Total Pageviews

TTC

Mana Nak Dapatkan Susu Kambing Nubian Fresh area Kuala Lumpur

20:56

Mana nak cari susu kambing fresh weiii..ate ke jenuh nak cari kan..tambah-tambah area Kolumpur ni,hah..Kalau google, kebanyakan jual susu kambing yang dah diekstrak kepada serbuk..k.fiezz pun dulu ada gak minum susu kambing jenis serbuk ni..ada 2-3 brand gak k.fiezz penah amalkan..antaranya Hi-Goat, Lazz, MyMila, NuFAEL..

okey je untuk k.fiezz minum yang jenis serbuk ni tapi malas plak nak bancuh-bancuh..

NAK SUSU KAMBING fresh yang sedia untuk diminum

nak yang boleh terus diminum je gitu..haha..area pejabat k.fiezz ni pun ada gak satu kedai ustaz yang jual susu kambing fresh macam ni..tapi tapi mahai sikit..sebotol RM6.50..

so haritu ada sorang member pejabat k.fiezz cerita pasal susu kambing Nubian ni..elok katanya..penah gak dengar pasal susu kambing Nubian ni tapi cam susah nak dapat..ofismate k.fiezz inform, ada jual gak kat Tesco atau Giant..cuma kalau nak beli kena datang awal pagi masa baru buka..susu ni cepat habis kat situ..kisahnyaaa..patut la kalau k.fiezz ke Tesco/Giant, tak pernah nampak pun susu ni..ate nya pi pasaraya pun dah petang..hehe..memang tak mandang la susu ni hah..


www.fiezasani.xyz

kita order kat dealer dia je la..

kebetulan haritu ada sorang member blogger k.fiezz, mummy irra share pasal susu ni kat fb dia..eh, terus k.fiezz macam 'baru je story pasal susu ni dengan ofismate'...k.fiezz ada komen kat status mummy irra, pasal cari susu ni gak..tapi susah nak dapat..so mummy irra kongsi senarai no.telefon dealer susu kambing nubian ni..

dan tadaaa..berjaya gak dapat susu kambing nubian yang hot ni..susu ni dah ready to drink...tak yah nk pi panas ke apa..cuma kena masukkan dalam peties..nak minum baru keluarkan..


www.fiezasani.xyz

Rasa dia?

sedap je..beza la yang rasa fresh dengan serbuk yang biasa k.fiezz amalkan sebelum ni...yang ni rasa dia lagi fresh, original susu, tak ada rasa hamis, bauan yang kurang best..atau nak loya ke lepas minum..memang tak ada...Orang cakap kalau minum susu kambing ni, badan panas?k.fiezz ada la rasa jugak sikit-sikit tapi tak ada la panas benor..mungkin penerimaan badan memasing berbeza..tapi ni untuk badan k.fiezz..tak ada masalah..

Senarai Dealer Susu Kambing Nubian - KL & Selangor

SENARAI HOME DEALER - KL & SELANGOR

Sebarang pertanyaan atau pembelian terus boleh menghubungi nombor seperti berikut:


HD Kuala Selangor:
www.wasap.my/60143201284 (Mr. Shahril)

HD Rawang & Serendah:
www.wasap.my/601121083958 (Mdm. Huzai)

HD Bukit Beruntung:
www.wasap.my/60193465213 (Mr. Zool)

HD Kepong:
www.wasap.my/60132760046 (Mr. Khusairi)

HD Gombak:
www.wasap.my/60176139989 (Mdm. Waheeda)

HD Sentul:
www.wasap.my/60189880471 (Mdm. Nor Azila)

HD Bandaraya Kuala Lumpur:
www.wasap.my/601127293380 (Mdm. Renny)

HD Setiawangsa:
www.wasap.my/‭60196614640 (Mdm. Faizah)‬

HD Sungai Ramal:
www.wasap.my/60196623906 (Mr. Muslim)

HD Balakong:
www.wasap.my/601139765767 (Mdm. Izzah)

HD Seri Kembangan:
www.wasap.my/60193030676 (Mr. Daus)

HD Bangi:
www.wasap.my/601157509834 (Mr. Norsyam)

HD Kajang:
www.wasap.my/60132236612 (Mdm. Jem)

HD Semenyih & Beranang:
www.wasap.my/60179015455 (Mr. Din)

HD Salak Tinggi:
www.wasap.my/60126035544 (Mr. Amer)

HD KLIA:
www.wasap.my/60126479166 (Mdm. Su)

HD Putrajaya & Cyberjaya:
www.wasap.my/60193897946 (Mr. Aiman)

HD Dengkil:
www.wasap.my/60129635085 (Mr. Ahmad)

HD Banting:
www.wasap.my/60133437177 (Mdm. Zaimah)

HD Kapar:
www.wasap.my/60123849126 (Mdm. Rohaya)

HD Setia Alam & Klang:
www.wasap.my/60107930334 (Mr. Syafiq)

HD Port Klang:
www.wasap.my/60192257170 (Mr. Ayie)

HD Meru:
www.wasap.my/60136543030 (Mr. Addin)

HD Denai Alam:
www.wasap.my/601112350004 (Mr. Helmi)

HD Bukit Jelutong:
www.wasap.my/60139105256 (Mdm. Azrah)

HD Bukit Tinggi:
www.wasap.my/60104361716 (Mdm. Fara)

HD Puncak Alam:
www.wasap.my/601112566043 (Mr. Amin)

HD Saujana Utama:
www.wasap.my/601111299758 (Mdm. Azrina)

HD Sg. Buloh:
www.wasap.my/60193885440 (Mdm. Sue)

HD Kg. Subang:
www.wasap.my/60129875144 (Mdm. Syahadah)

HD Damansara Damai:
www.wasap.my/60176385420 (Mr. Aidid)

HD Seksyen 16, Shah Alam:
www.wasap.my/60196073030 (Mdm. Nurul)

HD Seksyen 9, Shah Alam:
www.wasap.my/60123773767 (Mdm. Nita)

HD Seksyen 4, Shah Alam:
www.wasap.my/60103695507 (Mdm. Yati)

HD Bandar Utama & TTDI:
www.wasap.my/60122663242 (Mdm. Nani)

HD Petaling Jaya:
www.wasap.my/60136053030 (Mr. Shahrul)

HD Puchong:
www.wasap.my/60192991297 (Mdm. Siti)

MILKBAR:
KL Sentral, Kuala Lumpur
www.wasap.my/60198393000

KL & SELANGOR HOTLINE
www.wasap.my/60198393000


BELI SUSU KAMBING NUBIAN DENGAN DELAER KL - Mdm.Renny

K.fiezz beli dari sorang dealer area Bandaraya Kuala Lumpur (Mdm.Renny)..dia buat delivery area KL..k.fiezz kerja area KL,kan..kita cari yang boleh hantar kat kawasan tempat kerja k.fiezz ni...memula amik dealer area Puchong tapi k.fiezz wasap tak berjawab..ingatkan dah tak aktif ke apa..tu amik yang area Kuala Lumpur..elok dah deal dengan dealer KL ni, baru dealer puchong ni, reply wasap k.fiezz..tak pe, next purchase la order ngan dealer puchong plak..kalau ngan dealer puchong ni, terus hantar ke rumah..idak la jenuh nak bawak susu naik tren..hehe

kat dealer KL yg k.fiezz beli ni, dia jual ikut set..setiap satu set 3 botol bersamaan RM17.00, lebih kurang RM5.60/sebotol..K.fiezz beli 3 set (9 botol + 1 botol free)..Caj penghantaran, RM5.00 je..

dah ada stok susu kambing kat rumah, mengembekkk la k.fiezz & mr hubby kat rumah hari-hari minum susu kambing...hehe...

kalau korang ada yang mencari gak susu kambing fresh, boleh deal ngan mana-mana dealer kat atas ni, ikut kawasan rumah atau tempat kerja korang yang berada di sekitar KL..
Luar KL, korang boleh la google dealer kat negeri korang..hehe..

Entry berkaitan Susu Kambing >> Susu Kambing Kisar Dengan Kurma Dan Amalkan Badam Untuk Ikthiar Hamil

Jalan-Jalan Cari Makan

Untuk Orang Malas Nak Masak..

22:18

Order online je bila malas nak masak..duk kat area KL ni untung part order-order online ni..macam tau je orang KL ni malas nak masak..terutama hari kerja..bukan apa, fenattt..so banyak la pengusaha-pengusaha kedai makan yang buat delivery macam k.fiezz order menu kat bawah ni..

haritu ternampak pamphlet dalam gambar ni kat lif bawah blok kak fiezz ni...so kita snap je gambar, nanti bebila malas nak masak..boleh cuba...

hah, ni order..sebab datang dah malas nak masak plus barang nak dimasak pun dah abis...nak restock, belum gaji lagi..kita order je la online...tambah nak makan untuk 2 orang ni, kadang bila kira-kira lagi untung beli dari masak..sesekali okey la makan order cam ni..kalau jemu, kita pung pang la kat dapo masak..

kalau korang yang ada berdekatan area OUG Parklane, boleh la cuba order kat brother food truck ni..k.fiezz tahu dia buka food truck sebab interbiu masa mula2 order..time dia hantar makan tu, k.fiezz pun sesaja la tanya..tu yang tahu, brother ni ada food truck kat area dekat rumah k.fiezz ni... 

www.fiezasani.xyz

Mur mur je harga menu dia..okey la..affordable untuk k.fiezz & mr hubby...


www.fiezasani.xyz

Nasi Lemak Pandan - RM2.00
sedap weii..pedas..cukup rasa...

www.fiezasani.xyz

Char Kuey Tiow - RM6.00
agak berminyak tapi dari segi rasa, sedap..boleh la lalu kat tekak k.fiezz..

Yang best order kat brother ni, caj delivery, RM0.00..yes..free uolls...so kalau korang berdekatan OUG Park Lane, boleh la cuba order..menu,selain atas ni, brother ni akan bagi melalui whatsapp apa yang dorang masak masa hari yang kita order ni...

Shopping

Pau Mr hubby kat SOGO Beli Purse Baru

20:43

Purse baru, beli kat SoGo..k.fiezz ada share ritu kat fb..duk usyar purse baru sebab purse sebelum ni, kat zip dia dah problem..tak leh nak zip..bila zip, terbuka balik..macam dah tak grip...adeh..purse tu helok lagi ikutkan..baru lagi beli tu..tapi rasanya salah k.fiezz jugak..pi sumbat handphone kat tempat duit yang berzip tu..dengan kad lagi..dia dah kembung..k.fiezz pi paksa plak buh handphone..amik terus tak mau zip...

tu yang nak purse baru...kebetulan hari jumaat lepas, mr hubby amik k.fiezz sebab kitaorang nak keluar gi makan dengan kawan-kawan gamers mr hubby..k.fiezz malas nak tunggu kat ofis..sunyi..alasan sangat nak jenjalan kat sogo..hehe...

duk usya punya usya sebab ada sales pun sempena tahun baru cina..tak abis lagi sale..ate cuci mata la k.fiezz haritu..macam purse haritu pun dalam kategori yang ada sales gak..hah, mau tak rambang..tengok rega, dalam kategori mampu dibayar gitu..tapi belum gaji lagi..

pas tu buat merengek la kan kat mr hubby..haha..tue salah satu fungsi husben ni..haha..

dan..jeng jeng..harini pi beli..lepas pi DBKL tadi, singgah jap kat SOGO..beli purse ni..

tantiu sayang...

memang dah usyar purse ni ritu...brand CR2..harga RM59.00..mur mur je...

www.fiezasani.xyz

k.fiezz berkenan purse ni sebab ada banyak compartment card..

www.fiezasani.xyz

satu side lagi untuk kompartmen kad..amik ko berderet tempat letak kad..
cam kan banyak kad..tadi dah susun, penuh kad kat dalam purse..haha...memacam kad..nak buang sayang walaupun jarang beli barang pun kat tempat tu..so kita simpan je la...

www.fiezasani.xyz

dari bahagian hadapan..
my new purse..haiii uolls...


Shopping

Tebus Baucer RM50 Aeon

22:08

Masa dinner CNY kat ofis mr hubby, mr hubby dapat baucer Aeon RM10x5 keping..so total RM50.00..

apa lagi, kita pi serbu Aeon la...haih, apa la nak beli ni..tapi masa nak redeem voucher ni, k.fiezz & mr hubby rushing nak ke KLIA, rumah adik mr hubby..pas tu nak singgah Secret Recipe, beli kek sebab birthday adik mr hubby..sebelum tu kitaorang nak ke Gombak, amik sate pulak..jadi korang boleh imagine la k.fiezz kena shopping dalam situasi rushing...

sokay, sokay..part shopping ni..small the matter je orang cakap untuk k.fiezz..

sampai kat Aeon IOI Mall, k.fiezz & mr hubby berpecah..k.fiezz masuk Aeon nak pi redeem voucher ni..mr hubby nak ke kedai hardware dalam IOI..nak try tukar set drill yang beli kat situ masa bulan lepas..ada problem sikit drill tu...

hasil k.fiezz shopping dalam tergesa-gesa atau nak cepat..hah, sangkut satu tuala saiz besar & lapik kaki..kebetulan tuala kat rumah, dah kesian nengoknya..koyak dah makin besar..kalau pakai, udah nampak muntot..haha..


www.fiezasani.xyz

tuala tu, jangan terkejut kalau mahai..size besar tu..ikut size mr hubby kan..kalau size k.fiezz, ada yang comel2 & harga mur mur sikit..tapi kitaorang share tuala kan..sharing is caring katanya..jadi kita ikut la size mr hubby...pas tu k.fiezz saja tambah lapik kaki, sebab nak cukupkan RM50..ikut baucer..jadi total kena tambah RM0.80 je..okey la tu,kan...

BERBALOI KE TUALA MAHAL?

Tuala tu berbaloi la dengan rega dia..haha..lembut & serap air..mahai kan..haha..lapik kaki tu plak, jenis bulu-bulu..k.fiezz memang suka karpet ke atau lapik kaki jenis bulu-bulu ni..sedap je nak pijak..

beauty

Banyak Khasiat Rupanya Rose Bud Tea + Daun Stevia

16:36

Sedap ke?penah la nampak sebelum ni orang duk minum air putik bunga ros atau dalam bahasa omputih nya rose bud tea tapi k.fiezz tak ada la tergerak hati nak cuba ke apa...macam ku was was je nak minum bunga..haha...

semalam sorang ofismate k.fiezz bagi cuba rose bud tea + daun stevia kering ni...k.fiezz macam errr..nak ke tak..nak ke tak..

eh..cuba je la kan..k.fiezz minum ni, rose bud tea + stevia yang kawan k.fiezz beli kat Jonker Street, Melaka..tka tau la dia melawak ke apa...tapi tue la yang dia cakap..

SEDAP ke IDak Rose Bud Tea + Stevia Kering ni?

Was was tau nak minum air bunga ni..haha...boleh minum ke..walaupun ramai je orang share, tetap la k.fiezz ni was was..tapi tahu la bunga ros tu ada je orang makan kelopak dia..penah nampak..untuk cantik katanya...banyak khasiat pun ya jugak..tapi jangan la tanya khasiat makan kelopak bunga ros tu apa..k.fiezz tak google..sebab k.fiezz idak la nak try makan kelopak bunga ros..haha...

Jom la minum putik bunga ros je...mai secawan...

www.fiezasani.xyz

Bila dah minum, eh sedap rasa dia..manis2 dari daun stevia dan rasa teh ros tu idak la kuat sangat..mild je rasa dia...okey la boleh tahan rasa dia..dalam bahasa mudahnya, boleh lalu kat tekak k.fiezz ni...

www.fiezasani.xyz

Cara Bancuh -

Campuran beberapa kuntum rose bud + beberapa keping daun stevia kering...buh air panas..biarkan dalam 10 minit..agak2 suam, boleh minum...dap dap rasa dia..k.fiezz boleh masuk dengan rasa dia...

okey, mana nak cari rose bud ni..haha..nak cantik..nak sihat...

Sebelum nak minum ni, k.fiezz usya kat google kelebihan atau khasiat rose bud tea ni..

KHASIAT/KELEBIHAN ROSE BUD TEA - 

  1. Bagus untuk kecantikan kulit
  2. Memberi ketenangan emosi (mengawal hypertension atau tekanan darah tinggi).
  3. Membantu proses penghadaman.
  4. Hasil kajian menunjukkan haruman rose bagus untuk menguatkan daya ingatan.
  5. Meredakan sakit tekak.
  6. Menyejukkan badan (bagus ketika demam dan selsema).
  7. Bagus untuk awet muda.
  8. Mengelakkan sembelit
  9. Membantu menghilangkan sakit kepala dan pening.
  10. Memberi tenaga (menghilangkan keletihan)
  11. Membantu menangani cirit-birit.
  12. Membantu melegakan period pain (senggugut) dan melancarkan kitar haid.
  13. Mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E.
  14. Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti-depression)
  15. Mencegah bau badan dan mulut.
  16. Mengandungi flavanoid yang bagus dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular (tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti).

When is the best time to have Rose Bud Tea?

Rosebud tea is a perfect daily drink - When looking at the benefits that you get from rosebud tea, there is nothing to worry, you can take it as a regular daily drink.
When you suffer from cold and flu – Rosebud tea is a renowned home remedy for a sore throat and all other common cold and flu symptoms due to the vitamin C content.
When you have digestion problems – the rose tea can help to resolve some common digestion problems such as diarrhea and constipation as it is a natural detoxifying agent.
When you suffer from menstrual pain – For ladies who love roses, it would be great news to know that roses are one for the common remedy for menstrual cramps and have zero side effects.
When you need to calm down – This beverage can calm your mind, reduce stress while improving your mood, and treat other anxiety and depression symptoms. Moreover, it will ease your mind and help you get a good night’s sleep.
When you need help with urinary tract infections – As most of the other herbal beverages, the Rosebud tea too can help you to control and relieve urinary infections and symptoms. This tea is a natural diuretic thus it enhances the urination. 
Info ni dalam bahasa inggeris, k.fiezz dapat dari >> rosedose.com

PENGAMBILAN ROSE BUD TEA untuk Release Stress

Time google info pasal teh bunga rose ni, ada terbaca kat dua blog yang cerita pasal pengambilan teh bunga ros ni untuk relaxkan kita dari stress..bagi tenangkan hati gituuu..kurangkan tekanan darah tinggi..ni info yang k.fiezz baca dari blog-blog...Kalau tanya  testimoni k.fiezz yg minum secawan ni semalam, besa je..Cuma memang rasa gembira je semalam..haha..idak la nak marah-marah orang..eh..idak la k.fiezz ni hari2 asyik nak marah pulak..kebetulan semalam mood k.fiezz okey je...mungkin rose bud tea + stevia ni membantu mood k.fiezz ceria je..

Selain dari kurangkan stress ni, k.fiezz macam tertarik pulak nak cuba rose bud tea ni sebab k.fiezz ada mengalami beberapa masalah yang berkaitan period pain, keletihan...dah meningkat usia ni, cepat letih uolls...

nak kena cari rose bud ni..hehe 

Korang ada experience minum rose bud tea ni, meh la share testimoni..

Gift

Beg Branded Murah kat SOGO

08:30

SOGO tu bila la tak ada sales..all da time, sales nya..kita je antara lalu ngan idak nak sopping..sopping tu anytime..ongkos tu yang lalu ke idak dikeluarkan..haha..

Semalam lps keja, k.fiezz singgah sogo nk cari purse mur mur, tgk sales still on.. Tue la k.fiezz ni alergik masuk SOGO..mesti ada yang sangkut..ntah amenda la k.fiezz beli..paling favourite,handbag la..harusss...

Minggu lepas time balik kerja, hari Jumaat mr hubby k.fiezz nak amik tapi lambat..so mr hubby suh tunggu kat SOGO..dia amik k.fiezz kat situ je..

eh dah kebetulan kat situ, masuk-masuk SOGO tengok kat ruang tengah level G tu, ada sales bag, seluar, baju..mur mur plak tu tengok kat signboard dia..kena singgah ni..dah singgah tu, takkan tengok je kan..mesti la ada yang tersangkut..

BEG SENTINI Untuk Mak K.Fiezz..

Terus teringat mak k.fiezz ada haritu minta salah satu beg-beg-beg k.fiezz yang melambak kat rumah ni..k.fiezz cakap nak buang kot..so mak cakap bagi la yang mana tak pakai tu..mak k.fiezz nak sling bag..amboi mak..kemain tau..tapi macam tak best plak bagi beg yang k.fiezz dah guna..macam 2ndhand item gitu..

dah kita ada kat SOGO..dan ada sales pulak..moh la kita cari kot ada yang kena dengan bajet k.fiezz ni..

Tadaaa..ada la uolls...beg sentini ni tengok simple je design dia..harga pun bawah RM50..cun la...kena dengan bajet k.fiezz yang tak baper nak ada ni..doa la moga k.fiezz murah rezeki..boleh beli beg branded & mahal sikit untuk mak lenkali...

sentini ni pun kategori branded gak la kan..hehe..kalau ada kat SOGO tu, kira branded la citer dia..


www.fiezasani.xyz

Okey la kan beg dia..ada tali panjang..boleh jadi sling bag macam yang k.fiezz nak..

www.fiezasani.xyz

pas tu mak nak yang jenis berzip..okey, lulus gak part ni...

www.fiezasani.xyz

bahagian dalam, okey..just nice size dia..selalu mak k.fiezz ni yang k.fiezz tahu jarang bawa banyak barang..so rasanya muat ni nak letak handphone, purse, minyak dan menda lain yang tak besar sangat..

So korang kalau nak beli beg ke, baju ke, seluar ke atau apa-apa la..cuba cari kat SOGO dulu..selalu SOGO tu memang sepanjang tahun sales..

Jalan-Jalan Cari Makan

Bombolini Yang Lembut Dan Gebu

12:40

K.fiezz ni ketinggalan sikit tau pasal menda2 hot macam bombolini ni..nama dia ni pun, k.fiezz baru tahu semalam lepas beli kat pasar tani..member ofis yang bitau..cuma k.fiezz tahu memang bombolini ni ada jual kat pasar tani area pejabat k.fiezz ni..

cuma nak beli bombolini ni, kena turun awai..kalau time k.fiezz turun selalu dah SOLD OUT..amboi laku benor..sedap sangat ke bombolini ni..

BOMBOLINI ? APA ni?

k.fiezz panggil donut je walaupun kat tengah dia tu tak ada lubang cam donut biasa..semalam baru k.fiezz tahu nama dia BOMBOLINI..so meng GOOGLE la cari info pasal BOMBOLINI ni..

Asal dari Italy, patut la nama dia kemain...Dalam kategori donut gak & sejenis pencuci mulut..Cuma ejaan dia BOMBOLONE kat Itali..Sampai Malaysia, tukar ejaan jadi BOMBOLINI...Sejenis donut atau pencuci mulut yang ada filing atau inti kat bahagian dalam dia..

PERASA BOMBOLINI

Semalam masa beli kat pasar tani, banyak gak flavour dia tengok dari bekas yang ada kat situ..tapi tapi masa k.fiezz nak beli ni, cuma tinggal perasa kastard, blueberry, coklat..perasa lain dah abis...selain dari bombolini ni, ada juga donut biasa yang berlubang kat tengah tu perasa coklat...

HARGA?

RM1.50 sebiji..beli 5 biji RM7.00..ni kat area p.tani ofis k.fiezz yea..tempat lain, tak pasti la plak harga dia lebih mahal atau murah...

www.fiezasani.xyz

Amik 5 biji...3 bombolini (filling 2 coklat + 1 blueberry)..2 donut coklat yang biasa...

SEDAP KE?

www.fiezasani.xyz

Hah ni yang jadi persoalan sebab selalu bila turun je kat pasar tani ofis k.fiezz, bombolini ni SOLD OUT weiii..SOLD OUT..kadang gerai dia pun dah tutup time k.fiezz turun..cepat benor laku..So semalam kebetulan masa turun, nampak 'eh..ada lagi la donut' ni..kita try beli..tengok sedap ke idak?

Dah petang sikit baru k.fiezz amik satu, nak makan sebab laporrr..hehe..allah, memang sedap la citer dia..belah dalam dia tu inti coklat  boleh tahan gak isi dia...ingatkan sikit inti dia, upenya boleh tahan gak la...tekstur dia gebu, lembut..bila gigit tu terasa kelembutan dia, pas tu tergigit plak inti dia, jadi bila dah bercampur dalam mulut, fuhhh layan..Nasib ingat nak bawak balik rumah,kalau tak..mau 5 biji tu k.fiezz yg abiskan kat ofis...haha

No wonder la ramai benor orang beli...n sold out je tiap kali turun kat p.tani tu...memang terbukti sedap..

Semalam masa makan tengahari, k.fiezz try google..ingat nak cuba buat sendiri bombolini ni..konon la kan..haha..sekali tengok cara dia buat..mak aih..tak pe la..beli je la...k.fiezz ni kalau menda simple, tak banyak citer, rajin la nak buat..kalau renyah sangat..sokay..aioll rela beli..

althea

Remove Make Up dan Bersihkan Muka Dengan Satu Produk

16:11

Halah..halah..sapa macam k.fiezz yang rajin mekap-mekap bagai tapi part nak remove makeup tu M.A.L.A.S...kita geng sangat..k.fiezz ni kalau datang mood rajin..beria sebelum cuci mekap, guna wet tissue tanggalkan mekap dulu..pas tu baru pi cuci elok-elok dengan pencuci muka..hah, ni time rajin la citer dia..datang time malas...memang bertangguh nak buat...padahal bukan susah pun kan..but it's normal la kan..dah memang perangai kita ni, memang nak buat apa-apa kerja, kena tunggu mood rajin mai dulu..tak kisah la kat rumah ke..kat tempat kerja ke...

PRODUK ALTHEA YG BOLEH JADI MAKEUP REMOVER + CLEANSER 

Hah..dengan PORE PURIFYING SERUM CLEANSER dari Althea ni, memang k.fiezz fall in love sangat..sebab dia berfungsi sebagai make up remover + cleanser sekali...halah halah..ni yang sayang lebih sangat kat Althea ni..memahami sangat perangai pompuan cam k.fiezz yang nak cuci mekap pun malas..bila time conteng-conteng tu rajin je..time nak cuci, ada pangai malas sikit..hehe..

tapi dengan PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ni tak susah hati dah nak cuci mekap..memang rajin je k.fiezz buat...sebab dengan satu produk boleh buat dua tugas sekali...yeayy..

APA LAGI YG BEST DENGAN PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

Selain dari fungsi utama dia macam k.fiezz mention kat atas ni, Pore Purifying Serum Cleanser ni merangkap pencuci yang berfungsi sebagai serum..Menanggalkan sisa mekap,kotoran atau minyak yang melekat pada muka tanpa keringkan kulit..paling utama, ia seimbangkan pH kulit untuk pastikan kulit sentiasa sihat & nampak segar.

KANDUNGAN PORE PURIFYING SERUM CLEANSER


Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
Jojoba seed oil - Melembapkan 
Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit


Best tak Guna Pore Purifying Serum Cleanser ni?

Giler tak best...best kot..senang keja..petang-petang lepas balik keja, ambil je PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ni, letak la beberapa titis atau bertitis-titis atas tangan, pas tu gosok pada keseluruhan muka...Pakej cuci muka + tanggalkan mekap..Sonang citer...Kulit pun moist je lepas guna ni..Jadi korang rasa best ke idak..senang ke idak kerja kita sebagai wanita yang suka bermekap ni?senang kan...

Tekstur PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ni berminyak sikit tapi no worry bila bilas dengan air, idak la muka korang berminyak pun..minyak dalam PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ni salah satu dari kandungan dalam PORE PURIFYING SERUM CLEANSER yang berfungsi untuk melembapkan kulit..Kalau rasa was-was lepas cuci mekap dengan PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ni, nak guna cleanser biasa korang pun boleh je..tapi k.fiezz tak guna sebarang cleanser pun lepas cuci dengan ni..Sebab memang dah rasa kulit bersih, lembut & lembap..


Lagi satu yang k.fiezz suka dengan PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ni, dia boleh membantu kecilkan liang pori pada muka..wah ai loike sangat tau...Liang pori ni selain dari membantu untuk kulit bernafas, kita tak mau la dari jauh dah nampak liang pori kita ni..Sebab liang pori terbuka ni selain dari tak baper nak cun kalau besar,  dia boleh menyebabkan masalah kulit yang lain macam JERAWAT, KULIT KUSAM & BINTIK HITAM...Dengan PORE PURIFYING SERUM CLEANSER, consider problem solve sebab dia boleh membantu...

Harga dia pun mur mur je, RM33.00..untuk 150ml berbaloi sangat..tahan 1-2 bulan, bergantung pada cara penggunaan..kalau setiap kali guna, byk korang guna..sat je la tahan..kalau kedek mcm k.fiezz, tahan dalam 2 bulan lebih kurang...

SESUAI UNTUK JENIS KULIT?

Semua jenis kulit termasuk kulit sensitif..jadi tak perlu was-was nak cuba..kandungan dia pun dari sumber alam seperti yang k.fiezz inform kat atas ni..


CARA GUNA - 

Meh check it out video amatur k.fiezz ni...



Kat mana nak beli >> PORE PURIFYING SERUM CLEANSER


Giveaway

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

10:13

Support geng blogger k.fiezz yang selalu singgah kat blog k.fiezz ni..haritu k.fiezz dapat hadiah dari mrs pip..dari Korea lagi, hadiah dia tu..ai like it..so ni mrs pip buat Giveaway sempena bulan Februari ni, bulan kelahiran dia...nak teka tarikh lahir, dah lepas dari tarikh untuk teka..hehe..eh..tapi giveaway mrs pip masih berlangsung sepanjang bulan Februari ni..Kalau nak joint, boleh je...



Klik banner untuk joint GIVEAWAY anjuran Mrs Pip ni


Mrs pip ada tanya, antara banyak-banyak entry mrs pip yang mana paling suka..untuk k.fiezz ni..semua pun suka..sebab mrs pip suka tulis entry yang bagi info-info..kadang ada yang k.fiezz tak tahu pun pasal info yang mrs pip sharing tu..cuma antara semua entry mrs pip, k.fiezz suka baca entry pasal ni >> Set Berpantang Jamu Selapan Mustika...hehe..yelah info pasal berpantang ni, k.fiezz suka baca..mana tau rezeki k.fiezz nanti nak berpantang..ada info boleh rujuk,kan..hehe...

So korang yg nak joint GA anjuran Mrs Pip.. Meh la joint.. Syarat2 dia pun tak ketat sangat.. Follow sosial media Mrs Pip & bagitau entry mrs pip yg korang suka.. Simple kan..


Moh joint.. 

Gift

Huawei Nova 3i Pilihan Mama

16:24

Hadiah from mr hubby to mama sebab handphone lama mama dah teruk benor..kenkadang suka call orang sendiri...k.fiezz pun penah kena..nampak mama missed call..Bila k.fiezz call balik mama, tanya kenapa?mama gelak2..mama cakap tak call k.fiezz pun..terdial sendiri..haha..misteri sangat tau handphone lama mama..

so baru ni kebetulan mama datang KL sempena cuti tahun baru cina..mr hubby bawak mama ke Direct D kat depan federal highway untuk cari handphone baru mama...

DIRECT D

Kat Direct D ni, harga handphone dia mur mur sikit dari tempat lain..idak la jauh beza sangat tapi boleh la..dapat kurang serat dua pun, dah rasa jimat di situ kan..kat sini kalau datang, tak heran ramai orang..dah macam kedai jual baju je, ramai orang...sebab harga handphone dia yang mur mur ni la, Direct D ni jadi tumpuan...

HUAWEI NOVA 3i PILIHAN MAMA

Haritu tengok punya tengok & ikut bajet mr hubby..hehe..sebab mr hubby yang sponsor so pilihan mama HUAWEI NOVA 3i...Kebetulan k.fiezz pun pengguna Huawei...so k.fiezz menyokong penuh pilihan ni..hehe..ada geng Huawei...Huawei untuk tangkap gambar,kan cantik...tak caya..tengok je la gambar-gambar k.fiezz kat IG tu..hehe...hasil Huawei la tu..walaupun kadang tak amik beauty effect pun..tak tau la maybe sebab memang orangnya pun dah cantik..eh...haha..

Lagipun mak mertua k.fiezz ni up to date juga orangnya...ada facebook, instagram..so sesuai la smartphone Huawei Nova 3i ni dengan mama...

Huawei Nova 3i masa kat Direct D ni ada promosi sempena Tahun Baru Cina sampai harini..So dapat free gift la uolls....apa dia?check it out....


www.fiezasani.xyz

handphone baru mama...
Huawei Nova 3i

Spesifikasi Huawei Nova 3i

6.3-inch FHD+ Display
Four AI Cameras
16 MP + 2 MP Rear Camera | 24 MP + 2 MP Front Camera with HDR Pro Function
AI-Powered 3D Qmojis
16x Super Slow Motion Mode
HUAWEI Kirin 710
Android 8.1
3,340 mAh Battery

4GB RAM and 128GB ROM Storage

www.fiezasani.xyz

Free Gift

-Screen Protector
-Casing

**tapi yg 2 atas ni, mr hubby top up RM50 sebab amik hat helokkk sikit kualiti dia...

- Bluetooth (JABRA)
-CAM Action
- Starbuck Card (RM10)
-Ring (yg nak buh jari kat blkg tu)
-Hotel Voucher (3H 2M kat selected hotel yg dlm list)
- Botol Air 

Note - Hotel Voucher & Botol air tu tak ada stok..kena amik kemudian...

www.fiezasani.xyz

Handphone baru, mama..hello Huawei Nova 3i

www.fiezasani.xyz

Hati gumbira dapat handphone baru..Jom makan eskrim plak..Panas lit lit time ni, makan eskrim..memang layannn...

Okey, mama..kita satu geng skrg ni..Geng Huawei..sep sikit..hehe