Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Sotong Masak Kicap Pedas

11:24

K.fiezz pernah share resipi yang sama sebelum ni kat sini..tapi resipi sotong masak kicap pedas yang kat entry ni, k.fiezz dapat dari Instagram pulak..hehe..advance sikit..skrg kan semua IG..kebetulan ternampak ada someone sharing resipi ni, tertarik k.fiezz nak cuba sebab macam simple je cara dia..

bahan-bahan pulak kebetulan semua ada kat dapur..baru restock barang dapur..jadi penuh lagi la kat dapur k.fiezz tu..

meh kita cuba..

SOTONG MASAK KICAP PEDAS resipi dari Instagram 

Kredit resipi dari IG @Lynnmikael08

Bahan-Bahan : 

Sotong (kuantiti terpulang)
Bawang Merah, Bawang Putih, Halia (potong kecil-kecil)
Serai (Diketuk)
1 Sudu Cili Kering (dikisar) - ikut pada tahap kepedasan memasing
Ubi Kentang (Goreng dulu)
Cili Api (Potong kecil)
Sos Tiram
Kicap Pekat @ Karamel Masakan
Kicap Cair

www.fiezasani.xyz

Cara masak :


  • Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih dan halia..Serta serai.
  • Dah naik bau, masukkan cili kering kisar..masak sekejap..
  • Masukkan sotong..Diikuti sos tiram, kicap pekat @ karamel masakan dan kicap cair.
  • Dah masak, masukkan ubi kentang yang dah di goreng tadi..Kacau-kacau bagi sekata dan taburkan cili api yang dah dihiris.
  • SIAP..boleh letak daun bawang untuk hiasan..optional untuk hiasan...
SELAMAT MENCUBA...

You Might Also Like

5 Comment

  1. Menghairahkan la gambar tu..mana plak SA nak cari sotong nak masak macam ni..sure kedai or kat pasaraya takde ni sotong fresh

    ReplyDelete
  2. makan dengan nasi pepanas ni, perggggggggghhhhhhh bertambah ni kak

    ReplyDelete
  3. Fuiyo, ni baca resepi saja dah mcm dpt rasa sedapppppp....adeh, jom kita berjiran , boleh mrs pip tumpang makan .. Hehr.

    ReplyDelete
  4. wahh sedap ni..lama xmkn sotong...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Dahlah memang tengah terbayang sotong masak ketupat.

    ReplyDelete