Yeayyy.. Party time dengan Althea Angel Malaysia  for first time sempena dengan launch produk terbaru dari Althea iaitu A'Bloom..apa plak A'Bloom ni hah...memacam produk Althea ni...meriahhh..barang-barang kecantikan k.fiezz, kebanyakan semua dari Althea..hehe..nampak tak, althea angel sangat...

Althea Angels First Gathering

Gathering Althea Angels Malaysia yang pertama kali dianjurkan oleh pihak Althea telah diadakan kat Softsrve Ice Cream, Dessert & Balloon Bar, Plaza Arkadia, Desa Parkcity Kuala Lumpur pada 20hb baru ni..limited untuk 60 orang althea angels yang terpilih je..dan k.fiezz antara bertuah yang terpilih..hehe..

Excited..yesss i'am...Althea kan..harus la excited..pengguna setia produk-produk Althea ni hah... 

Event ni bukan je gathering untuk semua althea angels berjumpa secara face to face...tapi juga bersempena launch produk terbaru dari Althea iaitu A' Bloom...

Produk A'Bloom 

Fast, fresh & funky..3 perkataan yang sesuai untuk koleksi terbaru Althea A'Bloom ni iaitu mask, blackhead & meringue puff (small & giant size)...

Sekitar Event Althea Angels...

Jom check it out gambar-gambar kat bawah ni masa majlis gahtering Althea Angels..dan k.fiezz introduce korang dengan koleksi terbaru Althea dari A'Bloom ni...

Sepanjang party Althea Angels Di Softsrve Ice Cream, Dessert sabtu lepas...


www.fiezasani.xyz

Tema pakaian - Pastel..so kita mix & match baju yang ada dalam koleksi...
Nak beli baju baru, tengah bulan..haha

www.fiezasani.xyz

Tempat event - 

Softsrve Ice Cream, Dessert & Balloon Bar
D-G-11, Plaza Arkadia, No.3, Jalan Intisari Perdana, Desa Parkcity, Kuala Lumpur

RANGKAIAN A'BLOOM DARI ALTHEA

www.fiezasani.xyz

Koleksi A'Bloom - BHA BLACKHEAD BLASTER

sapa ada masalah blackhead/whitehead..angkat tangan..tipuuu sapa kata tak ada..semua ada tau..cuma antara biasa, sederhana atau teruk..nak picit, sakittt..guna mask for blackhead...auch sakit masa nak tarikkk...hah, tapi dengan A'Bloom Blackhead Blaster ni..senang sangat...nanti k.fiezz kongsi cara guna dia, tau...yang penting kandungan dia dari bahan sumber alam - CHARCOAL, APRIKOT SEED POWDER, TEA TREE LEAF OIL, NATURAL BHA...


www.fiezasani.xyz

Koleksi A'Bloom - MASK

Beauty mask dari koleksi A'Bloom ni gunakan ekstrak buah khas untuk pencinta-pencinta Althea...4 jenis mask A'Bloom - Watermelon (hydration), Lemon (brightening ), Avocado (nourishing ) & Peach (acne care)...
Nak tahu harga tak?mur mur je uolls...RM2 setiap satu @ 1 set/10pcs RM15.. tapi berita baik chuolls,  PROMOSI esok (23.4.2019), cuma RM15 untuk 20 mask.. jatuh sekeping RM0.75 sahaja...weiii menarik tu..tak mau ke?Kalau nak esok pi terjah www.althea.kr

www.fiezasani.xyz

Koleksi A'Bloom - MERINGUE PUFF
(2 size - Small & Giant)

halah halah tengok meringue puff ni rasa cam nak makan je..kiutttt la weiii..k.fiezz tak pernah guna adik badik puff ni..so nanti tengok best ke idak guna...

MAKAN TIME @ SoftSrve

sambil party sambil makan dessert kat SoftSrve ni..antaranya..

www.fiezasani.xyz

Waffle..sedap sangat..Di hidang sekali dengan krim & hirisan strawberi..
sedappp sangat...strawberri tu pulak manis...memang win sangat kombinasi..

www.fiezasani.xyz

Ais krim..wajib..dah kata kedai ais krim..apo tak makan eskrim...diet pun boleh KIV dulu tau kalau ada eskrim ni..haha..tapi k.fiezz idak la diet..eskrim dia sedap weii....

KOLEKSI ALTHEA 

www.fiezasani.xyz

Produk penjagaan muka Althea...
K.fiezz ada kongsi hasil guna produk2 ni kat sini..korang boleh cari bawah label 
'Althea' kat sidebar sebelah kanan blog k.fiezz ni..

www.fiezasani.xyz

Barang mekap dari Althea...
Sama juga..k.fiezz pernah kongsi kat blog ni..cari bawah label 'Althea'..


Wokey, nanti k.fiezz kongsi setiap produk A'Bloom lepas k.fiezz dah cuba...kena la cuba dulu kan..baru boleh share dengan korang...tapi tapi esok jangan lupa pi terjah laju-laju kat website www.althea.kr untuk grab promosi best lagi best kat situ...

7 Comments

  1. Bestnya kak fiez pergi party Althea. Tak sabar pulak nak cuba yang mask tu. Macam best je

    ReplyDelete
  2. wow..bestnya..klu dkt dah join ni..:)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya deko dan nakkkk beliiii lah mask tu, harga mmg mur mur..

    ReplyDelete
  4. Woww bestnya akak.. jealous la

    ReplyDelete
  5. wah duta Althea ke party Althea hehe..btw, comeyyyy

    ReplyDelete