Total Pageviews

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 10 - Pulau Sapi

14:52

Orang cakap kalau dah sampai K.Kinabalu ni, tak sah kalau tak pi melawat pulau-pulau sekitar Sabah..Orang duk cakap pulau-pulau kat sini cantik..air jernih..Jadi kitaorang amik jugak tour island tapi amik satu pulau je iaitu Pulau Sapi..

Harga Pakej - RM40 / seorang
Life Jacket & Google (alah..yang cermin mata untuk snorkelling tu) -  RM10 / setiap satu...

Kitaorang sewa satu bot yang khas untuk kitaorang je..so boleh gerak bebila masa & tentukan baper lama nak duk kat Pulau untuk aktiviti snorkelling / mandi / lepak di tepi pantai...


www.fiezasani.xyz

Siap dah dengan life jacket..Tunggu nak naik bot je...topi yang macam k.fiezz pakai tu, kalau nak beli, kat jeti tempat jualan tiket island tour ni banyak kedai-kedai yang jual..so no worry kalau terlupa bawak dari rumah...

www.fiezasani.xyz

Untuk yang tak joint aktiviti snorkelling, life jacket ada disediakan dalam bot...Dah sampai kat Pulau sebelum turun, kena letak semula dalam bot..Yang mana sewa sebab amik aktiviti snorkelling, boleh terus bawa turun...tapi kena pastikan tak hilang..kalau tak, ganti..hehe


www.fiezasani.xyz

Mr hubby k.fiezz yang somel dah get ready nak aktiviti snorkelling

www.fiezasani.xyz

Cantik tak view dia?

www.fiezasani.xyz

Anak buah yang mandi sorang, dia punya bodyguard sampai 4 orang..haha..
untuk keselamatan katanya...

www.fiezasani.xyz

dah penat mandi, aktiviti main pasir pulak dengan anak buah ni...sorry mr hubby k.fiezz cekci sikit..so kena blur kan sikit..hehe

www.fiezasani.xyz

k.fiezz..snorkelling tak..main pasir pun tak..ada ni hah, ai posing ala-ala model je kat tepi pantai..haha

www.fiezasani.xyz

Di entrance nak masuk ke Pulau Sapi..rasa macam ada bayaran juga..tak ingat berapa hengget...tapi rasa cam bawah RM5

www.fiezasani.xyz

halah halah sweet la kenkonon ni..haha

www.fiezasani.xyz

patut la dorang cakap Pulau kat Sabah ni cantik..
tengok la sendiri air dia...jernih, nampak ikan berenang-renang...

www.fiezasani.xyz

pemandangan yang rare...sejukkk mata tengok view camni..lari dari kesibukan bandar...

ADA APA KAT PULAU SAPI

Kemudahan - Tandas, Kedai Makan..


AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT KAT SINI

Macam k.fiezz beritahu tadi, aktiviti snorkelling dan scuba diving pun ada juga..mandi-manda..mungkin ada lagi aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini..yang k.fiezz share ni, apa yang k.fiezz nampak ada orang buat aktiviti ni masa k.fiezz ke situ..kalau ada aktiviti lain yang korang pernah buat kat sini, boleh la share kat ruangan komen...

You Might Also Like

5 Comment

  1. cantiknya pulau dekat sanaaa!

    ReplyDelete
  2. tahun 2005 ada ke sabah juga tapi tak ke pulau sapi. Hanya ke Pulau Manukan Mamutik je

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya pantai sabah.. bilalah nak sampai ni

    ReplyDelete
  4. bestnya g pulau..lama xg pulau..huhu

    ReplyDelete
  5. Cantiknya laut. Ya Allah bilalah saya nak sampai sini kak .Doakan saya sampai sini nanti ya

    ReplyDelete