Seperti yang diberitahu dalam bajet 2019, kerajaan perkenalkan My100 dan My50 mulai 1 Januari 2019 untuk mengurangkan kos hidup rakyat yang tinggal di bandar-bandar besar macam KL ni..pengangkutan awam memang melambak je tapi tambang dia..bila kira-kira, mak aih...mahai jugak weiii..contoh macam k.fiezz ni pengguna tegar LRT..



www.fiezasani.xyz

Untuk mengurangkan kos, k.fiezz guna kad T&G sebab dapat harga murah sikit berbanding kalau bayar tunai tiap-tiap hari ..Dengan touch & go, tambang untuk sehala RM3.70,pergi balik - RM7.40..untuk 30 hari, anggaran hari bekerja RM7.40x30 = RM222.00...hah..banyak kan kos tambang sahaja..Ni k.fiezz guna kad T&G...dapat la kurang sikit..

Ni baru kos pengangkutan je..Belum masuk makan pagi, tengahari...

Pas Perjalanan Tanpa Had My100 & My50


www.fiezasani.xyz
Jadi pas perjalanan My100yang diperkenalkan ni memang sangat-sangat berbaloi untuk pengguna pengangkutan awam (LRT, MRT, Monorel, BRT, Bas Rapid KL & Bas Perantara MRT) macam k.fiezz ni..Dengan My100 dan My50 ni kita boleh gunakan tanpa had dengan mana-mana pengangkutan seperti yang k.fiezz mention kat atas ni...

Satu lagi pas perjalanan My50..Cuma My50 ni terhad untuk bas perkhidmatan Bas Rapid KL & Bas Perantara MRT sahaja kecuali BRT (Bas Rapid Transit - Laluan Sunway)..kalau yang cuma guna bas-bas ni je, boleh la amik My50..

Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 ni untuk penggunaan selama 30 hari

DI mana nak mohon pas perjalanan tanpa had My100 & My50 ni?

Boleh mohon di mana-mana stesen MRT, LRT, Monorel, BRT & 5 hab bas terpilih :

>> Pasar Seni
>> Seksyen 2 ,Shah Alam
>> Greenwood
>>Terminal Kajang
>> Sri Nilam

Siapa Boleh Mohon My100 & My50?

Untuk rakyat tempatan yang mempunyai MyKad, MyTentera & MyKid..Manakala bukan pemegang MyKad, boleh nikmati diskaun 20% tambang dengan kad T&G atau bayar secara tunai dengan pemandu..

Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Dapatkan Pas Perjalanan Tanpa Had Ni?

Sila ke mana-mana stesen yang terlibat & berikan MyKad kita. Beritahu nak mohon pas perjalanan tanpa had ni..proses dia kejap je...Btw, lupa plak..Take Note yea - Sila guna MyKad baru yang ada 2 gambar tu..k.fiezz gigih buat MyKad baru nak mohon pas perjalanan tanpa had My100 ni...Lepas tu, jumlah dalam MyKad kita perlu ada baki RM10 untuk upgrade MyKad kita untuk pas ni..kalau tak ada, kita kena bayar RM110 untuk permulaan..nanti bulan-bulan berikutnya cuma bayar My100 atau My50...

Mudah kan...Jimat sangat..untuk k.fiezz yang pengguna LRT tegar ni...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari >> https://www.myrapid.com.my/

3 Comments

  1. kt tmpat kita xder LRT. mrt..hehe

    ReplyDelete
  2. Untuk jangka panjang dan pengguna LRT kerap memang elok dapatkan pas2 sebegini. Jimat duit dan masa kita juga

    ReplyDelete
  3. nice sharing kak.. elokla ada kad tu. senang nak commute and jimat. baguslah effort krajaan nak kurangkan beban belanja tu..

    ReplyDelete