Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Lala Pedas

10:57

Menu resipi lagi..hehe..ate kalau hari cuti, memang memasak le kejanya..kalau tak de ke mana..duk umah je..kebetulan minggu lepas adik ipar & isteri dia datang tido kat rumah..Kebetulan bahan-bahan basah dalam peties dah abis..k.fiezz & mr hubby pi top up la barang basah ni kat pasar Chow Kit..Dah kebetulan k.fiezz nak cari buah avokado << BUAH AVOKADO >>, so sekali la...

Masa beli bahan basah tu, ternampak lala ni..beli la sebungkus..harga RM8.00 lebih kurang...tak ingat exactly harga dia..tapi bawah RM10.00...

Balik rumah, tanya mr hubby nak masak apa lala ni.haritu k.fiezz masak ikut resipi mama (mak mertua), mr hubby komen tak sama rupa macam mama masak..haih, banyak citer tau..ni kita suh dia pilih nak masak apa..dia cakap nak masak macam sup-sup sikit..

Ni hasil google resipi..mr hubby yang cari..jom tengok

BAHAN2 -
  • Sebungkus lala (bersihkan)
  • 1 Sudu Besar Cili Kisar
  • 5 biji Cili Api (di ketuk)
  • 3 ulas Bawang Putih (di ketuk)
  • 1 batang Serai (di ketuk)
  • 1 cm Halia (di ketuk)
  • Beberapa helai Daun Limau
  • Garam

SOS
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- 1 Sudu Besar Sos Tomato
- 2 Sudu Besar Sos Cili
- Sikit Kicap manis

HIASAN

Daun Bawang/Daun Sup (di hiris)

**k.fiezz tak letak sebab tak ada stok kat rumah..


www.fiezasani.xyz

CARA MASAK -

  • Tumis bawang putih, halia, cili kisar hingga naik bau.
  • Masukkan sos-sos (tomato, cili, tiram, kicap manis) & cili padi, daun limau purut. kacau sebati.
  • Masukkan lala & tambah air sikit. Biar hingga lala masak..
  • Lepas tu baru masukkan garam & tabur daun bawang sebagai hiasan.
  • SIAP

You Might Also Like

8 Comment

  1. mak ai, dia tnujuk lala pulak.....lama tak makan lala. Dah la fav saya ni,

    ReplyDelete
  2. lala ni fav sha hahaha tapi lala masak lemak tapi takpandai pun masak 🤣

    ReplyDelete
  3. suka lala ni..selalu beli masak lemak cili api je...next time boleh la buat lala pedas ni

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya pos la sini sikit

    ReplyDelete
  5. dapnye..!! suka ni..!! makan saja. ralit je makan =D

    ReplyDelete