Total Pageviews

Asmak HairCare Bantu Kurangkan Kelemumur Dan Rambut Gugur

14:32

Perempuan & rambut ni bff sgt.. X kira la bertudung ke, free hair ke?bila sebut pasal rambut ni, memang kita kaum pompuan ni concern lebih..

Macam2 masalah kalau citer pasal rambut ni.. Tipu la kalau tak ada masalah kelemumur, rambut bau kepam (terutama yg bertudung) sbb rambut tak cukup udara untuk bernafas bagi mengelakkan berbau, rambut bercabang, gatal kulit kepala & lain-lain masalah rambut..

Macam k.fiezz sendiri ada masalah rambut kelemumur, gugur, gatal kulit kepala, uban, frizzy & kasar..so ada la beberapa tips dari internet yang k.fiezz pernah baca pasal penjagaan rambut ni...Antaranya kalau basuh rambut, elakkan guna air panas sebab air panas menyebabkan rambut kita cepat gugur & merosakkan akar rambut..

Penjagaan Rambut 

Selain dari mengelakkan penggunaan air panas untuk basuh rambut, kat bawah ni ada beberapa cara  lagi penjagaan rambut utk yg bertudung ataupun tidak bertudung bagi mengelakkan rambut berbau, berkelemumur, kulit kepala gatal, bercabang & lain-lain masalah yang berkaitan rambut.. 

❤️ Sekiranya bertudung, pastikan rambut dalam keadaan kering sebelum memakai tudung. 
❤️ Jangan ikat rambut kalau rambut masih basah. 
**kat rumah biasanya, k.fiezz biarkan rambut lepas & kering sendiri walaupun amik masa sebab rambut k.fiezz jenis lebat & tebal**..
❤️ Yg bertudung selalu tukar anak tudung korang. 
❤️ Elakkan guna minyak zaitun atau apa2 minyak yg menyebabkan rambut berminyak dan berbau. **k.fiezz jarang guna minyak sebab jenis tak tahan..kepala sakit kalau terpakai minyak yang tak sesuai tapi masalahnya rambut k.fiezz kering.kalau tak guna minyak, adoiyaiii malas nak ckp ghupe rambut k.fiezz camne..haha**..
❤️ Yg bertudung, pakai tudung dari jenis fabrik yang tak heavy. 
❤️ Jangan ikat rambut terlalu ketat. 
❤️Rajin guna serum rambut untuk pastikan rambut dalam keadaan lurus, lembap, melindungi dari sinar UV, merawat rambut rosak...

Okey yang ni antara tips penjagaan rambut yang k.fiezz  dapat dari hasil carian di Google.. 

Dan selain dari penjagaan asas ni, korang boleh juga cuba set penjagaan rambut dari ASMAK BRAND ni..complete one set untuk rambut kita..dari Syampu, Moisturizer + Serum & Minyak rambut...

K.fiezz pun baru je cuba lebih kurang seminggu..tapi setakat ni, hasil dia sangat memuaskan hati..

Meh check it out setiap item dalam set ni..

SET PENJAGAAN RAMBUT ASMAK BRAND

Macam k.fiezz mention tadi, asmak brand haircare ni terdiri dari set iaitu SHAMPOO BUNGA RAYA PLUS, HAIR MOISTURIZER WITH SERUM, SEVENIS HAIR OIL...

Meh tengok detail kandungan setiap item dalam set penjagaan rambut asmak brand ni..


www.fiezasani.xyz

SHAMPOO BUNGA RAYA PLUS - Kandungan dari (Bunga Raya, Coconut Oil, Babassu Oil, Tea Tree Oil, Jojoba Oil, Acerola).. 

Hair Moisturizer With Serum - Kandungan dari (Hibiscus, Argan Oil, Olive Oil, Rose Canina Fruit Oil, Coconut Oil)

Sevenis Hair Oil - Kandungan dari (Light Mineral Oil, Tea Tree Oil, Babassu Oil, Castor Oil, Olive Oil, Argan Oil)


www.fiezasani.xyz

Syampu Bunga Raya (500ML) 
RM49 (SM) / RM54 (SS)

Fungsi Shampoo Bunga Raya - 


 Mengurangkan rambut gugur
 Menyegarkan kulit kepala
 Melebatkan rambut
 Menghilangkan kelemumur
 Menghalang kegatalan kulit kepala
 Menghilangkan kudis dan jerawat kulit kepala
 Menyihatkan rambut dan menguatkan rambut
 Melembutkan rambut

www.fiezasani.xyz

Hair Moisturizer With Serum (300ml)
RM80 (SM) / RM90 (SS)

Fungsi Hair Moisturizer With Serum

Ia berfungsi untuk mengelakkan rambut gugur,rambut dari kering dan bercabang. Ia juga melebatkan dan menghitamkan rambut serta melembutkan rambut selain mampu menghilangkan kelemumur serta mengurangkan pertumbuhan uban.

www.fiezasani.xyz

tekstur hair moisturizer with serum ni..warna jernih.. 

www.fiezasani.xyz

Sevenis Hair Oil (150ml)
RM29

Fungsi Sevenis Hair Oil - 

Membantu menjadikan RAMBUT lebih SIHAT dan KUAT
Rambut jadi lebih BERSINAR
Mengelakkan dari KEGATALAN dan RAMBUT GUGUR.

Semua produk penjagaan rambut ASMAK BRAND ni mendapat kelulusan NOT dari KKM..

Cara Guna Set Penjagaan Rambut Asmak Brand

Shampoo Bunga Raya Plus 

1- Basuh rambut sehingga basah kulit kepala
2- Picit sedikit syampu bunga raya plus pada tapak tangan. Sedikit atau banyak, tengok pada ketebalan dan panjang rambut masing-masing.
3- Urutkan syampu bunga raya plus pada rambut & kulit kepala yang basah.
4- Biarkan selama 2 minit supaya zat pada syampu meresap pada rambut.
5- Bilas dengan air bersih.

Tips tambahan selepas syampu

1- Elakkan menyikat rambut dengan kasar.
2- Jika rambut sedang basah, balut dengan tuala & biarkan dulu seketika.
3- Selepas itu, barulah sikat dengan perlahan-lahan.

Hair Moisturizer With Serum

1- Lepas guna Shampoo Bunga Raya Plus, keringkan dahulu rambut. Bila rambut dah kering, picit sikit Hair Moisturizer With Serum ni pada tapak tangan & urutkan dari akar rambut hingga ke hujung rambut.


Tips Guna Hair Moisturizer With Serum

Guna serum 3x seminggu jika korang guna kesemua set produk penjagaan rambut Asmak ni dari Shampoo Bunga Raya Plus hingga ke Sevenis Hair Oil..

Sevenis Hair Oil

1- Gunakan selepas rambut separa kering/sudah kering. Picit Sevenis Hair Oil ke tapak tangan & gunakan hujung jari urut serta ratakan ke seluruh kulit kepala & rambut..

Tips Ekstra Sevenis Hair Oil

Sapukan Sevenis Hair Oil pada rambut secara rata sebelum tidur & balut sepanjgan malam. Keesokan pagi, terus cuci rambut guna Shampoo Bunga Raya Plus. 

Hasilnya rambut lebih sihat, bersinar & kuat.

K.fiezz guna Set Penjagaan Rambut Asmak ni, Okey dak?

yang paling best set ni terutama Shampoo Bunga Raya Plus tu, BAUUU dia wangiiii sangat..Even dah lepas kering pun, bau dia masih semerbak...Tekstur Shampoo bunga raya plus ni sedikit pekat & memandangkan rambut k.fiezz jenis tebal & lebat, memang k.fiezz guna setiap kali bersyampu, kuantiti dia banyak..hehe..lagipun sebab bau dia, jadi best nak guna banyak pun..cuma cepat abis la..

Masa proses cuci, nampak rambut k.fiezz kurang sikit yang gugur..Kalau tak selalunya boleh tahan gak kuantiti rambut yang gugur..dan juga hasil penggunaan seminggu ni, k.fiezz perasan dah kurang gatal-gatal kat kulit kepala...dan rambut rasa lembutt je...

Lepas dah guna Shampoo Bunga Raya Plus ni, k.fiezz keringkan dulu rambut..dah separuh kering ataupun kadang-kadang leka, memang dah kering betul baru k.fiezz sapukan Hair Moisturizer With Serum plak kat rambut..Yang ni pun bau dia wangi..Pas tu rambut senang nak sikat dan lembutt..dan juga dia tak berminyak sangat..Yang ni k.fiezz guna 3x seminggu...Harap penggunaan konsisten dengan Hair Moisturizer With Serum ni dapat kurangkan pertumbuhan uban kat rambut k.fiezz ni..

Sebabkan Hair Moisturizer With Serum  ni kita guna 3x je seminggu, so bila tak pakai HMS ni baru k.fiezz guna Sevenis Hair Oil plak sebab k.fiezz tak suka mix dedua sekali setiap kali guna..

Sevenis Hair Oil ni k.fiezz guna untuk merawat masalah rambut frizzy k.fiezz..Dan yang best guna Sevenis Hair Oil ni, dia tak nampak berminyak sangat lepas sapu pada rambut..pas tu rambut rasa lembab, lembut, shining..dan yang penting k.fiezz tak sakit kepala bila guna..macam k.fiezz mention tadi, k.fiezz tak boleh guna sebarangan minyak..kalau tak, 'aduh..sakit kepala'...

Overall k.fiezz puashati sangat dengan produk penjagaan rambut ASMAK BRAND ni...

Jom bertukar pada set penjagaan rambut ASMAK yang organik & selamat digunakan kerana bahan-bahannya terdiri dari bunga raya & minyak kelapa yang terkenal untuk penjagaan rambut..

Maklumat lanjut -

Website - https://mham.com.my/ & https://asmak.com
Hotline - 019-9708897 & www.wasap.my/60199708897

You Might Also Like

1 Comment

  1. rambut tengah gugur , biasalah kalau lepas bersalin ni, hormon tak berapa nak betul... nak try la sevenis tu nanti ...

    ReplyDelete