Total Pageviews

complaint

Poslaju Hold Hadiah Giveaway K.fiezz

22:23

Bulan lepas k.fiezz ada menang satu Giveaway..Terpilih sebagai pemenang pilihan Giveaway Mrs Pip..hadiah dia menarik..beauty product kalau tak silap k.fiezz..dah berangan dapat hadiah tu tau..tapi tapi...hadiah tersadai kat pejabat pos..huhu..Mrs pip pos hadiah tu masa k.fiezz on the way balik ke KL lepas 6 Hari cuti-cuti kat Kota Kinabalu, Sabah..

Masa mrs pip bagitau hadiah dah pos, seronok laaa k.fiezz ni, hah..barang kecantikan, mesti la k.fiezz suka..dah berangan-angan nak unbox bagai tau..

GUNA ALAMAT EZIBOX

Memandangkan k.fiezz & mr hubby dedua keja, so tak ada orang kat rumah..k.fiezz guna alamat Ezibox Jln Klang Lama untuk self collect..Selalunya memang k.fiezz guna alamat ni untuk PR hantar barang review atau k.fiezz beli online, barang alhamdulillah sampai je takat ni..tak ada masalah...

Ni kat bawah, barang yang k.fiezz beli kat shopee pada 13 Mac 2019..dan semalam (20.3.2019), barang dah diterima..18hb Mac, Pos dah sorting masuk barang dalam Ezibox untuk self collect..tapi semalam baru mr hubby baru pi amik..sebab k.fiezz saja tunggu, ingatkan hadiah ni pun dalam proses untuk collect kat Ezibox lepas k.fiezz buat aduan kat Pos pada 18 Mac 2019. Ingatkan dorang response cepat...tapi lepas tengok 19hb Mac, hadiah k.fiezz tunggu tu dalam proses nak dihantar semula ke Sabah (sender), tu yang semalam la baru mr hubby pi amik barang.k.fiezz beli online ni kat ezibox jln klang lama..

adeh..apa la masalah pejabat pos jalan klang lama ni..alamat yang sama kot..macamana satu sampai, satu lagi dorang pi return kat HQ utk hantar semula ke sender...huhu

www.fiezasani.xyz

Barang k.fiezz beli secara online di Shopee..Selamat diterima semalam...alhamdulillah

Bawah ni, kronologi tracking untuk hadiah yang k.fiezz dapat dari Mrs Pip..baper hari tersadai kat pejabat pos..kalau korang tengok kat bawah ni, dari 12hb sampai 18hb Mac, barang tersadai kat pejabat pos jalan klang lama...k.fiezz tunggu je dapat mesej dari pihak pos untuk self collect hadiah ni kat peti Ezibox..sekali harapannn je la...18hb k.fiezz report..19hb, barang dah hantar ke HQ dorang untuk proses return to sender...speechless nak komen...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

so k.fiezz guna medium twitter untuk buat aduan..sebelum tu memang k.fiezz dah isi form aduan secara online...saja buat aduan kat twitter so at least dorang alert sikit...tapi proses akan ambil masa 3 hari bermula semalam..sebab semalam baru pihak pos inform thru e-mail...

Huhu.. Harini k.fiezz check, hadiah ni dah ada kat Kota Kinabalu semula.. Kalau dorang x de amik tindakan apa2, mmg brg ni akan dapat balik kat mrs pip.. Adeh.. 

So kita tunggu dan lihat la tindakan dari pihak pos.. Ada di ambil tindakan ke tidak? Sbb k.fiezz request brg ni hntr semula pd k.fiezz.. 

Guna Medium Twitter 

Korang kalau ada masalah dengan brg yg di hantar guna pos laju tak diterima atau apa2 masalah lain, cuba la medium twitter untuk report.. Sebelum kes yg ni ada gak beberapa kali k. Fiezz guna twitter buat aduan.. Alhamdullilah kes selesai & k.fiezz berjaya dapat brg... 

birthday

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 7 - Celebrate Birthday dan Lawan Main Game

09:31

Kitaorg ke KK ni sempena nak sambut bday dak kecik ni, hah..birthday dia 3 Mac 2019 yang ke-6 tahun..Memang kitaorang selalu buat family day masa birthday Arip ni..Maklum la cucu tunggal kesayangan mak intan (mak mertua k.fiezz) buat masa ni..tak ada sepupu lagi..hehe...Moga nanti mak long & cik eika bagi sepupu kat Arip, k ;)..hehe...

Happy birthday Arif yang ke-6 tahun..Mak long doakan moga membesar menjadi anak yang baik, bijak, mendengar kata mak & abah, bertanggungjawab dan semua yang baik-baik untuk Arif...


www.fiezasani.xyz

Hadiah dari pak long (mr hubby)...gigih cari hadiah dia kat area Pekan Ranau...Ranau meriah sikit dari Kundasang...

so malam first kitaorang kat Kundasang, sambut birhday Arif dengan BBQ..kek tak ada..Pekan Kundasang kecik je..tak ada kedai jual kek..kita makan ayam je la...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Tukang bakar - Cik Cham & Cik Eika...

Malam kedua di Kundasang, kitaorang (k.fiezz & mr hubby) anjurkan game suka-suka..tapiii walaupun suka-suka ada hadiah tau..

Game dia - mencari perbezaan dalam gambar..tapi bukan buat kat dalam buku..hat ni kita guna secara elektronik..mr hubby ada bawak menda nya so cucuk je kat TV..kelengkapan mainan pun mr hubby bawak..gigih tak?gigih sangat tau..k.fiezz pun tak tau..nasib mendanya kecik je...

Game ni main secara berpasangan..kecuali k.fiezz & mr hubby tak main la..penganjur kan..

so peserta-peserta adalah - 
  • Dak Lang & Shikin
  • Ita & Iwan
  • Cham & Eika
  • Mama & Ngah

Kiraan markah - ikut paling tertinggi yang jadi juara..

www.fiezasani.xyz

Suami tandakan kat mana perbezaan & isteri bantu cari secara dekat dan beritahu kat suami..Kdg dari jauh tak perasan sangat..so kat sini la fungsi isteri..kena kerjasama la konsep dia...

www.fiezasani.xyz

Mak mertua k.fiezz berpasangan dengan adik ipar k.fiezz yang no.2..

www.fiezasani.xyz

Kiraan markah mengikut jumlah terkumpul...yang paling tinggi, juaraaa

www.fiezasani.xyz

dan juara jatuh pada Mak Abah Arip..Naib Juara - adik k.fiezz & isteri...yeayyy

www.fiezasani.xyz

Dengan sponsor hadiah..sapa lagi, mr hubby...

www.fiezasani.xyz

Hadiah-hadiah untuk Juara, N.Juara & Saguhati..Senang citer semua dapat la hadiah..
Yang Juara tu, hadiah dia lawooo..k.fiezz lupa nak snap gambar kat kedai sebelum balut...Hadiah yang juara tu set mug Starbuck..siap dengan cover + sudu...

Overall game yang simple tapi sesuai untuk semua..family day kena la ada bonding time so ni kira disamping main game, kita mesra-mesra gitu..gelak-gelak sebab nak cari perbezaan tu pun kelakar pun ada..menda depan mata tapi tak pasan..tak ke nak gelak nengok...

vacation

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 6 - Fish Spa, Sabah Tea Farm dan Bunnies Garden

09:14

Ni aktiviti kitaorang hari pertama di Kundasang lepas ke Desa Dairy Farm..nak letak semua gambar kat entry tu, kang kemain berjela entry..so kita buat part by part la...Lepas ke Desa Dairy Farm, kitaorang ke Fish Spa untuk ikan gigit2 manja kat kaki korang..

FISH SPA

Kat sini, bayaran tiket masuk RM5 / untuk dewasa & RM3 / untuk kanak-kanak...dan tiket ni korang kena simpan yea sebab nanti nak masuk ke tempat fish spa ni, kena tunjuk tiket..dan ada peruntukan masa bagi setiap kumpulan yang datang, hanya 15 minit sahaja..kalau korang buat-buat terlupa ke apa, jangan risau..nanti dorang akan buat pengumuman kumpulan mana yang dah tamat masa untuk berada dalam ni..haha...

Best ke Fish Spa ni?

Best benornya tapi tapi kakak fiezz ko ni memang dasar penakut sangat...cuba juga nak ikan gigit-gigit manja kaki tapi baru ikan nak datang, larikkk..haha..acane ikan nak gigit kaki...

mr hubby & yang lain-lain berani..kak fiezz ni je dasar penakut...mr hubby tunjuk gak kat tumit kaki dia lepas fish spa ni, kemain licin kat situ...sabar je la...kak fiezz, jenjalan sesambil bergambar je la kat tepian sungai..dah penakut sangat kan...

www.fiezasani.xyz

masa ni dah nak habis tempoh 15 minit..so kita bergambar la lepas sesi fish spa...


www.fiezasani.xyz

kat mana fish spa?sini hah...


www.fiezasani.xyz

Mr hubby & adik dia..kemain suka ikan gigit2 manja kat kaki...k.fiezz yang geli..
ikan besor-besor tau dak..tue yang takut...

www.fiezasani.xyz

Bagi ikan makan nanti ikan2 ni akan datang kat tempat kita berdiri tu..masa ni la ikan-ikan ni akan gigit manja kaki kita...Makanan ikan ada dijual kat sini..RM1 / sepeket...

www.fiezasani.xyz

Sila zoom in..percubaan k.fiezz untuk digigit2 manja ikan tapi tak berjaya..menjerit je lebih..hehe

www.fiezasani.xyz

Dah penakut sangat..duk je la kat tepi amik gambar ngan 'ikan besar' ni..haha

Cukup 15 minit dalam ni, kitaorang keluar...

Ke mana plak kita ney?

Sini hah pulak...

SABAH TEA FARM


Teh Cameron biasa dah kita minum..tak ada hal nak naik Cameron bebila masa..ni kita pi sabah, cuba rasa teh sabah pulak..sedap ke idak?apa beza teh sabah & cameron?jom kita cuba..


Mercu tanda Ranau, bandar teh sabah


www.fiezasani.xyz

Hoverr nau pompuan ni..sila abaikan pose yang hagakk hover di situ...hehe

Lokasi restoran/cafe ni macam kat Cameron juga..Sesambil kita minum teh sabah..kita boleh cuci mata dengan pandangan hijau yang terbentang luas depan mata..nak lagi cun, cari la tempat duduk yang boleh nampak view yang cantik ni..macam k.fiezz & family, duduk agak ketengah sikit..Ramai gak orang kat sini walaupun bukan musim cuti sekolah..lagi satu kat sini ada anjing tau..so hati-hati...

ada seekor anjing hitam masa kitaorang on the way ke van, duk ikut je dari belakang sebab kitaorang tunggu adik ipar yang pi amik gambar kat satu port area sini yang cantik..so sementara menunggu adik ipar sebab kunci van kat dia, anjing tu duk berlegar-legar la kat kitaorang yang menunggu tu..cuak gak weiii..sebab sebelum tu mr hubby bitau ada budak kena kejar anjing kat situ..k.fiezz tak pasan sebab dalam kedai tengah beli teh sabah...


www,fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Masa kat sini, kitaorang decide amik set Sabah Tea + Vanilla untuk 10 orang minum..Teh sabah (sejuk)...so camne rasa dia..hat ni rasa kelat-kelat sikit..plus ada rasa vanilla..but okay la rasa dia..just nice...untuk tekak k.fiezz ni, boleh je lalu air ni...

www.fiezasani.xyz

Kot nak rasa teh mengikut perasa yang berlainan, boleh amik yang ni...

www.fiezasani.xyz

Harga minuman di sini..

www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz

Laparrr..ada dijual makanan kat sini..makan plus dihidangkan dengan air teh sabah..tengok plak view mengadap ladang teh macam kat cameron highland tu, layannn...

www.fiezasani.xyz

port bergambar..I Love Sabah Tea...yes, i do..hehe

www.fiezasani.xyz

Teko cinta namanya..fefeling sangat dua orang ni...

oo..lupa plak, kat Sabah Farm Tea ni ada kedai untuk beli teh sabah..masa k.fiezz ke sini, ada sales 1 kotak (5 uncang teh) - RM2..sesuai la nak bagi cenderahati kat kawan-kawan atau sedara-mara...selain dari yang ni, ada lagi yang lain...nak 20 pcs, 40 pcs uncang..ada je uolls...kopi sabah tenom pun ada..murah gak..

Gambar dalam kedai, k.fiezz lupa plak nak snap...

Next..ke mana pulak...

Taman Arnab..

Kat sini, k.fiezz tak masuk tau..duk dalam van..cuma adik2 ipar, biras & anak buah k.fiezz je masuk...yang lain, tunggu dalam van..tengah panas lit lit masa ni...

nak masuk kat sini ada bayaran jugak..kalau tak silap RM3-5/ seorang untuk dewasa..kanak-kanak, tak ingat, tapi bawah dari dewasa punya rate harga...mur mur je la citer dia.

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Boleh main-main dengan arnab kat sini...tengok la tu kemain mesra anak buah k.fiezz & arnab..

tempat ni, kata adik ipar k.fiezz baru di buka..ada satu lagi yang besar tapi jauh sikit dari sini..yang kitaorang masuk ni tak jauh dari fish spa & sabah tea farm...

BERJALAN MEMENATKAN TAPI BEST

overall aktiviti hari pertama yang agak memenatkan tapi best..bukan selalu cuti-cuti ke sini, yea dak...so kita pulun berjalan...walaupun mr hubby k.fiezz tak sihat masa ni..adeh..kena bagi vitamin C lebih ni kat mr hubby...haha

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - MiLidi Goreng

10:30

Stop jap citer cuti-cuti K.Kinabalu Kami Terjah..tak edit gambor lagi untuk letak watermark..so kita story pasal dapur fiezasani..lama tak share resipi yang k.fiezz masak..Cuma resipi yang ni, k.fiezz tak amik kat mana-mana..main campak-campak je ikut hati..haha..

MILIDI P.TIMUR

Milidi ni kawan pejabat k.fiezz yang bagi citernya..dia balik kampung kat P.Timur, tu dia beli milidi ni..kata dia kat P.Timur je ada milidi ni..tempat lain tak ada..masa dia tanya k.fiezz penah makan tak?k.fiezz pun ingat-ingat lupa..k.fiezz cakap pernah..haha..konfiden je..pas tu dia bitau, milidi ni kat area p.timur je ada...citernya dia tanya dulu sebab dia ingat k.fiezz tak makan..eh, k.fiezz ni apa yang tak makan..semua pun boleh..cuma badan je tetap maintain..acane orang tak jeles..haha..

Berbalik pada citer milidi ni..dah kawan bagi, takkan nak tengok je yea tak?apa lagi..kita masak la..

RESIPI MILIDI GORENG 


www.fiezasani.xyz

Bahan-Bahan :

  • Milidi (harus la kan, bahan utama)
  • Bawang Merah (Kisar)
  • Bawang Putih (kisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit kicap (k.fiezz kicap manis)
  • 1 @ 2 sudu besar cili kisar(ikut la tahap kepedasan memasing)
  • Garam
  • Minyak 
  • Sayur (k.fiezz guna sayur sawi)
  • Udang 
  • Telur


Cara Masak :

  • Masak air dalam periuk & tunggu hingga mendidih, baru masukkan milidi..biarkan sampai lembut.
  • Dah siap, toskan & biar seketika..
  • Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga naik bau. Masukkan 1 sudu besar sos tiram..kacau-kacau sekata..
  • Diikuti dengan udang..Kacau & biarkan seketika sehingga udang masak.  Letakkan garam sikit..
  • Lepas tu masukkan telur,kacau-kacau macam buat scrambled egg..Telur dah masak, baru masukkan sayur.
  • Dan kemudian baru masukkan milidi yg dah ditos tadi. Campur kicap sikit..Gaul sekata..Kalau semua dah okey, rasa pun okey...
  • MILIDI goreng is done..

SEDAP TAK?

Ikut deria rasa k.fiezz ni sedap je..tapi mr hubby, besa la dia kalau first time makan menda yang baru, dia rasa pelik..hat ni dia kata rasa kapur kuat...hmmm..gewam je tau..setahu k.fiezz kalau mee basah tu, tau la rasa kapur dia kuat..hat ni macam spaghetti kot..

dia memang, kalau menda makanan yang first time makan, memang dia rasa pelik kat lidah..but sokay la..untuk k.fiezz sedap je..haha..tapi kalau nak masak lagi, kena tunggu ada orang datang umah baru masak..ada lagi 1 peket setengah tu..dah mr hubby tak suka, masak time kitaorang je kat umah, jenuh k.fiezz nak perabiskan sensorang...

Giveaway

Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

15:40

Joint Giveaway Mrs Pip bersama sponsor plak..hehe..Bulan lepas masuk Giveaway Mrs Pip, k.fiezz terpilih jadi pemenang pilihan mrs pip sebab selalu datang singgah komen kat blog..so kita cuba yang ni plak..mana tau rezeki lagi..kan..hehe..

nak joint, klik banner kat bawah ni...



Syarat-syarat dia tak susah pun..senang je...

antaranya...

Follow IG Sponsor..


Saya follow..

Dah selesai ikut semua syarat..siap..tunggu je announce pemenang..mana tau rezeki..


vacation

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 5 - Desa Dairy Farm

08:30

Meh sambung citer cuti-cuti k.fiezz & family ke Kota Kinabalu, Sabah..Entry sebelum ni k.fiezz cerita pasal >> Pekan Nabalu Dan Homestay Di Kundasang..So untuk hari pertama di Kundasang, kitaorang ke Desa Dairy Farm..tempat wajib singgah ni kalau datang ke Kundasang...sebab nak tengok view ala-ala New Zealand gituuu..dengan lembu-lembu dia tu..Semua duk citer pasal tarikan kat sini sebab view dia macam di New Zealand..tu yang ramai orang kalau bercuti ke Kundasang ni mesti masukkan dalam itinerary, melawat Desa Dairy Farm...

Harga Tiket masuk ke Desa Dairy Farm

Nak masuk ke sini ada bayaran dikenakan... walaupun korang datang satu van, tetap kena bayar ikut baper orang yang ada dalam van tu..RM5 untuk seorang dewasa..RM3 untuk kanak-kanak.. so setiap orang dalam van kena bayar harga tiket..

Datang Awal Kalau Nak Clear View Gunung Kinabalu

Satu lagi kalau nak nampak view Gunung Kinabalu yang clear, kena datang awal pagi kat sini..seawal 7.30pagi macam tu..Kalau atas pukul 9pagi, dah dilitupi kabus..tak baper nampak puncak G.Kinabalu..

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Pekan Kundasang waktu pagi...cantik kannn..clear nampak view G.Kinabalu..

www.fiezasani.xyz

Cantik tak?fefeling cover drama je..haha

www.fiezasani.xyz

Lembu Kundasang...

www.fiezasani.xyz

Nak merasa susu lembu fresh atau ais krim yogurt boleh masuk kat sini..harga okey la affordable...

www.fiezasani.xyz

Ais Krim Gelato Yogurt...harga RM5 lebih kurang..tak ingat exact harga...tapi lebih kurang tu la..faktor usia sungguh k.fiezz ni..padahal baru je bercuti kat sana..dah lupa..hehe..dan kalau nak tambah flavour, add on RM1.00..masa k.fiezz ke sini ada 2 perasa - strawberry & passion fruit...

www.fiezasani.xyz
kalau lapar, Pizza pun ada gak...

Bagi Anak Lembu/Kambing Minum Susu & Makan Rumput

Kat sini kalau nak anak-anak merasa pengalaman bagi minum susu atau makan rumput pada anak-anak lembu dan kambing..no worry, anak-anak lembu dan kambing kat sini pun mesraa..tak takut pun..haha..padahal k.fiezz tangkap gambar pun amik pose jauh dari anak lembu..

www.fiezasani.xyz

Tempat anak-anak lembu dan kambing


www.fiezasani.xyz

Ni anak buah k.fiezz bagi anak lembu minum susu...habis je beli lagi..tue mak dia cakap, arip datang sini kenyang anak-anak lembu ni sebab asik minum susu..haha

www.fiezasani.xyz

Bagi kambing plak makan rumput..

www.fiezasani.xyz

harga untuk bagi susu atau makan rumput..mur mur je...

Ni tempat Lembu-lembu dewasa

www.fiezasani.xyz

Okey, ni kat tempat lembu-lembu dewasa pulak..helokkk k.fiezz snap video untuk IG story, ada seekor lembu pi melepas plak..sabar je la...haha

www.fiezasani.xyz

Dah habis lawatan tengok lembu dan kambing, kita take five kat depan ni sesambil makan aiskrim yogurt...Masa ni adik ipar k.fiezz guna drone untuk ambil video dan gambar..tapi upenya kat sini tak boleh guna drone sebab tak ada sebarang notis diletakkan kat area sini...mana la kita nak tau..so korang take note yea kat sini X DIBENARKAN GUNA DRONE..

www.fiezasani.xyz

Aiskrim Gelato Yogurt perasa passion fruit..sedap gak..

www.fiezasani.xyz

Kena la amik gambar kat sini kan..

Best tak datang sini?

Untuk k.fiezz, best...korang kalau dah sampai kat Kundasang, wajib singgah ke sini..dengan cuaca dia awal pagi sejuk,suasana dia memang fefeling oversea sangat...patut la lembu-lembu kat sini gemuk-gemuk..cuaca sejukkk..rumput pun fresh...

memang worth it sangat masuk ke Desa Dairy Farm ni..pas tu ada tarikan yang bagi pengalaman untuk anak-anak bagi minum susu dan makan rumput..memang okey sangat..sure anak-anak excited nak cuba macam anak buah k.fiezz tu..duk repeat bagi susu dan makan rumput kat anak-anak lembu dan kambing...


beauty

Base Make up With Sun Protection | Gold Nano CC Cream

16:00

K.fiezz ni walaupun suka mekap tapi kadang datang hari malas, alaaa malasnya nak mekap..nak tepek foundation la..buh loose powder,untuk tak nak bagi muka berminyak & mekap tahan lama..aduiii, malas tau kadang bila part ni..tapi sebab dah terbesa kalau keluar je mesti mekap..so mekap jugak la sesimple yang boleh...simple dari cara k.fiezz is no eyeshadow, no blusher, no eyeliner, no mascara..cuma foundation + loose powder je..buh lipstick..dah siap...

tapi tapi ni nak kongsi dengan korang..k.fiezz baru berkenalan dengan satu krim yang best sangat..sebab apa best, dia boleh jadi makeup base / primer make up kita which is tak payah nak guna foundation bagai, apply je krim ni & tadaaa siap..dah boleh keluar dengan senang hati..Dah la ada Sun protection pas tu  berfungsi melembapkan + natural glowing effect + seimbangkan skin tone kita...semua dalam satu krim..tue la k.fiezz cakap best...

krim apa la yeak agaknya ni?hehe..mesti tertanya-tanya kan..

GOLD NANO CC CREAM

tadaaaa...Gold Nano CC Cream..keluaran dari Hansaegee Nature..sebelum ni k.fiezz pernah share dengan korang pencuci dia iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser..yang ni krim dia plak k.fiezz nak kongsi dengan korang..krim siang yang boleh dijadikan base makeup..sesuai sangat untuk korang yang tak suka mekap berat..malas nak tonyoh banyak menda kat muka..Guna je GOLD NANO CC CREAM ni pun, dah cukup...

Gold Nano CC Cream ni camna sebenarnya?

Meh k.fiezz explain..

Gold Nano CC Cream ni, berfungsi seperti yang k.fiezz dah mention kat atas tadi & semuanya dalam satu krim sahaja..Dia berwarna putih tetapi bila kita sapu pada kulit, dia akan ikut ton kulit kita & bagi kesan kulit kita glowing secara natural..sesambil dia akan kekalkan kelembapan pada kulit sepanjang hari dan bagi mekap tahan lama..plus Gold Nano CC Cream ni juga anti-kedutan..dan macam k.fiezz cakap tadi dia ada perlindungan sinaran UV iaitu SPF50+ PA+++...dengan cuaca negara kita yang panas sekarang ni, memang kita perlu sangat pakai sunblock bagi mengelakkan masalah kulit..so dengan Gold Nano CC Cream ni, tak perlu nak guna krim sunblock pastu baru boleh mekap..Guna satu krim je, dah cukup..boleh jadi base make up + sunblock...nak keluar tanpa mekap pun boleh bila dah guna krim ni..

Jom tengok 3 bahan utama dalam GOLD NANO CC CREAM ni :

🌼 "Air Mineral" - Untuk memastikan pH kulit seimbang, memperkuat kedalaman menembusi kulit,  meningkatkan keanjalan kulit.

🌼 "Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract" - Melegakan kerengsaan kulit, Anti-bakteria, Melegakan masalah kulit.


🌼 "Nano Gold" - Mencegah kulit penuaan, menyekat radiasi infrared , anti-mikrob,  anti-oksidan yang tinggi.


Jom berkenalan dengan Gold CC Cream Nano Dengan Lebih Dekat

Bawah ni merupakan packaging baru untuk tahun 2019 & didatangkan dalam saiz 50ml...

Dalam bentuk tiub so tak ada masalah kebocoran atau krim boleh terkeluar dari botol dia...dan senang untuk dibawa ke mana-mana..

Tulisan dia menggunakan warna gold which is nampak mewah...setanding dengan fungsi dia yang pelbagai dalam satu bekas...

www.fiezasani.xyz

Mengandungi SPF 50+ PA +++
Nano Gold
Skin Tone Up
Anti-Wrinkle

www.fiezasani.xyz

Tekstur dia warna putih seperti dalam gambar ni...Setiap kali guna, pump 1-2 ikut kuantiti yang korang nak


Sapu secara perlahan pada kulit..

www.fiezasani.xyz

dan tadaaa..nampak tak, ikut skin ton kita...

www.fiezasani.xyz

Mekap dengan CC Cream & tanpa CC Cream.. 
tahan lama & warna lebih nampak sharp..Sesuai sangat jadikan base make up...
k.fiezz sendiri dah cuba, memang terbaikkk...

Macamana CC Cream Berfungsi

www.fiezasani.xyz

Okey, korang nampak tak partikel halus warna coklat dalam  krim CC yang k.fiezz letak atas kertas ni..Partikel coklat ni la yang akan tukarkan krim CC ni dari warna putih kepada skin tone kita bila apply krim ni kat muka...

www.fiezasani.xyz

Jadi bila dah blend out krim CC ni, tadaaa..dia berubah kepada warna coklat atau pinky2 ikut skin tone masing-masing...

Review K.fiezz Gold Nano CC Cream ni?

of course la suka weiii..kalau time malas nak mekap, guna ni je..senang...calit lipstik sikit..SIAP..nak keluar waktu t/hari lit lit pun tak ada hal..dah ada sun protection...eh..lupa plak nak bitau, krim ni selesa sangat bila dah apply kat muka..dia TAK MELEKIT &  TAK BERMINYAK..so rasa ringan je kat muka..macam tak pakai apa..padahal dah ada tepek si Gold Nano CC Cream ni...so fall in love tau dengan Nano Gold CC Cream ni... Love it..Uolls tak mau fall in love jugak ke dengan Gold Nano CC Cream ni...

Untuk k.fiezz sesuai sangat krim ni untuk korang pencinta mekap macam k.fiezz ni yang kadang datang mood malas nak mekap..boleh guna Gold Nano CC Cream ni je...


Meh k.fiezz tunjuk cara ringkas gunakan Gold Nano CC Cream


Hasilnya sebelum & selepas..ada beza tak?lepas ni malas-malas nak mekap heavy, guna ni je..


www.fiezasani.xyz


Lebih lanjut pasal Gold Nano CC Cream >> hansaegee.com