpa rasa kecewa atau tertekan dengan setiap perkara/ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita. 

Pasrah - Kita terima apa je yang jadi pada kita tanpa berusaha untuk mengubahnya..

dua perkataan yg lebih kurang sama pd kita tapi maksud berbeza...Senang nak faham...

Redha = Ikhlas..
Pasrah = Menyerah...

Sesi Luahan Perasaan Dengan Mr Hubby.. 

semalam mr hubby tanya k.fiezz kenapa?mengapakah?yelah kat rumah mencuka je muka..dia nak sembang pun malas nak layan..haha..pangai sangat...apa nak buat sometime bini yang sentiasa positif ni, boleh jadi kurang positif..

tapi k.fiezz dah tulis entry semalam untuk sesi luahan perasaan, so mr hubby boleh teka la puncanya sebab dia baca kat blog k.fiezz...uwaaa..lepas mr hubby tanya, lagi la lebat air mata ni nak turun..ishhhh..mencik tau...so dah mr hubby tahu tu, citer je la..sesi luahan perasaan semalam..dan tantiu mr hubby sebab bagi kata2 semangat, nasihat kat wifey dia yg tgh down ni...

harini kat ofis, member yang baik ngan k.fiezz ni pulak tanya...sambil sembang ngan member, mata dah merah..tapi idak la hujan depan ofismate k.fiezz ni plak...kontrol ayu, u..haha...

Nasib baik ofismate k.fiezz ni baik & sangat memahami sebab dia pun penah mengalami macam k.fiezz ni..rezeki dia, dah ada 2 orang anak sekarang ni..k.fiezz selesa sembang dengan dia pasal ni..sebab dia faham..dia ada citer pengalaman dia dulu macamana masa nak tunggu dapatkan sorang... ada cara yang dia buat dulu tu, k.fiezz praktikkan jugak sekarang...dan dia bagi jugak kata-kata semangat/positif..insyaallah..k.fiezz cuba serap dalam minda & hati ni untuk positif macam dia dulu...tantiu jugak kat korang,u know who u are, yang dm kat ig, wassap bagi kata2 semangat & komen kat entry k.fiezz sebelum ni, tantiu sangat utk doa & all the positve word for me...

Ter Ter letak High Expectation

Patutnya k.fiezz tak boleh letak high expectation sebab k.fiezz pun tahu kekerapan ***** bulan lepas...tapi sebab period delay lama sangat & clue/simptom sebelum period yang k fiezz jarang alami sebelum ni, tue yang terletak harapan tinggi sangat...dan bila keputusannya idak menjadi, dia jadi sangat frustrated...seingat k.fiezz dulu k.fiezz tak ada menangis gini sangat bila hasil tak menjadi...tapi bila ko terletak harapan setinggi gunung tapi hasilnya tak menjadi, dia jadi frustrated tue lebih dari sebelum ni...learn from mistake, next time don't put high high expectation...

so sila cuba lagi yea k.fiezz...cuba faham & terap konsep #REDHA...

ada cakap kat mr hubby semalam,nasib la mama dia a.k.a mak mertua k.fiezz bukan macam mak mertua dalam drama..menantu tak pregnen2 lagi, suh anak laki kawen lain..haha...kalau macam tu lgi la x tak tau nak bagi reaksi camna.. Pasrah @ redha? 

6 Comments

  1. In shaa Allah Kak Fiez... Besar ganjarannya orang yang sabar ni .Saya faham sangat sangat apa yang kak fiez alami sekarang. Saya sebelum bak preggy anak ketiga berat ujian yg saya kak .Beratus duit habis beli upt je. Sampai satu masa tu kan saya redha. Ada rezeki ada lah nak timang anak. Xde sibuk fikir benda ni. Tapi alhamdulillah berjaya juga .Jadi, saya yakin kak fiez akan lalui saat gembira tu satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an rezeki Allah akan sampai juga.

    ReplyDelete
  3. banyak2 bersabar ya Fieza..akak doakan semoga dipermudahkan dan tiap2 tahun dapat anak..pasti rezeki tu akan datang nanti..semoga Fieza bersabar dgn ujianNya ya

    ReplyDelete
  4. Sedih baca entry ni, I feel you walaupun bukan melaluinya pasal few of my family members pun ada masalah ni termasuklah abang mrs pip .. dah 6 tahun kawin but my abang pun still tak ada baby lagi...stay strong ya.

    ReplyDelete
  5. sabar ye kak, setiap yg terjadi ada hikmahnya

    ReplyDelete
  6. Lama betul tak menjengah blog.
    Ly sentiasa doakan kwn2 ttc semoga Allah makbulkan doa kamu semua di bulan ramadan ini. Amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete