Kalau korang pernah baca entry Althea k.fiezz yang melambak pasal produk2 dari Althea Korea, mesti korang perasan produk REAL FRESH SKIN DETOXER  ni.. 

Ecece, feeling sgt la org perasan.. Hehe.. Sokay, sokay kalau tak perasan, meh k.fiezz story mory semula..

Kolaborasi Althea x GET IT BEAUTY

Untuk yang tak tahu, althea korea dan program tv yang popular di korea iaitu Get It Beauty telah berkolaborasi untuk produk Real Fresh Skin Detoxer ni. Dan kolaborasi ni mendapat sambutan yang menggalakan.Bintang KPop Star Jeonghwa dari Kumpulan EXID menjadi peminat produk ni..

Korang boleh check it out kat video kat bawah ni.. 



Menggunakan Ekstrak Semulajadi

K.fiezz sendiri memilih produk2 dari Althea kerana bahan2 yang digunakan berasaskan dari tumbuhan/bahan semulajadi. 

Real Fresh Skin Detoxer ni, untuk ROSE menggunakan ekstrak rose dari Perancis yang berfungsi untuk mengawal keseimbangan tahap pH pada kulit dan melembapkan kulit. Dalam kandungan untuk haruman Rose ni, korang boleh nampak kepingan2 ros yg digunakan dan harumannya memang menyegarkan. Sesuai digunakan di waktu pagi.. 


Manakala Green Tea menggunakan daun teh hijau dari Kepulauan Jeju yang mengandungi vitamin C lebih tinggi dari buahan citrus(Lemon) dan bertindak membersihkan kotoran pada kulit, mengawal minyak dan bagi yang berkulit sensitif,jangan risau sesuai untuk guna kerana ia meredakan kerengsaan kulit. 
Untuk green tea ni, sesuai guna pada waktu malam sebelum tidur kerana meningkatkan proses regenarasi semulajadi kulit untuk membersihkan kulit & bersedia berehat waktu kita sedang tidur. 




FUNGSI REAL FRESH SKIN DETOXER 



Fungsi Real Fresh Skin Detoxer sebagai mask dan juga cleanser, memang menjadi pilihan k.fiezz selain dari menjimatkan masa.. Selalu nak guna mask ni cam leceh je kan.. Kena tepek.. Tunggu beberapa minit.. Ni 10 saat je dengan Real Fresh Skin Detoxer, dan tadaaa hasilnya kulit selembut bayi gitoo.. Haha.. 

Hasil Penggunaan Real Fresh Skin Detoxer? 

K.fiezz suka bangattt.. Lembut kulit i, lepas guna.. Hehe.. Walaupun cuma perlukan 10 saat tapi hasil dia sangat best. Memang terasa kelembutan kulit. Nampak lebih fresh setiap kali lepas guna.. 

Bau dia pun sedap, terutama yg green tea tu.. K.fiezz suka giler green tea.. 

Eh.. K.fiezz, nama dia kata Detoxer.. Apa yg di detoks nya? Hah, dengan urutan 10 saat tu, ia membantu menggalakan peredaran darah dan detoksifikasi melalui urutan di kawasan muka kita.. Tu yg buatkan muka kita nampak fresh je.. 

Cara Guna - 

1) Remove make up, dan kemudian diikuti dengan Real Fresh Skin Detoxer ni.. Rose waktu pagi, Green Tea, waktu malam.. Cuma urut 10 saat dan bilas seperti biasa.. 


5 Comments

  1. yeah, mrs pip pun suka.
    baru juga tambah stok baru.

    ReplyDelete
  2. Rabia tak pernah try lagi ni. Tapi nampak macam menarik lah.

    ReplyDelete
  3. Dah nak habis dah ni .. nak kena tambah stok dah kita punya

    ReplyDelete
  4. memang tingin nak cuba product yang rose tu.. hehe..
    kena tunggu product lama habis dlu =D

    ReplyDelete