Tak tau la korang dah penah tengok ke tak cerita ni. Ataupun k.fiezz yang ketinggalan.. K.fiezz baru layan semalam citer ni sebab ada tayang di Fox Movie.. Selalu kat Fox ni cerita ulang tapi kenkadang ada gak slot Premier. Cerita-cerita baru yang tak pernah main lagi di Fox...

LION

Semalam ternampak tajuk cerita ni, so baca info dulu sebelum tengok cerita dia..Eh..macam best..Lepas tu adik ipar k.fiezz beritahu cerita ni berdasarkan kisah benar.. Lagi la excited nak tengok.. Sebab kisah benar kan..

SINOPSIS CERITA LION

www.fiezasani.xyz


Cerita ni berkisarkan Saroo dan keluarganya yang tinggal di satu daerah terpencil di India. Kisah berlaku sekitar tahun 1980-an masa Saroo ni berusia 5 tahun. Saroo & family dia ni hidup susah..mak dia bekerja buruh kasar yang pecah kan batu, sorang abang dia Guddu bekerja mengambil upah untuk apa-apa jugak jenis pekerjaan.. 

Satu malam Saroo nak ikut abang dia Guddu keluar cari kerja. Guddu memang tak nak bawa si Saroo ni sebab adik dia kecil, tak mampu nak buat kerja berat-berat. Abang dia Guddu ni, anggaran belasan tahun masa tu. Tapi si saroo beria2 nak ikut.Abang dia bawak jugak.. Sampai di stesen keretapi, Si Saroo ni mengantuk & nak tidur. Abang dia tinggalkan dia di kerusi kat stesen tu & nanti abang dia amik dia semula.. Tapii abang dia tak datang.. 

Lepas si saroo ni terjaga & dia tengok abang dia tak ada.. Dia cari merata di kawasan stesen & dia naik salah satu keretapi di situ dan kerana kepenatan dia tertidur dalam gerabak keretapi tu, dan bila keretapi tu bergerak, dah bawa dia jauh dari stesen yang abang dia tinggalkan dia..

Bermula la hidup Saroo cuba untuk survive di jalanan..hampir di culik. Hampir di jual organ.. Dan sampai la dia di bawa ke rumah perlindungan kanak-kanak. Dan di situ la permulaan baru buat Saroo bila ada satu pasangan dari Australia ambil dia jadi anak angkat.. 

Saroo membina hidup baru bersama keluarga angkatnya di Australia. 

Saroo bernasib baik, ibu bapa angkatnya sangat baik & melayan dia dengan baik..

Selepas saroo dewasa,dia nak mencari keluarga kandung dia semula. Pencarian bermula bukan setahun tetapi makan masa beberapa tahun di sebabkan sebutan Saroo nama tempat dia, salah. biasa la budak 5 tahun punya sebutan yg agak pelat..Even nama dia sendiri pun salah ejaan..sepatutnya Sheru yang bermaksud 'Lion'...dan dengan ingatan dia yang kabur-kabur semasa berumur 5 tahun mengenai asal usul tempat dia dibesarkan, dia cuba mencari keluarga kandungnya...

dan dia berjaya bertemu dengan keluarga kandung dia semula selepas pencarian mencari tempat dia dibesarkan melalui bantuan GOOGLE EARTH & ingatan dia yang samar-samar masa dia berada dalam gerabak keretapi ketika berusia 5 tahun..dan Saroo kembali semula ke India, tempat dia dilahirkan & dibesarkan sehingga berusia 5 tahun...

Masa berjumpa tu, mak dia ada ceritakan dia tak nak pindah dari kampung tu selepas saroo hilang sebab dia tahu kalau anak dia Saroo datang kembali cari dia,mesti saroo akan cari dia di kampung tu...dan naluri seorang ibu sangat kuat.. Selepas 25 tahun, anak dia yang hilang dulu datang semula cari keluarganya di kampung itu...

dan Saroo baru tahu abang dia yang tinggalkan dia di stesen & berjanji untuk datang semula ke situ, dilanggar keretapi pada malam itu juga...

huaaaaa...ai is touching...

Disebalik kesusahan dan cabaran yang dia alami ketika berusia 5 tahun dan hasil didikan keluarga angkatnya, Saroo kini berjaya menjadi ahli perniagaan & dia membantu ibu dia di India dengan membeli sebuah rumah baru...dan dia berjanji untuk membantu anak-anak buah dia..

Selain Guddu, Saroo mempunyai seorang lagi abang serta adik perempuan..

RUMUSAN CERITA LION DARI KACAMATA K.FIEZZ

Cewah dari kaca mata konon..haha..Overall cerita ni best & k.fiezz bagi 5 bintang dari 5 bintang...Kalau korang nak tengok, kat You Tube pun ada..Based pada You Tube, cerita ni dikeluarkan pada tahun 2016...

Walaupun telah berjumpa dengan keluarga kandungnya, saroo tetap sayang pada keluarga angkatnya yang membesarkan dia..

Untuk k.fiezz jalan cerita dia touching terutama dah nak habis tu..Tahun 2013, Saroo bawa ibu angkatnya untuk berjumpa dengan ibu kandung dia...dan dia berterima kasih pada kedua-dua ibu yang melahir dan membesarkan dia...

6 Comments