Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Daging Masak Merah

11:31

Sunyi plak blog k.fiezz..meh la share menu cuti minggu lepas...Resipi ni k.fiezz dapat dari mak k.fiezz..Dulu selalu gak masak menu ni..tapi dah lama tak masak, lupa plak resipi dia..so apa lagi, k.fiezz hello-hello la dengan mak melalui phone..

Jom tengok bahan-bahan dia..

Bahan-Bahan

- Daging (kuantiti terpulang)
- Kulit Kayu Manis
- Santan
- Garam
- Air (1 @ 1 1/2 cawan)

Bahan untuk dikisar 

- Bawang Merah (2 biji)
- Bawang Putih (beberapa ulas)
- Halia (sikit je)

Untuk diperap 

- Daging
- Rempah Kurma (1 peket kecil)
- Serbuk Cili (1 peket kecil)
- Kerisik (1 peket kecil)
- Gula
**Gaul kesemua bahan & perap seketika..anggaran 1-2 jam..untuk bagi bahan yang kita buh ni, meresap dalam daging...

CARA MASAK -

  • Tumis bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis.
  • Dah naik bau, masukkan daging yang telah diperap. Kacau-kacau bagi sekata.
  • Biarkan sehingga daging masak/kecut. Kalau kering, tambah air...Biarkan seketika.
  • Tengok air dah hampir kering, daging dah masak, masukkan santan..Gaul untuk bagi sekata. Biarkan sehingga masak..



www.fiezasani.xyz

SIAP...

Nama menu ni walaupun daging masak merah tapi bukan la macam yang masak merah biasa tu, tau..lain..bukan daging masak merah yg besa kita order kat kedai tu...takut kang korang salah faham plak...hihi..

k.fiezz pun tak tahu kenapa nama resipi ni daging masak merah..mak k.fiezz yang bagi resipi ni..follow je...

You Might Also Like

8 Comment

  1. Lama tak makan daging masak merah..fuhhh makan dengan nasi tengah panas2.2x menambah nasi ni

    ReplyDelete
  2. SA dh 3 bulan pantang daging...boleh x tukar ayam or ikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X penah try, SA selain dri daging..Cuba la kalau SA nk modified sikit resipi..

      Delete
  3. Sedapnyaa kak, nanti boleh lah try guna resepi ni pulakk :)

    ReplyDelete
  4. hah nmpk mcm daging rendang..ingtkan slh gmbr td,..rupanya mmg gtu ye gmbrnya

    ReplyDelete
  5. sedapnya daging masak merah, tp mrs pip tengah diet tak makan daging ...
    kita ni kalau mkn daging, selalu badan macam gatal2 sikit.

    ReplyDelete