Total Pageviews

LRT Buat Hal

15:11

Adeh..tak memasal lambat harini tau..gara-gara LRT buat hal pulak..

Pagi2 masa k.fiezz tengah tunggu LRT ni dari stesen kat rumah, pihak LRT dah buat pengumuman yang tren sampai Bandar Tasik Selatan (BTS) je..lepas tu kena tukar naik shuttle bus yang disediakan dari BTS ke Chan Sow Lin bagi yang nak ke Kuala Lumpur..harus la k.fiezz antara yang kena naik shuttle bus ni sebab k.fiezz nak turun kat SOGO...

adeh..dah nak kena tukar-tukar tren pulakkk..

Sampai je kat stesen LRT BTS..tu diaaa orang beratur macam dalam gambar ni...so keluar-keluar dari tren, terus beratur balik..yelah tgk orang beratur, kita pun ikut la sekali padahal tadi dah announce dekat stesen yang k.fiezz naik, kena amik shuttle bus..tengah duk beratur..ada pengumuman sesapa yang nak menghala ke Kuala Lumpur, boleh naik shuttle bus yang disediakan..

Naik ke tingkat atas, k.fiezz decide nak tanya staff LRT..then dia bitau, untuk yang menghala ke Kuala Lumpur, boleh tunggu kat platform sebelah (yang menghala untuk balik ke rumah k.fiezz semula)..rasanya tinggal satu lane je pagi tadi..yang sebelah tu problem agaknya...yang mana tak nak naik tren, boleh tukar naik shuttle bus atau pun naik KTM, ERL..yang nak naik ERL, k.fiezz tengok dorang bagi kupon...free la kot...

Macam k.fiezz malas nak tukar-tukar naik ktm ataupun bas...ktm dah sah-sah lambat as we know...bas pulak, time jammed tu weiii...So k.fiezz turun semula ke bawah, tunggu tren yang menghala ke Kuala Lumpur macam diberitahu oleh staff LRT.. orang jangan cakap la..ramaiii..yelah time peak hour kot..

time2 ni la LRT nak buat hal...waktu pagi hari bekerja, orang memang ramai sebab semua nak pi kerja..ada sorang akak tu cakap ngan k.fiezz..dia biasa naik LRT je nak pi kerja..kalau naik pengangkutan awam lain, dia tak tau..k.fiezz jawab 'sama la kita, kak'..haha...

k.fiezz pun blur gak tadi..1st time kena macam ni..k.fiezz just follow je arahan staff LRT...duk fikir tadi nak EL je tau..tapi duk fikir2, k.fiezz ni dah la suka bercuti..haih, kuatkan jugak hati ni pi kerja..kalau ikut napsu tadi, dah cuti..haha


www.fiezasani.xyz

Turun kat platform yang diberitahu suh tunggu tren menghala ke KL, sampai je tren menghala ke Kuala Lumpur, berduyun orang serbu..nasib k.fiezz dapat tempat duduk..fuhh..legaaa...tapi duk risau gak takut kena tukar tren lagi kat Chan Sow Lin..Tapii nasib baik, tak...sampai kat SOGO tadi dalam pukul 8.05 macam tu..lambatttt...

dah lambat tadi, singgah la beli breakfast..duk kejar nak punch in pun, tetap dah lewat..minta bos sign je la kat kad sebab lewat...

punch in 8.21am...adeh..

sesekali lewat gituuu...

You Might Also Like

3 Comment