La ni musim bukak buku pink kat ofis k.fiezz...tahu kan buku pink tu apa?buku yang kena bukak bila di sahkan hamil..ni hah tengah musim kat pejabat k.fiezz..berjangkit sorang sorang..ai is kelip kelip mata je la dengar orang tu mengandung..org ni mengandung..ntah bila nak jangkit dengan k.fiezz pun, tak tau la..doa-doa mintak jangkit sama..hehe..positif je la yeak..#redha...kita hanya merancang tapi Allah lebih tahu waktu yang sesuai untuk bagi amanah ni pada k.fiezz & mr hubby...


KISAH MENGANDUNG

Memula..ada sorang PA kat bahagian k.fiezz ni mengandung dulu...lepas tu jangkit plak dengan sorang pegawai yang satu level dengan k.fiezz...baru ni, jangkit plak dengan sorang lagi PA yang jaga BIG BOSS...due PA yang memula ngandung dengan PA big boss ni dekat-dekat..so dah nampak sapa kena cover tempat PA yang jaga big boss ni..haha..k.fiezz le tu...semalam dengar ada wife salah sorang PT level k.fiezz ni pulak ngandung..hah, tak ke k.fiezz cakap musim buka buku pink ni...memasing melawan..haha..tak pe la..rezeki dorang kan..

SENTAP TAK?

k.fiezz sentap tak bila sebut isu anak ni..hmm, to be honest ai manusia biasa hokay...yang bukannya positive all da time....bila dengar orang ngandung sana sini..ingat k.fiezz tak jeles ke..kadang cuba je positif..tapi benornya tak pun..k.fiezz cuba je...kadang terfikir bila tengok perut orang muncet sebab preggy ni, bila la time ai pulak nak rasa cam tu...umur makin meningkat...ingat tak risau ke...sebab hamil lewat usia ni, selalu k.fiezz baca risiko sana sini..kadang malas k.fiezz nak baca artikel pasal tu...nak buat camne kan..macam yang kita tahu..Allah sebaik-baik perancang..DIA lagi tahu bila waktu yang sesuai untuk kurniakan kita anak (untuk k.fiezz & mr hubby)...

Cuma dekat ofis k.fiezz ni, ramai yang tahu masalah k.fiezz..tapi ada la sorang dua tu kadang bercakap tak tengok kiri kanan bila sembang pasal topik anak ni...padahal k.fiezz ada tercogok kat situ..ai senyum je la...nak melawan balik..k.fiezz bukannya kaki melawan..kalau orang sindir, ai senyap je...tak doa kan apa-apa pun untuk yang menyindir tu...

Contoh terbaru..haritu ada sambutan hari lahir sorang pegawai kat tempat k.fiezz ni..masa tu k.fiezz plak kena cover PA big boss...jadi k.fiezz joint la sambutan hari lahir tu..kang kata k.fiezz tak bersosial plak kan...lepas dah potong-potong kek tu..datang PA yang memula ngandung tu..Pegawai yang sambut birthday tu cakap kat PA ni 'hah..ni 4 tahun kawen..dah 3 orang anak'...k.fiezz ada kat situ..motif dia cakap gitu..sindir k.fiezz kah?atau k.fiezz yang terlebih sensitif..tak tahu la..positif je la..tak pasti niat sebenar pegawai tu cakap gitu...hanya dia yang tahu niat dia cakap camtu...

ELAK RAPAT DENGAN ORANG YG MULUT TAK ADA INSURANS

Jadi untuk jaga hati sendiri, k.fiezz cuba elakkan berkawan rapat dengan orang-orang yang jenis bercakap tak ada insurans..mulut longkang la orang cakap...k.fiezz kawan dengan semua orang..tapi nak rapat sangat tu, k.fiezz pilih dulu...nasib baik kat level k.fiezz ni, staff & officer tak ada yang mulut jenis tak ada insurans..tak ada yang jenis macam officer k.fiezz cerita kat atas ni..officer tu level bawah..kadang-kadang je ada terjumpa..tue pun time k.fiezz kena ganti PA big boss atau atas urusan kerja...kebanyakan masa, k.fiezz memang duk je kat tempat k.fiezz..tak kacau orang...yelah sebab tahu hati jenis tisu ni, pantang sebut isu ni cepat benor sentap..tak yah la nak bersosial sangat...duk je la kat tempat...hehe...

DOAKAN K.FIEZZ PUN TERJANGKIT

Di hari Jumaat ni, k.fiezz doa moga k.fiezz terjangkit dengan geng bukak buku pink kat ofis k.fiezz ni..aamiin..insyaallah..kalau dah sampai rezeki Allah nak bagi..kalau masih belum..sila berusaha lagi k.fiezz...

LEWAT PERIOD

Benornya k.fiezz dah terlewat period ikutkan tarikh..tapi tak berani nak test ke apa...sebab simptom-simptom macam nak period pun ada...sakit breast..badan panas..tu hint kalau k.fiezz nak period selalunya..k.fiezz pun tak penah preggy lagi so k.fiezz pun tak tahu simptom preggy camne..ada juga google, ada yang kata kadang simptom hamil & nak period lebih kurang sama..dan takat ni, k.fiezz tak ada pulak alami simptom yg menunjukkan preggy...loya..nope..muntah..nope also...mengidam nak makap masam-masam..nope also...lewat period je--tapi kadang lewat period tak semestinya hint untuk hamil...

Dalam hati macam nak buat test UPT..tapi tak konfiden...siap berangan lagi tau, bitau kat family k.fiezz & in law  amik gambar UPT dapat double line..cehhh..berangan sangat k.fiezz oiii..haha..berangan tak salah kan?haha..

Period k.fiezz teratur tak?

cyle day tu tak fix tapi selalunya anggaran antara 28-35 hari tu, memang patutnya dah datang...tapi tak sure la ni dia nak main cak-cak pulak...haih....

tak pe, k.fiezz pikir gini je..kalau dah sampai rezeki Allah nak bagi amanah ni pada k.fiezz & mr hubby, ada la..kalau belum, belum lagi la tu...sila cuba lagiii...


8 Comments

  1. insyallah kak.. ada rezekinya nanti. He knows best bila nak kasi akak khalifah2 kecik tu semua. teruskan berdoa dan usaha..

    ReplyDelete
  2. insyallah kak fiezz.. moga lepas ni rezeki akak pulak... Bersangka baik jelah dengan kata-kata dia kan..

    ReplyDelete
  3. amiiin mohon berjangkit pls hehe

    ReplyDelete
  4. Mrs Pip doakan FS sentiasa murah rezeki n happy.. Bab anak tu, mmg rezeki dari Allah, as long as dah usaha , so tawakal n redha ya FS ..

    tapi betul juga, kita ni manusia biasa, ada masa juga kita tak mampu nak stay positif, ada masa kita feel down juga ..

    Tapi teringay cerita Corrie Lee yang muallaf tu, 10 tahun dia menanti baru dpt baby kalau x silap... Dia ckp Allah saja nak bg dia honeymoon lama2 dgn wife dia ... apapun, be happy tau...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah kak, moga ada rezeki akak untuk dapat baby. amin.. Lebih 35 hari, akak cek la upt. hee

    ReplyDelete
  6. Pedulikan mereka yang negatif ni kak. Akan pengaruh kita. Takpe kak fiezz tunggu je dulu dalam seminggu dua lagi baru buat upt.

    ReplyDelete
  7. wah terima kasih atas info. jemput ke laman web
    Buku Pink

    ReplyDelete