Total Pageviews

birthday

Surprise Birthday Mak Dengan Srikandi Surprise

22:44

Plan menjadikk..plan apa kah k.fiezz ooii.. Plan buat surprise birthday delivery sempena birthday mak k.fiezz harini.. 

Cari punya cari surprise delivery kat ig melalui #surprisedeliverykualakangsar, jumpa pun yang memenuhi kriteria dari segi harga, dan testimoni..Ada 2-3 surprise delivery k.fiezz mesej/WhatsApp.. Tiga2 reply cuma yg k.fiezz pilih ni sebab memenuhi kriteria dan refer pd ig, dorang masih aktif.. Selain harga dia affordable.. 

Srikandi Surprise Kuala Kangsar.. 

Masa cari surprise delivery kat area kuala kangsar melalui #, k.fiezz try & error je.. Ada upenya servis ni kat area sana.. Ingatkan kat bandar2 besor je.. 

So lepas dah usya kat ig srikandi ni, tengok boleh dipercayai & masih aktif, k.fiezz wasap terus tanya pasal pakej2 yg ada.. 

Ada banyak pakej dorang, ikut bajet kita la.. So K.fiezz & adik setuju pilih yang ni.. Kitaorang share half-half.. 

Pakej B

Pilihan kitaorg, seperti dalam gambar. 

-12 bar kit kat(2 finger)
-5 kuntum bunga rose kertas
-1 slice kek secret recipe
-1 belon 
-free wishing frame 
*Harga inc mascot

www.fiezasani.xyz

Happy Birthday Mak.. 

Pagi tadi, srikandi surprise dah buat penghantaran kat mak k.fiezz.. Lepas penghntrn, dorang ada bagi video & gambar-gambar masa penghantaran.. 

Yang video tu tacing plak masa mak k.fiezz baca dari sapa.. Mak k.fiezz terkejut masa dapat pagi tadi.. Mak k.fiezz ingat delivery untuk salah sorang cikgu kat tmpt keja mak k.fiezz tu.. Hihi.  Sekali orang tu pi kat mak k.fiezz.. Tejut la dia.. 

Tadi call mak, dia cakap napa tak bitau awal2.. Kalau tak, mak k.fiezz dah sesiap tulis ucapan nak rekod.. Hover tau mak, siap nak tulis ucapan..haha..Namanya surprise.. Mana boleh cakap,gituuu..

Apapun happy birthday,mak.  Moga sihat selalu, happy, ceria.. Semua yg positif utk mak.. 

www.fiezasani.xyz

Birthday girl... Muka tak abis tejut lagi tu.. Haha.. K.fiezz share gambar mak ngan maskot ni, ramai komen cakap comel siap ada maskot lagi.. Ha'ah kelainan srikandi surprise delivery ni dia ada maskot sekali dalam pakej masa buat penghantaran.. Tapi maskot ni tukar2, x semestinya mickey mouse je.. 

www.fiezasani.xyz

Mak & abah k.fiezz... 

Korang yg ada kat area perak, terutama kuala kangsar kot nak buat surprise delivery untuk birthday/anniversary orang tersayang, boleh ar roger srikandi surprise ni.. Insyaallah, trusted seller.. 

TTC

Redha dan Pasrah..

20:11

Buat masa ni k.fiezz not in the mood kat sosial media..nak up gambar apa pun, tak ada mood...so buat masa ni IG/FB k.fiezz memang sunyi sepi...kalau baca entry k.fiezz yang sebelum ni tahu la punca mood k.fiezz  down..

tengah bersedih...nak dapatkan balik mood positif k.fiezz, bukan senang...cuba juga untuk #redha tapi kena faham konsep redha tu apa?selalu dengar orang cakap redha..pasrah..sama maksud ke dua perkataan ni?

Redha atau Pasrah?

Redha - terima dengan rasa tenang tanpa rasa kecewa atau tertekan dengan setiap perkara/ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita. 

Pasrah - Kita terima apa je yang jadi pada kita tanpa berusaha untuk mengubahnya..

dua perkataan yg lebih kurang sama pd kita tapi maksud berbeza...Senang nak faham...

Redha = Ikhlas..
Pasrah = Menyerah...

Sesi Luahan Perasaan Dengan Mr Hubby.. 

semalam mr hubby tanya k.fiezz kenapa?mengapakah?yelah kat rumah mencuka je muka..dia nak sembang pun malas nak layan..haha..pangai sangat...apa nak buat sometime bini yang sentiasa positif ni, boleh jadi kurang positif..

tapi k.fiezz dah tulis entry semalam untuk sesi luahan perasaan, so mr hubby boleh teka la puncanya sebab dia baca kat blog k.fiezz...uwaaa..lepas mr hubby tanya, lagi la lebat air mata ni nak turun..ishhhh..mencik tau...so dah mr hubby tahu tu, citer je la..sesi luahan perasaan semalam..dan tantiu mr hubby sebab bagi kata2 semangat, nasihat kat wifey dia yg tgh down ni...

harini kat ofis, member yang baik ngan k.fiezz ni pulak tanya...sambil sembang ngan member, mata dah merah..tapi idak la hujan depan ofismate k.fiezz ni plak...kontrol ayu, u..haha...

Nasib baik ofismate k.fiezz ni baik & sangat memahami sebab dia pun penah mengalami macam k.fiezz ni..rezeki dia, dah ada 2 orang anak sekarang ni..k.fiezz selesa sembang dengan dia pasal ni..sebab dia faham..dia ada citer pengalaman dia dulu macamana masa nak tunggu dapatkan sorang... ada cara yang dia buat dulu tu, k.fiezz praktikkan jugak sekarang...dan dia bagi jugak kata-kata semangat/positif..insyaallah..k.fiezz cuba serap dalam minda & hati ni untuk positif macam dia dulu...tantiu jugak kat korang,u know who u are, yang dm kat ig, wassap bagi kata2 semangat & komen kat entry k.fiezz sebelum ni, tantiu sangat utk doa & all the positve word for me...

Ter Ter letak High Expectation

Patutnya k.fiezz tak boleh letak high expectation sebab k.fiezz pun tahu kekerapan ***** bulan lepas...tapi sebab period delay lama sangat & clue/simptom sebelum period yang k fiezz jarang alami sebelum ni, tue yang terletak harapan tinggi sangat...dan bila keputusannya idak menjadi, dia jadi sangat frustrated...seingat k.fiezz dulu k.fiezz tak ada menangis gini sangat bila hasil tak menjadi...tapi bila ko terletak harapan setinggi gunung tapi hasilnya tak menjadi, dia jadi frustrated tue lebih dari sebelum ni...learn from mistake, next time don't put high high expectation...

so sila cuba lagi yea k.fiezz...cuba faham & terap konsep #REDHA...

ada cakap kat mr hubby semalam,nasib la mama dia a.k.a mak mertua k.fiezz bukan macam mak mertua dalam drama..menantu tak pregnen2 lagi, suh anak laki kawen lain..haha...kalau macam tu lgi la x tak tau nak bagi reaksi camna.. Pasrah @ redha? 

TTC

Confuse...2P?which one?

16:12

Ingat tak entry k.fiezz yang ni >> Musim Buka Buku Pink << ..haha..rasanya tak dapat joint lagi group buka buku pink kat ofis k.fiezz..Haritu k.fiezz inform  dah ada signal macam cik P (period) kan sebab tak ada pun tanda-tanda macam Mam P (preggy)...malam tadi, masa buang air kecil, tetiba nampak lendir warna merah dalam mangkuk tandas...oo noooo apa tu?jenuh telek...telek punya telek, rasanya macam tanda cik P la tu...alaaaa...

tadi masuk ofis, member yang baik ngan k.fiezz sorang tu tanya k.fiezz puasa ke idak harini?k.fiezz cakap tak sebab malam tadi macam dah ada tanda cik P nak jengah...k.fiezz citer kat dia pasal tanda yang keluar masa buang air kecik..member k.fiezz ni tahu kes k.fiezz yang dah delay period..so dia selalu cakap, biar jangkit ngan k.fiezz macam member lain yang dah +ve kat ofis ni,hah..tapi kita merancang, Allah sebaik-baik perancang....

cuma member k.fiezz ni citer tanda yang k.fiezz alami semalam macam dia masa mula-mula preggy dulu...lepas tu k.fiezz bagitau lagi selalu kalau nak period, k.fiezz akan sakit keseluruhan breast..yang ni cuma kat nipple je..dia pandang muka k.fiezz muka terkejut..k.fiezz macam 'kenapa pandang cam tu?'..dia cakap sama gak macam dia masa preggy dulu...arggghhh sudah...jangan bagi harapan pelesu kat iolls..haha...

Macam member ofis k.fiezz ni, dulu masa first preggy dia alami macam k.fiezz alami ni...keluar darah masa kencing & nipple sakit...cuma bezanya dia alami yang darah keluar masa buang air kecik tu, lepas dia dah tahu preggy...so dia terus pi jumpa Dr..tapi nak scan pun tak nampak lagi..kalau scan pun size kecik..besor biji kacang tu je...Dr cuma bagi Duphaston untuk kuatkan rahim...K.fiezz ni tak tahu la preggy ke idak sebab tak check upt lagi...duk ingat harini nak check la..eh..sekali dia bagi klu malam tadi..tak jadi la...

Yang kawan k.fiezz pi jumpa Dr sebab alami pendarahan sikit tu, Dr explain baby baru nak menempel jadi lebihan darah ditolak keluar...k.fiezz penah baca gak pasal ni..kalau pendarahan ni untuk 1-3 hari je...dan kuantiti darah tak banyak...

Kes k.fiezz ni tak tahu la..kita tunggu dan lihat..tapi harapan cam tipis je baby dust..haha..tak pe la positif..positif...belum sampai rezeki lagi, Allah nak bagi baby menempel kat dalam rahim k.fiezz ni...

Doakan di bulan Ramadhan nanti, k.fiezz berjaya pregnant...Aamiin...

vacation

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 11 - Pasar Filipina Dan Cenderahati

12:16

Entry penutup cuti2 k.fiezz & family ke Kota Kinabalu..Masa hari pertama sampai ke sini, kitaorang dah masuk kat dalam Pasar Filipina yang terkenal kat Kota Kinabalu ni..tapi masa hari pertama tu, usya-usya je dulu..kang jenjalan tempat lain, ada yang mur mur dari kat sini, udah rasa rugi pulak kan..haha..jadi kita cuci-cuti mata je dulu...

PASAR FILIPINA

Kalau datang ke Kota Kinabalu ni, orang cakap nak beli cenderahati cari kat sini je..nak beli pin mutiara..menda wajib beli kalau ke KK ni, cari je dalam ni..confirm rambang mata..harga berpatutan..tengok pada gred mutiara yang korang nak camne..kalau nak hat kualiti helok sikit & gred A, lebih la sikit ongkosnya...

Pin mutiara/gelang mutiara nak cari kat sini pun agak pening jugak..baru k.fiezz tahu dia ada gred-gred nya..lagi helok gred dia, lagi mahal rega dia...macam k.fiezz ritu, cari yang pure mutiara & gred sederhana..janji mutiara..haha...pin mutiara & gelang mutiara nak cari kat sini, pastikan yang betul mutiara bukan manik..

NAK KENALPASTI MUTIARA ASLI

Camne nak kenal hat mana manik & hat mana mutiara...Ni penjual kat situ la yang ajar kat k.fiezz tau..kalau salah info dia bagi, salah la info k.fiezz share ngan korang ni...kalau korang yang tahu info hat betul, sila la kongsi bersama kat ruangan komen ni...wokey...

MUTIARA - pure mutiara bentuk dia tak sama..so kalau perati betul-betul kat pin atau gelang, boleh nampak perbezaan mutiara antara satu sama lain...

MANIK - dah nama pun manik..sah-sah bentuk dia bulat & sama je semua...

Gitu la yang di ajar oleh penjual kat Pasar Filipina ni masa k.fiezz cari pin & gelang mutiara...lagi satu tak silap dia bitau jugak mutiara air masin paling elok kualiti...

Sekitar Pasar Filipina 

Masa hari last sebelum flight kitaorang belah petang ke Kuala Lumpur..Jom la perabiskan duit kat Pasar Filipina..hehe



Bahagian depan



Bahagian dalam..rambang tau mata masuk dalam ni..
Nampak tak beg bali rotan yang terkenal tu..Kat sini kemain mahai tau dak...
K.fiezz tengok tag rega, atas RM150..waaaaa...tak jadi nak amik..
kalau mur nak jugak beli....


Ni dekat belah luar area Pasar Filipina jugak..nak cari jajan sabah cam amplang, boleh cari kat sini..bos k.fiezz kirim snack corn roll..kata dia kat pasar filipina ni ada..bila cari, idak la nampak pun kat mana-mana kedai yang jual..Ada mulut, kita tanya la ngan penjual kat sini, upenya  snack tu tak dijual kat sini..kena cari kat pasar lagi satu..tak ingt apa nama pasar tu...tapi tak pi cari la citer dia...nasib la bos k.fiezz memang orang sabah..sorry bos, nanti bebila bos balik sabah, cari la sendiri...hihi

Antara cenderahati k.fiezz beli masa cuti-cuti ke Kota Kinabalu, Sabah

www.fiezasani.xyz

Teh Sabah..yang ni beli masa pi ke ladang teh sabah area Ranau..

www.fiezasani.xyz

T-shirt untuk adik, abah, anak buah k.fiezz & untuk k.fiezz..fridge magnet untuk rumah mak k.fiezz 
kat kampung...

T-shirt - RM20 / sehelai (dewasa)
RM16 / sehelai (kanak-kanak)

www.fiezasani.xyz

Pin mutiara..gelang mutiara..pin baju melayu mutiara...
Pin mutiara tu, 1 box ada 12 set..harga dia k.fiezz ingat2 lupa..antara RM55-RM75..lebih kurang tu la range harga dia..


www.fiezasani.xyz

snack sabah..Amplang tu wajib...yang sedap hat oren tu..
yang pucat kaler tu, kureng sikit sebab perasa asli..

yang amplang ni ada jual RM10 - 3 peket..ada yang sepeket RM5.so tanya la rega sebelum beli...

www.fiezasani.xyz

Kain batik Sabah...untuk mak & k.fiezz..cari kain kosong utk baju..yg ni untuk kain..dapat baju raya sepasang..haha...suai padan kan je...kain batik ni, k.fiezz beli kat pasar malam berdepan dengan pasar filipina..harga RM10  / sehelai...

Selesai entry cuti-cuti k.fiezz & family ke Kota Kinabalu, Sabah..next vacation pulak..hehe...korang nak baca entry yang lepas untuk percutian k.fiezz & family, boleh tengok bawah label VACATION (kat sidebar belah kanan, bahagian bawah)..klik je kat situ..

vacation

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 10 - Pulau Sapi

14:52

Orang cakap kalau dah sampai K.Kinabalu ni, tak sah kalau tak pi melawat pulau-pulau sekitar Sabah..Orang duk cakap pulau-pulau kat sini cantik..air jernih..Jadi kitaorang amik jugak tour island tapi amik satu pulau je iaitu Pulau Sapi..

Harga Pakej - RM40 / seorang
Life Jacket & Google (alah..yang cermin mata untuk snorkelling tu) -  RM10 / setiap satu...

Kitaorang sewa satu bot yang khas untuk kitaorang je..so boleh gerak bebila masa & tentukan baper lama nak duk kat Pulau untuk aktiviti snorkelling / mandi / lepak di tepi pantai...


www.fiezasani.xyz

Siap dah dengan life jacket..Tunggu nak naik bot je...topi yang macam k.fiezz pakai tu, kalau nak beli, kat jeti tempat jualan tiket island tour ni banyak kedai-kedai yang jual..so no worry kalau terlupa bawak dari rumah...

www.fiezasani.xyz

Untuk yang tak joint aktiviti snorkelling, life jacket ada disediakan dalam bot...Dah sampai kat Pulau sebelum turun, kena letak semula dalam bot..Yang mana sewa sebab amik aktiviti snorkelling, boleh terus bawa turun...tapi kena pastikan tak hilang..kalau tak, ganti..hehe


www.fiezasani.xyz

Mr hubby k.fiezz yang somel dah get ready nak aktiviti snorkelling

www.fiezasani.xyz

Cantik tak view dia?

www.fiezasani.xyz

Anak buah yang mandi sorang, dia punya bodyguard sampai 4 orang..haha..
untuk keselamatan katanya...

www.fiezasani.xyz

dah penat mandi, aktiviti main pasir pulak dengan anak buah ni...sorry mr hubby k.fiezz cekci sikit..so kena blur kan sikit..hehe

www.fiezasani.xyz

k.fiezz..snorkelling tak..main pasir pun tak..ada ni hah, ai posing ala-ala model je kat tepi pantai..haha

www.fiezasani.xyz

Di entrance nak masuk ke Pulau Sapi..rasa macam ada bayaran juga..tak ingat berapa hengget...tapi rasa cam bawah RM5

www.fiezasani.xyz

halah halah sweet la kenkonon ni..haha

www.fiezasani.xyz

patut la dorang cakap Pulau kat Sabah ni cantik..
tengok la sendiri air dia...jernih, nampak ikan berenang-renang...

www.fiezasani.xyz

pemandangan yang rare...sejukkk mata tengok view camni..lari dari kesibukan bandar...

ADA APA KAT PULAU SAPI

Kemudahan - Tandas, Kedai Makan..


AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT KAT SINI

Macam k.fiezz beritahu tadi, aktiviti snorkelling dan scuba diving pun ada juga..mandi-manda..mungkin ada lagi aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini..yang k.fiezz share ni, apa yang k.fiezz nampak ada orang buat aktiviti ni masa k.fiezz ke situ..kalau ada aktiviti lain yang korang pernah buat kat sini, boleh la share kat ruangan komen...

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - Sandwich Telur

20:47

Pagi semalam, saja try buat sandwich telur.. First time uoll cuba menu ni.. Walaupun cara buat dia idak la susah benor.. 

Resipi sandwich telur ni, k.fiezz amik dari resipi KekNy.. Nampak kekny share kat IG dia cara buat.. Eh sonang plak tgk cara buat.. 

K.fiezz ni kalau resipi senang2, semangat nak cuba.. Cewah.. Eksen.. Hehe.. Selalu kalau hari cuti, k.fiezz duk masak nasi goreng, mihun goreng je untuk sarapan pagi, ni cuba menu baru lak.. Lagipun k.fiezz nak cuba sos baru (dlm gambar) ...nak tgk rasa dia in tak ngan sandwich telur.. Nak tahu lebih lanjut pasal sos ni, boleh tgk kat FB & IG k.fiezz.. K.fiezz ada share detail & kat mana nak beli.. 

www.fiezasani.xyz

Bahan2 

Roti(ikut la nak baper keping)
4 Biji Telur kampung (telur biasa pun boleh)
Garam sikit @ Lada Sulah
1 Sudu Besar Mayonis
Sos Cili @ Cili Flakes
Marjerin

Cara -

1) Rebus telur (sederhana lembut supaya senang nk lenyek).. Lenyek sederhana je tak yah halus sgt supaya lagi sedap & masa makan terasa ketulan2 telur.

2) Letak mayonis, garam.. Kacau sekata..kalau guna cili flakes, letakkan sekali masa ni.. Baru gaul sekata.. 

3) Sapukan marjerin sikit atas roti. Letakkan telur yg dah di lenyek bersama mayonis + garam atas roti..diikuti dengan sos cili.. SIAP..


TTC

Musim Buka Buku Pink

10:51

La ni musim bukak buku pink kat ofis k.fiezz...tahu kan buku pink tu apa?buku yang kena bukak bila di sahkan hamil..ni hah tengah musim kat pejabat k.fiezz..berjangkit sorang sorang..ai is kelip kelip mata je la dengar orang tu mengandung..org ni mengandung..ntah bila nak jangkit dengan k.fiezz pun, tak tau la..doa-doa mintak jangkit sama..hehe..positif je la yeak..#redha...kita hanya merancang tapi Allah lebih tahu waktu yang sesuai untuk bagi amanah ni pada k.fiezz & mr hubby...


KISAH MENGANDUNG

Memula..ada sorang PA kat bahagian k.fiezz ni mengandung dulu...lepas tu jangkit plak dengan sorang pegawai yang satu level dengan k.fiezz...baru ni, jangkit plak dengan sorang lagi PA yang jaga BIG BOSS...due PA yang memula ngandung dengan PA big boss ni dekat-dekat..so dah nampak sapa kena cover tempat PA yang jaga big boss ni..haha..k.fiezz le tu...semalam dengar ada wife salah sorang PT level k.fiezz ni pulak ngandung..hah, tak ke k.fiezz cakap musim buka buku pink ni...memasing melawan..haha..tak pe la..rezeki dorang kan..

SENTAP TAK?

k.fiezz sentap tak bila sebut isu anak ni..hmm, to be honest ai manusia biasa hokay...yang bukannya positive all da time....bila dengar orang ngandung sana sini..ingat k.fiezz tak jeles ke..kadang cuba je positif..tapi benornya tak pun..k.fiezz cuba je...kadang terfikir bila tengok perut orang muncet sebab preggy ni, bila la time ai pulak nak rasa cam tu...umur makin meningkat...ingat tak risau ke...sebab hamil lewat usia ni, selalu k.fiezz baca risiko sana sini..kadang malas k.fiezz nak baca artikel pasal tu...nak buat camne kan..macam yang kita tahu..Allah sebaik-baik perancang..DIA lagi tahu bila waktu yang sesuai untuk kurniakan kita anak (untuk k.fiezz & mr hubby)...

Cuma dekat ofis k.fiezz ni, ramai yang tahu masalah k.fiezz..tapi ada la sorang dua tu kadang bercakap tak tengok kiri kanan bila sembang pasal topik anak ni...padahal k.fiezz ada tercogok kat situ..ai senyum je la...nak melawan balik..k.fiezz bukannya kaki melawan..kalau orang sindir, ai senyap je...tak doa kan apa-apa pun untuk yang menyindir tu...

Contoh terbaru..haritu ada sambutan hari lahir sorang pegawai kat tempat k.fiezz ni..masa tu k.fiezz plak kena cover PA big boss...jadi k.fiezz joint la sambutan hari lahir tu..kang kata k.fiezz tak bersosial plak kan...lepas dah potong-potong kek tu..datang PA yang memula ngandung tu..Pegawai yang sambut birthday tu cakap kat PA ni 'hah..ni 4 tahun kawen..dah 3 orang anak'...k.fiezz ada kat situ..motif dia cakap gitu..sindir k.fiezz kah?atau k.fiezz yang terlebih sensitif..tak tahu la..positif je la..tak pasti niat sebenar pegawai tu cakap gitu...hanya dia yang tahu niat dia cakap camtu...

ELAK RAPAT DENGAN ORANG YG MULUT TAK ADA INSURANS

Jadi untuk jaga hati sendiri, k.fiezz cuba elakkan berkawan rapat dengan orang-orang yang jenis bercakap tak ada insurans..mulut longkang la orang cakap...k.fiezz kawan dengan semua orang..tapi nak rapat sangat tu, k.fiezz pilih dulu...nasib baik kat level k.fiezz ni, staff & officer tak ada yang mulut jenis tak ada insurans..tak ada yang jenis macam officer k.fiezz cerita kat atas ni..officer tu level bawah..kadang-kadang je ada terjumpa..tue pun time k.fiezz kena ganti PA big boss atau atas urusan kerja...kebanyakan masa, k.fiezz memang duk je kat tempat k.fiezz..tak kacau orang...yelah sebab tahu hati jenis tisu ni, pantang sebut isu ni cepat benor sentap..tak yah la nak bersosial sangat...duk je la kat tempat...hehe...

DOAKAN K.FIEZZ PUN TERJANGKIT

Di hari Jumaat ni, k.fiezz doa moga k.fiezz terjangkit dengan geng bukak buku pink kat ofis k.fiezz ni..aamiin..insyaallah..kalau dah sampai rezeki Allah nak bagi..kalau masih belum..sila berusaha lagi k.fiezz...

LEWAT PERIOD

Benornya k.fiezz dah terlewat period ikutkan tarikh..tapi tak berani nak test ke apa...sebab simptom-simptom macam nak period pun ada...sakit breast..badan panas..tu hint kalau k.fiezz nak period selalunya..k.fiezz pun tak penah preggy lagi so k.fiezz pun tak tahu simptom preggy camne..ada juga google, ada yang kata kadang simptom hamil & nak period lebih kurang sama..dan takat ni, k.fiezz tak ada pulak alami simptom yg menunjukkan preggy...loya..nope..muntah..nope also...mengidam nak makap masam-masam..nope also...lewat period je--tapi kadang lewat period tak semestinya hint untuk hamil...

Dalam hati macam nak buat test UPT..tapi tak konfiden...siap berangan lagi tau, bitau kat family k.fiezz & in law  amik gambar UPT dapat double line..cehhh..berangan sangat k.fiezz oiii..haha..berangan tak salah kan?haha..

Period k.fiezz teratur tak?

cyle day tu tak fix tapi selalunya anggaran antara 28-35 hari tu, memang patutnya dah datang...tapi tak sure la ni dia nak main cak-cak pulak...haih....

tak pe, k.fiezz pikir gini je..kalau dah sampai rezeki Allah nak bagi amanah ni pada k.fiezz & mr hubby, ada la..kalau belum, belum lagi la tu...sila cuba lagiii...


wedding

BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN SETENGAH JUTA

10:46

Tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Untung seorang gadis kecil comel SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !!

Pada mulanya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi sapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat wassup dan call bertalu – talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.


www.fiezasani.xyz

Hampir 100 company dari perbagai produk berminat untuk sponser majlis kahwin siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati sponser majlis perkahwinan siti.


www.fiezasani.xyz

Kata siti, beliau sangat sebak .. tak sangka , majlis yang mulanya plan biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil .. beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.

www.fiezasani.xyz

Selama ni siti promote produk orang dengan ikhlas, siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali , sampai dikenali dan viral.. sebabtu ramai hargai jasa siti dan bile siti kahwin mereka sanggup sponser mcm-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai . majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej.

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz



Antara founder yang sponser majlis siti bukan calang-calang company, wedding dress by Dlia Jean Bridal , deco majlis dan pelamin dari wedding by emma. dan beberapa celebrity ternama juga telah mendapatkan khidmat siti jamumall antaranye CHE TA, FAIZAL FBI, SHUIB , SARAH RAISUDIN, SHERRY IBRAHIM , SHAHRUL RIDZUAN, DAN LANA NORDIN . 


www.fiezasani.xyz

Selain dari itu ada 13 Top Sponsor  yg terlibat antaranya :-

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection


Grand Cake dari Mad About Cake



Vip Menu dari Rumpun Selera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty



Jamu dari Seri Lady Empire Resources



Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal



Kain Pasang Diamond dari Irahsukri


Telekung dari Pretty Aini



Make Up Set dari Zacthira Navillionniza



Scarft dari Scarft By Mehrun

Printed Box dari Art Creation Printing



Perfume dari Luxe Essencia Resources



Honeymoon Pakej dari Arwana Resort


affiliate

Huggies Ultra Pants Murah Di Shopee

14:13

Nak kongsi ngan mak-mak semua, promosi mur mur kat SHOPEE untuk Huggies Ultra Pants ni..walaupun k.fiezz ni belum ada pengalaman lagi beli pampers untuk bebudak, tapi tahu harga pampers kat pasaraya mahai kan..ikut brand..kalau tak silap la..eh...penah la kejap masa jaga anak buah, beli pampers dia..uihhh..boleh tahan rega...tue yang ramai mak-mak bila anak dah cukup umor untuk free diapers, akan trained anak untuk tak pakai pampers-pampers ni..

tapi sementara nak tunggu dorang cukup umur, untuk free diapers ni..nak tak nak kena beli la jugak kan pampers...

PROMOSI MURAH DI SHOPEE

k.fiezz tahu banyak jenama kat luar tu..ntah la kadang k.fiezz pun pening..banyak benor brand..ada budak serasi brand A..ada budak serasi brand B..eh memacam la ikut pada anak korang memasing..Yang ni k.fiezz saja nak share kat mak-mak semua, brand Huggies ada promosi promosi promosi di SHOPEE...Kenai kan brand ni..glams jugak jenama ni kalau tak silap k.fiezz...kalau kat luar harga pasaran tak tau la baper..tapi selalunya harga kat shopee ni lagi murah dari luar...Kalau korang yang tahu harga dia kat luar, boleh la bandingkan yg mana lagi untung & jimat poket korang...K.fiezz saja kongsi, sebab ada promosi kat Shopee untuk huggies ultra pants ni, Kalau rasa berbaloi, boleh la grab kat sini...hehe..


www.fiezasani.xyz

PENJIMATAN

Kadang kita ni bukan nak murah banyak sangat pun..dpt kurang sikit pun dah syukur alhamdulillah..yelah, zaman kita ni serba serbi mahal..dapat penjimatan sikit pun, dah rasa syukur sangat..boleh duit yang dijimat tu pusing ke tempat lain (contoh - makan)...betul tak?

CARI DISKAUN BAUCER

kalau style mr hubby k.fiezz bila dia shopping online mesti nak cari diskaun baucer..merata la dia goolge cari kod diskaun..hehe..sejenis gigih sangat tau...

K.fiezz punya style pulak tak kira..k.fiezz kalau nak barang tu, k.fiezz beli je walaupun tak ada offer..haha..dasar sangat..ni k.fiezz la..mungkin orang lain macam mr hubby k.fiezz tu, mesti nak diskaun walaupun tak banyak...so ni ada promosi untuk Huggies Ultra Pants untuk mak-mak yang ada anak kecik..boleh la grab sementara stok masih ada...nak laju-laju ke shopee tanpa perlu google..klik je link SHOPEE & banner kat atas ni...

Gift

Hadiah Giveaway Dah Sampai

09:54

Yeay hadiah hasil kemenangan Giveaway anjuran Mrs Pip bulan Februari lepas berjaya sampai kat tangan k.fiezz..Lepas 4x turun naik flight hadiah ni (Sabah - KL - Sabah - KL)..dan minggu lepas, barang selamat di terima ke tangan..kenapa sampai 4x turun naik flight, baca kat << Pos Hold Hadiah K.Fiezz >>..<<Jawapan Dari Pihak Pos Malaysia>>  learn from mistake jugak kat situ..first time dapat barang melalui Flexi Pack (gambar kat bawah ni)...Jadi tak tahu penggunaan alamat yang k.fiezz bagi pada Mrs Pip mula-mula tu, tak boleh..

Nasib la mrs pip sent out lagi sekali hadiah ni..kalau orang lain malas nak buat kerja 2x..haha..dah 2x kos jugak disitu..Allah..sorry again Mrs Pip...Moga murah rezeki selalu...


www.fiezasani.xyz

Yang kali ni k.fiezz guna alamat pejabat walaupun ada arahan barang melalui pos laju untuk personal item tak dibenarkan..tapi dah tak ada alamat lain, k.fiezz guna je la alamat pejabat..tunggu je pihak pos telefon suruh ambil kat pejabat dorang, k.fiezz #redha je la..nak buat camne..pejabat k.fiezz dah bagi arahan TAK TERIMA BARANG MELALUI POS UNTUK PERSONAL ITEM STAFF..

eh..sekali jumaat lepas, barang selamat diterima..wahhhh..ni sudah bagus...next time boleh guna alamat pejabat..hehe..k.fiezz rasa yang ni diterima sebab FlexiPack bawah Pos Malaysia...beza Pos Laju & Pos Malaysia...

www.fiezasani.xyz

Hadiah-hadiah untuk pemenang pilihan Mrs Pip iaitu K.fiezz
Wet Tissue, hair conditioner, Key Chain, Luggage Tag, Kopi Tenom (Sabah), Mask...

suka la u..terutama wet tissue tu..dh abis stok pun benornya..hehe..rezeki...kopi tue,kebetulan minggu lepas k.fiezz & Mr hubby balik kampung..so bagi kat Mak Mertua k.fiezz..

Btw, thank you Mrs Pip for the present..ai like...