Total Pageviews

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 6 - Fish Spa, Sabah Tea Farm dan Bunnies Garden

09:14

Ni aktiviti kitaorang hari pertama di Kundasang lepas ke Desa Dairy Farm..nak letak semua gambar kat entry tu, kang kemain berjela entry..so kita buat part by part la...Lepas ke Desa Dairy Farm, kitaorang ke Fish Spa untuk ikan gigit2 manja kat kaki korang..

FISH SPA

Kat sini, bayaran tiket masuk RM5 / untuk dewasa & RM3 / untuk kanak-kanak...dan tiket ni korang kena simpan yea sebab nanti nak masuk ke tempat fish spa ni, kena tunjuk tiket..dan ada peruntukan masa bagi setiap kumpulan yang datang, hanya 15 minit sahaja..kalau korang buat-buat terlupa ke apa, jangan risau..nanti dorang akan buat pengumuman kumpulan mana yang dah tamat masa untuk berada dalam ni..haha...

Best ke Fish Spa ni?

Best benornya tapi tapi kakak fiezz ko ni memang dasar penakut sangat...cuba juga nak ikan gigit-gigit manja kaki tapi baru ikan nak datang, larikkk..haha..acane ikan nak gigit kaki...

mr hubby & yang lain-lain berani..kak fiezz ni je dasar penakut...mr hubby tunjuk gak kat tumit kaki dia lepas fish spa ni, kemain licin kat situ...sabar je la...kak fiezz, jenjalan sesambil bergambar je la kat tepian sungai..dah penakut sangat kan...

www.fiezasani.xyz

masa ni dah nak habis tempoh 15 minit..so kita bergambar la lepas sesi fish spa...


www.fiezasani.xyz

kat mana fish spa?sini hah...


www.fiezasani.xyz

Mr hubby & adik dia..kemain suka ikan gigit2 manja kat kaki...k.fiezz yang geli..
ikan besor-besor tau dak..tue yang takut...

www.fiezasani.xyz

Bagi ikan makan nanti ikan2 ni akan datang kat tempat kita berdiri tu..masa ni la ikan-ikan ni akan gigit manja kaki kita...Makanan ikan ada dijual kat sini..RM1 / sepeket...

www.fiezasani.xyz

Sila zoom in..percubaan k.fiezz untuk digigit2 manja ikan tapi tak berjaya..menjerit je lebih..hehe

www.fiezasani.xyz

Dah penakut sangat..duk je la kat tepi amik gambar ngan 'ikan besar' ni..haha

Cukup 15 minit dalam ni, kitaorang keluar...

Ke mana plak kita ney?

Sini hah pulak...

SABAH TEA FARM


Teh Cameron biasa dah kita minum..tak ada hal nak naik Cameron bebila masa..ni kita pi sabah, cuba rasa teh sabah pulak..sedap ke idak?apa beza teh sabah & cameron?jom kita cuba..


Mercu tanda Ranau, bandar teh sabah


www.fiezasani.xyz

Hoverr nau pompuan ni..sila abaikan pose yang hagakk hover di situ...hehe

Lokasi restoran/cafe ni macam kat Cameron juga..Sesambil kita minum teh sabah..kita boleh cuci mata dengan pandangan hijau yang terbentang luas depan mata..nak lagi cun, cari la tempat duduk yang boleh nampak view yang cantik ni..macam k.fiezz & family, duduk agak ketengah sikit..Ramai gak orang kat sini walaupun bukan musim cuti sekolah..lagi satu kat sini ada anjing tau..so hati-hati...

ada seekor anjing hitam masa kitaorang on the way ke van, duk ikut je dari belakang sebab kitaorang tunggu adik ipar yang pi amik gambar kat satu port area sini yang cantik..so sementara menunggu adik ipar sebab kunci van kat dia, anjing tu duk berlegar-legar la kat kitaorang yang menunggu tu..cuak gak weiii..sebab sebelum tu mr hubby bitau ada budak kena kejar anjing kat situ..k.fiezz tak pasan sebab dalam kedai tengah beli teh sabah...


www,fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Masa kat sini, kitaorang decide amik set Sabah Tea + Vanilla untuk 10 orang minum..Teh sabah (sejuk)...so camne rasa dia..hat ni rasa kelat-kelat sikit..plus ada rasa vanilla..but okay la rasa dia..just nice...untuk tekak k.fiezz ni, boleh je lalu air ni...

www.fiezasani.xyz

Kot nak rasa teh mengikut perasa yang berlainan, boleh amik yang ni...

www.fiezasani.xyz

Harga minuman di sini..

www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz

Laparrr..ada dijual makanan kat sini..makan plus dihidangkan dengan air teh sabah..tengok plak view mengadap ladang teh macam kat cameron highland tu, layannn...

www.fiezasani.xyz

port bergambar..I Love Sabah Tea...yes, i do..hehe

www.fiezasani.xyz

Teko cinta namanya..fefeling sangat dua orang ni...

oo..lupa plak, kat Sabah Farm Tea ni ada kedai untuk beli teh sabah..masa k.fiezz ke sini, ada sales 1 kotak (5 uncang teh) - RM2..sesuai la nak bagi cenderahati kat kawan-kawan atau sedara-mara...selain dari yang ni, ada lagi yang lain...nak 20 pcs, 40 pcs uncang..ada je uolls...kopi sabah tenom pun ada..murah gak..

Gambar dalam kedai, k.fiezz lupa plak nak snap...

Next..ke mana pulak...

Taman Arnab..

Kat sini, k.fiezz tak masuk tau..duk dalam van..cuma adik2 ipar, biras & anak buah k.fiezz je masuk...yang lain, tunggu dalam van..tengah panas lit lit masa ni...

nak masuk kat sini ada bayaran jugak..kalau tak silap RM3-5/ seorang untuk dewasa..kanak-kanak, tak ingat, tapi bawah dari dewasa punya rate harga...mur mur je la citer dia.

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Boleh main-main dengan arnab kat sini...tengok la tu kemain mesra anak buah k.fiezz & arnab..

tempat ni, kata adik ipar k.fiezz baru di buka..ada satu lagi yang besar tapi jauh sikit dari sini..yang kitaorang masuk ni tak jauh dari fish spa & sabah tea farm...

BERJALAN MEMENATKAN TAPI BEST

overall aktiviti hari pertama yang agak memenatkan tapi best..bukan selalu cuti-cuti ke sini, yea dak...so kita pulun berjalan...walaupun mr hubby k.fiezz tak sihat masa ni..adeh..kena bagi vitamin C lebih ni kat mr hubby...haha

You Might Also Like

3 Comment

  1. ye setuju...berjalan memang memenatkan..SA ni dah 2 hari kepenatan...masih tak hilang penat tu...

    ReplyDelete
  2. Kagum dgn gambar guna drone tu .. Drone kan ... Bilalah nak beli drone pula ..

    ReplyDelete
  3. bestnya. bila la dapat pergi sabah ni. boleh singgah tea farm tu.

    ReplyDelete