Total Pageviews

Penjagaan Muka dan Bibir Dengan Produk Althea

23:09

k.fiezz dengan mask memang dah jadi favourite gituu..kat rumah ada stok mask jenis clay ni gak tapi brand lain..yang Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask ni, k.fiezz dapatkan di Althea <<Produk Althea Yang Dalam Wishlist Haritu >>..dah kenapa nak innisfree ni plak ,k.fiezz..halah halah (trademark k.su #pujaanhatikanda)..hehe..k.fiezz duk baca review ramai cakap best Jeju Volcanic Pore Clay Mask ni..mana k.fiezz ni tak tertarik..tambah-tambah brand Innisfree ni...so wajib lah grab kan...

INNISFREE JEJU VOLCANIC PORE CLAY MASK

Fungsi utama untuk remove sebum, mencerahkan ton kulit, dan masalah kulit yang lain.

Kandungan mineral jeju volcanic clay membersihkan liang pori kulit, membantu memperbaiki tesktur kulit serta memudahkan kulit mudah di solek..

Sesuai untuk semua jenis kulit - oily, combination


KANDUNGAN INNISFREE JEJU VOLCANIC PORE CLAY MASK

Ekstrak Jeju Volcanic - Berfungsi untuk mengeluarkan kotoran dan sebum dari liang-liang

Ekstrak bunga Camellia - kaya dengan vitamin dan mengekalkan kulit sentiasa lembap

www.fiezasani.xyz

Komen pasal Jeju Volcanic Pore Clay Mask ni - k.fiezz boleh cakap lepas bilas tu, terasa lembuttt je kulit ni..tekstur dia jenis tanah liat...halus..nak apply kat muka, senang je..calit-calit je kat muka & ratakan...dah siap ratakan, biar dalam 15 minit..lepas tu baru bilas dengan air..masa pemakaian mask ni, cuma rilex & layan handphone, tv ke...sesambil nak nunggu dia kering & menjalankan tugas dia untuk mengeluarkan sisa kotoran dari liang pori muka...masa proses ni, tak ada rasa apa pun..macam gatal-gatal ke..menda merayap kat muka ke..hehe

hasil - memang puas hati..patut la ramai yang bagi review mask ni best..

so nak nampak awet muda, kena la selalu rajin tepek mask ni...baru la muka nampak fresh, tak kusam, jerawat pun malu nak bertandang bila muka bersih dari segala kotoran..cewaahhh..bajet cun sangat tau..haha

Item kedua yang k.fiezz cuba, yang ni...untuk bibior pulak...asyik muka je kan..bahagian lain pun kena jaga juga...

www.fiezasani.xyz

GINGER SUGAR LIP SCRUB

Tengok nama pun dah tau la kan fungsi dia..skrub untuk bibior ni..Berfungsi untuk membuang sel kulit mati dari kawasan bibir kita...

Diperbuat dari fine sugar granules bersama shea butter serta ekstrak halia yang mempunyai fungsi masing-masing.

Butter Shea - Melembapkan dan menyuburkan, menghalang kekeringan

Ekstrak halia - Mencipta lapisan pelindung di bibir

Fine Sugar Granules [Gula halus] - Meningkatkan keanjalan dan peredaran darah untuk menguatkan kulit

The best part is, tak ada sebarang wangian tiruan & pewarna sintetik dalam Ginger Sugar Lip Scrub..

Rajin la k.fiezz scrub bibior lepas ni weiiii..memang lepas skrub tu, lembutnya kawasan bibir ku ini..rasa nak makan-makan je..nasib baik bibior sendiri..haha..

kebetulan masa k.fiezz guna scrub ni, bibir k.fiezz macam kering-kering sikit..lepas je skrub & bilas dengan air..terasa kelembutan bibir..

tekstur ginger sugar ni kasar sikit, yea la nama pun skrub kan..dari segi bau, just nice kat deria bau kita ni...Campuran shea butter & ekstrak halia menghasilkan bau yang sesedap bau...Ginger Sugar Lip Scrub ni seberat 12g je..tapi k.fiezz rasa boleh tahan lama sebab kita bukan skrub bibir selalu..Paling tidak pun 2-3x seminggu...Itu pun kalau rajin..kalau malas, 1x seminggu...Lagipun kuantiti setiap kali kita guna sikit je...

Cara guna - 

Ambil sikit & gosok pada keseluruhan bibir secara perlahan dalam 1-2 minit..lepas tu boleh bilas dengan air atau lap sahaja dengan kain bersih..

Bawah ni video k.fiezz guna dua-dua produk dari Althea..


You Might Also Like

6 Comment

  1. yang innisfree tu takbeli lagi , dalam wishlist

    ReplyDelete
  2. kita memang guna mask tu...hari tu beli dua..bila dah kering,kita gosok je...tak perlu bilas dengan air dah masker tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yea ke..haha..saya jenis malas sikit..dah kering, bilas dengan air je..

      Delete
  3. Yang Jeju Volcanic Pore Clay Mask tu ciktie pun ada juga. CunC tak sempat taip review lagi hehe tapi memang best guna tu

    ReplyDelete
  4. Dah lama nk try jeju pore clay mask tue ..tapi tak terbeli lagi

    ReplyDelete