Total Pageviews

vacation

Tempat Berkelah Kemensah Belakang Zoo Negara

23:09

Ada ke?ada la uolls..k.fiezz pun baru tahu la kisahnya ni hah...ahad baru ni k.fiezz follow geng gamers mr hubby k.fiezz ber BBQ + bersantai kat sini..iolls sorang je pompuan..haha..gigih tak + muka tak malu..yea ar duk kat umah pun, k.fiezz bukannya ada buat apa..bosan..so ikut je la geng gamers mr hubby ni bersantai kat sini...

okey gak k.fiezz ikut..baru ku tahu ada tempat berkelah kat area Kuala Lumpur ni di sebalik berdirinya bangunan-bangunan yang melambak kat sini..ada gak terselit kawasan hutan yang jadi tempat berkelah...eh..maksud k.fiezz bukan la nak masuk ke tempat berkelah ni banyak bangunan2 tinggi cuma tak sangka la kat area Kuala Lumpur yang sana sini hutan batu..ada terselit hutan semulajadi untuk jadi tempat berkelah...ada sungai..pemandangan hijau..

TEMPAT BERKELAH KEMENSAH

kat mana ni?ada yang dm k.fiezz kat IG sebab k.fiezz ada kongsi masa bersantai kat sini dalam IG Story..kat mana tempat ni, k.fiezz?kat Kemensah Ulu Klang..tak familiar..okey, tau zoo negara dak?tahu kan..hah, tempat ni belakang Zoo Negara je...Nampak je Zoo Negara, ada satu jalan sebelah dia yang menuju ke tempat berkelah ni..

K.fiezz tahu tempat ni ada gak satu tempat makan yang agak glamor jugak sebab dia makan dalam air..owner kedai letak meja/kerusi dalam sungai..so kalau yang nak merasa makan sambil kaki rendam dalam air sungai, boleh booked kat restoran tu..tak ingat nama restoran dia...try la google..k.fiezz ingat nama kedai tu BBQ something something...tak ingat nama penuh...yang k.fiezz tahu kedai makan tu je la..

eh rupanya ada tempat berkelah gak...

ALAM SEMULAJADI

Bestnya sesekali lepak tempat cam ni..tengok alam semulajadi..ku lihat hijauuu...area KL plak tu..baru la tahu..ingat belakang zoo negara, tak ada apa dah..rupanya otw nak ke tempat berkelah ni, sepanjang jalan ada rumah-rumah & kawasan perkampungan...yang tempat berkelah ni agak ke dalam lagi...

tapi trust me bila dah sampai area sini..sejukkkk mata memandang..dah masuk kat kawasan piknik ni, korang boleh nampak kat tepi sungai, berderet chalet untuk disewa..

Satu lagi dah masuk kawasan hutan ni, line DIGI sat okey, sat idak..haha...untuk yang lain k.fiezz tak pasti le dapat ke idak...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

cantik kan..tu antara chalet untuk disewa...

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

ni chalet yang kawan mr hubby sewa..nak bermalam pun boleh..tapi harga berbeza la untuk bermalam & sewa waktu siang..masa kitaorang ke sini, kawan mr hubby sewa untuk kitaorang rehat & lelapkan mata kalau dah penat mandi sungai ataupun nak salin baju, solat, nak letak barang-barang...

Bantal, tilam di sediakan..kipas dinding pun ada...Toilet kat belakang rumah ni..

www.fiezasani.xyz
memula tengok je mr hubby baring kat sini sambil dia nak amik mood Zzz..eh..alih-alih..k.fiezz pun joint sebab environment dia yang redup-redup..cam sedap je tidur..time ni tak panas & tak sejuk..just nice...kira cuaca dia cun la masa ni...

www.fiezasani.xyz
Sebelum tidur, duk main game dulu..besa la mr hubby, mana boleh tinggal game dia..so bff...

www.fiezasani.xyz

nak BBQ, ada disediakan tempat..bawa bahan je...yang disediakan tempat bakar tu & kipas je...
cuma lepas habis aktiviti kita, sila bersihkan yea kawasan ni..macam kawan-kawan mr hubby ni memang dah sesiap bawa plastik sampah hitam hat besar..so buang sampah kat dalam plastik yang dah disediakan oleh kawan2 gamers mr hubby ni...

www.fiezasani.xyz

ni entrance nak masuk ke tempat kitaorang bersantai haritu...

SESUAI NAK BAWA ANAK-ANAK / FAMILY BERKELAH

Korang yang duduk di sekitar Kuala Lumpur, time tak ada aktiviti hujung minggu boleh la bawa keluarga ke sini..k.fiezz confirm anak-anak / family suka...mandi sungai..tengok hutan hijau yang real..bukan hutan batu sana sini...so untuk k.fiezz tempat ni sesuai la tempat nak bersantai...tambah-tambah tempat berkelah ni area Kuala Lumpur je..kadang kita yang duk area KL/Selangor ni malas nak berkelah kat luar, kang tol lagi..minyak lagi..belum lagi part makan..hah, ni untuk warga KL/Selangor, dekat je uolls..nak piknik, malas nak gi jauh-jauh, meh dtg kat sini...tempat dia pun cantik...

althea

Althea Korea - Reward Birthday Gift For Me

16:29

Reward barang-barang althea sempena Birthday..eh..k.fiezz..hover nau..asik citer pasal birthday je tau..haha..besa la birthday kan...hehe...timbirthday ni, saja reward birthday gift untuk diri sendiri.kalau kawan-kawan nak bagi, idak la kan..lepas kawen, k.fiezz dah kureng sikit kawan-kawan ni..haha..bukan tak mau kawan-kawan ni...tapi malas la..k.fiezz ni dah la jenis sentap..sat gi dorang cakap menda yang mengguris hati ni, mula la ahkak ni terasa..dah tua kan..haha..so berkomunikasi ngan kawan-kawan kat opis je la..tu pun tak rapat sangat...time ofis je...

jadi bila time birthday ni memang tunggu hadiah dari mr hubby je la..dan kita bagi la hadiah kat diri sendiri...hehe..Memandangkan skrg k.fiezz tengah in ngan barang-barang kecantikan, so kita beli barang-barang untuk cantik la..

kita shopping item untuk skincare, make up, hair & sleeping mask...

Nak beli kat  mana?Pilihan k.fiezz,  harus la all da time Althea..

PILIHAN HATI TETAP ALTHEA

K.fiezz pilih barang apa plak untuk reward diri sendiri birthday present kat Althea ni..

Jom Check it Out..


video unbox barang-barang althea..malas nak tengok bideo, check it out more details kat bawah ni...


Ni more detail barang yang jadi pilihan k.fiezz...


Set conteng-conteng muka..make up daaa..


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Set Bare Essential - RM104.40 

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz

Hadiah untuk diri sendiri..tadaaaa

Kalau korang berminat antara barang-barang ni, boleh klik link merah, bawah setiap gambar tu..

YANG MANA JADI KESUKAAN K.Fiezz?

antara banyak-banyak item ni, yang mana k.fiezz dah cuba & puas hati sangat?

harus la SET BARE ESSENTIAL..ni memang dah jadi skincare  wajib k.fiezz..for info kan..dah 2-3 kali re-purchase...kalau dah selalu re purchase tau la sebab apa...mesti la puas hati & serasi dengan set skincare ni..Lagi pun satu set ni tahan lama, dah jimat di situ...terutama yang Fixer Cream & Primer Water tu..Cleanser cepat sikit abis..k.fiezz la..suka picit banyak-banyak..haha..tamak..best la lepas cuci ngan cleanser dia...smooth je muka...buh plak primer water & fixer cream tu sebelum apply make up..memang hasil mekap tu maintain sampai petang..sekata je..tak ada la bercapuk ke apa...

Untuk set Bare Essential ni kalau mana-mana item antara 3 ni dah abis, boleh beli secara berasingan..harga setiap item pun tak la mahal sangat..dalam kategori mampu beli...

Selain dari Set Bare Essential ni, yang lain pun k.fiezz suka...eh..memang best la citer dia produk-produk kat Althea ni..nanti k.fiezz cuba review setiap item dari Althea yang k.fiezz dah guna, k...

Maklumat lanjut -


Gift

Redeem Birthday Gift Di SOGO

10:03

Gigih lepas kerja semalam singgah SOGO nak pi redeem hadiah dari SOGO..tue pun kebetulan k.fiezz ada shopping masa sogo sales jumaat lepas & total damage kat SOGO lebih RM50 so boleh la redeem hadiah birthday kat SOGO..kalau tak, tak kose la k.fiezz nak shopping semata-mata nak redeem gift..kalau kebetulan ada menda nak beli, tak pe la nak shopping..kalau tak ada menda nak beli..membazir je...

tahun lepas dapat kad dari SOGO untuk collect hadiah birthday dari SOGO...tahun ni dapat mesej, berbelanja lebih RM50 dalam satu resit, baru boleh collect gift kat CUSTOMER SERVICE SOGO..eh..gitu plak tahun ni..kena berbelanja baru boleh redeem..hmmm

k.fiezz shopping hari Jumaat lepas & semalam baru pi ambil hadiah kat SOGO..terlupa nak ambil hari Jumaat tu gak sebab rushing nak tengok drama Pujaan Hati Kanda tu..haha..tu pun ngam-ngam sampai rumah pukul 7mlm..kalau pi collect plak kat Customer Service SOGO tu, pukul 8 agaknya baru sampai rumah...

SO APA HADIAH SOGO TAHUN NI?

tadaaa...mug lagi..haha..ingatkan dapat menda lain..tahun lepas pun >> because of you iolls meredah jammed..cuma mug untuk birthday gift tahun ni isi air panas, dia bertukar warna...

semalam balik kerja, terus test betul ke tak?

hah..betul..yang belah atas & bawah tu bertukar dari warna merah ke warna putih...tu je la istimewa hadiah mug tahun ni punya dari SOGO..

www.fiezasani.xyz

thank you SOGO for the birthday gift...walaupun sama je ngan tahun lepas..hehe

eh..dapat gak kan hadiah orang nak bagi..tu pun syukurrrr..

beauty

ID.AZ Mask Face Fit Sleeping Mask Untuk Dapatkan Wajah V-Shape dan Anti Penuaan

15:25

Ni rahsia k.fiezz nak share ngan wanita-wanita luar sana yang nak nak bentuk muka slim..bentuk V shape gitchuuu..kulit lebih anjal pas tu anti-aging terutama yang dah meningkat usia cam k.fiezz ni..it's normal proses untuk peringkat usia yang dah masuk 3 series nak ke 4 series ni..hehe...korang jangan gelak..nanti korang dah masuk 3 series, tau la korang nak cari produk untuk tegangkan muka..kurangkan garis-garis halus yang dah mula nampak kat muka tu..hah, baru korang gelabah badak..eh..ada ke gelabah badak..tak kisah la..point yang k.fiezz nak cerita ni, masuk je 3 series, sure masalah kulit dah tak anjal, garis-garis kedutan dah memunculkan diri..sure korang cari jalan penyelesaian..so ni yang k.fiezz nak kongsi dengan korang...

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask

Produk yang k.fiezz nak kongsi dengan korang ni adalah produk yang dikeluarkan oleh sebuah klinik dermatologi di KOREA yang bakal dikeluarkan pada Februari 2019..Krim ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ni memberi perawatan profesional ke rumah.

Maksudnya disini sebelum ni, yang kita tahu wanita-wanita yang nak buat perawatan V-shape pada wajah, perlu ke mana-mana pusat rawatan kecantikan yang menawarkan perkhidmatan ni..tapi dengan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ni, tak perlu susah nak keluar..hanya sapu krim setiap malam sebelum tidur untuk mendapatkan hasil wajah yang tegang, garis wajah yang lebih licin dan lebih langsing..

Kandungan yang digunakan telah dikaji dengan teliti dan setaraf dengan rawatan yang kita dapatkan di pusat rawatan kecantikan untuk dapatkan bentuk muka yang slim..Cuma dengan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ni, kita hanya perlu rajin dan konsisten untuk gunakan setiap hari tanpa was-was..Baru la hasil dia pun tanpa was-was kita boleh nampak...

Fungsi ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask : 

1. Meningkatkan keanjalan kulit
2. Meningkatkan wajah yang kendur
3. Menegangkan
4. Sebagai Anti-penuaan

www.fiezasani.xyz

Bahan - bahan yang digunakan -

Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance

www.fiezasani.xyz

Packaging dia sangat kelass untuk k.fiezz..dalam bekas warna putih jernih & ada warna silver di bahagian dalam..nampak mewah..


www.fiezasani.xyz

Tekstur dia likat, tak melekit..warna putih macam korang tengok kat gambar atas ni..bau dia tak menyengit hidung..

Cara Gunakan ID.AZ CU-V TENSION SLEEPING PACK

Cuci muka dahulu seperti biasa & sapukan serum, essence @ ampoules yang biasa kita guna sebelum tidur...ID.AZ CU-V Tension Sleeping Pack ni boleh dijadikan pelembap atau gantikan pelembap yang selalu kita gunakan. 

 

Sapukan dari dagu ke pipi untuk mendapatkan kesan menegang pada wajah..dah selesai, tepuk-tepuk pada seluruh wajah untuk mudah penyerapan krim di muka..


www.fiezasani.xyz

Selesai..

Boleh la tidur..esok pagi cuba rasa sendiri hasilnya..tapi of course kena konsisten yea sis-sis semua...

Nak kulit anjal, tegang, tak ada kedutan..sila rajinkan diri untuk sapu sleeping mask ni sebelum tidur setiap malam...ooo yea, krim ni boleh digunakan setiap malam..hehe..kalau nak jimat, boleh la gunakan selang-selang supaya tak cepat abis..hehe..

Untuk dapatkan ID.AZ CU-V Tension Sleeping Mask ni, boleh terjah mana-mana Watson atau boleh juga beli secara online di Watson. 

Harga - RM199.00 / satu unit..Sekarang ada promosi sempena Tahun Baru Cina..Pi terjah Watson..



TTC

Susu Kambing Kisar Dengan Kurma Dan Amalkan Badam Untuk Ikhtiar Hamil

15:53

Penah dengar tak petua susu kambing + kurma untuk ikhtiar hamil..k.fiezz lama dah dengar petua ni tapi sejenis tak amik kisah sangat sebelum ni..tapi bila kesedaran umur makin meningkat, baru hegeh2 nak cuba petua ni..actually kat area pejabat k.fiezz ni ada satu kedai ustaz kat blok JKR ada jual susu kambing fresh ni..cuma keberanian k.fiezz untuk mencuba susu kambing ni tak baper nak tinggi..tambah-tambah bila dengar orang cakap minum susu kambing ni panas la..n bla bla...

so baru ni k.fiezz cuba juga susu kambing ni..ada banyak perasa..k.fiezz pilih yang dah dicampur dengan kurma...dia jenis dah sejuk beku so balik rumah, cuma rendam dalam air & biar sampai susu cair..lepas tu minum je...

Rasa dia - okey je, derrr..k.fiezz ni je suka pikir bukan-bukan...tue la suka sangat dengar cakap orang kan..haih...cuma lepas minum botol yang pertama haritu, badan k.fiezz rasa panas..dalam bilik ada aircond pun rasa panas..terjaga tengah malam sebab nak terkucil..ckp kat mr hubby, panas..mr hubby ulang ayat k.fiezz 'panas?'..haha..1st day tu je la..esoknya k.fiezz minum botol kedua..okey je...

harga sebotol ni baper, k.fiezz?RM6.50 uolls...

Ada banyak perasa..k.fiezz pilih yang kurma...

Yang kisar sendiri susu + kurma ni, kat rumah sebelum k.fiezz beli yang dah sesiap macam ni, cuma ada stok kurma & susu fresh (susu lembu)..so k.fiezz kisar je susu fresh + kurma ni je..


www.fiezasani.xyz

CARA BUAT SUSU KURMA

Cara nak buat susu kurma ni senang je..

k.fiezz amik 14 biji kurma (7 biji untuk suami & 7 biji untuk isteri..**buang biji) + kisar dengan susu fresh (susu lembu)..kalau ada susu kambing, guna susu kambing..Lepas kisar halus..bahagi dua cawan..satu untuk k.fiezz..satu untuk mr hubby...

Minum susu + kurma yang dah dikisar ni untuk sekali..esoknya & hari-hari berikut cuma amalkan minum segelas susu & 7 biji kurma..macam k.fiezz tambah makan badam 7 biji..kenapa tambah badam?baca kat bawah...


yang susu tu kalau ada susu kambing, korang guna la susu kambing yea..k.fiezz masa buat ni ada susu fresh (susu lembu) je..

Sebelum minum tu baca selawat & niat dalam hati..lepas tu minum..amik waktu pagi sebelum sarapan...masa perut kosong..good luck yang tengah berusaha untuk hamil...

Petua ni k.fiezz penah baca dulu, isteri Nabil pun pernah cuba masa dorang mencuba untuk anak pertama dorang..dan berjaya..dah nak masuk 3 orang anak dorang..tapi apapun semuanya berbalik pada rezeki dari Allah...kita usaha je..

BADAM

satu lagi..amalkan badam..yang ni ex-kawan pejabat k.fiezz penah kongsi juga masa dia tengah berusaha untuk dapatkan anak ke-2..jarak antara kakak & si adik no.2 jauh ..so dia amalkan badam hari-hari...alhamdulillah berjaya dapat yang no.2 dan berikutnya no.3..

baru ni k.fiezz terbaca ada satu komen kat fb, post petua susu kambing + kurma ni, dan ada someone, kita guna la nickname dia A yang sudi berkongsi juga pasal badam ni...A ni amalkan Susu Kambing + Kurma + Badam selama 3 bulan berturut, & alhamdulillah A berjaya hamil..tengah tunggu hari kalau tak silap...

A yang kongsi pasal ni, dapat petua dari ustaz di kampung dia..ustaz tu beritahu pada mak A sebab tengok si A ni berusaha macam-macam untuk dapat zuriat..Si A cuba petua ni & alhamdulillah berjaya selepas menunggu 9 tahun.. 

so k.fiezz tengah cuba amalkan..wish me luck..Aamiin...

APA FUNGSI SUSU KAMBING + KURMA + BADAM

Mesti tertanya-tanya kan kenapa susu kambing + kurma + badam?okey, meh story..Susu kambing ni macam kita tahu lah khasiat dia lagi tinggi dan bagus dari susu lembu...dan info dari ustaz yang berikan petua ni, katanya kadang yang susah nak hamil ni sebab ada gangguan jin pada rahim so susu kambing ni musuh pada jin..Jadi kita digalakkan minum susu kambing untuk masalah ini..k.fiezz dpt info dari SINI..

Kurma pula berfungsi untuk kuatkan rahim..Badam yang kaya dengan vitamin E, boleh tingkatkan nafsu seks wanita dan melindungi embrio dari keguguran. Selain ia juga lambat dicerna dalam tubuh, boleh membantu tingkatkan ovulasi & kesuburan wanita. serta mengawal atur hormon dan berikan efek pada hormon yang berkaitan kesuburan wanita..

Ni antara info yang k.fiezz dapat berkaitan kesuburan yang boleh kita cuba untuk hamil..kalau sesapa yang satu geng dengan k.fiezz, boleh la cuba...kalau korang duk di kawasan kampung-kampung, lagi senang nak dapatkan bekalan susu kambing segar..macam k.fiezz yang duk kat area bandar ni, jenuh sikit nak cari stok...

birthday

Celebrate Birthday Di Pejabat

10:32

Citer pasal birthday lagi..hehe..yang ni celebrate kat pejabat plak..kek sponsor oleh BIG BOS bahagian k.fiezz..memang dia akan peruntukan sorang RM100 untuk kek birthday..kalau kata bulan tu ada 10 orang punya birthday..hah, kali kan dengan RM100..haha..

Memandangkan birthday k.fiezz tahun ni jatuh pada hari cuti THAIPUSAM so, esoknya iaitu semalam baru celebrate...

flavour cake ikut citarasa birthday girl...hehe...Officemate k.fiezz yang in charge untuk belikan kek, akan tanya sesiap birthday boy atau girl nak kek perasa apa..k.fiezz punya pilihan harus la chocolate...



www.fiezasani.xyz

thank you SUB for the cake....


www.fiezasani.xyz

Flavour chocolate pilihan k.fiezz..yummy...untuk k.fiezz rasa dia just nice..tak manis..tapi ada sorang dua member ofis cakap manis..hmmm...


www.fiezasani.xyz

thank you kelab BDA for the present...


www.fiezasani.xyz

ni hah hadiah dia...okey gak, praktikal...Boleh letak barang-barang kita untuk nampak more organize...sekarang ni nak letak apa dalam ni..haha..tapi ada beberapa cube k.fiezz dah rasmi letak barang..cewahh..dalam tak tau nak letak apa, konon....

kot ada yang berkenan cube-cube ni, boleh cari kat IKEA..officemate k.fiezz beli kat situ...


www.fiezasani.xyz

officemate k.fiezz...bos k.fiezz je tak ada..dia meeting kat luar...ada video nyanyi happy birthday to me sebelum acara potong kek..sogan lak nak share kat sini..haha..pi la usya kat FB story & IG story k.fiezz...

birthday

Pandora..Bracelet + 2 Charm Alphabet Pilihan Hati

16:02

Apa la yang istimewanya Pandora ni yeak?padahal dah tak baper nak in dah brand Pandora ni..dulu2 agak hot jugak..masa tengah hot lagi, k.fiezz memang dah jatuh cinta dengan Pandora ni..suka tengok pandora orang yang penuh dengan charm...tapi bila tahu harga original dia..plus harga bracelet lain..harga charm lain...uishhh..sokay la..kelip-kelip mata je la..

tapi bila baru-baru ni mr hubby tanya, nak hadiah apa sempena birthday..aihh..jenuh berpikir..nak beli beg..dah melambak..kasut...kang kasut dah rosak ke apa..k.fiezz buang..so nak hadiah yang tahan lama..fikir punya fikir..pilih PANDORA...lama dah berkenan kan..hehe..kebetulan orang dah offer ni..

ada gak k.fiezz tanya opinion kat fb pasal pandora ni?masih relevan kah?majoriti cakap, baik pilih emas..buat pelaburan...tapi pada k.fiezz tengok pada citarasa dan bajet memasing..kalau rasa cam bosan asik emas je..boleh la bertukar angin ke pandora lak cam k.fiezz...hihi...

PILIH Design & Charm PANDORA DI WEBSITE..

Masa dah decide nak pandora ni, k.fiezz dah usya kat website dia..nak tengok design apa yang nak..sekali dengan charm dia...ingat kan boleh beli online ke apa..upenya tak..website pandora tu cuma rujukan kita cari design & charm bentuk yang macamana..nnti pi ke butik dia, kita tunjuk je..oo baru tahu cara beli pandora..mana la nak tau..first time...

akceli sebelum beli pandora ni pun, k.fiezz & mr hubby dah usyar cara-cara nak beli & apa-apa info pasal pandora kat You Tube..kalau search tu, byk gak la sharing dari you tuber pencinta pandora dari luar negara..bagus sangat la perkongsian dorang..membantu untuk newbie macam k.fiezz ni yang baru nak terjebak dengan pandora...

TIPS BELI PANDORA

Kat website Pandora ni ada macam-macam..selain bracelet..ada cincin, rantai, anting-anting,..so ikut suka la nak yang mana yea..k.fiezz ni pilih bracelet...warna pun ada yang silver..rose gold..tengok la pada bajet memasing yea..ikut hati suka kaler rose gold tapi mahai sikit..so k.fiezz amik silver je...

Masa ke butik Pandora di Empire Subang Gallery, mula-mula staff tu tunjuk koleksi bracelet..lepas tu k.fiezz request design bracelet yang k.fiezz dah pilih awal berdasarkan dalam website dia..Ada stok design tu cuma saiz dia besar sikit..dan design yang k.fiezz nak tu, datang dengan size besar...tak ada size kecil..macam tangan k.fiezz ni size 16..Yang design k.fiezz nak tu, size 17 paling kecil..okey tu okey..tapi macam tak selesa sebab besar..dia tak ada la terlucut ke apa...lagi pun yang design k.fiezz pilih mula-mula ni, keras sikit...dia memang bentuk bulat betul...masuk kat tangan, memang dia statik gitu je..

Untuk size jangan risau, masa kat butik staff akan assist kita...sales person yang layan k.fiezz tak amik ukuran pun..dia tgk je dah tau, baper size k.fiezz..pro gituuu...

lagi satu kalau berdasarkan pada you tuber yang k.fiezz rujuk, saiz ni kalau amik yang besar sikit dari tangan kita pun tak pe sebab nanti kita tambah charm, bila dah ada charm yang bergayut-gayut ni, bracelet kita akan jadi ngam2 saiz kita...

PILIHAN DI HATI

jadi tukar amik yang dalam gambar ni untuk bracelet...jenis lembut sikit..

www.fiezasani.xyz

as inform by sales person kat Pandora ni, untuk permulaan bracelet ni keras sikit..nanti selalu pakai, dia akan lembut...charm tu pulak nanti-nanti boleh tambah lagi..semalam masa beli, birthday k.fiezz so staff Pandora tu inform kalau jadi member, birthday next year boleh beli apa2 kat Pandora & dapat diskaun 20%..wahhh sangat tau...nanti bebila ada duit lebih, boleh la top up charm lagi..hehe..

Insyaallah..nanti ada rezeki lebih duit job dari blogging, boleh top up beli charm pandora..nampak gak duit tu ke mana..kalau tak, k.fiezz ni kaki shopping..ntah menda2 je la k.fiezz beli...tau-tau dah abis..hehe..

ni dah ada charm huruf F & S..so next, aim untuk alphabet P & A pulak..F&S nama k.fiezz & mr hubby..P & A..nama mak abah k.fiezz..

betul la orang cakap pandora ni setiap charm dia ada penceritaan kenapa kita guna charm tu...sesuai la ngan tagline dorang Unforgettable Moments...

www.fiezasani.xyz
Set Pandora pilihan k.fiezz..bracelet + 2 alphabet charm

dapat apa?

**Bracelet Pandora + charm..of course...hehe
**Polishing Cloth
**Resit
**Guarantee Card
**sticker Pandora...

Ada waranti..Detail warranty ada kat kad waranti pandora ni...

Selain tu untuk polish, boleh buat sendiri kalau tak teruk..kalau teruk sangat, just bawa je ke mana-mana butik Pandora dalam Malaysia..Kalau ada masalah apa-apa dengan Pandora kita pun, just bawa ke butik Pandora..Bagi no.telefon kita je... dorang dah ada rekod kita once kita beli...tue la untung beli yang original kat butik Pandora....

ELAKKAN -

Untuk pastikan barang pandora kita ni dalam keadaan elok dan tahan lama..sila elakkan
KENA AIR, PERFUME, LOSYEN atau apa-apa bahan yang ada campuran kimia..Jangan pakai dengan emas..contoh macam k.fiezz, tangan sebelah kiri, k.fiezz pakai gelang emas..jadi kena pakai bracelet Pandora ni di belah kanan..Tak boleh mix dengan emas...Nanti warna emas tu tarik warna bracelet pandora kita ni...so cepat pudar la warna...

birthday

Ber Pandora Uolls dan Lunch Di Secret Recipe

23:21

Happy Birthday to me..happy birthday to me...hehe..yang ke-tettt..rahsia..haha..masa nak dekat birthday k.fiezz, mr hubby tanya nak hadiah apa?aihh..jenuh pikior tau dak..nak apa..haha..nak pikir mintak hadiah apa kat mr hubby pun, jenuh..

bukan susah apa, sebab kalau bukan time birthday pun mr hubby bagi je apa2 yang k.fiezz nak..so dah lama kahwin ni macam-macam dapat..alhamdulillah..idak la tiap masa dapat je..ikut bajet mr hubby jugak..kalau bajet kureng, KIV la dulu...

so untuk hadiah birthday tahun ni, request PANDORA uollls...gedik la hai..haha..orang dah tak baper nak pakai pandora, baru k.fiezz gediks2 nak ber PANDORA..haha..tak pe la, masa tengah in brand PANDORA ni, tak mampu nak beli...so orang dah tak mau pakai..kita baru nak pakai...tak kisah la kan...yang penting..orang dah lama ada pandora..k.fiezz pun ada..walaupun baru je beli..hehe...

tadi pi beli bracelet  PANDORA ni kat Cawangan Empire Subang...

Tadaaa..design pilihan k.fiezz..


www.fiezasani.xyz

very da simple je pilihan k.fiezz..satu bracelet + 2 charm..K.fiezz pilih charm jenis alphabet..Huruf F & S..stand for FIEZA & SANI..alolo suwittt plak..hehe..

sebelum nak beli ni, memang k.fiezz dah usyar dulu kat website PANDORA nak design bracelet yang macamana & bentuk charm dia...jadi ni la ghupe pilhan k.fiezz...cantik ke idak...cakap cantik..mahai tau dak ni..haha

Lepas beli PANDORA k.fiezz ni, kitaorang pi makan kat SECRET RECIPE...

so beli sekeping kek & lunch kat sini...

Pilih kek kat secret recipe yang slice je..makan berdua..jenuh nak abiskan kalau beli yang sebiji tu..Jadi kita beli satu slice & share gitu..romantik la kann..hehe


www.fiezasani.xyz

Kek chocolate banana kalau tak silap nama dia...sedap gak..k.fiezz kan penggemar coklat..so anything related with chocolate, memang sedap je ikut tekak k.fiezz...


www.fiezasani.xyz

Ajak adik ipar k.fiezz joint sekali lunch kat Secret Recipe ni...
Nanti k.fiezz review makanan kat Secret Recipe..ececeh....first time makan kat Secret Recipe ni..selalu beli kek je...

Health

Pandan Leaf Essence Untuk Jadi Minuman Tonik Harian dan BAKING

09:00

Daun pandan kalau masuk dalam masakan macam bubur ke, nasi lemak wangi semerbak..berselera nak makan...kalau kuih pulak, selalunya yang guna daun pandan ni buah melaka..yang k.fiezz tahu la...atau apa-apa kuih yang nak guna warna hijau, kita boleh kisar daun pandan untuk dapatkan warna dia..lagi elok sebenornya buat sendiri cuma macam leceh la sikit nak proses dia tu kan..

kalau k.fiezz ni part kuih-kuih ni memang failed la..bukan failed apa..malasss..haha..leceh nak buat..tapi kalau bubur ke, nasi lemak..yang tak perlu nak proses nak dapatkan warna dia..hah, laju je k.fiezz buh daun pandan..sebab suka la bau dia...wangiii..

EKSTRAK DAUN PANDAN ASLI

Nak tau tak sekarang ni ada esktrak daun pandan asli..hah..dah siap dibotolkan..sonang kerja..proses pembuatan dia terjamin oleh BIO-NUTRICIA MARKETING (GMP,HACCP, JAKIM HALAL) MALAYSIA...Ekstrak Daun pandan asli yang k.fiezz nak share ni, ada dua jenis..satu untuk masakan..satu untuk minuman..hah..bestkan...yang untuk masakan tu lepas ni tak susah hati mak-mak macam kita ni nak buat kuih yang memerlukan daun pandan..

PANDAN LEAF ESSENCE KELUARAN BIO-NUTRICIA MARKETING MALAYSIA

Korang tak perlu ragu-ragu dengan pandan leaf extract keluaran BIO-Nutricia Marketing Malaysia ni sebab pihak Bio-Nutricia Marketing Malaysia ni merupakan sebuah bioteknologi makanan yang ditubuhkan pada 2017 yang menumpukan pada pengeluaran dan mengkomersialkan ekstrak dari bahan semulajadi tempatan yang mendapat pengiktirafan sijil GMP, HACPP & JAKIM HALAL..

Bio-Nutricia sendiri fokus penggunaan teknologi hijau untuk memproses bahan herba semulajadi tempatan menjadi bahan makanan & bahan aktif yang pelbagai khasiat..

Antara bahan makanan & bahan aktif yang dihasilkan oleh Bio Nutricia Marketing Malaysia seperti dibawah.

BAHAN MAKANAN

Pandan Leaf Extract
Kaffir Lime Leaf Extract
Black Coffee Extract

BAHAN AKTIF

Tongkat Ali Extract
Kacip Fatimah Extract

Setiap proses ekstrak dari bahan herba semulajadi ni menggunakan 100 peratus teknologi hijau yang mengeluarkan produk berkualiti tinggi untuk memenuhi piawaian antarabangsa dari segi kualiti, keselamatan & memenuhi standard.

Fungsi Bio-Nutricia Marketing

>> Pengekstrakan & pengasingan - sebatian biomarker herba
>> Pengetahuan melalui penyelidikan inovasi
>> Proses pengekstrakan berkaitan bioteknologi
>> Pembuatan ekstrak tumbuhan serbuk & cecair
>> Terokai pasaran yang berpotensi untuk herba tradisional
>> Ekstrak sebatian aktif untuk tujuan komersil
>> Menghasilkan minuman & minuman inovatif dengan faedah kesihatan tambahan
>> Menghasilkan bahan makanan yang boleh digunakan secara tempatan & untuk tujuan eksport

2 PRODUK YANG DIHASILKAN DARI PANDAN 

Dari tadi k.fiezz duk cerita pasal ekstrak daun pandan, meh nak kenalkan ghupe dua produk yang dihasilkan dari daun pandan..Ada dua jenis tau ekstrak ni..


www.fiezasani.xyz

Satu untuk masakan & satu untuk minuman..untuk minuman k.fiezz?hah la..ada la..daun pandan kan kita kita buh dalam masakan..apsal plak tak leh minum air dia..banyak khasiat dia tau..tambah-tambah Bio Nutricia sendiri membuat kajian sebelum mengeluarkan produk tersebut mempunyai khasiat untuk kesihatan macam pandan leaf extract.


www.fiezasani.xyz

Pandan leaf extract untuk minuman tonik harian yang mempunyai kelebihan sebagai tinggi anti-oksidan, menyejukkan badan, memulihkan tenaga, minuman yang menenangkan & mengandungi alkali..

Cara bancuh - Campurkan 2 sudu pandan leaf extract dengan 250ml air suam. Gaul sekata & sedia untuk diminum sebagai minuman harian..Boleh juga dicampur dlm minuman (kopi, teh, topping aiskrim)


www.fiezasani.xyz

Untuk masakan -  boleh dicampur dalam apa-apa bahan untuk bakery yang menggunakan pandan seperti pencuci mulut, kek, roti, krim & jeli..

Kalau nak tahu lebih lanjut produk-produk keluaran Bio-Nutricia Marketing Malaysia, boleh rujuk di bawah..


Alamat - 41 Jalan TSB 1, Taman Perindustrian Sg.Buloh, 47000 Kota Damansara,
Selangor, Malaysia

No. Telefon : 03-61568363 / 016-6618507 / 012-6618157

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8.30pg - 5.30ptg)