Total Pageviews

Dapur FiezaSani - MiLidi Goreng

10:30

Stop jap citer cuti-cuti K.Kinabalu Kami Terjah..tak edit gambor lagi untuk letak watermark..so kita story pasal dapur fiezasani..lama tak share resipi yang k.fiezz masak..Cuma resipi yang ni, k.fiezz tak amik kat mana-mana..main campak-campak je ikut hati..haha..

MILIDI P.TIMUR

Milidi ni kawan pejabat k.fiezz yang bagi citernya..dia balik kampung kat P.Timur, tu dia beli milidi ni..kata dia kat P.Timur je ada milidi ni..tempat lain tak ada..masa dia tanya k.fiezz penah makan tak?k.fiezz pun ingat-ingat lupa..k.fiezz cakap pernah..haha..konfiden je..pas tu dia bitau, milidi ni kat area p.timur je ada...citernya dia tanya dulu sebab dia ingat k.fiezz tak makan..eh, k.fiezz ni apa yang tak makan..semua pun boleh..cuma badan je tetap maintain..acane orang tak jeles..haha..

Berbalik pada citer milidi ni..dah kawan bagi, takkan nak tengok je yea tak?apa lagi..kita masak la..

RESIPI MILIDI GORENG 


www.fiezasani.xyz

Bahan-Bahan :

  • Milidi (harus la kan, bahan utama)
  • Bawang Merah (Kisar)
  • Bawang Putih (kisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit kicap (k.fiezz kicap manis)
  • 1 @ 2 sudu besar cili kisar(ikut la tahap kepedasan memasing)
  • Garam
  • Minyak 
  • Sayur (k.fiezz guna sayur sawi)
  • Udang 
  • Telur


Cara Masak :

  • Masak air dalam periuk & tunggu hingga mendidih, baru masukkan milidi..biarkan sampai lembut.
  • Dah siap, toskan & biar seketika..
  • Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga naik bau. Masukkan 1 sudu besar sos tiram..kacau-kacau sekata..
  • Diikuti dengan udang..Kacau & biarkan seketika sehingga udang masak.  Letakkan garam sikit..
  • Lepas tu masukkan telur,kacau-kacau macam buat scrambled egg..Telur dah masak, baru masukkan sayur.
  • Dan kemudian baru masukkan milidi yg dah ditos tadi. Campur kicap sikit..Gaul sekata..Kalau semua dah okey, rasa pun okey...
  • MILIDI goreng is done..

SEDAP TAK?

Ikut deria rasa k.fiezz ni sedap je..tapi mr hubby, besa la dia kalau first time makan menda yang baru, dia rasa pelik..hat ni dia kata rasa kapur kuat...hmmm..gewam je tau..setahu k.fiezz kalau mee basah tu, tau la rasa kapur dia kuat..hat ni macam spaghetti kot..

dia memang, kalau menda makanan yang first time makan, memang dia rasa pelik kat lidah..but sokay la..untuk k.fiezz sedap je..haha..tapi kalau nak masak lagi, kena tunggu ada orang datang umah baru masak..ada lagi 1 peket setengah tu..dah mr hubby tak suka, masak time kitaorang je kat umah, jenuh k.fiezz nak perabiskan sensorang...

You Might Also Like

10 Comment

  1. ingatkan spageti tadi.. tapi mee kuning.
    meeeh lee kasi kite sikit keke.. next time nak terjah ketuk rumah =D

    ReplyDelete
  2. Milidi ni selalu nampak org masak...
    Tak pernah cuba lagi masak..

    ReplyDelete
  3. Pernah makan mee lidi ni masa kat universiti dulu. Member bawak mee lidi tu, kami masak kat bilik hihi

    ReplyDelete
  4. 1st time nampak milidi ni..

    ReplyDelete
  5. milidi. ermm menarik betul

    ReplyDelete
  6. Suka mee lidi...tapi renyah skit nak masak kan...kena celur dulu...SA part ni mmg malas...part masak rajin..wakakaka

    ReplyDelete
  7. wahhh nampak sedap je.. kita nak try jugak lah masak milidi ni..

    ReplyDelete
  8. wahhh nampak sedappp jer.dah lama tak makan mee

    ReplyDelete