Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Mee Goreng Simple

22:27

Welcome December..ecece...positive vibes on December for me..alolo k.fiezz sebelum-sebelum ni tak positif ke apa..haha..besa la ada up & down...so untuk Disember ni nak positif je...

so untuk getaran positif di bulan Disember ni, kita share menu masakan..standard la kan..kalau nak positif, kena makan..kalau tak, boleh jadi negatif perut berbunyi..haha

meh nak kongsi mee goreng simple yang k.fiezz dapat dari blog NINA MIRZA ni...masa nak masak menu ni k.fiezz cari menu yang tak banyak bahan..sebab ada bahan-bahan yang biasa guna untuk buat mee goreng, dah kehabisan stok kat rumah k.fiezz...cari punya cari jumpa menu kat blog Nina ni yang bahan dia tak banyak sangat..itu pun ada satu bahan, k.fiezz tukar sebab tak ada stok kat rumah...


Ni hat yang dah siap - Mee Goreng Simpe

Selalu guna mee kuning tu..tapi jarang sangat k.fiezz buat mee goreng sebab tak suka rasa mee tu...so haritu kat pasar tani, ternampak mi kuning kering yang kat bawah ni...k.fiezz pun tak pernah try masak mi kuning kering ni..kebetulan ada kawan k.fiezz yang ajar cara masak dia. tu k.fiezz beli je...jadi meh kita cuba goreng...


Bahan utama - Mi Kuning Kering



Sebelum tu mi ni kena rendam dulu atau masak dalam air panas untuk lembutkan dia..yelah dia kan keras..kena la bagi lembut..jangan lama sangat rendam atau masakkan dalam air panas..agak-agak dah lembut, boleh angkat & toskan sementara kita tumis bahan-bahan lain...

Bahan-bahan - 

1 peket mi kuning kering atau mi kuning biasa **kalau guna mi kuning biasa, celurkan dulu dengan air panas**
1 biji bawang merah besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar 
Cili padi ikut korang nak buh berapa genggam - dikisar
Minyak masak
Sayur sawi
Sotong/Ayam (kalan nak guna bahan lain pun boleh)
Telur

Sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis –X guna sebab kehabisan stok. so ganti dengan Kicap Cair, jadi warna mi kuning k.fiezz, tak hitam sangat..
2 sudu besar sos cili
1 cawan air panas – nakkan mee basah lencun sila tambah kan lagi air

Cara Masak -

1) Panaskan minyak..Goreng telur & cincangkan macam nak buat scramble egg..lepas dah masak, ketepikan dulu..

2) Panaskan minyak untuk bahan tumisan pula (bahan yang telah dikisar)..Kacau-kacau & biarkan sehingga bahan kisar masak..

3) Lepas tu, masukkan sos yang dah disatukan, diikuti dengan air..Biarkan hingga mendidih.
**Nak tambah garam pun boleh tapi biasanya k.fiezz tak letak kalau dah ada sos, sos tiram...sebab itu pun dah cukup rasa dia...

4) Masukkan pula sotong/ayam (atau apa-apa bahan yg korang ada)...Biar sehingga masak..

5) Selepas itu, masukkan mi kuning kering tadi...Gaul hingga sekata...

6) Boleh masukkan sayur & gaul-gaul seketika...

7) SIAP...


SELAMAT MENCUBA..

Untuk k.fiezz rasa mee goreng simple ni sedap & kena dengan tekak k.fiezz..tekstur mee kuning kering ni macam maggie bila dah masak...k.fiezz lagi suka mee kuning kering ni dari mee kuning biasa...so lepas ni memang beli mee kuning kering je la...


You Might Also Like

8 Comment

  1. Baru tahu ada mee kuning kering.

    ReplyDelete
  2. first time tengok brand mee tu kak fiez!

    ReplyDelete
  3. wah kena try jugak ni, sha tak suka mee goreng sebab rasa mee tu la, kalau rasa ala ala megi ok je haha

    ReplyDelete
  4. Simple resepi takpa, janji sedap. Macam kita buat dalam resipi ni, campak2 je bebeno :P
    http://mommylotte.com/2017/05/23/resipi-jimat-masa-yang-mudah-shai-punya/

    ReplyDelete
  5. simple pun tapi nampak sedap laa

    ReplyDelete
  6. cmne mee kuning kering tu..yg biasa tu slalu yg kat kedai mamak tu ea..hehe

    ReplyDelete
  7. First tine tebgok mee kuning kering ni , ada yer ..

    ReplyDelete