Total Pageviews

Tempat Berkelah Kemensah Belakang Zoo Negara

23:09

Ada ke?ada la uolls..k.fiezz pun baru tahu la kisahnya ni hah...ahad baru ni k.fiezz follow geng gamers mr hubby k.fiezz ber BBQ + bersantai kat sini..iolls sorang je pompuan..haha..gigih tak + muka tak malu..yea ar duk kat umah pun, k.fiezz bukannya ada buat apa..bosan..so ikut je la geng gamers mr hubby ni bersantai kat sini...

okey gak k.fiezz ikut..baru ku tahu ada tempat berkelah kat area Kuala Lumpur ni di sebalik berdirinya bangunan-bangunan yang melambak kat sini..ada gak terselit kawasan hutan yang jadi tempat berkelah...eh..maksud k.fiezz bukan la nak masuk ke tempat berkelah ni banyak bangunan2 tinggi cuma tak sangka la kat area Kuala Lumpur yang sana sini hutan batu..ada terselit hutan semulajadi untuk jadi tempat berkelah...ada sungai..pemandangan hijau..

TEMPAT BERKELAH KEMENSAH

kat mana ni?ada yang dm k.fiezz kat IG sebab k.fiezz ada kongsi masa bersantai kat sini dalam IG Story..kat mana tempat ni, k.fiezz?kat Kemensah Ulu Klang..tak familiar..okey, tau zoo negara dak?tahu kan..hah, tempat ni belakang Zoo Negara je...Nampak je Zoo Negara, ada satu jalan sebelah dia yang menuju ke tempat berkelah ni..

K.fiezz tahu tempat ni ada gak satu tempat makan yang agak glamor jugak sebab dia makan dalam air..owner kedai letak meja/kerusi dalam sungai..so kalau yang nak merasa makan sambil kaki rendam dalam air sungai, boleh booked kat restoran tu..tak ingat nama restoran dia...try la google..k.fiezz ingat nama kedai tu BBQ something something...tak ingat nama penuh...yang k.fiezz tahu kedai makan tu je la..

eh rupanya ada tempat berkelah gak...

ALAM SEMULAJADI

Bestnya sesekali lepak tempat cam ni..tengok alam semulajadi..ku lihat hijauuu...area KL plak tu..baru la tahu..ingat belakang zoo negara, tak ada apa dah..rupanya otw nak ke tempat berkelah ni, sepanjang jalan ada rumah-rumah & kawasan perkampungan...yang tempat berkelah ni agak ke dalam lagi...

tapi trust me bila dah sampai area sini..sejukkkk mata memandang..dah masuk kat kawasan piknik ni, korang boleh nampak kat tepi sungai, berderet chalet untuk disewa..

Satu lagi dah masuk kawasan hutan ni, line DIGI sat okey, sat idak..haha...untuk yang lain k.fiezz tak pasti le dapat ke idak...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

cantik kan..tu antara chalet untuk disewa...

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

ni chalet yang kawan mr hubby sewa..nak bermalam pun boleh..tapi harga berbeza la untuk bermalam & sewa waktu siang..masa kitaorang ke sini, kawan mr hubby sewa untuk kitaorang rehat & lelapkan mata kalau dah penat mandi sungai ataupun nak salin baju, solat, nak letak barang-barang...

Bantal, tilam di sediakan..kipas dinding pun ada...Toilet kat belakang rumah ni..

www.fiezasani.xyz
memula tengok je mr hubby baring kat sini sambil dia nak amik mood Zzz..eh..alih-alih..k.fiezz pun joint sebab environment dia yang redup-redup..cam sedap je tidur..time ni tak panas & tak sejuk..just nice...kira cuaca dia cun la masa ni...

www.fiezasani.xyz
Sebelum tidur, duk main game dulu..besa la mr hubby, mana boleh tinggal game dia..so bff...

www.fiezasani.xyz

nak BBQ, ada disediakan tempat..bawa bahan je...yang disediakan tempat bakar tu & kipas je...
cuma lepas habis aktiviti kita, sila bersihkan yea kawasan ni..macam kawan-kawan mr hubby ni memang dah sesiap bawa plastik sampah hitam hat besar..so buang sampah kat dalam plastik yang dah disediakan oleh kawan2 gamers mr hubby ni...

www.fiezasani.xyz

ni entrance nak masuk ke tempat kitaorang bersantai haritu...

SESUAI NAK BAWA ANAK-ANAK / FAMILY BERKELAH

Korang yang duduk di sekitar Kuala Lumpur, time tak ada aktiviti hujung minggu boleh la bawa keluarga ke sini..k.fiezz confirm anak-anak / family suka...mandi sungai..tengok hutan hijau yang real..bukan hutan batu sana sini...so untuk k.fiezz tempat ni sesuai la tempat nak bersantai...tambah-tambah tempat berkelah ni area Kuala Lumpur je..kadang kita yang duk area KL/Selangor ni malas nak berkelah kat luar, kang tol lagi..minyak lagi..belum lagi part makan..hah, ni untuk warga KL/Selangor, dekat je uolls..nak piknik, malas nak gi jauh-jauh, meh dtg kat sini...tempat dia pun cantik...

You Might Also Like

8 Comment

  1. Bestnya dapat berkelah sambil mandi manda kat sini ..dikelilingi dengan tumbuhan hijau . Tenang sejuk ja

    ReplyDelete
  2. Cantik view dia kak.. bestnya kalau dapat pergi sana juga tu

    ReplyDelete
  3. penah cadang ngan kawan2 nak pegi sini tapi last2 pegi air terjun lain.. lama x picnic =)

    ReplyDelete
  4. bestnya picnic..lama g kawasan gni..:)

    ReplyDelete
  5. mmg syok berkelah tu...lps tu layan bbq kan..mmg bgs ada chalet bole la berehat juga

    ReplyDelete
  6. Pernah la lepak area sini...tapi takde la mandi, just lepak makan je..pas tu celup2 kaki dalam air dan balik

    ReplyDelete
  7. Mrs Pip suka aktiviti berkelah mcm ni, lagi2 kalau kawasan redup n angin pun sepoi2 ja ... Buat BBQ , makan2, bestnya!

    ReplyDelete
  8. Lama dah rabia tak pergi berkelah with my family

    ReplyDelete